Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah sebab aku diberi peluang
lagi untuk menulis sesuatu kat blog aku yang sejak akhir2 ini semakin jarang
aku updatekan.. Kalau diikutkan hati memang banyak sangat benda yang ingin aku
kongsikan dekat sini. Tapi apakan daya.. rajin tiada…. Haha
Untuk kali ini ingin aku berkongsi sedikit story tentang apa
yang aku lakukan semalam. Seperti tajuk kat atas. Alhamdulillah aku diberi
kesempatan untuk berbuka dengan warga Bangladesh. Tapi bukan kedutaan la. Ni
dengan Bangladesh yang kerja dekat site MRT. Diorang ni kira kerja dengan IJM
la. Aku sebagi consultant yang mengambil berat hal pekerja kontraktor maka aku
pun turun ke penempatan mereka dalam usaha untuk menyantuni setiap seorang dari
mereka. (Amacam. Ada gaya macam wakil rakyat tak??haha)
Sebenarnya segalanya bermula apablia aku bersembang dengan
Alawuddin dan Delwar kat site. Hari tu aku sengaja tanya diorang puasa ke tak.
Bukan senang nak jumpa general worker yang puasa. Tapi Alhamdulillah diorang ni
puasa. So aku teruskan lagi soalan sampai la ke sembahyang terawih. Diorang
cakap dioang memang ada buat dekat surau tempat tinggal mereka. So aku pun rasa
berminat la nak melawat. Semalam menjadi
tarikh yang terpilih untuk aku melakukan lawatan sambil belajar tersebut. Haha.
Si Alawuddin ni memang dah pesan awal2 kat aku yang aku tak
payah bawak apa2. Sebab diorang memang memasak pun. Tapi takkan la aku tak
bawak langsung kan. So aku pun bawak je la roti jhon untuk buat syarat.kahkah
Ok. Bila sampai je diorang terus pelawa aku masuk ke cabin
diorang. Aku pun masuk je la. Memang kemas (ke sebab tau aku nak datang?) dan
yang agak terkejut siap ada TV, vcd player dan pakej dengan Astro lagi. Hampeh betoi.
Rumah aku pun takde Astro.
Hamekk.. kalah rumah aku.
Ok. Sekarang masa untuk berbuka. Aku agak pelik apabila yang
terhidang kat depan mata just buah2an. Antara yang ada adalah pepe dan turmos..
Ni dalam bahasa bangla la..haha.. bahasa melayunya betik dan tembikai. Ada lagi
benda lain. Epal, mangga dan tembikai susu. Banyak pulak tu. So aku pun makan je la apa
yang ada kat depan mata. Dah makan dan agak kenyang. Rupanya ada lagi makanan
lain. Makanan ni aku pun 1st time makan. Namanya Muri. Diorang kata
beras goreng. Tapi tak macam beras pun. Benda macam beras tu akan dicampur
dengan sayur2an dan sedikit kuah. Ni hasilnya…
Ni La Muri. Layan kan je...
Boleh tahan jugak la rasanya. Lepas solat maghrib. Aku
melepak la bersama Bangla2 ni. Ada beberapa perkara yang aku kagum dengan
diorang.
1.
Ada yang simpanan mencecah 20 ribu selepas 6 tahun
bekerja
2.
Boleh kata hamper semua memiliki barang kemas
bernilai 8 ribu. (Untuk bakal isteri katanya)
3.
Perempuan kat sana memakai burqa. Kalau pakai
macam pompuan kat Malaysia (baju n seluar ketat) memang kena marah
4.
Setiap sen yang digunakan dicatat dalam buku
5.
Ada yang kol parent tiap2 hari. 8 tahun tak
tengok muka ayah
6.
Dan macam2 lagi… tapi bab kawen memang agak
hangat la.. haha
Kalau diikutkan jadual asal. Sebenarnya diorang akan makan
nasi lepas solat terawih. Tapi sebab aku nak gerak balik lepas terawih so aku
dan musthofa (bangla jugak) makan dulu. Ada daging n ayam kampung. Memang power
la diorang ni masak. Dah rasa masakan melayu dah pun.
Kini tiba masa untuk solat terawih. Hah. Part ni yang aku
tak berapa gemar. Laju ya amat sembahyang terawih diorang. Ambil masa dalam 30
minit je untuk habiskan 20 rakaat. Memang tak terikut aku dibuatnya. Tapi time
withir tu baru la slow. Bacaan imam pulak memang terbaekk… Dahsat jugak buruh
macam diorang ni. Zikir nya pun agak
lain dari nada orang melayu. Aku melayankan je la…
Imam depan sikit je dari makmum
Ok. Selesai semuanya aku pun nak mengundur diri. Diorang
jemput aku lagi datang. Datang beraya pun dijemput jugak. Tengok lah macam
mana. Kalau ada korang yang nak ikut jugak pun takdehal. Moh kita pergi ramai2
nak? Heeee
Wallahualam…
p/s : Seronok jugak dilayan macam raja kat sana.. haha
4 comments:
aritu syida n miza citer kt saya..dari jauh ingatkan bangla mana la yang jalan ke arah diorang..rupa-rupanya hang zul..haaha
Kuang asam punya minah2 Nepal!!! haha
hermes handbags bag
curry 5
yeezy 500
kyrie 4 shoes
michael kors outlet
cheap jordans
air max 95
adidas zx flux
coach factory outlet
curry 6 shoes
aaa replica bags GGPW cheap replica handbags BNSU aaa replica bags DNQX
Post a Comment