PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Saturday, April 13, 2013

Pak Hamid bukan Pak Najib


Pak Hamid merupakan seorang tukang kebun di sebuah sekolah di selatan tanah air. Manakala pada malamnya pula beliau bekerja sebagai jaga di Kilang berdekatan kampungnya.

Kehidupannya tidak sesenang orang kampung di sekitarnya. Dengan keadaan beliau yang tidak berpelajaran sudah cukup membuatkan hidupnya serba kurang. Namun beliau tetap berusaha keras untuk membiayai pelajaran 2 orang anaknya yang masing-masing belajar di universiti dan Kolej Matrikulasi

Dalam kesusahan menyara hidup namun beliau tidak pernah sekali melupakan tanggaungjawab untuk membantu gerakan jemaah islam yang mahu memperjuangkan islam di Malaysia. Sudah begitu lama dia terlibat dengan Parti Islam Semalaysia (PAS).

Walaupun keadaan kewangannya yang tak menentu namun beliau tetap ingin menyumbang walaupun seringgit setiap hari. Kadang2 beliau hanya mampu memasukkan 50 sen sahaja dalam tabungan beliau . Pada setiap hujung bulan beliau akan menyerahkan wang kepada Pakcik Badrol yang sememangnya menjadi orang kuat PAS di kampong itu.

Setelah lebih 5 tahun dari tarikh Pilihanraya ke 12. Tanpa disedari rupanya jumlah terkumpul yang beliau telah infakkan telah melebihi seribu ringgit.

Kini sudah tiba fasa berperang setelah Dato Najib membubarkan parlimen tempoh hari. Namun beliau amat gusar mengenangkan beliau siangnya berkerja sebagai tukang kebun dan malamnya beliau perlu masuk kerja pada pukul 10 malam. Amat sukar beliau untuk mengerahkan kudarat untuk membantu parti islam itu.

Namun dengan ikitikad bahawa  Allah mengira segala kebaikan walau sebesar zarah  maka beliau memastikan beliau akan membantu walaupun memasang sehelai bendera dalam sehari. Apa sahaja tugas walaupun sekecil2nya beliau akan lakukan. Dengan harapan ia akan dikira sebagai sedikit ibadah di hadapan Allah kelak

Juga beliau sangat berharap agar beliau sempat melihat perubahan besar kepada negara sebelum beliau memejamkan mata menghadap ilahi dan meninggalkan perjuangan menegakkan islam di atas bumi Malaysia...

------------End------------

Semoga kisah Pak Hamid ini menjadi tauladan kepada kita. Kita katakana kita mahukan islam tertegak. Namun infak kita tiada langsung walau seringgit. Tenaga kita langsung tidak digunakan ke arah itu. Malu lah kita kepada seorang tua yang bernama Pak Hamid yang hidupnya tidak sesempurna kita. Pelajarannya tidak setinggi kita,..

Ayuh kita gembeling tenaga menghayun langkah di lapangan umat untuk mengubah malaysia ke arah Malaysia yang lebih baik!!!

p/s : Kisah d atas hanyalah rekaan semata2.. Hanya diinspirasikan dengan melihat kesungguhan pakcik2 tua disebuah kampong di Hulu Terengganu yang begitu hebat pengorbanan mereka.

Wallahualam…





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang