Aku adalah kamu, Kamu adalah aku, Yang perlu mencontohi Baginda dan yang pasti akan kembali menemuiNYA...
PENGUMUMAN!!!
2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..
3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.
Blog aku ni ossem ke tak ossem??
My top 10 entry
- Taubat?? Enjoy dulu...
- Ibrah dari labour room
- Airmata untuk Geologist
- KISAH 3 TETAMU RUMAH AKU. (AWAS!. kisah menyayat hati)
- Study sampai muntah??
- Oh Yeah!! Hulu Selangor
- NOTA UNTUK YANG BERGELAR STUDENT
- BACA KISAH INI. KEMUDIAN KAMU AKAN MENGERTI BETAPA MAHA ADILNYA ALLAH SWT.
- Isteri Curang
- Ada apa dengan geology?
Wednesday, December 30, 2009
FIKIR2..nana nanana..
Baru-baru ni aku mendengar 1 talk mengenai pemikiran kita. Dalam talk tu macam2 aku dapat. Dari mengapa bagaimana dan untuk apa kita kena memaksimumkan penggunaan otak kita ni. Tapi apa yang aku nak kongsi kat sini adalah istilah pemikiran "vertical" dan lateral.
Pemikiran menegak ataupun lateral ni adalah pemikiran yang berasaskan logikal dan lebih bersifat komplesan iaitu memadai dengan apa yang ada. Pemikiran macam ni biasanya adalah reaksi kita yang biasa terhadap perkra yang berlaku di sekitaran kita..menurut kajian 95% penyelesaian masalah yang kita lakukan melalui berfikir secara menegak manakala selebihnya dengan berfikir cara mendatar.
Kat sini aku nak lebih mengupas kepada berfikir secara mendatar. Mungkin ada yang berfikir (secara menegak) kenapa aku nak cerita perkara yang sikit ni. memang lumrah la yang sikit tu lah yang istimewa dan perlu diberi perhatian.betoi kan??huhu
Pemikiran lateral ini diasaskan oleh Dr Edward de Bono yang juga merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan dan pemikiran. Beliau memperkenalkan corak berfikir jenis ini setelah melihat setelah mendapati terdapat banyak halangan pada corak pemikiran konvensional. Teknik ini bukanlah untuk menyanggah penggunaan pemikiran yang konvensional tapi hanya 1 jalan yang dijumpai dalam usaha mendapatkan idea yang lebih kreatif dan mencapah.
Jom kita lihat situasi antara 2 pemikiran ini mengikut teori stephen covey.
Situasi : Di awal pagi anak anda menumpahkan kopi dibaju anda ketika sarapan sebelum pergi kerja.
Tindakan 1 : Pemikiran secara menegak
Anda memarahi anak Anda karena telah menumpahkan kopi tersebut. Anak Anda kemudian menangis karena dimarahi. Setelah memarahi anak Anda, Anda kemudian mengkritik istri Anda karena meletakkan cawn kopi tu dekat bucu meja. Kemudian korang laki bini bertengkar jap. Anda lalu lari ke kamar untuk mengganti pakaian Anda. Di meja makan, anak Anda yang sejak dari tadi menangis tidak dapat menhabiskan sarapan paginya dan mengganti pakaiannya untuk sekolah. Dia pun ketinggalan bas dan istri Anda harus segera pergi kerja. Anda kena la hantar nak anda pergi sekolah. Anda pun ape lagi.pecut la.Dah la sampai lambat 10minit siap kena saman lagi sebab bawak laju.Anak anda pergi camtu je.tak salam anda pun. Bila anda balik kerja Anda mendapati bahwa situasi kat rumah agak dingin.So dimana punca tadi??ANDALAH jawapanye..
Tindakan 2 : Pemikiran secara lateral
Anda sepatutnya cakap. takpe la nak.lepas ni hati2 ye..Lalu anda pun pergi tukar baju. Anda pun kembali ke meja makan sambil melihat anak Anda yang melambai ke arah Anda sambil sedang bas sekolahnya. Anda dan isteri dapat pergi kerja macam biasa dan memulakan hari dengan baik.
So nampakkan berfikir secara lateral itu penting..
Jom kita relatekan kesan penggunaan pemikiran secara menegak dan lateral ni dalam memartabatkan islam dipuncaknya.Kita lihat kepada sirah Nabi Muhammad saw bagaimana beginda menggunakan pemikiran secara lateral ni. Cuba kita hayati peristiwa perjanjian hudaibiyah. yang melihat perjanjian ini secara vertical pasti akan mengatakan Perjanjian ini menguntungkan kaum Misyrikin. tapi bagi Baginda yang memandangnya secara lateral akhirnya menghasilkan peluang dan ruang kepada Dakwah Islamiyah sehingga berlakunya peristiwa "fathul makkah"
Sekarang kita sinambungkan penggunaan pemikiran lateral ini dalam usaha gerak kerja Islam. Tak kira dimana sahaja medan yang kita ceburi. tapi bagi aku pemikiran lateral ini amat penting dalam diri da'ie2 yang inigin meletakkan islam dipersadanya. Dalam kita lakukan dakwah mungkin kadangkala pemikiran mendatar sesuai tapi bagi aku pemikiran lateral ni iaitu pemikiran yang kreatif ataupun untuk dikaitkan lagi adalah pemikiran yang berhikmah amat penting dalam mendekati golongan yang bervariasi. Orang yang berfikir secara lateral akan berani melakukan pembaharuan. Setaiap idea pembaharuan yang dikeluarkan akan diteliti kebaikan dan keburukannya walaupun idea tu nampak gila-gila. Orang yang berfikiran lateral juga sama sekali tidak akan secara terus mengkritik idea orang lain tanpa melakukan bedahan dan kupasan kepada idea tu.Mungkin bagi golongan yang berfikir secara mendatar akan memandang pemikir2 baru ni mempunyai idea yang pelik2 yang tak boleh digunapakai. hal ini kerana golongan seperti ini lebih bersifat mengkritik berbanding berbincang. so bukalah ruang kepada pemikir2 lateral ni melontarkan idea..
Mungkn sekadaranya..Entah sahabat2 paham ke tidak aku hentam je la. Aku pun baru je cuba2 belajar tentang gaya pemikiran ni. Lepas ni Nabil mungkin kena tukar trade mark jadi LU PIKIR LA SENDIRI SECARA LATERAL.hahaha
wallahualam..
sumber :
http://manzaidiamn.blogspot.com/2008/04/mengapa-masyarakat-islam-kekeringan.html
http://smkapahang.bpi.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&catid=43%3Aartikel-menarik&id=83%3Akaedah-pemikiran-islam&Itemid=67
http://www.angelfire.com/on4/saifulazrul/PemikiranLateral.html
Monday, December 28, 2009
Aku membantah PAS bersama Pakatan Rakyat??
Ni pun sama. Siapa yang boneka?diorang ke PAS??
Ni lagi best. Memang betoi2 tutup muka diorang..huhu
Eh2..ade arahan pandang ke kiri ke??
3 jejaka yang berbeza keberanian. Tapi yang berani ni pun macam tak ikhlas je..haha
dah la yang membantah sikit. Yang nampak muka sorg je pulak tu..kesian..
Alamak mamat yang sebelah kiri ni buat2 gatal telinga la pulak..
Banyak ni je? Dah la tu muka takde langsung..takde beran la..haha
wallahualam..
Saturday, December 26, 2009
Boleh tak wish Marry krismas??
Tahun ini, 25hb Disember jatuh pada hari jumaat. Jadi tak ada apa-apa perbezaan. Sebab di Jordan, Jumaat memang cuti. Di Jordan tak ada sistem tunda cuti macam Malaysia. Yang kalau ada cuti jatuh hari ahad, cuti digalihkan pada hari Isnin. Jadi, ahli Urdun, boleh buat macam biasa aja la ya.
25 Disember amat sinonim dengan krismas. Disambut oleh orang Kristian sebagai hari kelahiran Nabi Isa AS. Maka timbul lah persoalan-persoalan di dalam diri kita yang berasal dari Negara Malaysia, masyarakat majmuk berbilang bangsa:
“Apakah boleh menyambut perayaan krismas?”
“Bolehkah bagi hadiah?”
“Boleh ke ucap Merry Christmas?”
Jeng jeng jeng….
Apa jawapannya?
Perbezaan pendapat ulama’
Amat sedikit yang berbicara berkenaan menyambut krismas sebenarnya. Semuanya apabila membincangkan perkara ini, akan menyatakan terus perkara ini secara umum di bawah tajuk:
“Hukum menyambut perayaan kaum lain”
Jadi, fatwa-fatwa mereka meliputi Tahun Baru, Thaipusam, Deepavali, Hari Raya Cina, dan seluruh perayaan kaum lain yang wujud di atas dunia ini, selain Islam.
Dalam perkara ini, terdapat dua pecahan pendapat ulama’.
Pertama – Yang Melarang, mengharamkan atas dalil-dalil tertentu.
Kedua – Yang Mengharuskan, membolehkan atas dalil-dalil terntentu.
Saya akan tunjukkan kedua-duanya sekali. Saya harap, janganlah terus dilihat kepada Yang Mengharuskanya terlebih dahulu ya. Saya hendak anda faham kenapa ada ulama’ menyatakannya sebagai haram agar ia masuk dalam konsiderasi kita. Bagi yang mengharuskan, saya hendak anda lihat kenapa mereka sampai boleh mengharuskan.
Selepas kedua pendapat ini saya terangkan, saya akan beri pendapat saya yang kerdil ini.
Pendapat Yang Melarang, Mengharamkan
Antara yang mengharamkan menyambut perayaan kaum lain adalah Muhammad Saleh Al-Munajjid, seorang ulama’ dan ahli majlis fatwa Arab Saudi.
Pendapat beliau berasaskan hadith yang bermaksud:
“Barangsiapa yaang meniru syiar sesuatu kaum(bukan islam) maka dia dari kalangan mereka” (Riwayat Abu Daud bilangan 4031. Musnad Ahmad ibn Hanbal, bilangan 5093)
Maka di sini, perayaaan-perayaan kaum lain adalah merupakan satu syiar bagi mereka. Muhammad Saleh Al-Munajjid bertegas atas hadith ini. Beliau juga menganggap bahawa, meraikan perayaan kaum lain sama dengan meredhai kekufuran yang sedang menyaluti diri mereka. Hal ini adalah tidak dibenarkan kerana orang Islam sepatutnya berkeras dalam hal ini. Dalilnya adalah:
“Muhammad itu Rasul Allah, dan mereka yang bersama dengannya amat keras terhadap golongan kuffar dan saling berkasih sayang pula sesama mereka(orang Islam)” Surah Al-Fath ayat 29.
Kemudian, Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah pula ada mengeluarkan fatwa, seperti berikut:
“Ikut merrayakan hari-hari besar mereka adalah tidak dibolehkan kerana dua alasan”
Alasan yang pertama adalah: Bahawa hal tersebut mengikuti ahli kitab, yang tidak ada dalam ajaran kita, dan tidak ada dalam kebiasaan salaf(yakni zaman Rasulullah, para sahabat dan tabi’in). Mengikutinya bererti mengandungi kerosakan da meinggalkannya terdapat maslahat membezakan kita dan mereka. Bahkan, seandainya kesamaan yang kita lakukan merupakan ketetapan semata, bukan kerana mengambilnya dari mereka, tentu yang disyariatkan adalah berbeza dengannya kerana dengan membezakannya terdapat maslahat seperti yang diisyaratkan tadi. Maka barangsiapa yang megikuti mereka, dia telah kehilangan maslahat ini sekalipun tidak melakukan kerosakkan apa pun. Terlebih lagi kalau dia yang melakukannya.
Alasan yang kedua adalah: Kerana hal itu adalah bid’ah yang diada-adakan. Alasan ini jelas menunjukkan bahawa perkara itu sangat dibenci hukumnya, kerana menyerupai mereka dalam hal itu.
Ibn Taimiyyah menyatakan lagi: “Tidak halal bagi kau muslimin bertasyabuh(menyerupai) mereka dalam hal-hal yang khusus bagi hari raya mereka, seperti makanan, pakaian, mandi, menyalakan lilin, memberikan cuti dari bekerja dan beribadah ataupun selainnya. Tidak halal mengadakan kenduri atau memberi hadiah atau menjual barang-barang yang diperlukan untuk hari raya tersebut.
Ringkasnya, tidak boleh sama sekali melakukan sesuatu yang menyamai ciri mereka dalam syiar mereka pada hari kebesaran mereka itu. (Dalam Iqtidha Siratul Mustaqim, ditahqiq oleh Dr Nahir Al-‘Aql 1/425-426)
Ada juga hadith yang menyatakan larangan ini secara jelasnya, di dalam riwayat Abu Daud dengan urutan sanadnya menepati ciri-ciri Haidth Sohih Bukhari dan Muslim.
Ada seorang lelaki yang datang kepada Rasulullah SAW untuk meminta pendappat kerana dia telah bernazar menyembelih haiwan di Buwanah(satu nama tempat). Maka Rasulullah SAW bertanya: “Apakah di sana(Buwainah) ada berhala, dari berhala-berhala yang disembah jahiliyyah?”
Lelaki itu menjawab: “Tiada”
Baginda bertanya lagi: “Apakah di sana merupakan tempat dilaksanakannya hari raya dari hari raya mereka?”
Dia menjawab: “Tidak”
Maka Nabi bersabda: “Tepatilah Nazarmu kerana sesungguhnya tidak boleh melaksanakan nazar dalam maksiat terhadap Allah dalam hal yang tidak dimiliki oleh anak adam”
Antara dalil-dalil Al-Quran pula adalah:
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang kafir itu, nescaya mereka hanya akan mengembalikan kamu ke belakang(kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang merugi” Surah Ali-Imran ayat 149.
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yahudi dan nasrani menjadi pemimpin-pemimpin, sebahagian mereka dalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Baragsiapa antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orag itu termasuk dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidakk memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim” Surah Al-Maidah ayat 51.
Jadi di sini dapat kita lihat bagaimana mereka ini boleh mengeluarkan fatwa bahawa menyambut perayaan kaum lain adalah haram, dilarang dan tidak dibolehkan.
Pendapat Yang Megharuskan, Membolehkan
Antara yang mengharuskan, membolehkan adalah ulama’ yang tidak asing lagi di dunia kita hari ini, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi.
Dia mengeluarkan fatwa menyatakan bahawa adalah boleh bagi kita membalas ucapan selamat hari raya kepada kaum yang menyambut hari raya apabila mereka menyatakannya kepada kita. Dia menyatakan bahawa tindakan itu tidak lebih daripada sekadar bersimpati dan meraikan kebaikan yang orang lain telah lakukan kepada kita.
Bukanlah bermaksud kita mengikuti Aqidah mereka. Dia berkata:
“Ini adalah daripada hak-hak bersama. Jika seseorang ahli kitab datang dan menyampaikan tahniah dengan perayaan kamu(muslim) dan bersama dalam kesedihan dan musibah yang menimpa kamu, mengucapkan pula taakziah kepada kamu. Maka apaka pula larangan untuk kamu mengucapkan tahniah dengan perayaan mereka, dalam kegembiraan mereka, dan mengucapkan takziah dalam musibah yang menimpa mereka? Ini tidak bermakna kita menyambut perayaan itu bersama mereka, adapun ianya hanyalah ucap tahniah semata-mata, dan ini termasuk dalam berbuat baik dan adil yang datang bersama agama ini(Islam)”
Dr Sheikh Yussuf Al-Qaradhawi menukilkan satu ayat Al-Quran dalam ucapannya ini:
“Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa” Surah An-Nisa’ ayat 86.
Paksi kepada fatwa Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi ini adalah:
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada mereka yang tidak memerangi kamu atas agama. Dan tidak pula mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil” Surah Al-Mumtahanah ayat 8.
Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi juga menyatakan bahawa bersama dengan orang bukan Islam dalam urusan teknikal, yakni yang bukan berkaitan dengan Aqidah, seperti bekerja, jamuan, ziarah menziarahi, dan sebagainya adalah dibenarkan. Hal ini kerana, Rasulullah SAW sendiri semasa peristiwa hijrah telah menggunakan khidmat Abdullah ibn Urayqit, seorang yahudi yang pakar dalam petunjuk jalan di padang pasir.
Seorang lagi ulama’ yang juga membenarkan adalah Syeikh Dr Mustafa Zarqa, dia adalah salah seorang dari 10 ulama’ terkenal dunia. Telah meninggal pada tahun 1999.
Beliau menyatakan bolehnya kita mengucap Selamat Hari Raya Krismas kepada rakan Kristian kita. Hal ini kerana, ia termasuk dalam mujammalah(kecantikan, kesopanan) dan keelokan dalam pergaulan. Dia menyatakan bahawa, Islam tidak melarang perbuatan adab dan sopan ini.
Beliau menegaskan bahawa, mujammalah ini tiada kaitan dengan perincian aqidah Kristian terhadap Nabi Isa AS dan sikap keterlaluan orang Kristian dalam Aqidah mereka.
Mujammalah ini juga, dikatakan termasuk dalam sikap tasammuh(toleransi) antara kita dengan orang yang bukan Islam.
Jadi di sini kita dapat melihat pendapat-pendapat yang mengharuskan, yang membolehkan. Saya tidak mahu anda berhenti membaca artikel ini setakat ini sahaja, dan terus mengambil pendapat yang mengharuskan ini. Saya mahu anda melihat pendapat saya.
Pendapat Saya
Ini bukan fatwa atau pendapat baru yang berlainan daripada dua pendapat yang dikeluarkan di atas. Ini hanya pendapat saya, yang saya keluarkan selepas saya memerhatikan dua jenis fatwa di atas.
Saya melihat, yang mengharamkan memegang dalil bahawa jika kita menyambut perayaan itu, maka kita sama dengan orang-orang kafir. Sememangnya, menyamai orang kafir, menyertai aqidah mereka adalah dilarang sama sekali di dalam Islam.
Saya melihat, yang mengharuskan pula memegang dalil tasammuh(toleransi) dan adab sopan sesama manusia.
Di sini pendapat saya bermula.
Pada saya, tidaklah merupakan satu kesalahan jika kita sekadar meraikan kenalan Kristian kita dalam hal Krismas ini. Saya tidak kata kita boleh menyambut krismas, yakni seperti menunggu hingga 12 malam kemudian menyanyi jinggle bell, jinggle bell bersama, kita pakai topi santa clause bersama mereka, kita pun berhibur dengan hiburan mereka dan sebagainya. Saya, tidak menyatakan itu boleh.
Tetapi saya menyatakan bahawa, tidak menjadi satu kesalahan jika kita sekadar meraikan kenalan Kristian kita dalam hal Krismas ini. Apakah maksud meraikan yang saya nyatakan ini?
Meraikan di sini adalah:
Apabila rakan Kristian kita mengajak kita ke jamuan makannya, dan dijamin bahawa makanan yang disediakan halal, tempatnya bersih, maka adalah tidak salah kita memenuhi jemputannya.
Tidak salah juga, semasa kita memenuhi jemputan itu, kita memberikannya hadiah.
Dalam hal pengucapan “Happy Merry Christmas”, saya lebih senang agar kita tidak menyebutkannya. Tetapi bukan dari satu kesalahan untuk kita membalas ucappan Happy Merry Christmas mereka dengan ucapan lain seperti: “Semoga kamu dirahmati juga” atau “May God Bless You” dan sebagainya, dan kita niatkan doa itu agar dia mendapat hidayah daripada Allah SWT.
Yang menjadi kesalahan pada pendapat saya adalah apabila, kita turut bersama mereka memakai pakaian santa clause, kita meniup wisel panjang berbelang itu bersama, Kita menyediakan juga pokok krismas di rumah kita, kita juga menyebut-nyebut kalaulah Santa hadir, kita juga memasak masakkan krismas dan sebagainya. Seakan-akan, itu hari raya kita. Maka itulah yang tidak dibolehkan. Seakan-akan, krismas itu adalah hari raya sebenar kita pula.
Kita kena faham, Krismas adalah hari raya orang lain. Maka, ibarat kita masuk rumah orang lain la. Walaupun tuan rumah kata: “Buatlah macam rumah sendiri” Tapi sebagai tetamu yang beradab, takkan kita nak buat macam rumah sendiri? Kita masih ada adab Islam kita.
Pandangan saya, kita hakikatnya tidak menyambut krismas. Kita hanya meraikan sahabat kenalan kita. Agar mereka menyenangi akhlak kita, tertarik dengan peribadi kita. Kita tidak hadir untuk menyambut krismas yang mereka sambut. Kita hadir untuk menawan hati mereka.
Maka adalah menjadi satu kekurangan apabila kita sendiri menyerupai mereka. Sedangkan sebagai seorag Muslim yang beriman kepada Allah SWT, kita sewajibnya mempunyai tamayyuz(perbezaan) antara peribadi kita dan mereka.
Adalah hakikatnya, cukup sekadar kita menghadiri jamuan yang dijemput, memberikan mereka hadiah ketika berziarah, dan membalas ucapan mereka dengan doa. Sekiranya majlis yang mereka sediakan disertai dengan hiburan yang melampau, percampuran yang bebas, ritual-ritual keagamaan, hendaklah kita menyisih dari tentatif-tentatif itu dengan keluar sebentar, atau sebagainya.
Penutup: Islam bukan agama racist, Islam agama toleransi
Saya tidak nampak pandangan Muhammad Saleh Al-Munajjid, dan Sheikhul Ibn Taimiyyah adalah keras. Dari satu segi, pandangan mereka tepat. Benar, kita tidak boleh menyerupai orang-orang bukan Islam.
Sebab itu, saya berpendapat, menyambut Christmas adalah haram. Saya ulang, menyambut Christmas. Menyambut. Saya ulang lagi, menyambut.
Saya juga tidak nampak pandangan Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr Sheikh Mustafa Zarqa itu satu kesalahan. Dari satu segi, pandangan mereka tepat. Benar, kita perlu bertoleransi dan menjaga hubungan baik kita dengan orang-orang bukan Islam. Untuk apa? Menawan hati mereka.
Sebab itu, saya berpendapat, meraikan rakan kita yang menyambut Christmas adalah boleh. Saya ulang, meraikan rakan kita yang menyambut Christmas. Meraikan rakan kita. Saya ulang lagi, meraikan rakan kita.
Kita tidak menyambut Krismas. Kita sekadar meraikan rakan-rakan kita. Ini satu dakwah secara halus yang perlu kita jalankan dengan halus juga. Kita tetap perlu memegang disiplin mu’min dalam diri kita. Kita hadiri majlis mereka dengan prinsip kita yang tidak tergugah. Adab kita masih kita jaga, kekemasan pakaian kita masih kita jaga, kebersihan akhlak kita masih kita jaga. Aqidah kita masih kita jaga.
Saya ulang, kita tidak menyambut krismas. Kita tidak hias rumah kita pada Krismas. Kita juga tidak menanam pokok krismas untuk krismas. Kita tidak buat kek krismas untuk krismas. Kita tidak menanti Santa Clause mahupun mempercayainya. Kita juga tidak pantas menyebut Merry Christmas itu, Merry Christmas ini. Kita juga tidak berdoa dengan doa mereka, kita tidak menyertai aqidah mereka, jauh sekali mempercayai apa yang mereka percaya.
Kita hanya meraikan rakan kita yang menyambut krismas. Kita hanya datang ke jamuan krismas bila dijemput rakan. Hanya makan apabila makanan yang disediakan halal. Hanya memberi hadiah ketika berziarah apabila menerima jemputan. Kita membalas ucapan mereka dengan ucapan kita yang lebih baik(hidayah Allah, apakah yang lebih baik dari hidayah Allah? Kita telah memenuhi ayat An-Nisa’ 86 tadi).
Moga-moga, dengan toleransi penuh berprinsip kita tadi, rakan-rakan Kristian kita tertarik dengan Islam yang kita bawa ke mana-mana, hatta ke dalam majlis mereka.
Apakah di dalam fikiran mereka apabila melihat kita yang amat kemas tadi?
“Wah, orang Islam ini amat berdisiplin ya. Kemas. Akhlak banyak baik”
Itu satu panahan kita terhadap mereka.
Panahan halus, yang kita harap menyentuh jiwa mereka.
Jadi di sini penyelesaian daripada saya dalam masalah menyambut Krismas.
Ps: Kepada sahabat yang bertanya, semoga ini memuaskan.
SUMBER : http://ms.langitilahi.com/perkongsian-bila-kamu-bising-perihal-krismas/Friday, December 25, 2009
Kenapa tiba2 hang pindah ni Siddeq??!!
Time aku jadi Pengarah Lawatan Muhibbah pun siddeq yang banyak bagi moral support. Sampaikan aku rasa tugas aku teringan bila dia turut memikirkan permasalahan program aku. dari mula aku bergerak kerja. Sampailah aku berjaya dalam program aku. Nama Siddeq sentiasa ada dalam list penyumbang kerja.huhu
Dari segi program kat KIZ ni. Program ape yang Siddeq x tolong? semuanya dia tolong. Sampai aku terfikir apa yang dia dapat buat semua tu. Tapi jawapan yang pasti adalah dia dapat teman yang bersama2 dengannya.]
Hmm.. aku taktau la nak gambarkan macam mane akrabnya kami. Bila berjumpa kompom ada senda gurau antara kami. Tambah2 bila beserta Piji, Fad, Abg Iejan dan teman2 lain.
Takpe la siddeq. Dah banyak hang bersusah untuk Kolej ni. Takpe2 nanti 1 hari hang nak balik KIZ balik kan? Nak jadi pengetua la tu..hehe( Kena bersaing dengan Abg Iejan.hehe).
Semoga kat luar Siddeq akan terus membawa panji ISLAM. Semoga Susah payah yang dilakukan selama ni dapat ganjaran dari ALLAH swt..
sedikit luahan untuk sahabatku..
Thursday, December 24, 2009
Kantoi..
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.
Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."
Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...
sumber : http://gelihati.blogspot.com/
Wednesday, December 23, 2009
Dedikasi buat Abg Iejan..
Dia adalah Abg Iejan. Abang yang banyak membimbing aku bersama kawan2 aku Fad, Jaki, Piji, Siddeq dll.Aku ingat lagi malam first aku jejak kaki kat KIZ ni Abg Iejan jadi M.C perjumpaan dengan Pengetua. Dalam hati aku cakap kurus betoi Abg ni.hehe. Mula2 kami kenal2 macam tu je. Tapi bila dah join Temasya Muhibbah Kolej (TMK 12) baru jadi rapat. Time tu aku pegang jawatan Pengarah lawatan pergi rumah orang2 tua. Langsung tak tau apa2 pun. Tapi Abg Iejan dan senior lain yang banyak bimbing aku. Kalau nak cerita tentang TMK ni memang indah. Tapi paling indah bagi aku bila habis dinner penutup TMK12 diorg buat sambutan Birthday aku. TMK 13 pun ade. Dan insan yang tak pernah terlepas bagi aku hadiah adalah Abg Iejan. Dah 2 helai baju yang aku dapat.1 helai ade kat rumah.1 helai dah jadi baju kegemaran aku dah. Kalu sahabat2 tengok aku pakai baju oren tulis "straighten your saff" tu adalah hadiah dari Abg Iejan. Tq Abg Iejan..
Sikit lagi kenangan kami.Dah hujung tahun 1 aku kat UKM ni ade interview nak jadi Pemudah Cara (P.C). Aku memang teringin nak jadi pun. Pergi la interview. Nak jadi MEP tak layak.huhu.Tapi aku Fad dan Piji tak dapat pun jadi P.C. Tapi orang yang bertanggungjawab memastikan kami jadi P.C adalah Abg Iejan.Tq Abg Iejan.. Bila mula MMP macam biasa la, Abg Iejan selaku ketua P.C time tu memang banyak ajar kami. Yang paling aku ingat malam dinner last MMP ade sambutan khas untuk Abg Iejan sebab dia dah nak grad pun. Malam tu kami ramai2 menitiskan air mata untuk insan bernama Nor Adlyzan B Theis yang akan meninggalkan perbukitan ilmu ni. Tapi kalau dah jodoh tak ke mana.huhu.. Rupanya Abg Iejan sambung Master kat UKM sekaligus jadi Felo kt KIZ ni..
Atas ni serba sedikit rentetan kehidupan aku dan warga KIZ bersama Abg Iejan. Kenapa aku tiba2 tulis tentang dia? Sebabnye tadi time solat Isya aku nampak dia kat surau KIZ. Felo yang macam ni yang kita nak. Sentiasa bersama student tak kira dalam program, kehidupan seharian mahupun bersolat jemaah bersama. Aku doakan agar Abg Iejan akan istiqamah dalam apa yang dilakukan..semoga rahmat ALLAH sentiasa bersama senior aku yang sorang ni.
Buat Abg Iejan kalau terbaca entri ni. Terima kasih di atas segala tunjuk ajar selama ni. Jangan lupa terus menerus menasihati saya. maklum la dah senior. dah naik kepala.hehe. Lagi 1..Semoga istiqamah pergi surau. Nanti saya undi Abg Iejan jadi Felo Kananek.hehe. Ke nak jadi pengetua???haha.
sekian dariku khas untukmu...
Happy Besday Abah
So kami pun berkumpul la ramai2 semalam kat rumah Yong. Ade 2 orang anak abah yang tak dapat datang. Nyah Din sebab Kak Nyah tak sihat dan Yang Amin sebab Baru balik kerja dari Tanjung Malim.tak sempat dah. Sebelum Abah sampai rumah Yong (Abah dari tanjung Malim dengan Abg Un) kami 9 beradik dah siap2 kumpul dah bersama kek untuk Abah. Bagi peluang Abah rehat dulu pastu kami tutup lampu dan nyayi Allah selamatkan Abah sambil bawak kek. Bajet surprise je. sekali abah cakap Abah dah agak dah pun. Cet...potong stim je Abah ni.hehe.sempat la kami semua bersalam berpeluk2an dengan Abah. Saaaaaayang Abah..hehe.
Malam semalam sebelum semua bergerak balik. Sempat la kami yang jejaka2 ni di ketuai oleh Abah berborak2 kat beranda rumah Yob. Masing2 menampilkan kegilaan masing2.. Aku yang pemalu ni hanya melihat je.haha..
Sekadar itu je cerita serba sedikit tentang sambutan hari jadi Big Boss kami. semoga Abah di panjangkan umur dan di murahkan rezeki (eh ayat biasa je ni..boring.Tukar2..)..Semoga Abah dapat menjadi Muslim Mukmin yang Muttaqin yang hidup dan matinya hanya kerana Allah swt (ha..ayat ni baru kick.hehe)..
wallahualam..
Tuesday, December 22, 2009
Kenapa mamat ni lak yang dapat pingat??bukan dia??
SHAH ALAM, 21 Dis: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dianugerahkan 'pingat demokrasi' oleh Persatuan Antarabangsa Konsultan Politik (IAPC) dalam satu majlis di Shah Alam Convention Centre, dekat sini petang ini.
IAPC ditubuhkan pada tahun 1968. Ia adalah organisasi global yang profesional politik dan penasihat urusan awam yang didedikasikan untuk menggalakkan demokrasi di seluruh dunia.
Ia dianggotai oleh ahli daripada lebih 20 negara di Amerika Utara dan Selatan, Eropah, Asia, Afrika dan Australia.
Menurut satu kenyataan IAPC, setiap tahun, IAPC akan menganugerahkan pingat penghargaan kepada individu atau pertubuhan yang melambangkan komitmen untuk demokrasi melalui ucapan dan tindakan mereka.
Sebelum ini, antara penerima pingat ini adalah Morgan Tsvangerai dari Afrika Selatan dan Martin Lee dari Hong Kong.
Pada tahun 2009 Anwar Ibrahim dipilih sebagai penerima pingat ini kerana keberanian dan usaha yang tak henti-henti beliau untuk memulihkan kerajaan demokratik di Malaysia, kata kenyataan itu.
Setelah menghabiskan satu dekad berpolitik, tsunami politik berlaku di Malaysia iaitu pilihanraya umum Mac 2008. Ia telah selamanya mengubah lanskap politik Malaysia.
"Ada akauntabiliti yang lebih besar dalam kerajaan dan sudah ada kebangkitan umum dalam masyarakat Malaysia dan menemukan kembali kekuatan suara mereka," kata kenyataan itu.
Selepas ditangkap, Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen apabila beliau menang dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada Ogos 2008. Dia kemudiannya dilantik sebagai ketua pembangkang di parlimen Malaysia.
"Dia terus menjadi suara terkemuka untuk pembaharuan dan perubahan di negara ini," kata kenyataan itu.
Foreign Policy Magazine menamakan beliau salah seorang 100 pemikir global dan Royal Institute of Strategic Studies memasukkan beliau dalam senarai daripada 500 umat Islam paling berpengaruh di dunia.
Tokoh yang akan menyampaikan penghargaan untuk Anwar Ibrahim petang ini adalah Ahli Majlis IAPC, Robert Murdoch.
(sumber : Harakahdaily.com)
Monday, December 21, 2009
Mencari maksud tersirat...
Ni pulak aku baru dapat tadi..Lagi Smart!!!huhu.. Siap ade maksud tersurat lagi..sahabat2 ade idea ape maksudnye??Jom share pandangan masing2 kat komen entri ni..Jom2..
Selamat kembali -GMUKM-
Gambar ni boleh didapati dari Facebook GMUKM. Aku pun dikesempatan ini nak mengucapkan semoga sem baru ni membawa penambahan pointer kepada kite semua..hehe..result aku sem lepas?? Cek pun tak lagi..haha
sekian..
Sunday, December 20, 2009
Mampus aku la nak lurus ke tak!!!
Aku sebenarnya agak kurang selesa solat kat situ.. Sebabnya saf yang dibina tak lurus n tak rapat. Ade pakcik2 yang bersolat mengikut sejadah masing2. Sampai aku boleh masuk di celahan 2 makmum tu. Dan yang buat aku agak terkilan. Imam tak pernah pun suruh makmum lurus dan rapatkan saf setiap kali sebelum solat jemaah. Pernah terdetik nak cakap kat imam. Tapi hati tak kuat.huhu. Ade pakcik tu lagi la. Bila aku rapat dengan dia. Aku lak kena sound suruh jauh sikit.haha.. Nasib2..
Tujuan aku menulis entri ni bukan untuk mengutuk jemaah masjid tu. Tapi sekadar renungan bersama. Bersama kita ambil iktibar dari cerita aku kat atas ni. Teringat aku ada baca satu artikel ke buku ek. Tak ingat sangat. Tak ingat aku sape cakap. Tapi ulamak Islam jugak la. Dia cakap kalau kita nak tengok perpaduan dan kesepakatan kat sesuatu kampung tu kita tengok pada saf yang dibina samada lurus dan rapat atau tak..
Bawah ni aku ada letak sikit gambar yang aku dapat dari blog kat atas ni..
So ape lagi kawan2?? Lurus dan rapatkan saf. kerana melurus dan merapatkan saf tu adalah sebahagian dari kesempurnaan solat..
wallahualam..
Saturday, December 19, 2009
La tahzan innallaha ma'ana
Tadi Khutbah Jumaat amat menarik untuk didengari. Isi yang menyentuh segala aspek dalam erti kata Maal Hijrah yang disambut sepanjang tahun.. menyingkap kembali tirai sejarah ketika umat islam sebelum peristiwa hijrah berlaku.. Berbagai mehnah dan tribulasi yang menanti sahabat2 yang dizalimi, dihina tak kurang jua dengan yang dibunuh.
Segala cabaran dan ujian yang dirasai oleh pejuang - pejuang islam terdahulu tetap dapat dirasai oleh pejuang islam pada akhir zaman ni. Melihat kembali serangan secara lembut yang di lakukan terhadap pejuang - pejuang islam terutamanya Junjungan besar kita. Begitu jugalah serangan yang dikenakan terhadap pejuang islam kini. Sebagai contoh tawaran kuasa, wang ringgit dan wanita yang ditawarkan kepada Nabi Muhammad saw ditolak serta merta oleh baginda. Jati diri seperti ini yang aku rasa perlu ada dalam diri semua pejuang- pejuang islam terutamanya pejuang yang terjun ke lembah perebutan kuasa. Kalau kita lihat kat malaysia ni. bagaimana YB yang tidak mempunya jati diri dan perjuangan yang didasari oleh islam begitu mudah di beli oleh golongan yang melakuakan perkara yang sama tarafnya dengan kafir quraisy tu.
Kita lihat pula sejarah yang berlaku sebelum berlaku penghijrahan dimana kaum kafir quraisy ni bermeeting yang turut disertai oleh Iblis yang menyerupai seorang tua. Terdapat 3 usul yang dicadangkan oleh kaum kafir ini untuk menghentikan usaha dakwah Nabi.
Yang pertama usul untuk membuang Nabi Muhammad dari kota Makkah. Usul ini telah ditolak oleh Iblis dengan alasan Nabi akan tetap dapat meneruskan kerja dakwahnya. Melihat kepada situasi politik kampus terutamanya UKM ni. Student di ugut untuk dibuang kolej andai mengundi ataupun mewakili pihak yang ingin memperjuangkan Islam. Andai kata Nabi Muhammad saw dahulu mengetahui baginda akan dibuang daerah adakah baginda akan mengalah?? begitu juga hal yang kita perlu lakukan. Jangan mengalah dengan tangan2 kotor yang cuba menghalang gerakan Islam..
Yang kedua pula, usul untuk memenjarakan Nabi Muhammad dalam penjara besi. Usul ini turut ditolak oleh iblis dengan alasan umat islam lain akan bangkit. melihat kepada situasi politik yang lebih luas iaitu Politik Malaysia. Ia amat bertepatan dengan ancaman ISA yang telah dikenakan terhadap pejuang-pejuang islam. Dan amat tepatlah kata - kata Iblis yang mengatakan umat islam lain akan bangkit membela pejuang tersebut. Hal ni dah berlaku pun kat Malaysia ni. tahniah buat rakyat Malaysia!!!!
Usul yang ke 3 pula ialah setiap kabilah menghantar wakil pemuda masing - masing untuk membunuh Nabi Muhammad saw. Situasi ni kita dapat lihat dengan terbunuhnya pejuang - pejuang islam di Palestin. Yang membezakannya adalah kalau dulu dipanggil semua kabilah sebab takut akan kebangkitan Bani Hashim. Tapi kini Israel tak perlu gentar membunuh rakyat Palestin kerana Umat Islam lain tidak bangkit untuk menghalangnya. bahkan tidak mebantu sedikit pun untuk rakyat2 yang dibunuh sesuka hati tu.
Semua serangan diatas ni akan dan sudah dihadapi oleh semua pejuang islam. Namun ingatlah duhai pejuang, janji Allah pasti akan tiba. penuhi syarat kemenangan maka Allah akan memberi kemenangan kepada Islam. Jangan sesekali bersedih hati kerana Allah sentiasa bersama kita.. Ingatlah kata-kata Nabi muhammad kepada saidina Abu Bakar ketika dalam peristiwa hijrah : La tahzan innallaha ma'ana (Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita )
“Hai orang-orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad:7)
Thursday, December 17, 2009
Sekitar Pertunangan akakku
Pagi tu.. Aku balik dari beli santan 10Kg. Sampai je kat rumah aku dapat berita yang mengejutkan. Semua ayam sebanyak 20 ekor yang dah masak semalam semua busuk.. Aku pun bergegas ke dapur. Test hidu.. Bapak ah.. Nak termuntah aku..huhu..
Tetiba aku dapat oder dari bos besar ( Bapak aku le) untuk buang ayam2 ni ke sungai sambil Nyah Din pegi beli ayam lain.. Situasi mencemaskan adalah time aku nak pergi buang ayam2 ni ke sungai..Aku, Yang Amin dan Abg Ali time tu. Time nak tukar dari kancah (kuali besar) ke besen nak angkut pegi buang tu.. Bau die meruap naik.. Mak ai.. Memang Abg Ali muntah On The Spot. Aku follow la muntah then Yang Amin muntah secara pukal.haha. Pastu Abg Ali give up. Aku dan Yang Amin meneruskan perjuangan.. sempat juga aku muntah lagi dekat tepi sungai.. siot je..huhu
Ni antara cabaran yang kami terima nak melaksanakan pertunangan akak aku yang mengada2 ni.hehe. macam2 lagi la.. tapi akhirnya.. Alhamdulillah..selamat juga majlis dilangsungkan... Syukur... Bawah ni ada gambar serba sikit...Jom layan....
Wednesday, December 16, 2009
Kurang HAJAR!!!!!
Aku test search http://ikutsukaatiaku.blogpot.com/..Kuar web kristian.. Siot je diorang.. Bagi bloger2 lain. Cuba tukar dari blogspot kpd blogpot.. Kompom pergi ke laman diorang...Pasni terus test tau..Kompom kuar web ni..
Tq kepada http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/ yang bagi info ni kat aku.. same2 kita sebarkan kelicikan diorang ni... Semoga Allah swt melindungi kite..
wallahualam..
Tuesday, December 15, 2009
Welcome to our family
Nampaknya kehadirannya merupakan anak sedara ke 11 bagi aku dan siblings aku. Anak aku?? calon pun takde lagi.haha..Nama dia Nuri Isma Syazwana..Nama akak yang atas dia Nuri Isma Syazwani. Sempat aku bergurau dengan abang aku. Takde idea kreatif dah ke? Tukar vokal di hujung je.huhu. Buat si akak waninye aku kompom la kaco dia jugak. Cakap dia dah tak comel. Sebab dah ade adik baru.Memang tension die.hehe
Buat si along dan angahnya diorang pulak baru lepas sunat kelmarin.. Memang aku wajib mengusik la..cian2 anak sedara dapat acik yang macam ni.haha
Sekian saje cerita tanpa pengisian dariku..
wallahualam..
Monday, December 14, 2009
UKM di hatiku..
Aku datang awal ni sebab ape ek?? asyik tu je soalan yang aku dapat bile jumpa kengkawan kat sini.. Jawapan yang aku bagi senang je.RENCAM.. tau ke ape tu??huhu. rencam tu kira perkara lain yang macam2 la. Banyak boleh aku buat sebelum buka sem ni.. Persiapan dari segi mental mahupun fizikal..hehe..
So kira aku buka sem awal la nampaknya.. Bajet excited pulak nak habiskan sem terakhir aku kat ukm ni.. INSYALLAH..k la aku nak buat perkara rencam ni..huhu..
wallahualam..
Friday, December 11, 2009
Berdebar menanti pertunangan..
Esok akan terjalin la ikatan pertunangan antara akak aku ngan abg zali. Moga perhubungna ni sampai ke jenjang pelamin. Dah lame aku tak menimang abg ipar ni.haha. Tahniah diucapkan kepada akak ku.. jangan nervous sudey..huhu. Tak lama lagi kurang la seorang ahli bujang united kat atas ni..hehe
Tapi untuk akakku n petunang2 sekalian. Barang diingat cincin pertunangan bukanlah tiket untuk melakukan perkara yang masih belum dihalalkan.. Muamalat antara si teruna n si dara masih perlu di jaga. Buat si teruna : andalah yang perlu mengawal keadaan. Jangan duk kol cakap "Hallo honey..lets go for dinner..i missed you"..That not the right thing. you got me??huhu.. Sebabnye biasanya lelaki ni langkahnye lebih tangkas berbanding si dara.(Aku tau le.aku kan lelaki??huhu).. Tapi si dara pun jangan wat lebih2 pulak..kawal2 sikit. Jadilah perempuan Melayu terakhir..eh2 silap Muslimah mukminah terawal dan terakhir buat si jejaka...huhu..
Mungkin ni untuk peringatan kita bersama.. Ingatlah tiada ikatan selain perkahwinan yang mampu menghalalkan ape yang di haramkan buat sepasang ajnabi..Sekadarnya dari aku..
wallahualam..
Saturday, December 5, 2009
SENDU SENDAWA..
Untuk entry kali ni aku pun taktau nak cerita tentang apa. Tapi mungkin sedikit perkongsian yang boleh aku dapat dari kehidupan ku di kampung paloh ni untuk renungan bersama..
Petang semalam aku di ajak oleh untuk pergi kenduri arwah sikit. Aku pun pergi je la bawak my mother (bajet anak mithali.hehe).. 1 budaya yang aku dah lame tau kat kehidupan kampung ialah semangat kejiranan yang tinggi.. Aku tengok yang di ajak pergi kenduri tu hanya di ajak dalam keadaan on the spot je. Tapi tetap ade orang yang datang.. mmg respek ngan org2 veteren kampung..
Aku pun mengimbau balik dialog aku bersama abah aku 1 masa dulu. Aku bertanyakan tentang rumah kami ni macam mane boleh mula buat.. Jawapan yang menimbulkan rasa kagum dalam hati aku ni.. Jawapannya abah aku bergotong royong bersama orang2 kampung membina rumah tu. Ade yang buat dinding, tiang, atap n tak kurang si suri rumah yang menyediakan masakan untuk si suami.. Bila aku bayangkan memang muhibbah gile time tu..
Aku di jemput oleh ustaz isya untuk mengecat sekolah agama rakyat aku dulu. Aku pun pergi la ngan adik aku. Dan seperti dijangka. Ade orang yang dah mula bergotong royong. Bagus betoi diorang. Yang dah veteren pun stll membantu.. semangat yang menarik untuk di kongsikan..
Beralih lak kat lambakan kenduri kawn sekarang ni. Baru kejap ni aku pergi rumah kenduri kat ipoh. Pakai cathering. Tapi kehidupan dikampung memang berbeza. Sepanjang 7 dari siblings aku yang kawen. semua buat secara gotong royong. Hope aku pun sempat la di gotong royong bersama nanti.hehe. Kekadang aku pelik gak tengok orang kampung ni. Ape la diorang dapat dengan tolong free ni.. jawapn yang aku rasa betoi adalah SEMANGAT MUHUBBAH dan IKHLAS. tu je..mungkin jaga hati ade sikit kut.hehe
Benda yang aku cerita ni la yang sangat susah nak dapat tengok di kehidupan kota. Contoh aku pergi rumah sedara mara kat kota nu.. Jiran pun tak nampak. sibuk bekerja kut.hehe..
So sahabat2.. fikir2kan dimana jiran2 anda?? camne diorang sekarang?? adakah dalam sendu atau sendawa??
wallahualam..
Sendu Sendawa
Album :
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com
?Tidak sempurna iman
Jika kau tidur dalam kekenyangan
Sedang jiran tetanggamu
Menangis kerana kelaparan?
~ Al-Hadis ~
Dua kata yang berbeza
Dicantum menjadi satu
Tetap tidak kan sama maksudnya
Berlain sifatnya, nilainya, hikmatnya
Sendu dan sendawa
C/O
Adakah kau tahu
Siapakah mereka jiran tetanggamu
Pernahkah engkau melihat
Apakah dalam sendu atau sendawa
Kenalilah dan bertegurlah sapa
Dengan akhlak yang mulia
Hidup berjiran susah dan senang
Suka duka dirasa bersama
Hak tetangga berkenal bermesra
Hak tetangga menggembirakannya
Hak tetangga bertanya khabarnya
Makan minumnya semua
Kenalilah jiran kita
Hormatilah kita sesama kita
Hormatilah jiran kita, bersaudara?
Hak tetangga menutup aibnya
Hak tetangga doakan mereka
Hak tetangga menjaga hartanya
Sakit demamnya
Hormatilah jiran kita
Kita sesama kita
Bersaudara ibarat pohon tumbuh merendang
Jadi teduhan musafir lalu
Hujan dan panasnya
Bersaudara ibarat tubuh manusia
Satu anggota terasa sakit
Sakitlah seluruh anggotanya
Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Isman Isam
Program Muzik : Mohar
Sumber http://www.hijjaz.com.my