Alhamdulillah.. Kenduri kat Perak da setel. Banyak benda nak
aku cerita. Tapi cerita ni jadi ranking 1st aku. Sila baca dengan
sopan ye..
Beberapa bulan before aku mengumumkan tarikh perkahwinan
aku. Aku telahpun merancang untuk mengadakan satu pameran ketika majlis walimah
di Perak.
Mungkin tidak pernah dilakukan oleh mana2 orang dan mungkin
ada namun terlalu jarang. Mengenangkan orang kampung yang agak jauh dengan
maklumat yang meluas dan terperinci tentang Palestin menimbulkan rasa
tangungjawab untuk aku membawa cerita duka mereka di kampung aku.
Aku berhubung dengan junior aku Nurul Sakinah Mazlan untuk
pameran tersebut. Pada mulanya dia bersetuju walaupun turut menyatakan yang
amat jarang dibuat ketika kenduri kahwin tambahan pula di buat di kampung.
Namun alhamdulillah dia sudi untuk membantu
Sakinah cakap dia macam tak dapat datang. So dia bagi nombor
kontek wakil diorang kat Perak. Last minit yang wakil tu kata diorang pun tak
dapat datang. Sakinah pula ada program lain kat K.L.
Ok. down sekejap.. macam tak tercapai je hasrat aku. senyum
je la time tu. Tapi tiba2 keajaiban terjadi (intonasi lagu sailormoon) program
sakinah batal dan dia boleh datang!!! Yeayy!!!
Pagi 10.2.13 tu aku menyambut diorang dengan seronok sangat.
tolong2 setup tempat pameran sikit.
Petangnya sempat sembang2 dan bergambar. Ni la hasil
gambarnya..
Malamnya sakinah mesej kat aku hasil kutipan derma yang
dibuat. Alhamdulillah sebanyak RM704.45 dan 2000 won(angkara adik aku yang
belajar kat korea) dapat dikumpulkan..
Alhamdulillah.. Alhamdulilah.. Alhamdulillah...
Ini sahaja usaha yang mampu aku lakukan untuk meneyedarkan
masayarakat tentang Palestin. Moga ada sedikit manfaat untuk ummat.... Kalau kome nak kawin nanti aku
cadangkan kome buat macam ni jugak. Bukan susah pun. Panggil diorang ni free
je.. Diorang amat alu-alukan pelawaan kita.
Oleh itu. dimana sahaja kita. Atasa kapasiti apa pun kita.
Kita perlu memainkan peranan untuk membantu saudara kita di sana..
#Pray4Gaza#
Terima kasih kepada team Aqsa Syarif
Sekian…
No comments:
Post a Comment