Seperti yang aku katakan pada entry di awal ramadan dulu aku nak ceritakan tentang tahap2 puasa berdasarkan petikan kitab ihya' ulumuddin oleh Imam Al Ghazalli. So sekarang ni masa aku untuk menebus hutang aku tu.
Imam Al Ghazalli membahagikan puasa kepada 3 tahap :
1. Puasa awam
2. Puasa Khawwas (khas)
3. Puasa Khawasil khawwas (khusus lagi khusus)
1.Maksud puasa am ni mesti korang dah boleh agak. Nama pun awam. Ala..macam tandas awam. Siapa pun boleh masuk. Tiada pangkat. Geng2 yang puasa pada tahap ni just perut je tahan dan tekak dari lapar dan dahaga. Kalau nak lagi tepat maksudnya ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa sebegini hanya sekadar meninggalkan makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa. Kira ni puasa pada tahap yang paling rendah la.
2. Puasa khas ni aku istilahkan sebagai puasa VIP.Puasa VIP ni memang advance la dari puasa awam ni. Bukan je perut je tahan. Semua anggota pun turut bertahan dari melakukan perkara2 maksiat.Orang pada tahan ni mampu menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Orang yang puasa pada tahap ini akan cuba menjaga akhlak dan melakukan pekara-perkara sunat bagi menambahkan lagi kualiti puasanya.
3.Puasa khas lagi khas ni aku istilahkan sebagai puasa VVIP. Orang2 pada tahap ni pula dapat menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat. Puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Golongan Arbab Al Qulub ( Penyerahan hati nurani kepada ALLAH) berkata
Sesiapa yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir dari sikap kurang percaya kepada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan.
Untuk kita mencapai tahap ketiga ni memang susah la. So kita cuba untuk mencapai pada tahap kedua ni. Imam Al Ghazalli ada juga menyatakan 6 kaedah untuk mencapai puasa tahap khusus ni. Apa lagi.. Copy je la..hehe
- Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syariat serta dari segala perkara yang boleh menggangu dan melalaikan hati dari mengingati Allah S.W.T.
- Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, memperbanyakkan zikir dan membaca al-Quran.
- Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan maka haram juga didengar. Justeru, Allah Menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya:
Maksudnya:
“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).”
(Surah al-Maidah: 42)
- Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari perkara yang dilarang dan menahan perut dari perkara-perkara syubhat ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahannya dari makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.
- Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan tersebut. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah dari perut yang penuh dengan makanan halal. Bagaimana mungkin seseorang itu mampu mematahkan keingginan syahwatnya dan mengalahkan musuhnya sedangkan ketika berbuka ia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika ia berpuasa pada siang harinya. Hingga sesetengah mereka memakan makanan yang tidak biasa dimakannya ketika hari tidak diwajibkan berpuasa.
- Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima oleh Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya, ataupun puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang yang celaka.
So setelah aku ceritakan tahap2 puasa ni puasa ni. Aku mengajak korang2 semua join aku untuk memikirkan kembali di mana tahap puasa kita? Adakah mata kita masih melihat awek2 cun di jalanan? Adakah lidah kita masih mengumpat dan memburukkan orang lain? Adakah telinga kita masih mendengar perkara2 lagha? Adakah kaki kita masih berjalan ke arah kemaksiatan? Adakah tangan kita masih menaip mesej kepada insan2 ajnabi? Adakah hati kita masih teringat akan juadah berbuka? Ke teringat si dia yang kesepian? Atau teringat baju kurung yang masih belum siap untuk digayakan di pagi raya? Ahh..terlalu banyak dosa di bulan barakah ni.. Adakah kita hanya berlapar dahaga tanpa sebarang erti??
wallahualam...
Sumber tambahan : http://zikrihusaini.com/3-jenis-tahap-puasa/