Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah… Syukur ke hadrat Allah
swt.. Telah selesai segala urusan perkahwinan aku. Dari Pernikahan,
Majlis walimah di rumah pengantin perempuan juga majlis di rumah aku.
So sekarang baru la rasa ada senggang
masa sikit untuk menaip bercerita serba sedikit tentang perkahwinan
aku. Kalau nak cerita semua memang tak dapat le yob. Mau nye kome
kena panggil aku bagi talk 2 hari 5 malam. Haha. Aku tak larat nak
taip panjang. So aku bagi isi penting je. Ala… Macam rumusan dalam
KOMSAS zaman sekolah dahulu kala. kahkahkah
Majlis Pernikahan
- Tarikh 13.1.13 jam lebih kurang 10.30
- Kacak bergaya melangkah masuk ke dalam rumah pengantin perempuan untuk di akadkan
- Bapok ramai orang yang ada kat dalam tu. Aku sorang2 duk kat depan. Awkward jugak time tu rasa.
- Semua adik beradik aku hadir kecuali adik aku di korea.
- Hati sangat tenang time tu. Mungkin berkat amalan yang kawan2 sarankan dekat aku.
- Alhamdulillah dengan sekali lafaz Puan Aida Rahayu Bt Mohd Badri sah menjadi bidadari di hati.
- Solat sunat 2 rakaat dilakukan
- Aku pakaikan rantai tangan untuk upacara batal air sembahyang dan Aida pulak pakaikan cincin untuk aku
- Aku letak tangan di atas ubun2 sambil berdoa. Apa barang cium dahi. Tak sunnah langsung.phuihh..
- Lepas tu dah mula boleh bergambar berdua. Siap pegang tangan lagi sambil jantung berdebar2.. kahkahkah. Sesi bergambar bermula
Majlis Walimah Sebelah Perempuan
- Tarikh sama dengan tarikh nikah. 13.1.13
- Tema seba hijau. Hijau Putih dihatiku. Bersama menuju Putrajaya. Ops terBULAN sekejap. Haha
- Rombongan dari belah aku ada kira2 15 bijik kereta.
- Geng kompang ada untuk memeriahkan perarakan masuk keme.
- Paling aku suka ada team Qasidah. Alhamdulillah. Moga bertambah barakah
- Kenalan banyak yang datang. Paling banyak Member UKM la. Paling best sebab ada lecturer yang sudi datang. Prof Hamzah, Dr Tajul n Dr Zaiton. TNC HEPA UKM pun ada.
- Lagi best sebab Big Boss G&P (Dr Gue) datang. Terasa macam pekerja contoh pun ada. Bukan senang big boss turun.
- Menu kat sana ramai kata sedap sangat. Tambah ada Ayam Golek n Ais Krim lagi. Perghhh.. Aku pun tak sempat nak merasa.. demmm…
- Bab fotografer lak Aida ambik team One Heart. Gambar memang cun. Video pulak memang professional. Tambah pulak sentuhan editing penuh cinta dan kasih sayang dari wife aku. Memang osssemmm habaq hang..
Majlis Walimah Sebelah Lelaki
- Tarikh 10.2.13
- Tema serba ungu. Ini namanya BerGM Lebih Baik..budak UKM je paham. haha
- Ada dua pasangan kali ni. Aku dengan sepupu aku. Memang meriah Yob oi.
- Buat gotong royong je. Ni kali ke 10 kenduri kat rumah aku. Tak pernah lagi buat cathering. Sedara mara sepupu sepapat orang kampong ramai datang tolong. Memang best!!!
- Menunya macam biasa. Yang penting menu wajib maintain ada. Ikan Keli masak merah. Perghhh… makan faberet gua sefamili.
- Kali ni aku ada jemput pameran palestin. Siap ada tabung derma. Alhamdulillah dapat sebanyak RM704.45 dan 2000 won
- Antara manusia yang aku menanti kehadiran adalah cikgu2 aku. Serooonok sangat plus terharu bila cikgu2 aku datang walaupun ada yang dari jauh…Cikgu sekolah menengah yang datang Ustaz Ramli, Cikgu Zaidie, Cikgu Zaini. Cikgu sekolah rendah pulak Cikgu Ishak, Cikgu Mokhtar n Teacher Liza.
- Kalau bab kawan2 pulak. Konvoi kawan sekolah menjuarai kali ni. Ramai gila yang datang. Terasa macam dihargai la pulak. Kehkeh
- Tak ketinggalan kawan selagend dari Kolej Ibu Zain UKM.datang jauh2 dari KL mahupun Kedah. Terharu siot…
- Kawan matrik pula ada yang datang dari Sg Petani. Cikgu ANgah merangkap kawan setutorial dulu. Tak dilupa Cikgu Pooh yang ke hulu ke hilir bersama time matrik dulu.
- Teman seperjuangan yang lebih awal Berbaitul Muslim pun ada. Datang dari kedah. Syeikhul kabir Ammar, datang dari parit Murabbi agung Farid Al Bariti dan Al Fadhil Mujahidin fi ddin Hakim yang datang dari K.L. Semuanya bawak Zaijah dan anak mahupun anak dalam kandungan.
- Rami lagi sosok2 tubuh yang datang. Seronok dapat jumpa kawan2 lama mahupun saudara mara
- Petangnya macam biasa aktiviti kami adalah tojon tebin (mandi sungai). Tapi aku selaku pengantin tak tojon hari tu. Pantang kata orang tua2. So duk tepi tebin bergambor je la nampok gayenye…
- Satu keunikan adat kat kampong aku ni. Malamnya kami ada upacara mencepak. Memang seronok. Time ni adalah masa nak perkenalkan ahli keluarga kepada ahli baru. Kadang2 ada di selit aktiviti “mengena” kepada pengantin. Aku yang kenduri sebelum2 ni suka mengena orang. So kini masa deme2 membalas dendam. Haha. Tapi rilexxx… coolll… spotting je. Memang seronok dan riuh rendah di buatnya.
- Lepas mencepak upacara bukak hadiah. Tq kepada yang bagi hadiah
- Esoknya gotong royong mengemas. Kawah menjadi milik pengantin. Tapi nasib baik ramai yang nak tolong percepatkan urusan sebab lepas tu kami ada urusan penting lagi.
- Urusan pentinganya adalah TOJON TEBIN!!! Haha
- Ni masa untuk melepaskan gian semalamnya. Lebih 3 jam berendam sambil berkelah kat tengah sungai. Osssemmm habaq hang…
Ok.penat dah kome membaca entry panjang
lebar aku ni kan. Boleh lepaskan lelah sekarang.haha.. Ok. Sekian
sahaja dari aku. Doakan kebahagian aku dan isteri bercinta hingga ke
syurga. Juga doakan cepat2 dapat kami menimang cucu. Haha..
Sekian…
** Gambar kat Perak je aku letak sebab
gambar kat Dengkil aku dah letak kat entry sebelum ni.
4 comments:
tahniah.... cepat2 dapat baby..
Tahniah akhi.
ladida : amin...x sabor dah ni...haha
rabe' : tq!
Post a Comment