Iskandar merupakan seorang yang sangat
teliti dengan kebersihan dirinya. Setiap hari beliau akan memastikan beliau
akan mandi 3 kali sehari tanpa tertinggal bahkan sehari. Walau sesibuk mana
beliau beliau akan tetap melakukannya kerana baginya selepas mandi beliau
punyai satu kepuasan dan kesegaran untuk meneruskan aktiviti hariannya. Namun
kini Iskandar merasakan beliau perlu mandi 5 kali sehari. Persoalannya. Adakah
Iskandar akan sentiasa merasa lebih puas dan segar? Bagaimana tahap
kebersihannya?
Sudah tentu jawapannya adalah ya dan
sangat bersih! Kita petik hadis nabi yang di riwayat oleh Bukhari dan Muslim
ni.
“Bagaimana pendapatmu jika ada sungai di
depan pintu rumah di antaramu, mandi di sana lima kali sehari, apakah masih ada
daki di tubuhnya?” Mereka menjawab,
“Tidak ada, ya Rasulallah.” Sabda Nabi, “Itulah perumpamaan shalat lima waktu, Allah menghapus kesalahan dengan
shalat.” (HR. Bukhari dan
Muslim)
Nah. Itulah ibaratnya kita yang menghadapi
kotoran harian duniawi. Solat hadir sebagai ritual penyucian bukan sekadar
menyucikan kotoran luaran. Malah lebih penting ianya menjadi ritual penyucian
jiwa. Jiwa yang akan memberi kesan kepada setiap tingkah laku kita di sepanjang
hari.
Apa akan terjadi jika ritual penyucian
yang sepatutnya kita lakukan 5 kali dalam sehari ini kita abaikan. Daki yang
tertinggal akibat kurangnya agen penyucian ini akan terkumpul dari hari ke hari
lantas membuatkan jiwa kita semakin gelap. Gelap untuk menerima hidayah Allah
dan jauh dari pekerti ubudiah kepada Rabb yang satu.
Aku terkenangkan zaman “gelap” aku
dahulu. Zaman di kala aku belum benar-benar melakukan solat 5 kali sehari
semalam. Ketika itu aku terbaca satu tips untuk memastikan kita kekal bersolat
dan rasa gelisah jika tidak melakukannya.
Jagalah
solat selama 40 hari. Insyaallah akan timbul rasa sedemikian selepas dari itu.
Alhamdulillah selepas dari itu Allah
memberi kekuatan kepada aku untuk melakukan “mandian” jiwa tersebut setiap kali
di wajibkan. Andai anda masih lagi punyai masalah menjaga solat maka boleh cuba
lakukan tips ini. Jika anda sudahpun menjaga dengan baik maka kongsikan kepada
kenalan anda yang dirasakan perlu.
Time ni bukan saja mandi. tapi mandi manda,main dan mejala.
No comments:
Post a Comment