PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Saturday, February 27, 2010

Menantu terlebih bagus..

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

komen aku : Bersediakah anda???

Friday, February 26, 2010

Cinta konon..cet..porrrah...

Seharian berbrainstorm untuk kepentingan Islam hari ni. baru sempat aku nak mengupdate blog aku ni. Apa yang di brainstorm?? Nanti la aku cerita ek?? tunggu....

Hari ni aku nak bertanya kenapa kita diberikan cuti?? Adakah cuti hari ni kita gunakan untuk berehat2 ataupun nak manfaatkan untuk muhasabah diri tentang rasa cinta kita kepada Junjungan besar kita yang dikatakan hari ni adalah hari keputeraan baginda. Sememangnya ada khilaf mengenai tarikh kelahiran baginda tetapi ulama' mengatakan hari ni adalah hari lahirnya insan kamil yang membawa sinar kepada seluruh alam. Persoalannya adakah kita ni cukup menghargai sinar yang dibawa oleh baginda pada masa dan ketika ini. Masih tebalkah cinta kita kepadanya atu hanya bermain di bibir2 yang pandai bermain kata?? Aku taknak hurai panjang sebab lebih ramai yang lebih arif lagi. Aku hanya ingin melontarkan persoalan yang mengharapkan sahabat2 menjawab dengan jujur sebagai petunjuk awal mengenai cinta kita kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad saw.

1. Adakah anda mengingati baginda lebih banyak daripada perkara yang anda lakukan didunia?

2. Adakah bilangan selawat anda mengatasi daripada anda mengatakan tentang perkara dunia?

3. Adakah anda menjaga solat di awal waktu?

4. Adakah anda tidak mempunyai pasangan kekasih?

5. Adakah anda percaya anda adalah seorang dai'e?

6. Adakah anda mengetahui maksud sunnah rasulullah?

7. Adakah anda tidak pernah missed membaca Al - Quran setiap hari?

8. Adakah anda tidak pernah berbohong (atau dah bertaubat)?

9. Adakah anda menjaga solat jemaah di surau ataupun masjid (terutama lelaki)?

10. Adakah anda cuba mengamalkan sunnah nabi yang anda tahu?

Cukuplah hanya 10 soalan yang aku cuba lontarkan. Andai kata kebanyakan solan yang anda jawab jawapannya adalah tidak. Maka cuba hisab balik adakah benar anda katakan anda mencintai Rasulullah saw. Bukan aku nak mengatakan 10 soalan ini adalah indikator kecintaan kita kepadanya tetapi hanya sebagai renungan bersama. Mungkin betul mungkin tidak apa yang aku lontarkan ni. tapi aku cuba memuatkan pengamalan sunnag nabi dalam soalan yang aku lontarkan kerana ingatlah khutbah terakhir baginda

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.
Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.Kuwariskan dua perkara pada kalian,
Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai
aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama
aku."


Allah juga berfirman

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Ali Imran: 31)

Jadi dimana tahapan kita kini?? adakah cintakan dia atau tak?? anda mumpu mengubanhnya...(tibe je..huhu)




Wednesday, February 24, 2010

Kisah kami 20 tahun lagi...

DUMMM!!!!

“Alamak..Mamat mane pulak hentak belakang kereta aku ni”. Protes aku dalam hati. Aku pun bergegas keluar untuk melihat Mini Cooper kesayangan aku. Lega aku rasa bila tengok keadaan kereta aku yang hanya calar sikit je. “ Tapi sikit pun kena mintak ganti rugi ni” berontak hatiku..

“Sori Bro sori, Aku nak mengelak kucing tadi” Tiba-tiba ada sapaan mamat yang agak gelap dari belakang aku..Menyirap pun ada bila dengar alasan kanak – kanak dia tu..Aku pun dah menyusun ayat untuk memaki hamun mamat tu .

“wei!! Hang ni...” Tiba-tiba aku terhenti setelah melihat wajah yang aku kenali ada di depan mataku.. “La..hang rupanya Mat Anip..Awat makin gelap ni. Aku dah tak cam tadi” sindir aku kepada teman lama aku yang dikenali sebagai Mat telor masa kat UKM dulu.

“Hahaha..banyak berjemur la bote. Sekarang sibuk kena pergi site projek Syarikat aku” balas mat Anip. Dari kata-kata dia aku dah tahu yang mat Anip dah berjaya sekarang. Hebat kawan aku sorang ni yang ambil jurusan Sains Pembanggunan dulu. Memang membangun nampaknya. “Dah dah, Jom pergi pekan S.P pekena cendol dulu. Boleh borak-borak lama sikit” Pelawa mat Anip yang mematikan terus niat aku untuk meminta ganti rugi.

“Blurpp..layan jugak cendol kat sini” aku mengomen.“Apa projek baru sekarang??” aku bertanya Mat Anip. “La..hang tak tahu ke? Aku tengah berkerjasama dengan Manan sekarang. Kami nak tubuhkan Bandar Pembanggunan Islam kat sempadan Thailand. Manan nak tubuhkan School of Islamic Scientist kat dalam bandar tu” Jawab Mat Anip dengan panjang lebar. “Huish, Dahsyat Manan ni. Harap-harap jangan moral down sudah” jawab aku yang membuatkan kami tertawa teringat kisah silam.

inilah varsiti kita,
Ditengahkan hasrat rakyat kita,
Dari mula untuk semua,
Bagai tanda perjuangan kita

“hekelle..Poyo siot,pakai tone lagu UKM untuk incoming call” Mat Anip menyindir.

Aku : Assalamulaikum, halo..

Pemanggil : Wallakumussalam. Zul ke ni?

Aku : Ye Zul yang kacak bercakap. Sape hang?

Pemanggil : Aku ni Mirul.

Aku : La, Mirul yang dah kurus tu ye?haha

Pemanggil : Haram Jadah.. ye aku le ni..

Aku : ape hal kol aku?

Pemanggil : Aku nak balik Perak hujung minggu ni. Jom la lepak kat Ipoh.

Aku : Ok2. Asalkan orang femes belanja.

Pemanggil : Yela..Set je..Ok see you..Bye..

Aku : ok..bye..I Love you.hahahahaha

Pemanggil : Bangang!!!haha

Tutttt....

“Mirul ke kol tadi? Dahsyat dia sekarang. Mula jadi dejjay Radio Midas je dulu. Tak sangka sekarang dah jadi pengacara No 1 malaysia”. Mat Anip menceritakan perkara yang aku dah tahu..

Rupa-rupanya pihak IKIM.fm mengesan bakat Mirul ketika dia jadi Dejjay Midas dulu dan diberi kontrak bekerja dengan IKIM.fm selepas tamat pengajian. Bakat mengacara Mirul juga telah membawa dia ke pentas program dakwah sehingga berjaya mendapat anugerah Pengacara Televisyen dan Dejeey radio paling popular tahun lepas.. Kena2 pulak tercalon sebagai speaker untuk OIC conference..

“Ok la wei, Aku nak pergi Jejawi ni. Tido kat Aloq staq malam ni. Nak pergi kenduri kahwin Fad esok. Hang tak pergi kan?? Sibuk?Teloor...”hahaha aku mengusik Mat Anip dan terus berlalu meninggakan dia terpinga-pinga.

Dalam perjalanan, Aku memsang Channel Nasyid F.M tiba – tiba aku mendengar suara yang aku kenali mengalunkan lagu Nasyid memuji2 kebesaran tuhan. Suaranya sekarang sering sangat berkemandang di corong-corong radio. Album sulung berjudul “Dakwah dan EPL” turut berjaya menembusi pasaran di eropah. Mungkin pendekatan dakwah berbeza yang diterapkan dapat menarik minat pendengar kut. “Oney2.. memang Wan Alonso Hebat hang sekarang ek” aku memuji sahabatku di dalam hati. Gosip di dunia hiburan juga dapat diatasi dek kesetiaannya kepada Zaujah (isteri) tercintanya si Fiqah tu. .

Malam tu aku tidur di Alor Star. Aku dah tempah Hotel Al- Jannah bersama Caer roomate lama ku. Sengaja aku memilih bilik sama untuk mengimbau kenangan bersama di tahun 1 UKM. Lagipun Hotel tu dimiliki oleh kawan kami jugak Tan Sri Rahimie. Dapat la less 50%. Tu yang aku tempah tu. Kalau tak, memang tak mampu aku nak tempah hotel yang terkenal dengan ciri-ciri keislamannya yang bertaraf 5 bintang tu. Bagus betul Mie ni. Menerapkan unsur dakwah dalam pengurusan hotelnya. Pekerjanya juga diwajibkan berkopiah dan bertudung labuh.

Sambil menanti Caer yang sampai agak lambat aku sempat berYM sebentar. Menurut Caer dia ade tugasan sikit kat Syarikat majalah dia. Maklum la Pengarah Urusan Al-Islam bhd. Malam tu ada pulak si Piji ni Online. Aku pun BUZZ la dia. Lama sangat dah tak bersembang dengan dia semenjak menjadi ketua sukarelawan Malaysia ke Gaza. Kami tak dapat chatting lama pun. Katanya dia kena menguruskan penempatan rakyat yang terancam kat sana. Nampaknya khidmatnya sangat – sangat diperlukan disana.kami pun mengakhiri chatting kami. “Memang tepat la pemilihan felo bagi anugerah tokoh Khidmat Sosial kat Piji dulu” getus aku di dalam hati.

Tepat pukul 11.30 alunan Surah Al Kahfi berkumandang kat hotel tu. Setiap bilik juga disediakan Tafsir Al Quran Per Kata. Bagus Betul hotel ni. Tiba – tiba Pintu dikuak. “Wah!! Roomate lama ku dah tiba rupanya. Mana makanan??” pinta aku kepada Caer. “Nah Ambil Pizza HPA ni” Pelawa Caer yang memang sejak kami 1st year mempunyai banyak makan di bilik kami.

Malam tu aku bersembang lama dengan caer. Kami berborak mengenai kenangan kami bersama ketika di tahun 1 dahulu. Bilik kami yang menjadi tumpuan terutamanya si Fathi. Eh silap, sekarang dah bergelar Ir Fathi dah. Betul lah kata orang memang seronok mengimbau kenangan silam sehinggakan kami tak sedar jam sudah menunjukkan jam 2.12am. So masa untuk tido...

Pada pukul 5 lebih aku terjaga dari tidur kerana terdengar esakan tangis seseorang. Aku membukakan mata. Rupanya Caer sedang melakukan Qiamullail. masyaAllah, hebat kawan aku sekarang. Malu aku kepadanya kini.

Keesokan paginya, Semasa aku mandi, Caer menjerit – jerit..

“Zul!! Cepat – cepat, kawan kita masuk T.V ni”. Aku yang teruja ni terus mempercepatkan proses mewangikan diri aku lantas keluar.

MHI Pagi tu menjemput pemenang anugerah Nobel pertama dari malaysia. Kajiannya mengenai penggunaan minyak sawit dalam mengawal aktiviti nuklear telah membuka mata seluruh Dunia. Malam ni juga dia akan mendapat gelaran Prof emeritus daru UKM,UITM,UPM,UM,UTM dan USM. “Nampaknya kena panggil Prof emeritus Jimbet la kawan kita ni zul” gurau caer disambut tawa kami yang berpanjangan..

Usai sarapan pagi aku dengan Caer pn bergerak naik kereta BMW 15 series dia. Bangga je aku menumpang kehebatan sahabat aku ni. Nak beli sendiri aku tak mampu. Dalam perjalanan ke Jejawi sempat aku bertanya tentang perkembangan Ustaz Minul sekarang. “Ape cer Minul skang Caer?? Mantain kerja dengan KPM lagi ke?” Aku mulakan perbualan. “Ate.. Kamu ni idok dengo ke yang Minul sekarang dah koje dekat Portugal??” Jawab Caer yang tiba2 je bertukar loghat perak.. “ What the hell are he doing there??” aku membalas dengan penuh gayanye tapi degelakkan je oleh caer..Siot2..Rupanya2 menurut Caer si Minul tu dah jadi Ustaz kat sana. Kat University of canción de la banda kat sane. Kira Universiti yang membawa nama Portugal ke arena Futsal dunia le. Semua pemainnye muslim je dan Minul adalah coach merangkap murabbi diorang. Dengar cerita wajib tahajjud setiap malam sebelum game. Patut la Brazil pun kalah time Final Kejohanan Futsal Dunia kat Itali tahun lepas.

Sebelum sampai ke Jejawi kami singgah kat Masjid Arau untuk bersolat Zohor. Usai solat berjemaah aku di sapa oleh seorang pakistan. Sembang punya sembang rupanya dia ni karkun jemaah Tabligh dari sana. Terlepas jemaah diorang sebab Handphone dia bateri Kong. Adui..kesian pulak aku tengok. “Camne ni Caer?? Takkan nak biar je Mamat ni??” soal aku kat caer. “ Hekelle ko ni. Simple je la. Kan Hairil tu dah jadi Maulana besar kat Malaysia ni?? Call je la die. Ape da..” Perli si Caer.. Aku pun lepas tu terus kol sahabat karib aku sorang ni. Rupanya dia ada kat rumah dia kat Perlis gak sebab nak pergi kenduri Kawen Fad jap lagi dan dia suruh bawak mamat Pakistan ni kat sana. Nanti die setelkan kata hairil..

So, Aku pun teruskan perjalan bersama karkun tu. Ramah je orangye. Tawadhu’ usah dikira. Tenang je aku sembang dengan dia. Respect betul dengan usaha yang dia dah buat selama ni.

Sampai je kat rumah Fad kami terus mencari Hairil. Dari jauh aku tengok Hairil tengah sembang dengan seorang mamat yang muka macam aku kenal. Takkan ade pulak Mamat ni. Tak sibuk ke dia?? Bila sampai je kat sana aku rupanya memang betul la tu Noni!! Mak ai.Semakin kurus nampaknya selepas jadi M.B Negeri sembilan ni.“ Oit Nik Aziz kedua. Kurus siot!!” Sergah aku kepada Noni. Ye Nik Aziz kedua tu la jolokan yang diberi oleh Rakyat Malaysia kepada dia setelah berjaya membawa Islam kat Negeri dia. “ Besa la bro. Tak sempat makan la. Sibuk2..” Rungut Noni.. Aku tak layan pun sebab aku tau mengada je lebih dia tu. “Amacam dengan projek Bahau Bandar Pencerahan Islam??” Caer menyoal.. “ InsyaAllah sekarang dah masuk fasa terakhir” Jawab Dato’ Noni yakin. “ Dahsyat ahli politik sorang ni. Tak sia2 thesis under Dr Agus dulu ni” bisik aku di dalam hati.

Pak Pung.. Pak Pung...

Pak Pung.. Pak Pung...

Pak..Pak Pak...Pung...Pung..Pung..

Pak..Pak Pak...Pung...Pung..Pung..

Tiba – tiba kedengaran paluan kompang dari depan rumah. Kami pun bergegas melihat sahabat kami raja sehari yang nampak bergaya hari tu. “Akhirnya berjaya juga Fad ek?? Setelah bertahun2 mencuba sejak 1st year akhirnya berjaya juga dia” Komen si Hairil. “Biasa la. Usaha tangga kejayaan” jawab Dato’ Noni dengan penuh skema disambut oleh boooooo dari kami bertiga..

Majlis perkahwinan dibuat simple je. Permintaan pengantin juga untuk tidak diadakan persandingan. Pengantin perempuannya pun dah memakai Tudung Labuh. Ayu la pulak aku tengok. Fad pulak dah jadi macam Ustaz pun.

Ketika pengantin makan beradab datang seorang yang aku pun tak berapa cam. Berjubah putih dan berserban. Tinggi lampai orangya. Sesampainye kat meja kami dia terus menegur. "Oit kenal aku lagi tak? Yang setinggan depan bilik ko dulu". Sapa beliau. "La..Hg rupanya Mael. Ingat Pak aji mana tadi. Camni boleh ubah penampilan ni??" Aku inginkan jawapan. "Ko ni, tak tahu ke yang mael sambung belajar kat Mesir lepas ijazah dulu. Baru tahun lepas balik sini' Oney menyampuk selaku rakan sekelas mael. " oooo.. Bertapa kat mesir rupanya.. Patut la jadi alim ulamak sekarang. Dahsyat hg Mael" aku memuji. "Biasa je bote, Semua tu perancangan Allah untuk memberi hidayah. Kan Allah berfirman 'Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman' Surah al-An’am ayat 125" jawab mael yang membuatkan kami terkedu sebentar.. Dalam hati aku berbisik. Semoga Hidayah Allah tu kekal bersama kita sahabat2ku..

Selesai Makan beradab, Pengantin datang beramah mesra bersama kami. Sempat aku bergurau menanyakan destinasi honeymoon diorang. “ Kami nak gerak pergi U.K minggu depan. Honeymoon kejap lepas tu aku terus kerja sana jadi Mining Geologist kat sana” Nanti datang la sana. Boleh lepak dengan Jaki sekali..

“Jaki?? Kenapa dia kat sana pulak??” si Oney yang baru je selesai makan bertanya.. “Jaki kerja dengan petronas kat sana” Siddik tiba-tiba muncul lantas menyampuk.. “ Siddik jumpa dia masa sembahyang kat masjid Dungung bulan lepas. Dia jadi penceramah jemputan malam tu. Cuti nak bertunang katanya hari tu” Siddik bercerita. “Eh. Sejak bila Jaki insaf ni??. Kena panggil Ustaz jaki la nampaknya lepas ni” Fad bersuara lalu disambut gelak tawa kami bersama.

“ Eh Ibu Zain pe cerr??” aku bertanya kat siddik. “Alhamdulillah..dapat kolej terbaik baru ni. Sekarang ni dah dah tukar nama jadi Ibu Zain Islamic Student House. Tapi mantain panggil IZISH lagi la” Siddik menjawab dengan wajah yang ceria. “Senang dapat peruntukan untuk aktiviti keislaman kolej?” Fad kini selaku aktivis islam bertanya. “ Senang juga la. Ye la N.C nye kan Abg Iejan. So senang la sikit nak dapat.” Jawapan Siddik yang membuatkan kami terkenangkan Abang kami yang banyak mengajar kami erti kehidupan tu.

Petang tu kami berkumpul ramai – ramai sambil menanti rakan - rakan yang ada yang masih dalam perjalanan akibat kesibukan masing – masing. Bangga aku melihat kejayaan demi kejayaan sahabat – sahabat perjuangan aku di medan masing – masing dan di medan besama iaitu ISLAM. Tapi aku?? Aku hanyalah aku.. Tiada apa yang boleh dibanggakan...

Sekian..

Tuesday, February 23, 2010

Mim tak hidup..

Alhamdulillah semalam berjaya 2 aktiviti mingguan yang dianjurkan oleh Kelab Kerohania Kolej aku. Pertamanya berpuasa sunat dan berbuka bersama2. Dapat la dalam 24 orang yang join. InsyaALLAH yang depan2 ni akan diistiqamahkan dan meramaikan lagi jemaah berbuka tu. Sahabat2 lain apa lagi?? Jom la join Minggu depan lak..

Selepas maghrib pula ada Kelas Tajwid yang di ajar oleh Ustaz Ilyas. Semalam kali ke 2 majlis dijalankan dan mendapat sambutan dalam 7 hingga 8 orang. Ok la tu dalam usaha memperbaiki bacaan Al Quran masing2. Kat sini aku nak share tentang hukum tajwid yang dikupas oleh Al Fadhil Ustaz kita semalam..

Semalam membincangkan tentang hukum mim mati. Hukum mim mati ni ada 3 pecahan apabila bertemu dengan huruf2 hijaiyah. Pertamanya mim mati bertemu dengan huruf 'mim'. Hukum bacaannye adalah didengungkan dengan memasukkan dengung tu kepada huruf berikutnya dan dipanggil hukum idgham mithlain saghir.. Contoh bacaannya adalah..

ٱلَّذِىٓ أَطۡعَمَهُم مِّن جُوعٍ۬ وَءَامَنَهُم مِّنۡ خَوۡفِۭ
(Al - Quraish - 4 )

Seterusnya hukum mim mati jika bertemu dengan huruf 'Ba'. Hukum bacaannya juga dengung tetapi dengung yang bersedia untuk masuk kepada huruf berikutnya. Hukum ini dipanggil Ikhfaa' Syafawi Contoh bacaanya adalah..

تَرۡمِيهِم بِحِجَارَةٍ۬ مِّن سِجِّيلٍ۬
(Al - Fill - 4)

Yang berikutnya mim mati bertemu dengan huruf selain 'ba' dan 'mim'. bacaannya hendaklah dijelaskan. Tak boleh dengung. Hukum ini dipanggil Izhar Syafawi. Contohnya bacaan adalah..

صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ
(Al - Fatihah - 7)

Ini je sekadarnya yang aku nak share. Ada lagi yang dibincangkan lagi semalam. tapi ni yang utama la.. So aku mengajak la sahabat2 yang membaca entri aku ni untuk join kelas tajwid yang diadakan setiap hari isnin malam selasa bertempat di surau KIZ selepas Maghrib. Semoga kita bersama2 dapat memperbaiki bacaan kita dan mempelajari nama2 bagi hukum2 tajwid. Kebiasaannya kita hanya boleh membaca tanpa mengetahui hukum tajwid tersebut.. Aku la tu..hehe. Dah lupa banyak..

Opah aku tudung bercorak putih hitam. Insan yang bertanggung jawab mengajar aku mengaji dulu..Saaaayang my opah =)

Tu je kali ni. Jangan lupa ye datang munggu depan. yang muslimin di ruang muslimin dan muslimat di ruang muslimat..

wallahualam..





Sunday, February 21, 2010

Happy Besday Aku

Akhirnya aku telah meningkat umur. Nampak sangat aku ni telah semakin matang. Tahun ni punya besday memang banyak giler kengkawan aku yang wish kat aku. Tu pun nasib bek sebab ade Fb je. Kalau tak. Bertuah la diorang nak ingat.haha. Yang paling best bila besday ni, aku boleh ingat kat memeber aku. Bukan diorang je. Ye la. Kan hari ni aku dapat kol free ke semua no maxis. So memang aku gunakn peluang sebaiknya la. Kawan2 lama dari sekolah rendah, menengah, PLKN, Matrik semua aku kol. Yang same UKM ni. pilihan paling last la. Best giler kol diorang. macam2 perkembangan yang aku dapat tahu. Bagus juga Maxis bagi hadiah ni. Takde la lost kontek dengan member2 lama.


Dari segi kemeriahan sambutan kat UKM ni. Tahun ni tak sebest 2 tahun sebelum ni. kalau 2 tahun sebelum ni setiap kali besday aku mesti bertembung dengan Temasya Muhibbah Kolej (TMK). Tapi sekarang dah dikenali IZAC. Time 1st year yang paling best sebab ada surprsie. Ye la. Aku punya besday bertembung dengan dinner penutup TMK. Terharu la pulak aku time tu..huhu

Masuk kat Fb jap. Aku dapat wish ada la dekat 200 orang.. Hot gak aku ni..haha. Bebagai variasi nama diorang panggil aku. Ye la. nama aku bertukar2 sejak sek rendah sampai la sekarang. kalau sahabat2 nak tengok boleh la melawat FB aku ek.huhu

Dari segi wish diorang aku sangat2 mengucapkan terima kasih. Macam2 versi ucapan ada. Tapi bagi tahun ni ucapan yang paling suka adalah bila ada yang mendoakan aku agar kekal di jalan yang aku pilih ni. InsyaALLAH aku cuba untuk kekal di jalan yang susah tapi manis ni. Doa dari sahabat2 juga aku amat harapkan. Yang wish lain2 tu jangan terasa hati pulak ek. Semua aku suka. Just yang ni spesel sikit sebab memang ni yang nak capaikan. Agar kekal. Ye kekal kekal dan kekal. Istiqamah Istiqamah dan Istiqamah..amin..

Akhirnya, Kepada semua yang dah ucap tu terima kasih aku ucapkan. Tapi kepada yang belum tu faham2 la ek tugas anda.haha..

sekian..

Saturday, February 20, 2010

Cerita lawak : Takut mati punya pasal..

Ketika waktu rehat, seorang doktor dikejutkan oleh seseorang wanita yang menangis tersedu-sedu sambil berkata, "Saya tak mau mati lagi, doktor".

Merasa kasihan, doktor kembali ke pejabatnya dan berkata, "Ada apa? cuba ceritakan masalah awak dengan terperinci!"

Lalu dengan tersedu-sedu pesakit wanita itu berkata, "Doktor, jika saya menyentuh mana-mana bahagian tubuh saya, saya akan merasa sakit. Lihat ini doktor!" Kemudian wanita itu menyentuh bahagian dadanya dengan tangannya, lalu menjerit kesakitan, dia menyentuh pula bahagian kepalanya dengan tangannya, kemudian ia menjerit kesakitan lagi, dia terus menjerit kesakitan apabila menyentuh bahagian anggota tubuh yang lain dengan tangannya. Pesakit itu berkata, "Tengok doktor, semua tempat saya pegang rasa sakit"

Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata, "Jari tangan awak sebenarnya yang patah".

Friday, February 19, 2010

UBM Vs Kawen

Sejak akhir2 ni terlampau banyak forum mahupun penulisan yang berkisarkan tentang cinta. Ape hal entah. Penangan Valentine Day ke?? xkan la kut. Tak pe la. Mula2 aku malas nak bagi komen tentang benda ni. Tapi aku rasa kite memang tak boleh lari dan tak wajar lari pun dengan istilah CINTA. CINTA??? jeng....jeng...jeng...huhu

Ye. memang kita dah memang diajar tentang cinta sejak kita mula lahir lagi. Bukankah Azan tu adalah usaha pertama untuk mengajar si bayi comel tentang kecintaan kepada Rabnya?? Ye..soal cinta kepada Allah dan Rasul sememangnya tak dapat di nafikan. Tapi apa pula nasib Cinta sesama Manusia?? Validkah untuk umat Islam??

Perkataan Cinta dianggap suci atau kotor pada fikiran kita sekarang ni? Kita terlampau dimomokkan dengan kisah2 Cinta yang dipaparkan oleh Tokoh2 ilmuan dari bidang Hiburan tanah air.haha.. Filem?? Drama?? Cerekarama?? Novel?? Realiti TV?? semuanya mendefiniskan cinta secara tak langsung. Melihat kepada pasangan kekasih yang setia satu sama lain seperti dalam kisah romeo dan juliet adalah dianggap cinta sejati. Melihat kepada kekuatan cinta sejati sehingga kawen lari setelah cinta dihalang oleh keluarga seperti dalam filem hindustan juga dikatakan cinta sejati. Ataupun kisah Persahabatan berubah menjadi cinta seperti dalam filem kuliah cinta dikatakan cinta sejati. Terlampau banyak filem2 yang macam ni kita dapat tengok sekarang ni. Bukan kita je.. Bahkan adik2 kita yang baru usia setahun jagung pun dah tau ertikata Pakwe dan Makwe sambil Masih belum mengetahui Pengertian Iman dan Islam.

Nah..Tahniah diucapkan kepada pelopor2 filem yang memberi didikan percuma kepada adik2 kita..Ni belum sampai kepada didikan cinta dari barat. Love is Sex. Sex is Love. No love without sex. But how about Sex without love?? kompom ada..haha.. Sori kalau kasar ek.. Tapi tu la hakikat nye sekarang ni. Jangan la rakyat malaysia sampai macam tu sekali..nauzubillah..

Definisi macam ni sangat2 menyebabkan ada yang memandang keji kepada orang yang bercinta. Ada yang mengatakan bercinta ni melalaikan. Bercinta ni menyakitkan. Bercinta ini menyusahkan. Bercinta ini jijik. Bercinta ini neraka..haha.. Tak kurang gak yang kata Bercinta ini menghiburkan. Bercinta ini menyeronokkan. Bercinta ini macam berada disyurga. Bercinta ini mengawang2kan fikiran..haha.. Macam2.. Tak kesah pun apa definisi diorang. .Kalau ada kata cinta tu Kotor.Percaya la.Cinta tu suci. Tapi pencinta itu la yang kotor lagi mengotorkan..haha. (bukan main jiwang lagi aku)

Atas ni baru intro je sebenarnya. Yang bawah ni baru la nak ceritanya..hahaha.. Sebenarnya entri kali ni aku nak cerita tentang Baitul Muslim@ rumahtangga.. Kesian kat blog sorang kawan aku yang aku cakap BM ni ngarut je..haha.. Ade ke mengarut??. Mesti la penting untuk memastikan kelangsungan gerakan dakwah. Kasi istiqamah sikit.. tak gitu??huhu. Baitul Muslim amat fames untuk gerakan dakwah. Tapi untuk yang bukan ahli gerakan setakat perkahwinan tu memang sejak sekolah rendah dah tau.



Kenapa perlu Kawen?? Adakah dengan sebab ingin menghalalkan apa yang diharamkan sebelum tu?? Ke ade benda yang lagi besar dari tu?? Ye memang ada la jawabnya. soalan cikai je pun..huhu.. Setakat sebab nak halalkan apa yang haram je? kalau gitu lepas dah halal tu kira dah tercapai matlamat so tamat la riwayat perhubungan tu. Jadi la 1 hubungan yang kusam tanpa matlamat. Tapi kalau letakkan misi dan visi yang sama untuk membawa pasangan masing2 ke jannah. Membawa ruh islam dalam keluarga nescaya hubungan tu sentiasa ceria dan dimantainence kan dengan baik untuk mencapai misi dan visi tu.. Bukan senang misi n Visi tu. Ni baru la betoi2 Big Mission. Setakat Misi kecik2 ni tak layan la.. Kawen pondok2 boleh la..haha

Jom usha alam kampus lak. Sekarang ni bukan main lagi adik2 aku. Ade je yang dah mula mencari pasangan. Setakat mencari je takpe. Tapi bile dah dapat tu jangan la mencari dosa lak..huhu.. Pergi je jumpa parent dia cakap "Uncle..Anak Uncle Cun gilerr. Boleh saya kawen dengan dia?? " kan senang.. Pantas je kena halau balik..hehe.. Tapi betoi la. nego elok2 jangan la terjah je. Wat la intro2 sikit2..eh2..macam pengalaman lak aku..haha..

Masuk lak ke alam gerakan dakwah. Hmm.. Masalah sekarang ni terlampau banyak sangat muslimat dalam gerakan dakwah ni. Yang musliminnye sikit je pulak tu. Kes tu la yang buatkan lambakan muslimat2 yang masih belum berpunya dalam gerakan dakwah ni. Dan 1 lagi. Muslimat ni memang zaman usia kat U ni dah memang wajar pikir pun. Tapi bagi muslimin ni masih banyak yang belum bersedia lagi. Maklum la semuanye lambat matang..haha..Tapi bagi aku UBM ni sangat2 penting dan perlu untuk kelangsungan gerakan dakwah. Tapi persoalannya bersedia atau tak je..huhu

Duk cakap kat orang je. Macam mana pulak aku?? Bersedia??? Pernah 1 ketika aku terfikir sampai camtu. Tapi setelah membuat beberapa penyelidikan dan pencarian ilmu aku amat2 tidak bersedia lagi sekarang ni. Maaf ye orang2 yang sedang berharap..hahahaha..ayat bajet hot nak mampus.. Malas nak fikir pun bab2 ni. Tapi kena fikir gak la kan. Takpe2. Nanti bila aku dah bersedia untuk memikul tanggungjawab untuk membawa misi dan visi ke syurga bersama keluarga aku nanti aku boleh mula fikir secara serius lantas mengisi borang UBM..hehe



Dah semakin merapu nampaknya.. Kembali serius..

untuk bukan ahli gerakan..

BERKAHWINLAH KAMU KERANA ALLAH

untuk ahli gerakan..

BERUBMLAH KAMU KERANA ALLAH

Di dalam hadis Qudsi yang bermaksud:
"Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini,
Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan
kecuali nuangan-Ku" (Riwayat Muslim)



Wallahualam...



Thursday, February 18, 2010

Calling for Bujang United

Aku baru je sampai kat UKM ni. Baru la rasa semangat nak update blog selepas bertemu dengan meja study aku ni..haha.. Cadang nak masukkan gambar2 aku sepanjang cuti ni.Adui.. Card Reader tertinggal kat rumah Yong pulak.. Moral Down betoi..huhu

Takpe la. Aku cerita je la ek? huhu. Nanti aku letak gambar. Aku nak kongsi pengalaman aku bersukaria bersama adik beradik aku. Tapi yang bujang je la. Yang dah kawen tu pergi jaga keluarga masing2.haha. Rancangan yang aku buat asalnya nak pergi berkelah dengan Abah, Mak, Akak, Abg Ajui, Dik wai. Tapi rancangan direject sebab Abah tak larat lak.. So tukar plan. Jadi lah anak2 bujang punya agenda..hehe. Nak pergi berkelah kat air terjun pun tak jadi sebab takde port yang dekat lagi menarik. So kami pun decide just bersukaria di sekitar S. Alam je..

Lepas solat zohor n makan tengah hari baru kami bertolak. Kenapa tak gerak pagi2 ek?? Sebab ada tanggungjawab menghabiskan Ikan Keli masakan Bonda tercinta.hehe. So lepas makan kami terus la bergerak ke Ole2 kat Sek 18 kut. Layan Bowling dulu.. Dan hasil yang telah diagak. Kompom aku menang kan?? siap Turkey lagi tu..haha..Untuk Dik Wai yang hobinye membaling ke longkang dan Kak Limah yang membaling bola kebelakang nampaknya anda memerlukan latihan yang lebih intensif..haha

Lepas Abis main bowling kami pergi solat dulu. Berfoya2 pun tapi ALLAH jangan dilupa lak..huhu. Lepas settle solat kami pun bergerak ke tempat untuk menganga mulut..Tau pe? karaoke le..huhu.. Lagu ape2 ntah yang di ambik. Aku ambik Lagu Cinta Satay dendangan senario. Memang merdu abis.hahahah...

Time lagu last tiba2 Abang Salleh n Famili datang pulak. Tak rancang pun. Calling2 je. Tup2 dah datang bersama 2 hero n 2 heroinnye.. Pening aku melayan anak sedare aku yang ni. Sampai aku kena tarik telinga dengan si baby wani ni..huhu

Sebelum bergerak balik akak tetibe melahirkan keazamnya untuk membelanja kami. Pucuk dicita ulam mendatang. Orang yang nak buat pahala kita kena sokong.haha.. So kami pun drive la ke drive tru Mc D. Ingat nak balik terus lepas tu. Tapi tetibe nak melayan makan Mc D di tepi tasik lak. Bajet menenangkan fikiran le..huhu.. Lepas tu kami pun balik ke rumah Yong yang dah merindui adik2 tersayangnye ni..

Sekadar tu je cerite aku. Malas nak cite panjang2. Korang bukan suka baca pun.haha. Dari cerita aku kat atas ni. Aku bukan kesah sangat pun aktiviti apa yang kami buat. Tapi saat bersama ngan my siblings tu yang penting. Bukan senang nak dapat cuti sama2 semua ni. Ops lupa lak. Ada lagi mamat bujang ni. Adik aku. Si Cikgu Abu. Takde lak ari tu. die duk kat perak. Tak pe la Abu oi.. Family Day bulan 3 ni kite kumpul balik Bujang United ni.. Sabo...huhu

Untuk sahabat2 yang ada adik beradik sila le luang masa bersama adik beradik anda. Kasi hangat balik kasih sayang tu. Kalau dengan pakwe makwe boleh nak jumpa n luangkan masa selalu kenapa dengan muhrim kita yang kalau kite bertepuk tampar tak berdosa pun kita malas nak luangkan masa?? Ade peluang nak gather tu. Go On je.. huhu..

sekian...

Saturday, February 13, 2010

Pergi mampus dengan Valentine Day!!!

Mak ai.. Garangnye tajuk.hehe.. Saje je.. Bagi gempak sikit. Yang penting kita jangan sambut sudah.. Ikut hati aku malas nak cite tentang isu ni. Tapi aku takut ada pembaca blog aku yang still merayakan sambutan tak berfaedah ni..huhu.. Tapi aku tau sahabat2 semuanya takkan sambut benda2 camni. Tak gitu kawan2? so di atas kesedaran tu aku pun meneruskan aktiviti copy n paste.hehe. Bukan pe, Benda fakta ni aku tak berani nak story sendiri. So sila la baca ek..sekian..


Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut.

Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai atau dikasihi.

Perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang romantik, yang mana setiap pasangan memberikan hadiah berupa bungkusan coklat atau bunga yang bertuliskan perkataan ‘I wish you will be my valentine’ kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Ini tidak menghairankan kerana budaya ini sememangnya diimport dari budaya barat yang bersifat serba boleh dan hedonisme (menurut hawa nafsu).

Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.

Perkara ini pernah dikomen oleh Ku Seman Ku Hussain dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 14 November 2000 bertajuk ‘Apa dihairankan dengan parti buih.’ Beliau mengulas bahawa serbuan yang dibuat oleh pihak berkuasa ke atas ‘parti buih’ di Bangsar yang diraikan dengan tarian bogel dan pakaian mandi itu tidak menjadi hairan kerana beberapa tahun sebelumnya pernah ada penganjur yang ingin mengadakan parti yang serupa bersempena Hari Kekasih tetapi mendapat tentangan pihak jawatankuasa Masjid Abu Bakar al-Siddiq, Bangsar.

Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV yang ditayangkan atas nama ‘Valentine’s Special.’ Di samping itu, didapati mereka sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangan masing-masing. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej istimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih atau Hidangan Makan Malam Romantik’ dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih.

Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentine itu sendiri serta asal-usul ia menjadi sebuah perayaan? Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud; kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology and History of First Name).

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi.

Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.

Di dalam laman web Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), di bawah indeks Saint Valentine’s Day menyebut bahawa: “Christian celebration of the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love.” Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.

Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut : At least three different Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies under date of 14 February. Bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.

Manakala Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan di Gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum dengan termaktub di atas kerandanya tulisan ‘Corpus St. Valentine Martyris’. Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak kadbod di atas almari berhampiran rumah gereja.

Dalam pada itu, nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut, seumpama St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania, St. Valentine’s Catholic Church di Peru, Illinois, St. Valentine Church di Bethel Park, Pennsylvania, St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich dan St. Valentine Church di Buffalo, New York.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang melibatkan aqidah Islam.

Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain.

Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.;
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam.

Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.;
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Dalam hal ini Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam”.

Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Welcome to the Ghazalli Legacy!!

Semalam lepas abis kelas aku terus bersiap2 untuk balik ke rumah yong aku. Antara sebab utama aku balik sini sebab parent aku ada kat sini. Maklum la dapat cucu baru. hehe. Tapi bukan yong aku yang bersalin. Kak Aza yang bersalin anak perempuan. Rumah Abg Sham iaitu abang aku merangkap suami tercinta kak Aza ni tak jauh dari rumah ibu bagi kawasan lembah kelang bagi famili aku ( yong kami le) hehe. Dalam 3 minit je perjalanan. Kira rumah yong ni memang port kami la..

Sampai je aku kat rumah yong tengok2 mak aku sedang menyeting makanan. Melihatkan lauk ikan keli yang terpampang depan mata. So aku terpaksa la melepaskan nafsu makan aku dulu. hehe. Lepas tu aku pun bergerak pergi rumah abang Sham. Tak sabar nak tengok anak sedare acik yang baru ni.hehe..So sempat la aku melihat wajah kecomelan anak sedare aku yang baru ni. Comel macam acik die ni time kecik2.hehe..




Buat Aireen yang baru je naik pangkat jadi Kak Long harap dapat menunjukkan teladan yang baik. Lagi 1, lepas ni takleh la nak mengada2 dengan acik lebi2 dah. Dah ada pesaing.hehe..(padahal aireen tak pandai membaca lgi pun.hehe)

Comel Kak Yong nye..

Tengah2 sembang tu aku pun tanya apa nama anak baru dia ni. Nurul Ain Asyura namanye. Lebih kurang dengan Kakyong dia je. Nurul Aireen Asyura. Tapi Panggil ain ke Asyura ni. Abang Sham kata panggil Asyura. So aku layan je la. Ain pun ok pe. Lembut namanya tu cakap adik ipar Abg Sham. Tapi terkeluar pulak kisah Ain budak Kampung diorang yang kasar. Kesian ain. Tak pasal tersedak2.hehe.

Perbualan diteruskan dengan membincangkan kenapa seseorang anak boleh jadi kasar. Antara faktor yang difikirkan adalah amalan ibunye ketika mengandung. Kalau asyik baca Al Quran atau berzikir insyaallah anak yang baik akan dapat. Tapi kalau dengar lagu rock?? agak2 la sendiri.hehe. Tapi semua tu tentuan NYA jugak..

So kat sini aku nak bagi tips untuk ibu2 mengandung mahupun bakal mengandung yang membaca entri aku ni.hehe. Padahal aku copy and paste je ni.hehe..

[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita hamil bersalin/melahirkan anak, insya-Allah.


"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.

Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.


Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.
---------------------------------------------------------------------------------------

AMALAN KETIKA MENGANDUNG

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.



------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra') dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.



WALLAHUA'LAM

P/S:YAKIN KEPADA ALLAH,BUKAN KEPADA AMALAN YANG KITA BUAT.AMALAN TU SEKADAR PERANTARA,BUKAN YANG MEMAKBULKAN SATU2 PERMOHONAN KITA

sumber : http://www.shukur.org/v4/component/option,com_smf/Itemid,105/topic,20098.0/

Friday, February 12, 2010

Balasungkawa As Syahid Imam Hassan Al - Banna

Sebelum aku pergi kelas tadi aku sempat melayan FB kejap. Aku tengok status update. Ada seorang sahabat ni yang amat di kenali kat UKM ni punya status amat menarik.. Ala.. Saudara Idris Presiden Gamis tu. Rupanya hari ni adalah hari kesyahidan Al - Syahid Hassan Al - Banna. Sape die ni? kalau ade yang tak tau lagi boleh baca kat sini. Lepas je baca status sahabat aku tu aku terus cari maklumat tentang peristiwa pembunuhan kejam beliau. So aku jumpa link ni. http://muhammadhanif.wordpress.com/2009/02/12/ulang-tahun-pemergian-as-syahid-hasan-al-banna/ . so aku pun mengopy and paste la..hehe.. Menarik penulisan ni.. Jom Baca!!


Salam Perjuangan…

Tanggal 12 Februari 1949 telah meninggalkan sejarah hitam bagi gerakan Islam seluruhnya. Dunia kehilangan seorang ulama’ ulung yang mempelopori gerakan mengembalikan Islam ke puncak kegemilangannya.

As Syahid Hassan Al Banna belum sempat melihat Islam didaulatkan kembali setelah kejatuhan khilafah Othmaniyyah, tetapi beliau telah menang dalam pertarungan mendapatkan syahid. Pemergian beliau bukan secara kebetulan, tetapi ia merupakan pembunuhan kejam yang terhasil daripada perancangan musuh-musuh Islam yang berselindung di belakang Raja Faroq.

Dua bulan sebelum kejadian, gerakan Islam yang diasaskan oleh As Syahid Hasan Al Banna telah diharamkan oleh kerajaan Mesir. Kesemua cawangannya di sana yang berjumlah lebih daripada 3,000 diarahkan supaya dibubarkan dan sekiranya masih beroperasi akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas.

Bukanlah suatu yang baru bagi pemimpin Mesir menjadi “pak turut” kepada negara-negara Barat. Dalam mengharamkan gerakan Islam ini, kerajaan Mesir secara jelas mengikut telunjuk Amerika Syarikat, Perancis dan Britain.

As Syahid Syed Qutub yang berada di Amerika ketika pembunuhan Hassan Al Banna menceritakan bagaimana rakyat Amerika Syarikat berpesta apabila menerima berita kematian Hassan Al Banna.

TRAGEDI

Ketika kejadian, As Syahid Hassan Al Banna berjalan bersendirian di jalan Ramsis, Kaherah berhampiran dengan pejabat Jam’iyatus Syubbanil Muslimin (Persatuan Pemuda Islam). Bukti perancangan mereka terbukti apabila jalan yang biasanya sibuk itu menjadi lengang. Lampu-lampu jalan dipadamkan , semua kedai dan restoran ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melalui jalan berkenaan kecuali sebuah teksi yang beberapa kali berulang-alik mencari “sesuatu”.

Oleh kerana tiada kenderaan lain, Imam Al Banna menahan teksi berkenaan untuk pulang ke rumahnya. Dengan tidak disangka-sangka, sebaik sahaja teksi berkenaan berhenti di hadapan beliau, tubuh beliau terus dirobek oleh peluru-peluru yang dimuntahkan oleh senjata pemandu teksi berkenaan.

Bagi menyempurnakan lakonan sendiwara seterusnya, Imam Al Banna dibawa ke Hospital Al Qasrul Aini. Di hospital berkenaan, dengan arahan daripada Raja (Al Malik) Faroq, Imam Al Bana di tinggalkan bersendirian tanpa diberi rawatan kecemasan hinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pada 12 Februari 1949 yang lalu menjadi saksi pembunuhn kejam dan terancang pihak berkenaan ke atas imamul-jihad, As Syahid Hasan Al Banna.

Bukti Perancangan semakin terserlah apabila pada 4/7/1949 kerajaan Al Malik Faroq mengisytiharkan anugerah khas kepada konspirator utama yang merancang pembunuhan berkenaan, iaitu ketua di jabatan siasatan jenayah Kementerian Dalam Negeri, Amir Mahmud Bek Abdul Majid dan pemandu serta pemilik teksi berkenaan.

Mereka dianugerahkan elaun khas di atas “jasa dan kesungguhan berkhidmat memastikan keamanan Negara”.

TEKANAN

Bergembiralah musuh-musuh Islam dengan kejayaan mereka membunuh pengasas gerakan Islam pertama di dunia selepas kejatuhan khilafah Othmaniyyah.

Dengan kejayaan mereka membunuh Imam Al Banna, maka bertambahlah tekanan demi tekanan ke atas pengikut-pengikut serta anak-anak murid Imam Al Banna. Mereka mencari anggota Ikhwanul Muslimun dari rumah ke rumah serta memenjarakan mereka.

Rumah As Syahid Imam Al Banna tidak terkecuali daripada pemeriksaan. Bahkan mereka mengadakan kawalan khas di sekeliling rumah berkenaan selama dua tahun. Sesiapapun tidak dibenarkan menghubungi keluarga Imam Al Banna. Sesiapa yang cuba menghubungi keluarga berkenaan akan ditangkap dan dipenjarakan.

Talian telefon di rumah berkenaan dipotong. Tidak cukup dengan itu, mereka akhirnya mengelurkan arahan supaya rumah berkenaan dirobohkan dengan alasan ianya sudah usang dan dibimbangi akan membahayakan orang ramai, sedangkan rumah berkenan masih dalam keadaan elok.

Kebimbangan mereka ke atas dakwah Ikhwan ternyata sekali apabila jenazah As Syahid tidak dibenarkan diiringi oleh sesiapapun di kalangan lelaki. Jenazah beliau diiringi oleh para malaikat dan kaum ibu ke kubur. Lelaki yng mengiringi beliau hanyalah bapanya, Imam Abdul Rahman Al Banna dan Syeikh Makram Abid.

Tekanan ke atas anggota-anggota Ikhwan berterusan walaupun Al Malik Faroq sudah tidak berkuasa lagi di bumi Mesir. Tahun-tahun 1954, 1065 dan 1981 telah merakamkan seribu satu macam kengerian di atas penyiksaan yang dikenakan ke atas anggota Ikhwan.

Ramai ulama’ dibunuh ditali gantung. Tidak kurang juga yang disiksa dengan pelbagai jenis penyiksaan di dalam penjara yang tidak diketahui di mana letaknya.

GAGAL

Musuh-musuh Islam menyangka mereka berjaya menyekat dakwah Islmiyyah dengan membunuh Imam Al Banna dan menekan pengikut-pengikutnya. Sebaliknya kehendak Allah mengatasi segala-galanya.

Dakwah Islmiyyah ini semakin tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Di sebahagian besar negara Arab kemudiannya ditubuhkan cawangan Ikhwnul Muslimun. Di Turkey ditubuhkan Refah Partisi. Di India, Pakistan dan Bangladesh ditubuhkan Jamaat-E-Islami. Di Malaysia ditubuhkan Hizbul Muslimin yang kemudiannya diharamkan oleh Inggeris dan digantikan dengan Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Di Indonesia, umat Islam menubuhkan Mayumi. Di Palestin ditubuhkan Hamas dan begitulah seterusnya. Parti dan gerakan Islam satu demi satu bercambah hasil daripada “biasan sinar dakwah” Imam Al Banna rahimahullah.

MENGAPA DIBUNUH ?

Rami berpendapat, Imam Al Banna tidak akan dibunuh jika beliau tidak menyertai jihad menentang Israel pada 1948. Mana mungkin imamul-jihad ini berdiam diri melihat Yahudi meratah-ratah daging saudaranya di bumi Isra’. Sebab itulah beliau menyandang senjata dan mengerahkan umat Islam supaya berjihad, menyahut seruan Allah di dalam Al Quran.

Maka jihadlah yang menjadi punca kemarahan musuh-musuh Islam. Sebelum itu mereka tidak begitu gentar terhadap dakwah Imam Al Banna.

Dakwah yang dilakukan oleh beliau di Mesir adalah dakwah yang penuh dengan hikmah; mengajak manusia kembali kepada Allah, melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Hassan Al Banna tidak pernah mengkafirkan sesiapa sesuka hati. Tidak pernah mengarahkan sesiapa melakukan pembunuhan ke atas pemimpin-pemimpin tertentu dan tidak pernah merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan.

Dakwah sebegini lazimnya tidak mengundang sebarang tindakan negatif pihak musuh. Tetapi sebaik sahaja melihat kejayaan beliau mengajak umat Islam Mesir menyerti peperangan terhadap penjajah Israel di bumi Palestin, maka musuh-musuh Islam merasa gerun.

Mereka bimbang, orang yang mampu mempengaruhi orang ramai ini akan menumbangkan kuasa mereka suatu hari kelak. Peritiwa ini seakan-akan sama dengan peristiwa Singapura diserang todak. Budak yang berjaya menyelamatkan Singapura daripada diserang todak itu akhirnya dibunuh kerana dibimbangi kepintarannya itu akan menyebabkan kuasa raja tumbang suatu hari kelak.

JASA 1948

Betapa besarnya jasa Imam Al Banna dalam menggerakkan umat Islam berjihad menentang Yahudi! Dalam keadaan umat Islam terlena dibuai mimpi-mimpi indah, beliau menyedarkan mereka supaya bangkit dan menghalau penjajah di Baitul Maqdis.

Mereka bangkit dan berada di barisan hadapan daripda pasukan tentera Mesir ketika itu. Dengan semangat jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Al Banna mereka melangkah gagah dan hampir setiap pertempuran menyaksikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Ketika mereka sudah berada di pinggir Tel Aviv, kerajaan Mesir memanggil pulang. Dan apabila pulang, mereka dapati pemimpin mereka, Imam Al Banna telah dibunuh dengan kejam.

Bahkan mereka yang pulang itu pula ditangkap dan dipenjarakan. Kepulangan mereka bukan disambut dengan bunga manggar mahupun anugerah pahlawan. Bahkan mereka disambut dengan penjara dan tali gantung.

Bermula tanggal berkenaan, Yahudi kembali berkuasa ke atas seluruh Palestin sehinggalah ke hari ini. Mereka kembali melakukan kekejaman ke atas umat Islam tanpa mengira lelaki mahupun wanita, dewasa mahupun kanak-kanak, muda mahupun tua.

Dr Ahmad Al-Malat, Pengerusi Persatuan Perubatan Islam Kaherah yang merupakan salah seorang anak murid Imam Al Banna berkata, “Kalaulah tidak kerana pengkhiantan yang dilakukan ke atas Imam al Banna nescaya tinta sejarah (Palestin) telah berubah (insya Allah).”

Dr Al-Malat adalah salah seorang doktor bedah yang ditugaskan oleh Imam Al Banna untuk menyertai peperangan menentang Yahudi di Paletin. Beliau memberikan khidmat kepakarannya kepada mujahidin yang tercedera.

Bersempena ulang tahun pemergian Imam Al Banna, Dr Al-Malat yang sudah lanjut usianya berpesan kepada pemuda-pemuda gerakan Islam yang sedang ditekan di seluruh dunia, “Kita mahu pemuda-pemuda yang berkata kepada dunia, “Cukuplah….”. Kita mahu pemuda-pemuda yang sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan musuh… Sesungguhnya pertembungan di antara hak dan batil berterusan tanpa henti. Dan kita adalah tentera di pihak yang hak. Untuk itu kita perlu menggantikan panglima ini (Imam Al Banna) yang telah menjual dunia dan membeli keredhaan Allah…”

MENCARI AL BANNA KEDUA

Kini, ketika dunia sedang menyaksikan penindasan berterusan ke atas umat dan gerakan Islam, kita mengharapkan Allah melahirkan seorang lagi pemimpin Islam seperti Hassan Al Banna.

Tidak adakah seorang dikalangan umat Islam kini yang mampu mengembalikan maruah Islam setelah dirobek-robekkan oleh Amerika, Britain, Israel, Perancis dan sekutu mereka di Palestin, Afghanistan, Iraq, Mindanao, Checnya, Kashmir dan lain-lain.

Sudah tibakah masa yang dijanjikan Allah, apabila umat terdahulu diuji dan dicuba lantas berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya :

“Bilakah akan datangnya pertolongan Allah ?” Allah menjawab: “Ketahuilah, pertolongan Allah semakin hampir

Dari aku : Betapa hebatnya perjuangan beliau. Semoga semua ahli gerakan dakwah mempunyai semangat dan keinginan seperti beliau tanpa mengenepikan Junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. Al Fatihah untuk pemula gerakan haraki Ikhwan Muslimin ni. Al - Fatihah...

Laju = Fast = Puasa. So jom laju!!!


Alhamdulillah. Semalam sekali lagi kelab kerohanian berjaya meneruskan amalam berpuasa dan berbuka puasa sunat hari khamis. Ada la dalam 20 lebih orang. Ok la tu. Untuk pengetahuan majlis ni akan di buat sekali dalam seminggu samada isnin atau khamis. Kalau hari khamis minggu tu ada majlis bacaan yassin so majlis minggu tu akan secara automatiknya menjadi hari isnin dan macam tu gak la sebaliknya.paham tak??hehe.

Pada awalnya untuk berbuka hanya air sedap disediakan tapi sejak akhir2 ni alhamdulillah Allah swt membuka hati seorang insan ataupun beberapa insan untuj menyumbang untuk makanan berbuka puasa. So dapat lah makan free pulak.hehe.. Rezeki dari Allah semua tu.. Syukur..Semalam alhamdulillah yang budak lelakinye lebih ramai berbanding golongan pompuan ni. Pergh.. bukan senang nak dapat golongan adam lagi ramai kat aktiviti macam ni. amacam hawa? tercabar x?..haha. Tapi bukan jantina yang nak diisukan sebabnye yang memilih kita untuk beramal pun Allah juga kan. So same2 muhasabah diri..


Kenapa perlu Puasa Isnin Khamis?? Apa Fadhilat dia??

Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)

Daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada
Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Riwayat Muslim)

So di kesempatan ni aku nak mengajak la sahabat2 pembaca blog aku untuk mengamalkan puasa sunat isnin khamis ni. Kalau takleh dua2 hari kita Puasa la 1 hari seminggu. bak kata seorang sahabat aku. Tak boleh buat semua jangan tinggal semua. Ambik je la yang mampu. Tak gitu. So lepas raya cina ni hari isnin insyaallah kita akan buat lagi majlis macam ni. So jom puasa. amacam? ade beran??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang