PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Monday, March 18, 2013

Isteri Curang


Puan Ruby sedang bersiap2 untuk pergi ke majlis makan malam anjuran syarikatnya. Malam itu Ruby bersolek sakan agar kelihatan cantik dan menawan. Rambutnya telah dikerintingkan agar kelihatan cantik. Al maklum lah dengan tema western dress membuatkan beliau lebih teruja untuk berhias diri.

Encik Hamid iaitu suami kepada Puan Ruby tidak dapat ikut serta pada malam itu kerana perlu menghadiri Mesyuarat JKKK di tamannya.

Puan Ruby : Abang.. Ayang balik lewat sikit tau malam ni.

Encik Hamid : Ok Ayang, Cantik sangat isteri abang malam ni. Maaf abang tak dapat ikut malam ni.

Puan Ruby : Takpe la abang. Abang pun ada urusan lain lagi kan malam ni. Jumpa nanti. Bye…

Encik Hamid : Ok.. Bye…

Ketika dalam mesyuarat, Encik Hamid menerima satu gambar melalui telefon pintarnya. Gambar yang ternyata menaikkan rasa amarahnya. Gambar tu memaparkan isterinya menari berpelukan dengan bosnya. Keakraban mereka sememangnya telah lama menjadi buah mulut rakan sekerja Puan Ruby. Ternyata kecurangan Puan Ruby semakin menjadi2..

Tepat jam 12.30 malam Puan Ruby pulan ke rumah.  Encik Hamid telah siap menanti dengan rasa marah yang membara. Maka terjadilah pergaduhan besar malam itu.

-------END-------

Aku pun tak tahu apa kesudahan cerita ni. Haha.. korang sambung la sendiri… kahkahkah..Bukan kesudahan yang aku nak sampaikan. Tapi tentang KECURANGAN yang ingin aku highlightkan.

Ada 2 jenis kecurangan berada di atas :

1.       Kecurangan dengan suami : Pun Ruby bermail kayu 3 dengan bos nya
2.       Kecurangan kepada Allah : Puan Ruby keluar rumah dengan keadaan mendedah aurat dan tabarruj secara berlebihan

Kita lihat di sini kecurangan manakah yang lebih ditekankan oleh sang suami. Kita selaku manusia sering kali risau dan marah jika pasangan kita curang. Namun sejauh mana kita risaukan melihat pasangan kita berlaku curang kepada Allah yang mencipta kita dan dia?

Wallahualam…


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang