Bismillahirrahmanirrahim…
Bila dah dekat2 musim PRU ni mula lah isu perkauman sempit
dicanangkan balik. Tak kurang jugak kawan2 aku yang sudah memamhami islam namun
masih menebal rasa ketidaksenangan dengan pakatan PAS dengan DAP terutamanya.
So dengan sebab itu ingin aku kongsikan balik kisah anologi mudah yang aku buat
dahulu untuk menggambarkan tentang Pakatan pellbagai bangsa yang di buuat oleh
Pakatan Rakyat kini. Selamat mendengar aku bercerita!! Heee
Aku rasa macam nak
kahwin. So kena la memilih isteri. Tapi aku ada beberapa gadis pilihan iaitu
terdiri dari berbagai bangsa dan agama. Pertama semestinya aku memlih yang
Islam dan ternyata ada 3 yang Islam iaitu Nurul PAS, Siti Umno dan Intan PKR.
Tapi dalam 3 ni aku mesti nak memilih yang terbaik untuk agama aku dan ternyata
Nurul PAS yang menjadi pilihan sebab dia yang lebih mengamalkan kehidupan
beragama. Tapi harus diingatkan Nurul PAS bukan nabi mahupun malaikat maka
pasti akan ada cacat celanya. Cuma mungkin ini yang paling minimum cacat
celanya.
Aku dan Nurul PAS
duduk kat satu taman dan kami ingin ajak beberapa keluarga untuk menubuhkan AJK
taman kami untuk memastikan taman kami ni maju, makmur dan boleh menghidupkan
aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan. Kami ada beberapa pilihan yang terdiri
daripada semua bangsa. Bemula untuk jadi AJK Melayu kami ada keluarga Pak UMNO
dan Pak PKR. Diorang ni lebih kurang je. Tapi melihat gaya dan keterampilan
ternyata keluarga Pak PKR ni takde la kejam sangat. Bukan keluarga yang kuat
makan rasuah dan bukan juga keluarga yang banyak kroni2. Maka aku dengan isteri
aku memilih untuk bersama dengan keluarga Pak PKR. Lagipun keluarga ni ada
macam2 bangsa. Ok la juga berbanding keluarga Pak UMNO yang terlalu kuat
semangat bangsa nya.
Beralih pulak kepada
bangsa lain. Kami ada Uncle MCA dan Unce DAP. Dua2 ni bangsa cina. Tapi yang
Uncle DAP ni memang satu kepala dengan kami dan keluarga Pak PKR la. sama2 tak
suka kekejaman dan kekayaan puak atasan je. So kami pun bersama juga. Walupun
kadang2 terdapat sedikit perselisihan antara kami dengan Uncle DAP tapi
alhamdulillah terasa banyak manfaat bersama dengan Uncle DAP berbanding dengan
Uncle MCA.
Tapi kan, ada juga
penduduk taman kami yang muslim kecoh cakap kenapa aku dan isteri aku ni
memilih nak bersama dengan Uncle DAP berbanding dengan Pak UMNO. Jawapannya
mudah je. lebih baik bersama dengan orang bukan islam yang memang tak faham
sangat islam tapi mampu menyumbang untuk islam berbanding dengan orang islam
yang tak nak faham islam dan mengkebelakangkan Al Quran dan As Sunnah.
Muncul pulak isu yang
keluarga aku dengan keluarga Pak UMNO nak duduk serumah. Aku on je asalkan
keluarga Pak UMNO ni kembali kepada kehidupan beragama. kalu tak, nanti susah
la duduk serumah. Suruh solat taknak, puasa malas. Mengaji pun tak nak. Undang2
Islam taknak buat kat dalam rumah. Siap bawak botol arak sambil bermain mahjung
lagi. Aurat ahli keluarga sendiri yang islam tu sengaja didedahkan. Kalau masih
macam tu susah la rumah aku nanti. Kut kena bala pulak ke. Mau roboh macam kes
kat Bukit Antarabangsa pulak nanti.
Pengakhiran cerita ni
pun aku tak tahu lagi. harap2 AJK taman yang kami nak buat tu menjadi la.
Semoga niat kami suami isteri untuk mengembangkan syiar islam tu di permudahkan
dan diberkati Allah. kawan2 semua doakan kejayaan kami ye. Eh silap. kejayan
KITA bersama kerana kawan2 pun islam kan semuanya? semoga islam tertegak di
bumi ini..
Wallahualam…
Keme Laki Bini memilih PAS dan PR
No comments:
Post a Comment