PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Sunday, April 14, 2013

Aku, PAS, DAP dan Pakatan Rakyat


Bismillahirrahmanirrahim…

Bila dah dekat2 musim PRU ni mula lah isu perkauman sempit dicanangkan balik. Tak kurang jugak kawan2 aku yang sudah memamhami islam namun masih menebal rasa ketidaksenangan dengan pakatan PAS dengan DAP terutamanya. So dengan sebab itu ingin aku kongsikan balik kisah anologi mudah yang aku buat dahulu untuk menggambarkan tentang Pakatan pellbagai bangsa yang di buuat oleh Pakatan Rakyat kini. Selamat mendengar aku bercerita!! Heee


Aku rasa macam nak kahwin. So kena la memilih isteri. Tapi aku ada beberapa gadis pilihan iaitu terdiri dari berbagai bangsa dan agama. Pertama semestinya aku memlih yang Islam dan ternyata ada 3 yang Islam iaitu Nurul PAS, Siti Umno dan Intan PKR. Tapi dalam 3 ni aku mesti nak memilih yang terbaik untuk agama aku dan ternyata Nurul PAS yang menjadi pilihan sebab dia yang lebih mengamalkan kehidupan beragama. Tapi harus diingatkan Nurul PAS bukan nabi mahupun malaikat maka pasti akan ada cacat celanya. Cuma mungkin ini yang paling minimum cacat celanya.

Aku dan Nurul PAS duduk kat satu taman dan kami ingin ajak beberapa keluarga untuk menubuhkan AJK taman kami untuk memastikan taman kami ni maju, makmur dan boleh menghidupkan aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan. Kami ada beberapa pilihan yang terdiri daripada semua bangsa. Bemula untuk jadi AJK Melayu kami ada keluarga Pak UMNO dan Pak PKR. Diorang ni lebih kurang je. Tapi melihat gaya dan keterampilan ternyata keluarga Pak PKR ni takde la kejam sangat. Bukan keluarga yang kuat makan rasuah dan bukan juga keluarga yang banyak kroni2. Maka aku dengan isteri aku memilih untuk bersama dengan keluarga Pak PKR. Lagipun keluarga ni ada macam2 bangsa. Ok la juga berbanding keluarga Pak UMNO yang terlalu kuat semangat bangsa nya.

Beralih pulak kepada bangsa lain. Kami ada Uncle MCA dan Unce DAP. Dua2 ni bangsa cina. Tapi yang Uncle DAP ni memang satu kepala dengan kami dan keluarga Pak PKR la. sama2 tak suka kekejaman dan kekayaan puak atasan je. So kami pun bersama juga. Walupun kadang2 terdapat sedikit perselisihan antara kami dengan Uncle DAP tapi alhamdulillah terasa banyak manfaat bersama dengan Uncle DAP berbanding dengan Uncle MCA.

Tapi kan, ada juga penduduk taman kami yang muslim kecoh cakap kenapa aku dan isteri aku ni memilih nak bersama dengan Uncle DAP berbanding dengan Pak UMNO. Jawapannya mudah je. lebih baik bersama dengan orang bukan islam yang memang tak faham sangat islam tapi mampu menyumbang untuk islam berbanding dengan orang islam yang tak nak faham islam dan mengkebelakangkan Al Quran dan As Sunnah.

Muncul pulak isu yang keluarga aku dengan keluarga Pak UMNO nak duduk serumah. Aku on je asalkan keluarga Pak UMNO ni kembali kepada kehidupan beragama. kalu tak, nanti susah la duduk serumah. Suruh solat taknak, puasa malas. Mengaji pun tak nak. Undang2 Islam taknak buat kat dalam rumah. Siap bawak botol arak sambil bermain mahjung lagi. Aurat ahli keluarga sendiri yang islam tu sengaja didedahkan. Kalau masih macam tu susah la rumah aku nanti. Kut kena bala pulak ke. Mau roboh macam kes kat Bukit Antarabangsa pulak nanti.

Pengakhiran cerita ni pun aku tak tahu lagi. harap2 AJK taman yang kami nak buat tu menjadi la. Semoga niat kami suami isteri untuk mengembangkan syiar islam tu di permudahkan dan diberkati Allah. kawan2 semua doakan kejayaan kami ye. Eh silap. kejayan KITA bersama kerana kawan2 pun islam kan semuanya? semoga islam tertegak di bumi ini..

Wallahualam…

Keme Laki Bini memilih PAS dan PR

Saturday, April 13, 2013

Pak Hamid bukan Pak Najib


Pak Hamid merupakan seorang tukang kebun di sebuah sekolah di selatan tanah air. Manakala pada malamnya pula beliau bekerja sebagai jaga di Kilang berdekatan kampungnya.

Kehidupannya tidak sesenang orang kampung di sekitarnya. Dengan keadaan beliau yang tidak berpelajaran sudah cukup membuatkan hidupnya serba kurang. Namun beliau tetap berusaha keras untuk membiayai pelajaran 2 orang anaknya yang masing-masing belajar di universiti dan Kolej Matrikulasi

Dalam kesusahan menyara hidup namun beliau tidak pernah sekali melupakan tanggaungjawab untuk membantu gerakan jemaah islam yang mahu memperjuangkan islam di Malaysia. Sudah begitu lama dia terlibat dengan Parti Islam Semalaysia (PAS).

Walaupun keadaan kewangannya yang tak menentu namun beliau tetap ingin menyumbang walaupun seringgit setiap hari. Kadang2 beliau hanya mampu memasukkan 50 sen sahaja dalam tabungan beliau . Pada setiap hujung bulan beliau akan menyerahkan wang kepada Pakcik Badrol yang sememangnya menjadi orang kuat PAS di kampong itu.

Setelah lebih 5 tahun dari tarikh Pilihanraya ke 12. Tanpa disedari rupanya jumlah terkumpul yang beliau telah infakkan telah melebihi seribu ringgit.

Kini sudah tiba fasa berperang setelah Dato Najib membubarkan parlimen tempoh hari. Namun beliau amat gusar mengenangkan beliau siangnya berkerja sebagai tukang kebun dan malamnya beliau perlu masuk kerja pada pukul 10 malam. Amat sukar beliau untuk mengerahkan kudarat untuk membantu parti islam itu.

Namun dengan ikitikad bahawa  Allah mengira segala kebaikan walau sebesar zarah  maka beliau memastikan beliau akan membantu walaupun memasang sehelai bendera dalam sehari. Apa sahaja tugas walaupun sekecil2nya beliau akan lakukan. Dengan harapan ia akan dikira sebagai sedikit ibadah di hadapan Allah kelak

Juga beliau sangat berharap agar beliau sempat melihat perubahan besar kepada negara sebelum beliau memejamkan mata menghadap ilahi dan meninggalkan perjuangan menegakkan islam di atas bumi Malaysia...

------------End------------

Semoga kisah Pak Hamid ini menjadi tauladan kepada kita. Kita katakana kita mahukan islam tertegak. Namun infak kita tiada langsung walau seringgit. Tenaga kita langsung tidak digunakan ke arah itu. Malu lah kita kepada seorang tua yang bernama Pak Hamid yang hidupnya tidak sesempurna kita. Pelajarannya tidak setinggi kita,..

Ayuh kita gembeling tenaga menghayun langkah di lapangan umat untuk mengubah malaysia ke arah Malaysia yang lebih baik!!!

p/s : Kisah d atas hanyalah rekaan semata2.. Hanya diinspirasikan dengan melihat kesungguhan pakcik2 tua disebuah kampong di Hulu Terengganu yang begitu hebat pengorbanan mereka.

Wallahualam…





Wednesday, April 3, 2013

#12 Wordless Wednesday : Parlimen dah bubar. Sape kami Pilih??


Maksud Wordless Wednesday : 

Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2 penjelasan   

Wednesday, March 27, 2013

Arus Baru : Pandangan Aku


Bismillahirrahmanirrahim…

Pada 19 March 2013 jam 14:26 aku menerima msg kat facebook tentang pandangan tentang Arus Baru. Kira dah lama jugak lah. Cuma sekarang baru terhegeh2 nak share kat blog. Cuma bahasa yang aku pakai bukan "aku ko". Dah  orang start ber "ana nta" aku layan je. Layanan untuk segenap lapisan masyarakat. haha

Mesej yang di terima :

salam. ana melihat enta ada memberi kritikan kepada AP berkaitan isu konsert. ana bukanlah ahli ISMA, tetapi ramai sahabat ana dari ISMA. oleh kerana enta org yang ana rasa o.k, ana nak tanya pendapat peribadi enta berkaitan arus baru. I.A ana terbuka dengan jawapan enta. ana juga menyokong perjuangan PAS.

Jawapan aku :

salam.ana bukan mengkritik.tp mencari kebenaran.tntg konsert tu ana x letak pun A.P sbg pesalah.yg salah adalah YPC.

Tntg Arus Baru pulak.ana pun ramai kawan ISMA.malah anak usrah ana pun join ISMA.haha.bg ana Arus baru ada betulnya dan salahnya.citranya bagus tp method x sesuai.

Ana x ckp PAS sempurna.pasal tu PAS sentiasa terbuka untuk menerima semua jemaah sbgai penyokong.PAS memerlukn golongan begini dlm melengkapkan diri.cth yg kte dpt lihat kpd JIM yg menyokong PAS. berlain dgn ISMA yg mengambil pendekatan melawan arus.malah lg teruk apabila pimpinannya mengeluarkn statement PAS sudah x releven kt msia.pergh.terbako gua dgn statement tu.

Ana suka mengambil kata2 Dr MAZA tntg kematangan ISMA yg spt gerakan zaman 80an.secara teorinya betol apa yg ISMA nk tu.PAS jugak mcm tu dulu.tp dgn kematangan dan ijtihad ulama dlm PAS maka skrg PAS boleh d terima d segenap masyarakat dan bukan sekadar bermain dgn teori.siap non muslim pun sokong!

Kita ckp lak matlamat dorg untuk menambahkan YB muslim kt parlimen.juga bagus kalau kita tgk dlm skala kecil.tp bagaimana dgn kemenangan tu akan merencatkn perancangan kita untuk mempunyai pimpinan utama negara dalam kalangan org yg memahami islam yg benar.

Panjang pulak kn?sori2.haha.

Ana xtau la pandangan ni benar atau x.ana ni org biasa je.moga ana berlepas dari menulis ats dasar ketaksuban kpd PAS.tp menulis krn cintakn perjuangan islam d msia.

Wallahualam.

Atas ni sekadar jawapan ringkas aku. Kalau diikutkan banyak lagi pandangan yang aku nak share. Tapi disebabkan perasaan malas menguasai diri, Maka aku kuburkan sahaja hasrat itu. Haha

Sekian. Terima kasih



Monday, March 18, 2013

Isteri Curang


Puan Ruby sedang bersiap2 untuk pergi ke majlis makan malam anjuran syarikatnya. Malam itu Ruby bersolek sakan agar kelihatan cantik dan menawan. Rambutnya telah dikerintingkan agar kelihatan cantik. Al maklum lah dengan tema western dress membuatkan beliau lebih teruja untuk berhias diri.

Encik Hamid iaitu suami kepada Puan Ruby tidak dapat ikut serta pada malam itu kerana perlu menghadiri Mesyuarat JKKK di tamannya.

Puan Ruby : Abang.. Ayang balik lewat sikit tau malam ni.

Encik Hamid : Ok Ayang, Cantik sangat isteri abang malam ni. Maaf abang tak dapat ikut malam ni.

Puan Ruby : Takpe la abang. Abang pun ada urusan lain lagi kan malam ni. Jumpa nanti. Bye…

Encik Hamid : Ok.. Bye…

Ketika dalam mesyuarat, Encik Hamid menerima satu gambar melalui telefon pintarnya. Gambar yang ternyata menaikkan rasa amarahnya. Gambar tu memaparkan isterinya menari berpelukan dengan bosnya. Keakraban mereka sememangnya telah lama menjadi buah mulut rakan sekerja Puan Ruby. Ternyata kecurangan Puan Ruby semakin menjadi2..

Tepat jam 12.30 malam Puan Ruby pulan ke rumah.  Encik Hamid telah siap menanti dengan rasa marah yang membara. Maka terjadilah pergaduhan besar malam itu.

-------END-------

Aku pun tak tahu apa kesudahan cerita ni. Haha.. korang sambung la sendiri… kahkahkah..Bukan kesudahan yang aku nak sampaikan. Tapi tentang KECURANGAN yang ingin aku highlightkan.

Ada 2 jenis kecurangan berada di atas :

1.       Kecurangan dengan suami : Pun Ruby bermail kayu 3 dengan bos nya
2.       Kecurangan kepada Allah : Puan Ruby keluar rumah dengan keadaan mendedah aurat dan tabarruj secara berlebihan

Kita lihat di sini kecurangan manakah yang lebih ditekankan oleh sang suami. Kita selaku manusia sering kali risau dan marah jika pasangan kita curang. Namun sejauh mana kita risaukan melihat pasangan kita berlaku curang kepada Allah yang mencipta kita dan dia?

Wallahualam…


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang