PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Tuesday, February 26, 2013

Apabila Babi Sondol Tahi Sendiri


Bismillahirrahmanirrahim…

Lama aku tak buat entry tentang dialog tak berapa betoi ni. Terasa gatal pulak tangan nak buat. Selamat tak membetoikan otak kome. Kahkahkah

-------------------

Hasan : Bro… Ko dah ambik BR1M ke belom? 500 tu. Banyak siot..

Ali : Boleh pulak ko Tanya camtu. Kompom la beb. Aku dah sebat dah minggu  lepas. Dah habis pakai pun.

Hasan : Bagus2.. Aku sekarang ni cukup tak puas hati dengan Nik Aziz tu. Kepala hotak dia. Slumber je cakap yang kita ni serupa macam Haiwan. Dasar manusia kufur nikmat..

Ali : Ko jangan macam2 weh.. Aku ni bukan le sokong sangat geng2 pembangkang tu. Tapi ulamak punya pasal. Gua takut bro.. tobat gua cakap sama lu.. Dia mesti ada maksud lain.

Hasan : Dah tu slumber mak n bapak dia je cakap kita ni Haiwan. Bullshit!!

Tiba2 adik si Ali menyampuk.

Adik Ali : Abang, Nasib baik ayah ada bagi saya IPad sebab dapat 5A UPSR hari tu kan?

Ali : Ko ni mabuk apa kasim oi. Orang tengah bara ni. Menyibuk cakap IPad baru ko tu pulak.

Adik Ali : Bukan apa bang. Dapat jugak saya baca statement sebenar Tok Guru tu. Orang duk share kat internet.

Saya kat sekolah ada belajar peribahasa. Macam Anjing dengan kucing, Macam Anjing dengan bayang2, Macam kera dapat bunga, Katak bawah tempurung dan banyak lagi la. Saya rasa orang yang tak paham apa yang tok guru ni cakap mesti selalu fail sabjek B.M dulu kan?.  Abang fail jugak ek? hahahahahaha

Hasan : Adoi.. Hampeh punya budak. Terkena pulak aku.

Ali : Hahaha.. Tu la ko. Kan dah kena sebijik dengan adik sendiri. Aku tumpang gembira tengok ko. kahkahkah

Hassan : Tu la pasal. Memang haram jadah jugak aku ni. Hahahahaha…

Ali : Takpe la Hasan oi.. Lain kali jangan jadi ibarat babi menyondol tahi rakannya

Hasan : Tu peribahasa apa pulak ko pakai??

Ali : Tu peribahasa untuk orang yang tak tahu bahasa macam ko. Main sondol je berita apa yang ko dapat.. hahahaha

Hasan : Macam hampeh. Terkena lagi aku, demmm…


-------------------

Oleh itu, Aku harap kome semua sila hormati ulama. Perkataan diorang ni bukannya perkataan orang biasa. Lagi satu just nak  tau ada ke kome ni yang jenis tak tahu bahasa? Harap2 pembaca aku takde yang tergolong dalam golongan

Ibarat babi menyondol tahi rakannya

Kahkahkahkah..

Aku tinggalkan korang sekalian dengan Ayat Al Quran ini. Oleh itu sila berhati2 dalam menerima berita..

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. “

(Al-Hujurat : 6)

Sekian..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang