PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, April 28, 2011

Membaca : Dimana pengamalannya?


Bagaimana caranya untuk mengetahui sejarah perjuangan kemerdekaan negara? Bagaimana caranya untuk mengetahui tentang perkahwinan diraja Prince Wiliam dan Kate Middleton? Bagaimana untuk mengetahui tentang kisah Ashabul Kahfi? Bagaimana ingin mengetahui Alexender adalah Zulkarnain atau bukan? Bagaimana ingin mengetahui siapa yang akan berentap di final Liga Juara-Juara Eropah 2011?

Sebelum menjawab persoalan di atas pihak  KAWAN mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat malaysia yang sudah mahupun bercadang untuk  menjejakkan kaki di bumi PWTC sempena KLIBF’ 2011. Membaca. Satu perkataan yang dapat menjawab semua persoalan yang ditimbulkan di atas. Sebut sahaja tentang apa yang kita ingin tahu. Semuanya mampu diketahui dengan amalan MEMBACA. Amalan ini amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia kini. Jika dahulu begitu ramai rakyat Malaysia yang buta huruf namun kini tidak lagi. Memetik kata-kata Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek ketika merasmikan Hari Literasi Luar Bandar Peringkat Kebangsaan di Tawau Disember lalu :

“Kajian (terbaru) yang dijalankan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) menunjukan bahawa pada masa ini Malaysia telah mencapai 96 peratus celik huruf di kalangan orang dewasa,”

96 peratus bukan satu angka yang kecil. Tapi persoalan yang  pihak KAWAN ingin lontarkan adakah 96 peratus yang dikatakan boleh membaca itu mengamalkan budaya membaca? Pihak KAWAN merasakan bahawa relatif antara dua golongan ini adalah sangat jauh. Budaya membaca ini ditenggelamkan dengan aktiviti harian kita yang lain. Kita lebih gemar menjurus kepada aktiviti yang menghiburkan berbanding dengan mendapatkan mutiara-mutiara ilmu yang bermanfaat daripada aktiviti membaca.

Mari kita kembali menginsafi diri dengan menghayatai wahyu pertama yang diturunkan Allah swt yang bermaksud :

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan
(Al ‘Alaq : 1)


Perkara pertama yang  diturunkan adalah arahan membaca. Sudah jelas di sini tentang peri pentingnya amalan membaca ini di dalam agama islam itu sendiri. Maka masihkah kita masih berlengah-lengah dari melakukan perkara yang paling awal disarankan didalam agama?

Oleh itu Pihak KAWAN menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk semarakkan budaya membaca dalam diri masing-masing. Kepada yang sudah bergelar ibu mahupun bapa jangan lupa untuk menanamkan sikap suka membaca dalam diri anak-anak yang semestinya haus akan ilmu pengetahuan. Dikesempatan ini Pihak KAWAN titipkan 2 rangkap pantun untuk tatapan anda yang sudi membaca artikel ini sehingga ke titik penghujung.

Mekar sejambak bunga gubahan,
Jatuh sekuntum di atas peti,
Membaca itu suruhan Tuhan,
Al-alaq diturun menjadi bukti
.

Pohon pedada di dalam taman,
Jadi idaman si anak rusa,
Marilah anakanda marilah teman,
Kita membaca sepanjang masa.

Wallahualam...

Tuesday, April 26, 2011

KLIBF' 2011 : Penjelajahan yang TERBAEK!!!!


TAK CUKUP. Tu yang dapat aku katakan tentang penjelajahan aku di Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC Ahad lepas. TAK CUKUP MASA, TAK CUKUP STAMINA dan yang paling penting TAK CUKUP DUIT. Dalam keadaan aku hanya nak berjalan2 tu pun dah 5 buku disambar dalam keadaan TAK CUKUP tu.

 Masih ada masa. Moh Kitey!!!

Hari ahad tu aku bergerak bersama kawan KIZ aku Zaki dan Mat Anip. Dalam pukul 11.30 kami gerak dari Kolej Ibu Zain. Bertemankan WUH 9438 kami merentasi lebuhraya KL Seremban lantas memasuki ke Pusat Bandaraya dengan di bantu GPS berjenama MAT ANIP. Akhirnya kami sampai sekitar jam 12 lebih. Bermula lah penjelajahan kami di pesta Buku Antarabangsa ni. Sepanjang aku menjelajah terdapat beberapa perkara yang aku lihat sebagai perkembangan positif dalam arena dakwah islam ni.

Pertamanya. Kehadiran orang yang sangat menggalakkan. Hal ini menunjukkan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia yang merasakan pentingnya pembacaan buku untuk menambah ilmu. Aku antara orangnya yang baru tak sampai setahun menghargai buku2 di pasaran. Kalau kita perhatikan genre yang bebentuk dakwah menguasai  pasaran di Pesta Buku tersebut. Tak dinafikan terdapatnya novel2 cinta komik dll tapi masih tidak dapat mengatasi buku2 yang bercorak islamik. Ini bermaksud kehadiran yang ramai itu kebanyakannya mencari buku2 yang bercorak islamik.

Kedua. Orang yang hadir. Dari segi orang yang hadir itu tak semuanya berpenampilan islamik. Memang ada geng2 berkopiah dan bertudung labuh yang hadir. Tapi masih ramai yang penampilan yang biasa tetapi mencari mutiara berharga sebagai pedoman hidup. Ada satu ketika aku berdiri di sebelah 2 orang awek yang agak seksi dan sedang membelek buku islamik. Mereka bukan sahaja membelek tetapi siap berbincang lagi tentang perkara dalam tu. Tak silap aku tentang Iskandar Zulkarnain kut. Mungkin mereka tidak tahu bahawa Zulqurnain ada di sebalah diorang.haha. Papepun semoga Allah melemparkan hidayah kepada golongan2 begini agar terus istiqamah mencari ilmu agama lantas mengislahkan diri.

Ketiga. Pendidikan kanak2. Sangat banyak bahan bacaan untuk adik2 di bangku sekolah rendah yang mampu membantu mereka mengenal agama dengan lebih mudah. Banyak buku2 cerita berbentuk pengajaran yang boleh kita dapati. Kisah para rasul dan sahabat. Novel kanak2 yang b ercorak dakwah dan islamik. Begitu banyak ruang yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa untuk mencari bahan bacaan yang BERMANFAAT kepada anak masing2. Terdetik di hati aku. Harap2 perkembangan macam ni terus berkembang agar mudah untuk aku membeli bahan bacaan untuk anak2 aku pulak nanti.haha.

Keempat. Hiburan alternatif. Ada dua yang aku lihat disini. Pertamnya Raihan Rangers. Cerita ala2 Power Rangers ini dipelopori oleh kumpulan nasyid Raihan. Sangat tertarik dengan soalan yang diajukan kepada adik yang naik ke pentas ketika sesi Raihan membuat persembahan hari tu. Siapa lagi kuat? Raihan Rangers ke Power rangers? Adik tu menjawap Raihan Rangers. Aku tak tahu apa kisah di dalam Raihan Rangers tu. Tapi aku yakin ianya lebih bermanfaat dari Power Rangers yang aku juga menonton satu ketika dahulu.haha. Keduanya tentang Kumpulan Al Mawlid. Amer selaku exruffedge dan Lah Ahmad VE antara orang yang aku kenal. Ada lagi yang dari kumpulan ruffedge. Aku tak tahu namanya. Alternatif. Itu yang aku nampak. Air muka setiap sorang pun bersih. Mungkin korang boleh google sendiri tentang kisah diorang ni. Mungkin Lah VE masih baru. Tapi Amer telah lama membawa islam di arena muzik. Siap dah buat lagu “seluruh mahabbah” dah pun.

Kelima. Harga yang sedikit murah. Kalau nak dibandingkan dengan harga diluar sememangnya ada sedikit perbezaan. Kebanyakan memberi diskaun 10%. Tapi 4 daripada 5 buku yang aku beli  berdiskaun 20%. Terdapat juga bahan bacaan yang berdiskaun 40% terutamanya kitab daripada indonesia. Tapi aku tak beli pun. Mungkin sebab bahan bacaan yang sedikit berat kut (pemalas)hehe. Tapi overall ok la juga berbanding dengan harga kat luar. Kalau nak rasa kemurahannya beli banyak2 sekaligus.hehe.

Keenam. Majalah Solusi. Kepada semua penggemar Majalah Solusi yang kita sudah tahu sangat pantas mengambil tempat dihati peminat dek kerana artikel yang berkualiti dan mudah difahami korang boleh dapatkan banyak isu2 yang dah lepas kat sana. Mungkin tak semua tapi tetap ada yang menarik perhatian aku. Korang boleh jalan sendiri kat sana dan cari kat booth Telaga Biru. Untung2 boleh jumpa Ustaz Zahazan ke. Mana tahu. Selain tu ada juga borang langganan diskaun 20% kat sana. Siapa yang nak melanggan tu inilah peluang anda.

Ketujuh. Medan bertemu rakan2 lama. Sememangnya di dalam hati aku mengharapkan untuk bertemu rakan2 yang dah lama tak ditemui. Alhamdulillah ada yang aku jumpa. Orang2 hebat UKM antaranya.  Sempat bertemu dengan saudara Muhamad MPPUKM yang baru. Sembang punya sembang rupanya diorang ada sediakan bas untuk ke Pesta Buku tu. Memang  terbaik. Menjana Mahasiswa berilmu. Suka aku melihat MPPUKM yang benar2 bekerja macam ni. Tahniah untuk korang!! Rugi la kalau budak2 UKM tak manfaatkan bas PERCUMA ni. Lagi satu aku sempat bersalam dengan seorang ayng aku cam muka dia tapi aku tak pasti siapa. Rupanya dia datang dengan isteri dia yang aku juga cam muka dia. Adeh. Sape la pulak kan. Lepas kami berpisah aku duk fikir siapa la dia ni. Kami saling mengenali tapi tak tahu siapa. Akhirnya aku dapat jawapannya. Rupanya kami selalu terjumpa kat Surau FST. Mungkin tak bertegur sapa. Tapi mungkin keberkatan solat jemaah bersama tu membuatkan kami amat mudah untuk berbual. Isterinya pulak rupanya akak yang selalu duk dalam lab sains laut kat sebelah surau FST tu. Master student. Patut la macam kenal. Oleh itu. Kome2 sekalian jangan lupe solat jemaah Yob!!!

Bebudak UKM. Kome jangan lepaskan peluang ni..

Ini antara yang sempat aku coretkan. Secara keseluruhannya aku sangat berpuas hati dengan penjelajahan kali ini. Insyaallah aku merancang untuk pergi sekali lagi bersama lebih ramai kawan2 KIZ jumaat ni. Terpaksa la aku ambik cuti atas alasan ini. Harap2 diluluskan dan ada orang yang nak ganti site MRT aku ni untuk sehari. Doa2kan Allah memberi aku peluang untuk terus menjelajah lagi ye. TQ!! Untuk pembaca2 aku pulak. jangan lepaskan peluang setahun sekali ini. Moh Kitey ramai2 ronda2 kat PWTC ni. bersama kita menhidupkan budaya keilmuan melalui pembacaan. Ingatlah firman Allah swt yang pertama diturunkan.

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan
(Al ‘Alaq : 1)


Wallahualam.


Saturday, April 23, 2011

Pabila Bieber dan Gaddafi mengusha gadis.

Setelah penat berjalan2 di Downtown Cheras, 2 orang mamat ni melepak di kedai "lori putih" sambil berborak kosong setelah memesan air "gas" zaman kanak2 dulu.

Justin Bieber : Weh. Kita datang ni tak beli papepun. Cuci mata je la nampknya.

Muammar Gaddafi : Tu la pasal. Memang dasar orang tak berduit betoi.

Justin Bieber : Takpe2. Ko tunggu mak aku upload video aku kat youtube dulu. Itu punya jam Downtown kat Libya pun kita turun.

Tiba2 lalu seorang awek yang sangat seksi dan menggiurkan lantas duduk di selang beberapa meja dari diorang.

Justin Bieber : Pergh.. Ko tengok minah tu. Bukan main lagi dia. memang mengikut arus pembanggunan negara ni.

Muammar Gaddafi : Huish.. Ko ni. Takde kaitan dengan pembanggunan negara la. Kita kan negara islam. Salah Ibu mengandung kut.haha

Justin Bieber : Haha. Xleh blah betoi. Agak2 kenapa dia pakai camtu ek?

Muammar Gaddafi : Mungkin sebab kurang didikan agama kut. Parent dia sibuk kerja ke. Kurang bagi tumpuan la jadinya.

Justin Bieber : Ceh. Jawapan karangan PMR je ko ni. Bagi yang best sikit la. Kamon2.. Kata bukan otak udang..

Muammar Gaddafi : Ok2. Tadi tu intro je. Sebab harga tudung dah semakin tinggi kut. Lagipun takde laki la nak usha diorang kalau pakai skema2 ni. Ke sebab pengaruh rakan sebaya ek?

Justin Bieber : Yang jawapan mula tu aku dah sokong dah. Tapi yang last tu jelas menunjukkan ko ni memang nak jawab exam PMR ni. Haha.

Tiba2 gadis tadi bangun dan menuju ke dua orang mamat ni.

Gadis : Hey!! What the hell are u talkng about? Your answer is totally wrong!! This is all about my special nature!!

Muammar Gaddafi : Errrr..Apa.. Eh.. Special nature? pliz talk more..( English MUET BAND 1)

Gadis : My skin is API NERAKA Resistance!!!!!!

Muammar Gaddafi & Justin Bieber : Hah??? blurrrrrrrrrrrrr......(?????????????)

...............................End.............................

Adakah kulit kita mampu menahan kepanasan api neraka kelak? Fikir2kan sendiri. Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang akan menahan azab yang tak terperi itu. Semoga hidayah terus menerus subur di hati aku mahupun kamu.



Wallahualam...

Friday, April 22, 2011

Miracle 22 in 1 - Lengkap dan MURAH!!!

























CIRI-CIRI AL-QUR'AN
22 in 1


1.       
Terjemah Tafsiriyah Per Kata

2.       Keyword 
3.       Sistem Pewarnaan Tajwid
4.       Panduan Hukum Tajwid
5.       Terjemahan Kementerian Agama
6.       Munasabah Ayat dan Surah
7.       Tafsir Ath-Thabari
8.       Tafsir Ibnu Katsir
9.       Hadits Sahih
10.    Doa dan Zikir
11.    Kosakata
12.    Asbabunnuzul 
13.    Doa Dalam Al-Qur’an
14.    Khazanah Pengetahuan
15.    Tanda-tanda Dalam Al-Qur’an
16.     Asmaul Husna Effect
17.    Indeks Tematik
18.    Sirah Nabawiyah (bonus)
19.    Atlas Sirah Nabawiyah (bonus)
20.    Analisis Peta (bonus)
21.    Zikir Al-Ma’thurat (bonus)
22.    DVD metod SYABANA (bonus)

Yeah!!! Ni adalah produk Quran tafsir yang sangat lengkap untuk korang. lebih lengkap dari Quran Hidayah sebelum ni. Sangat berbali dengan harga yang aku letak. Kalau nak compare dengan harga kat luar sangat berbeza. Kawan aku cerita dulu (seorang pendidik) Ada orang jual Quran ni kat sekolah dia dulu dengan harga mencecah RM280. Pergh..mahal giler kalau nak dibandingkan dengan harga kat aku ni.hehe. Hanya dengan RM140 korang boleh miliknya. Jangan lepaskan peluang!! terus menghubungi aku di talian 0132009781..

Sekian..

Tuesday, April 19, 2011

UUM : Baik Punya Jawab

"Hang ingat Kerajaan Kedah gila ka nak bagi penaik harga cukai tanah, dan nak susahkan pelajar UUM? Ada akai pakai bukan dok suka-suka buat fitnah!"
~ustaz azizan MB Kedah~ 
(ckp sampai goyang kapla,sempooii)
 
Info SEBENAR di sini : http://www.malaysiakini.com/news/161916

Sunday, April 17, 2011

Sarawak : Ianya telah Membenih

Artikel yang aku copy ni benar2 membuatkan hati aku tersentuh dan berbunga2. Girang. Gembira. Riang. Tak dapat kugambarkan. Jika semalam aku sedikit kecewa dengan kekalahan Pakatan Rakyat di Sarawak namun hari ini perasaan itu berubah secara totalnya. Aku benar2 gembira dengan berita yang dikhabarakan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas ni. Sesungguhnya ianya benar2 menjelaskan fikrah bahawa sesunggunya keberjayaan gerakan islam itu bukan semata2 diterjemah dipeti undi, ianya lebih besar lagi dengan tersebarnya islam membenih di hati umat. Semoga 5 tahun lagi kita sama2 akan menyambut kelahiran anak sulung  yang pertama di Sarawak. Allahuakbar!!


1. Keputusan pilihanraya umum peringkat negeri Sarawak bagi edisi ke 10 telah selesai dengan menyaksikan penyertaan PAS di 5 kerusi Dewan Undangan Negeri belum membuahkan hasil namun ianya sedang mekar membunga. Realitinya amat sukar bagi PAS untuk menembusi negeri Sarawak yang dianggap sebagai kubu kuat BN sejak lama dulu. Sungguhpun begitu, penerokaan PAS sejak tahun 2000 yang lalu ke bumi Kenyalang, kini cukup membanggakan.

2. Tahun 2000, PAS menabur benih perjuangannya di tanah subur bumi Sarawak, pucuknya mula bercambah pada tahun 2006 dan pada tahun 2011 ini, pohonnya telah mekar berbunga. Insyaallah, saya optimis bahawa masa depan perjuangan PAS tetap akan membuahkan hasilnya. Saya mensasarkan 5 tahun dari sekarang, pohon yang sedang membunga kini akan berbuah dan tentunya buah yang dihasilkan kelak adalah buah yang manis dan berkualiti insyaallah.

3. Dewan Undangan Negeri  Beting Maro hampir membuahkan hasil apabila menyaksikan BN hanya mampu menang tipis dengan majoriti 391 undi setelah PAS yang diwakili oleh Abang Ahmad Kardee berjaya meraih sebanyak 2678 undi. Sementara Abang Addy Alyani Ketua DPP Negeri Sarawak yang mewakili PAS di Dewan Undangan Negeri Sadong Jaya meraih sebanyak 1074 undi setelah tewas dengan majoriti 2934 undi. Demikian juga Tuan Hj Adam Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak meraih sebanyak 1769 undi di Dewan Undangan Negeri Sebuyau setelah tewas dengan 2276 majoriti undi.

4. Lebih menarik ialah dua Dewan Undangan Negeri yang julung kali disertai oleh PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum negeri Sarawak edisi ini [ pula diwakili oleh calon muslimat ], turut memaparkan keputusan yang sungguh memberangsangkan sekaligus menunjukkan bahawa masa depan PAS di bumi Sarawak semakin cerah. DUN Muara Tuang, PAS meraih sebanyak 3196 undi meskipun tewas dengan majoriti undi yang besar iaitu 7843 undi. DUN Tanjung Datu pula PAS meraih sebanyak 1002 undi setelah tewas dengan majoriti 3216 undi.

5. Apa yang ingin saya tegaskan ialah PAS mula meraih undi popular di bumi Sarawak berbanding lebih 10 tahun yang lalu, usahkan mahu meraih sokongan seramai itu, malah kehadhiran kami tidak diterima, dipandang sinis penuh curiga bahkan ada dikalangan pimpinan PAS dihalau dan diherdik oleh penduduk setempat sementara parang ditangan mereka.

6. Hari ini, penubuhan cawangan PAS kian rancak berlaku di negeri Sarawak dan ia adalah signal yang sangat jelas bahawa PAS bukan sahaja bertapak kukuh malah semakin marak berkembang. Rakyat Sarawak juga tidak lagi takut dan bimbang untuk menyokong PAS.  Berasaskan pengalaman saya menemui pengundi, tiada lagi muka masam yang ditunjukkan kepada PAS dan tiada lagi rasa curiga terhadap perjuangan PAS.

7. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama rakan - rakan exco yang lain bertekad untuk terus melangsungkan perjuangan PAS ke bumi Sarawak [ begitu juga Sabah ] dengan memanfaatkan semaksima mungkin modal sokongan yang telah diperolehi melalui pilihanraya umum negeri Sarawak ini. Bermula dengan penubuhan DPP kawasan - kawasan, aneka aktiviti dan pelbagai program akan digerakkan insyaallah.

8. Saya sekali lagi mewakili DPP Malaysia merakamkan tahniah buat semua petugas PAS khasnya pemuda yang turun melalui kontijen negeri masing - masing untuk menyemarakkan lagi gerakkerja perjuangan Islam yang didokong oleh PAS. Sesungguhnya perjuangan kita tidak sekadar untuk meraih undi dan menawan kerusi Dewan Undangan Negeri tetapi jauh lebih murni dari itu ialah membawa sinar hidayah Allah swt buat rakyat Sarawak yang telah diabaikan perkembangan agama mereka sejak sekian lama.

9. Al Faatihah, buat al marhum Muhamad Izan Yaakob, petugas PAS yang gigih bertugas dan berjuang di Beting Maro telah kembali kerahmatillah jam 1.30 tengahari kelmarin. Takziah buat seluruh anggota keluarga al marhum, semoga ruh al marhum dicucuri rahmat oleh Allah swt dan digolongkan dari kalangan hambaNya yang soleh.

10. Insyaallah, DPP Malaysia akan memberi sumbangan tenaga dan buah fikir untuk memastikan pohon yang sedang mengeluarkan bunga mekarnya tidak rosak dan dimusnahkan oleh anasir - anasir yang tidak mahu melihat buahnya masak ranum di musim depan. Selamat berjuang buat semua.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

 Artikel asal di http://www.facebook.com/notes/nasrudin-hassan/perjuangan-pas-kini-membunga-di-sarawak/196674567040474
 
p/s : Biarkan Gambar ini menceritakan segalanya. Semoga Islam telahpun membenih di hati mereka...




Saturday, April 16, 2011

Sarawak bukan Perak

Semalam aku di tag oleh sahabat aku yang mungkin beliau berada di Sarawak kut. Aku kenal dia pun tak sampai 24 jam. Tapi sangat mengkagumi kesungguhanya dalam berjuang. Komited betul dia di jalan ini. So aku share kat sini sambutan yang sangat HEBAT dari rakyat Sarawak pada malam terakhir sebelum pengundian PRN Sarawak dijalankan. 20000 orang bersama2 Pakatan Rakyat turun dengan iltizam untuk melakukan perubahan kali ini..Goodluck untuk rakyat Sarawak. pangkah betoi2 yob!!!




Macam Dataran tahrir dah.haha


Friday, April 15, 2011

Ber"terima kasih" kepada birokrasi

Salam kemaafan aku hulurkan di atas ketidakupdatean blog aku beberapa hari ini. Sedikit sibuk ditambah dengan internet yang berada di tahap cap ayam je. Tapi sekarang ni aku online kat tepi site MRT aku ni. Mesin ada masalah lak. So boleh la aku online sebentar.(tak bermakna sedang ponteng kerja tau.haha)

Sebentar tadi aku bersolat di sebuah masjid di sekitar sini. Tajuk khutbah yang amat menarik di sampaikan oleh khatib pada hari ini. Ianya adalah bertajuk "Penjara Nafsu". ketika aku melihat tajuk di paparan putih tu pun aku dah dapat menyangka pengisiannya adalah pasti menarik.

Sangat tepat dengan apa yang aku sangkakan. Sememangnya pengisian sangat menarik dan TEPAT menembak aku sebagai manusia yang juga sangan mudah diulik nafsu yang melemaskan diri ini. Buat entry kali ini aku tak berniat untuk berkongsi isi khutbah itu tapi insyaallah aku akan tetap kongsikan pada korang semua di entry yang akan datang.

Apa yang aku nak kongsikan adalah apa yang aku alami selepas solat jumaat tadi. Selesai sahaja bersolat sunat dan pusing2 melihat carta organisasi masjid tersebut aku terus mencari sesiapa yang boleh aku temui untuk mendapatkan softcopy powerpoint khutbah sebelum itu. Niat dihati kalau boleh aku nak dapatkan semua siri khutbah sebelum2 ini. terlihat seorang pakcik yang sedang menutup tirai muslimat yang dibuka di bahgian muslimat. Aku terus menyapa dan menyatakan hasrat aku. terkejut aku apabila sapaan mesra aku(mesra ke??) di sambut endah tak endah oleh pakcik tersebut. Takpe bukan respon dia yang aku kisahkan. Asalkan aku dapat apa yang dihajati pun dah memadai. Dalam intonasi tak endahnye itu dia suruh pergi tanya pejabat.(gaya macam marah je.sob3x).


Aim to get this powerpoint

Setelah tu aku pun pergi lah ke pejabat masjid. Terlupa pulak pejabat belum buka lagi. Patut la tutup. So diwaktu yang lapang tu aku pergi ke kereta untuk ambil pendrive sambil singgah minum di kedai berdekatan.haha. Aku pun pergi lah ke pejabat dan alhamdulillah ada seorang Encik dah kat dalam tu walaupun agak awal lagi tu. Mungkin dia sibuk kut menghadap komputer maka dia pun dalam keadaan tergesa2 menjawab supaya aku berjumpa imam di mimbar yang sedang mengurusan urusan duit jumaat.

Bila aku naik ke atas kelihatan seorang berjubah hitam sedang membuka kunci tabung masjid lantas aku terus menyapa beliau. Aku pun bertanya tentang perkara yang aku hajatkan. Dia ada bertanya kat aku kenapa nak powerpoint tu?.  So aku pun cakap la sebab pengisiannya menarik dan tajuk tu pun dah cukup menarik. Dia cakap suruh aku download kat web JAWI. Aku sedikit kecewa dengan jawapan tu sebab dah ada sumber yang mudah kenapa tidak dipermudahkan je. Aku terus berusaha untuk dapatkan juga. Aku buat la gaya macam takde internet.hehe. Dia pun cakap entah lah ada ke tak laptop kat situ lagi. So aku pun ikut je rentak dia dan alhamdulillah dia menuju ke bilik persediaan khatib.

Dalam perjalanan ke bilik tu dia bertanya kat aku nak buat assignment ke? (Assignment?? pliz..i'm not student anymore.haha) Aku mulanya nak ikut masuk tapi dalam tu diorang tengah sibuk kira duit. takut menganggu lak. So aku tunggu je kat luar. Aku pun bagi la pendrive aku kat dia. Alhamdulillah beberapa minit selepas tu dia keluar dengan membawa pendrive aku berisi dengan benda yang aku inginkan. terima kasih sangat2 aku ucapkan pada dia. Tapi aku terpaksa melupakan hajat dihati untuk mendapatkan semua koleksi khutbah sebelum2 ni. tak pelah. tak dapat betis dapat ibu jari pun jadi lah.hehe

Inilah sedikit cerita yang aku nak kongsikan. Betapa payahnya untuk mendapatkan khutbah multimedia yang sepatutnya lebih mudah untuk dapatkannya. Ditambah lagi dengan sikap orang Islam sendiri yang kita sendiri patut salahkan diri sendiri. Seharusnya kita sama2 mempermudahkan untuk membuat sesuatu perkara yang baik. Aku bukan ingin menyalahkan pakcik, Encik dan Dia di dalam kisah diatas. Mungkin masing2 ada masalah dan andaian sendiri. Atas ni mungkin sedikit cerita sahaja yang melibatkan birokrasi yang perlu dilalui untuk mendapatkan sesuatu yang bermakna di Malaysia ni. Semuanya terikat dengan peraturan.

Alamak. Tiba2 teringat tentang pekeliling yang dikeluarkan oleh MAWIP (kot) tentang tak membenarkan ustaz yang tak bertauliah memberi ceramah. Ianya juga dilekatkan di papan kenyataan masjid berkenaan tadi. Mungkin ada alasan tersendiri tapi hakikatnya aku tak setuju dengan kerenah birokrasi ni. Semuanya perlu ikut peraturan tetapi peraturan islam berapa kerat je yang diimplimentasikan.hoho

Dah banyak aku mengarut ni. hujan pun dah turun so site terpaksa diberhentikan segala kerja maka bermakna aku kena pegi ke office G&P. Lagipun petang ni ada game final Pingpong sempena G&P Olympic. Says goodluck to me n my partner Abg Mat.hoho.

Sekian...

Monday, April 11, 2011

Warna warni di sebalik solat

Assalamualaikum wbt. Apakabar? Moga2 kita semua sihat sejahtera hendaknya dengan izin Allah swt. Ha, petang2 Isnin sangat tenang dan damai ni, sambil2 merehatkan diri seketika lepas kepenatan bekerja atau sekolah atau sebagainya, just nak kongsi bersama dengan anda semua.. sesuatu yang mungkin anda dah tahu atau belum tahu.Ianya adalah tentang SOLAT DI AWAL WAKTU.  Nak pinjam masa 5 minit anda semua boleh? terima kasih yeh..:D

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya

Dari: USTAZ NOR AMIN SAYANI BIN ZAINAL

Sunday, April 10, 2011

Inniuhibbukumfillah

Di jalan ini aku bertemu dengan kalian
Di jalan ini kita bergerak bersama
Berbincang tak kira masa
Di bawah pendaflour mahupun purnama
Di kala terang mahupun gelita

Di jalan ini aku berpisah dengan kalian 
Masing2 membawa haluan
Di Timur Barat Utara dan selatan
Teruskan Istiqamah dalam Gerakan
Semoga mampu dipersembah di hadapan tuhan.

inniuhibbukumfillah...


Saturday, April 9, 2011

Passion bukan Pesakit


Khamis lepas selepas waktu office kat G&P seperti biasa diadakan sesi training n colloqium. Hari tu dijadualkan big boss kami iaitu Dr Gue yang akan memberikan talk. Tapi minggu lepas tajuk yang diberikan bukanlah tentang engineering. Tapi mengenai “Time Management”. Aku memang bercadang nak masuk awal tapi time asar hari tu terlajak pulak sebab ada diskusi sikit dengan kawan2 yang solat bersama time tu. Naik je aras aku tu, kebanyakan staff dah masuk ke “conference room”. Aku pun dengan slumbernya masuk lambat walaupun tajuknya adalah “Time Management”. Haha. Aku sempat dengar sikit je talk Dr Gue. Masuklah slot Q&A. Ketika inilah yang menarik perhatian aku. Dr Gue menyatakan tentang sikap “passion’ yang perlu ada dalam diri design engineer yang ada kat office tu. Aku tak tahu lah macam mana nak timbulkan rasa tu dalam diri diorang relatif kepada working load yang teramatlah banyaknya.  Sian2..Untuk kami orang site yang sangat jarang masuk office ni senang sikit lah kut. Working load tu kurang. Hehe.

Takpe. Lupakan tentang Dr Gue dan G&P sebentar. Mari kita relatekan dengan diri kita selaku petugas yang ditugaskan di muka bumi ini. Andai kata tugas engineer di G&P adalah membuat design foundation maka tugas manusia di muka bumi ini adalah apa? Tidak lain dan tidak bukan telahpun Allah swt statekan dalam Al Quran dengan sejelas2nya yang bermaksud.

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku
(Adz Dzariyat : 56)

Sudah terang lagikan bersuluh, Sudah panas lagikan dididih, Sudah didengar lagikan menjerit. Ops. Apa yang aku peribahasakan ini.haha. Jelas disini tugas kita adalah beribadah. Maka di mana rasa “passion” dihadirkan dalam kehidupan seharian kita sebagai ABDI kepada Allah swt? Adakah kita rasa terbeban dengan working load yang Allah berikan kepada kita? Ataupun kita merasakan tak cukup lantas memilih untuk mendouble tripplekan ibadah2 yang kita lakukan seharian.

Kita mengambil contoh ibadah paling utama didalam kehidupan Muslim. Solat. Sehari kita dijadualkan untuk bersolat 5 kali sehari semalam. Agak2 sudah ada timbul rasa “passion’ tu tak dalam kita melakukan solat? Aku sendiri akui dalam diri aku pun amat sukar nak merasa “passion” tu. Nak menjawab persoalan ini kita cuba jawab soalan ni dulu. Adakah kita lakukan solat itu adalah kerana kewajiban ataupun keperluan?

Terkadang aku merasakan sememangnya ingin dan terkadang merasakan ianya sekadar kewajiban semata. Di sinilah dapat kita lihat di mana rasa “passion’ kita untuk melakuakn tugas utama kita di muka bumi ini. Andai hanya kerana kewajiban maka nampak sangat tiada lagi passion tu dalam diri. Tapi bila sampai rasa ingin tu kita kana rasa seronok dan tak sedar pun kita dah banyak lakukan ibadah.

Jika Dr Gue menceritakan dia kerap kali di minta untuk membantu JKR tanpa diberi sedikit habuan, kenapa tidak kita melakukan ibadah2 sunat lain DENGAN HABUAN di sana kelak? Tak perlu kata tentang ibadah sunat. Ibadah wajib pun kita belum lepas. Berapa banyak antara kita yang solatnya hanyalah kewajiban semata. Berapa banyak antara kita yang puasa dikeranakan semua orang berpuasa. Tiada langsung “passion”dalam pengibadahan kita.

Kita melihat Rasulullah bersolat malam hingga bengkak2 kakinya. Kita melihat sahabat2 mengkhatamkan Al Quran hanya dalam satu malam. Kita melihat sahabat2 yang tidak meninggalkan puasa sunat. Kita melihat sahabat2 begitu seronok melazimi majlis2 ilmu. Kita melihat sahabat2 begitu bersemangat menyambut seruan jihad. Kerana apa semua tu? Kerana mereka ada “passion” dalam melakukan ibadah2 itu.

Kerja yang memerlukan "Passion"

Blogging yang mmerlukan "Passion"

Solat yang memerlukan "Passion"


Persoalannya bagaimana untuk menimbulakan rasa “passion” ini? Tiada jawapan yang lain melainkan ianya kerana ketinggian iman seseorang tu. Untuk melahirkan rasa “passion” ini kita tidak dapat lari dari iman. Kerana Iman dan Ibadah ini adalah 2 perkara yang simbiosis antaranya. Bagaimana pula untuk meningkatkan iman? Sila lah google sendiri ye.haha.

Biarkan motivasi Dr Gue meresap dalam diri,
Biarkan artikel ini menjentik sanubari.,
Mengharapkan “passion” timbul di hati,
Semata2 mengaharap keredhaan ilahi,
Ke arah mengejar syurga hakiki.

Cukup sekadar ini perkongsian aku kali ini. Bersama2 kita mengharapkan timbulnya rasa “passion” dalam diri kita dalam melakukan tugas utama kita di muka bumi ini. Biarkan kita sendiri yang menambah working load dalam tugas besar ini.

Wallahualam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang