Ujian dari Allah. Tu yang aku jawab kepada mak aku selepas kami bertemu sabtu lepas di Rawang. Emak menceritakan seminggu sebelum kereta aku pecah. motor abang aku di curi. Lepas tu kereta aku pecah. Yang terkini selasa malam rabu tu rumah akak aku [ula di pecah masuk. habis barang kemas hantaran perkahwinan terutamannya.
Kurniaan dari Allah. Itu yang aku mampu katakan apabila sahabat seperjuanganku Ammar selamat diijabkabulkan semalam dan aku menghadiri walimah di rumah isterinya Sahila di Muar semalam. Sahila pun sahabat seperjuangan juga. Ketika mereka sedang makan beradab pula Yong aku menelefon aku menyatakan bahawa Abang Harun aku selamat dikurniakan anak yang ke 2. Ini bermakna iainya telah menambahkan koleksi anak saudara aku kepada 13 orang. tahniah juga untuk diri aku.hehe
dalam perjalanan pulang pula kami meyinggah di Melaka untuk melawat ayah kepada seorang sahabat kami yang dimasukkan di wad ICU. Hingga ke KM 280 kat area nilai kereta yang aku naiki pula eksiden dengan 2 biji lagi kereta dihadapan. Ianya mengakibatkan WUH 9438 aku tu remuk teruk dibahagian bonet hadapan. Kereta dihadapan juga adalah sahabat yang sama konvoi dari pagi semalam. Alhamdulillah semua yang terlibat dalam kemalangan semalam selamat dan tiada cedera serius dilaporkan.
Ianya pula adalah ujian. Segala yang berlaku antara kita suka atau tidak ianya tetap yang terbaik untuk diri kita. Sudah menjadi kewajiban kepada kita untuk bersangka Baik dengan Allah. Mustahil Allah akan memberikan perkara yang tidak baik kepada kita. Atas diri kita kembali ingin menilai ianya baik atau buruk.
Semoga semua yang terlibat dalam peristiwa2 di atas terus tersenuym menghadapi apa yang berlaku.
Wallahualam..
Aku adalah kamu, Kamu adalah aku, Yang perlu mencontohi Baginda dan yang pasti akan kembali menemuiNYA...
PENGUMUMAN!!!
1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe
2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..
3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.

Blog aku ni ossem ke tak ossem??
My top 10 entry
- Taubat?? Enjoy dulu...
- Ibrah dari labour room
- Airmata untuk Geologist
- KISAH 3 TETAMU RUMAH AKU. (AWAS!. kisah menyayat hati)
- Study sampai muntah??
- Oh Yeah!! Hulu Selangor
- NOTA UNTUK YANG BERGELAR STUDENT
- BACA KISAH INI. KEMUDIAN KAMU AKAN MENGERTI BETAPA MAHA ADILNYA ALLAH SWT.
- Isteri Curang
- Ada apa dengan geology?
Monday, May 30, 2011
Thursday, May 26, 2011
Berguru dengan Tangki Jamban
“Jangan lupa tarik flush” Pesanan yang biasa kita dengar mahupun terbaca di tandas2 awam. Amat selalu kita akan terjumpa dengan flush di jamban ataupun tangki jamban ni. Apa yang kita boleh belajar dari tangki jamban ni? Kali ini siri memBEDAL diteruskan lagi dengan menjadi tangki jamban sebagai objek guru kita. Atau lebih general lagi kita belajar dengan tangki air. Sistem yang terdapat pada tangki air tersebut.
Sistem tangki
Ok kita lihat apa akan terjadi dengan tangki jamban yang sudah penuh? Air yang ingin mengalir masuk akan tersekat bukan? Ianya diakibatkan pergerakan air yang nak masuk itu dihalang oleh sistem pelampung yang dipasang pada tangki tersebut. Kalau ianya rosak apa kan terjadi? Air akan melimpah dengan mengakibatkan kawasan dibawahnya akan bonyeh bak kata orang perak. Hehe
Apa yang kita boleh belajar dari fenomena ini? Ianya berkisar tentang resmi si penuntut ilmu. Kita ambil contoh. Kita menerima flyers yang mengatakan akan diadakan ceramah di tempat kita yang bertajuk “Jenis-jenis air mutlak dan pembahagiannya”. “Ah. Tajuk yang bosan. Aku dah tahu semenjak darjah 1 lagi”. Ye. Itulah persepsi kita. Andaikata kita dipaksa oleh ayah kita untuk pegi ke majlis itu dan terpaksa mendengar ceramah tersebut. Di minda kita telah pun diprogramkan bahawa aku sudah tahu tentang perkara ini. Dengar buat syarat je la. Dengan secara tidak langsung kita telah memenuhkan air di tangki minda kita. Oleh itu adakah air yang ingin di sampaikan oleh penceramah tersebut akan berjaya masuk ke minda korang? Nasibnya akan terjadi seperti air di tangki jamban seperti di perenggan atas.
Sebenarnya fenomena ini sangat biasa berlaku hatta kepada diri aku sendiri. Kita merasakan kita sudah tahu tentang perkara yang ingin disampaikan walhal pasti akan ada input baru yang akan kita terima andai kita mendengar dalam keadaan tangki diminda kita ni kosong. Baru2 ni aku mendengar ceramah di surau kat area Taman Scientex Pasir Gudang. Tajuk hari tu adalah perkara2 makruh dalam solat. Nampak macam simple tapi hakikatnya bila diterangkan masih terlalu banyak ilmu yang dapat dikutip. Sebagai contoh. Pada hari itu baru aku tahu bahawa kalau kita memakai baju berlengan panjang andai kita menyinsingkan lengannya maka makruh hukumnya. Selain itu mungkin juga bukan ilmu tentang makruhnya solat yang didapati. Tetapi dalam selingan pun ada input seperti kisah Imam Ahmad dan Dahri yang aku pun baru tahu.
Begitu juga saranan yang sama dalam korang membaca artikel di blog aku mahpun di blog yang lain. Kalau korang membaca dalam keadaan tangki yang penuh aku pasti korang takkan dapat apa2. Bukan nak memaksudkan bahawa artikel2 dalam blog aku ni banyak sangat ilmu. Tapi apa yang baik tu boleh la korang kutip2. Yang bab2 lagha tu lupakan pun takpe.hehe.
Oleh itu lepas ini sebelum kita mendengar mahupun membaca mari kita sama2 mengosongkan tangki di otak kita ni terlebih dahulu. Jangan sesekali merasakan kita sudah tahu tentang bab itu. Kalau kita dah mendengar banyak kali pun tapi gaya penyampaian dan huraian seseorang itu pasti akan ada kelainan walaupun sedikit. Sesungguhnya ilmu yang ada kat kita ni tersangat la kecilnya. Terlalu banyak yang kita tak tahu yang perlu diberitahu oleh orang yang tahu. So kita yang nak tahu ni ambil tahu la dengan apa yang orang nak bagitahu tu. Kalau dah tahu pun buat2 tak tahu je la. Tahu?
Sekadar itu pemBEDALan aku kali ini. Semoga apa yang tangki jamban tu tunjukkan kepada kita dapat kita cedok sedikit manfaat darinya. Sebelum kelas bersurai. Mari sama2 kita ucapkan dengan intonasi budak sekolah rendah. Sebelum tu. Anggap aku ketua kelas korang. Banguuunnnnnnn.... Terima kaasih Cikgu Tangki...
Wallahualam.
Tuesday, May 24, 2011
Kisah di Surau Masai 2 (Zamani SLAM?)
Maghrib semalam adalah kali ketiga aku bersolat di Surau di Hentian Bas Masai. Pakcik yang aku cerita hari tu pun masih ada di situ. Tapi kali ini aku tidak bercadang untuk menceritakan tentang pakcik tu. Ada insan lain yang ingin aku ceritakan.
Aku sampai di surau tu semalam mereka sudah pun solat di rakaat kedua berimamkan pakcik yang aku ceritakan hari itu. Semalam ada seorang makmum cilik yang berseorangan di saf kedua. Selesai ambil wudu’ aku pun berdiri di sebelah dia dek kerana saf pertama telah pun penuh. Usai bersolat dia menghulurkan tangan sambil tersenyum. Salam di sambut dengan senyuman. Aku sukakan senyuman itu. Aku tertarik dengan budak kecil ini.
Aku nak berdiri je dia mencapai raga di sebelah dia dan bertanya kat aku abang nak beli kuih? Kan hati aku sudah tertarik. So aku pun cakap kat dia. Boleh tapi kat luar ye. Tak elok dalam surau ni. Kat luar tu dia menunjukkan kuih yang berbaki dalam bakul dia. Ada 5 ringgit lagi katanya. Mengenangkan dalam dompet ada 2 keping not seringgit dan sekeping not RM50 maka aku memilih untuk membeli 2 ringgit je. Kedekut2. Hehe.
Aku tanya dia dah makan ke belum? Dia jawab dah makan dah petang tadi. Tapi memang niat aku nak sangat ajak dia makan sama2. Nak borak lagi panjang. Kerana apa? Kerana aku sudah tertarik untuk kenal dia lagi dekat. Lupa nak cakap. Dia kata dia jual kuih untuk tolong emak dia. Kesian emak dia katanya. Waaaa... Kesian....
Pada mulanya dia menolak untuk menerima pelawaan aku. Tapi aku buat la ayat pancing sikit. Nak burger tu tak? Abang beli kan. Nanti boleh abang pecah duit ni beli kuih adik? Akhirnya dia setuju. Lepas tu aku pandang kat sebelah sana pula ada gerai makan. Ke nak yang ini? Dia kata sini mahal. Kesian abang nanti. Aku cakap takpe. Padahal situ murah je pun. Nasi lemak RM1.50 je. Hehe. Maka kat sini la aku berpeluang tanya macam2 kat dia yang menambahkan lagi kekaguman aku kat budak ni.
Nama budak ni Zamani. Umurnya 13 tahun. Baru je masuk kat sekolah Maahad tahfiz kat area Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang. Abang sulung kepada 4 adik beradik. Adiknya ada yang berumur 12 tahun dan sudah tak dapat disekolahkan kerana tak cukup duit. Insyaallah nak dimasukkan ke sekolah tahfiz tu juga nanti. Ada seorang yang dah darjah dua kut. Yang ni bersekolah. Lagi sorang baru tak sampai setahun. Ayahnya buat masa sekarang tak kerja sebab mata rosak sebab kena api time welding. Insyaallah dah nak sembuh dan boleh kerja balik sebagai welder. Emaknya pula tak bekerja dan duduk rumah. Buat kuih untuk dia jual waktu petang selepas dia balik sekolah.
Bila ditanya dah berapa lama jual kuih ni. Rupanya sudah lebih setahun dah pun. Setiap hari memang dia akan berusaha habiskan kuih yang bernilai RM30 tu. Kesian kat mak katanya. Tak nak mak susah. Aku tanya juga semua duit ni bagi kat mak ke? Dia jawab ye. Takde upah pun. Nak tolong mak katanya. Hebat nya budak ni. Masih terlalu kecil untuk mengerti tentang tanggungjawab. Tapi dia dah sampai ke tahap tu. Kagum. Lagi satu. Rupanya dia sudah pandai memasak. Kalau pagi2 mak dia tak sihat or bangun lambat ke. Dia yang akan memasak sendiri untuk dijadikan bekal pergi sekolah. Amacam gadis2 di luar sana? Tak tercabar ke?hehe
Tentang agama pulak. Aku tanya sejak bila start pandai solat. 6 tahun jawabnya. Dan tak tinggal pun solat tu. Tanya pula sejak bila pandai baca Al Quran. Seawal darjah 2 sudah khatam dan sekarang dah 5 kali khatam! Terfikir juga aku sape yang ajar semua tu. Ayah dia yang ajar jawabnya. Aku mula membayangkan pekerti ayah dia. Moga berpeluang untuk berjumpa satu masa nanti. Saje je aku tanya pernah puasa sunat tak? Aku membayangkan budak usia macam dia memang puasa wajib je tahu. Rupanya dia cakap ada jugak dia puasa sunat. Biasanya hari khamis. Tentang ayat al quran yang dia dah hafaz pula dia kata setakat ni baru surah yassin je. Baru je mula sekolah tahfiz tu. Cuba jawab kat aku. Macam mana keadaan kanak2 di sekeliling korang? Secara jujurnya anak sedara aku semuanya tewas.
Aku ada juga bertanya tentang orang yang belajar kat sekolah tu. Ada la dia cerita tentang budak2 yang belajar situ. Tapi aku tertarik bila dia cakap ada yang dapat sambung ke Mekah. Dia pun nak sambung belajar kat sana. Dia nak pergi ke Mekah. Tiba2 terpacul dari mulut dia “cita2 saya nak jadi ustaz”. Waaa...... Mana nak jumpa budak2 zaman sekarang yang begitu jelas cita2nya nak jadi seorang ustaz.
Dari sudut akhlak budi pekerti pula memang aku boleh bagi A kat si Zamani ni. Cakap sentiasa lemah lembut. Tak putus2 dia ucap “ Terima kasih bang”. Banyak kali pulak tu ditambah dengan intonasi yang lembut dan sopan. Adoi. Nak je aku jadikan adik angkat. Hehe. Dengan muka yang comel dan sentiasa tersenyumnya. Wajah yang bersih berketayap putih. Terdetik nak ambil gambar dia. Tapi apakan daya. Handphone gua murah je bro. Takde kamera. So simpan je la hasrat tu.
Aku nak sangat terus keep in touch dengan budak ni. So aku pun tanya la kut ayahnya ada nombor telefon ke. Takde. Mak nye pun takde. Adoi. Camne la nak jumpa lagi. Tapi dia memang setiap petang ada kat situ jual kuih katanya. Kecuali hari ahad. Insyaallah boleh jumpa lagi lepas ni katanya. Aku harap sangat boleh berjumpa lagi. Teringin untuk melawat rumah dia. Teringin nak tengok dia membesar menjadi seorang Ustaz kelak.
Pertemuan kami berakhir semalam dengan ucapan “terima kasih bang” dari Zamani. Aku offer nak hantar dia ke rumah. Tapi dia menolak. Emak dia tak bagi katanya. Lagipun mungkin dia ambil langkah berjaga2 kut. Mana la tahu kut aku ni dari sindiket jual budak ke. Hehe. Tapi memang aku nak tau sangat rumah dia kat mana. Ada la dia bagitahu arahnya. Jadi aku pun pergi la pusing kat area yang di cakap tu. Aku rasa aku tahu dah area rumahnya. Nama dah tahu. Area rumah tahu. Sekolah tahu. So peluang untuk aku cari dia lagi lepas ni agak besar la kan? Moga2 la...
Keseluruhannya, Aku sangat simpati dan kagum dengan Zamani ni. Sangat sukar untuk berjumpa dengan budak macam ni dah zaman sekarang ni. Umur baru 13 tahun. Tapi dah berfikiran mengalahkan orang sebaya aku. Lagi satu. Mungkin ayah dia tak mampu menyediakan PS2, handphone, baju cantik dan macam2 lagi yang diinginkan oleh kanak2 sebaya Zamani. Tapi aku yakin ayah dia telah berjaya menyediakan apa yang perlu untuk membentuk anak yang mengikut acuan yang sepatutnya.
Akhirnya. Cuba kita refleksi diri. Hitung diri kita balik. Dari segi pengorbanan kepada keluarga. Sejauh mana kita dapat mengatasi Zamani? Dari segi pembacaan Al Quran. Sejauh mana kita dapat mengatasi Zamani? Dari segi budi pekerti. Sejauh mana kita dapat mengatasi Zamani? Dari segi puasa sunat. Sejauh mana kita dapat mengatasi Zamani? Dari segi penjagaan solat. Sejauh mana kita dapat mengatasi Zamani? Kita ada segalanya untuk melengkapkan diri kita itu. Tetapi kenapa orang yang tidak ada sperti Zamani yang mampu lebih hebat dari kita? Jawapannya.... Kerana orang yang ada ni SANGAT JARANG BERSYUKUR. Kita tidak memanfaatkan apa yang kita ada dalam erti kata untuk menzahirkan kesyukuran...Moga kita lebih bersyukur selepas ini.
Mari menyukat diri kita dengan meletakkan Zamani sebagai sukatan piawainya.
Wallahualam...
Sunday, May 22, 2011
Malaysiaku 2057
Sekian wabillahitaufiqwalhidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wa barakatuh..
Bersama menuju baldatun thoiyibatun wa rabbun ghafur..
Rata-rata seluruh rakyat begitu teruja mendengar ucapan Perdana Menteri yang ke 11 sebentar tadi. Ucapannya yang penuh dengan semangat patriotik yang tidak sunyi dari selitan Ayat Al Quran dan hadith yang menyeru rakyat untuk menjaga negara selari dengan tuntutan seorang individu muslim. Seluruh rakyat Malaysia yang menonton siaran langsung sambutan Jubli Emas kemerdekaan negara. Sedar tak sedar sudah 100 tahun negara Malaysia mencapai kemerdekaan.
Abdullah Lim. Nama yang kini meniti di bibir pemimpin-peminpin dunia. Seorang cina muslim yang mula memeluk islam seawal usia 16 tahun. Siapa sangka seorang cina mampu memegang tampuk pemerintahan negara kini. Lulusan universiti Al Azhar ini begitu pantas mengambil tempat di hati bangsa melayu cina mahupun india. Kepetahannya berpidato dan kefaqihannya dalam bidang agama sentiasa menjadi idola anak muda kini. Dengan mendapat sentuhan tarbiyah dari Ikhwan Muslimin yang semakin rancak membasahi bumi Mesir selepas tumbangnya rejim Hosni Mubarak merupakan titik mula beliau dalam Jemaah Islam. Penceburannya di gelanggang politik bersama Parti Islam Semalaysia terus melaju hingga kini menjadi orang nombor satu negara.
Kini Islam bukan sahaja menjadi agama rasmi yang tertulis di atas helaian kertas Perlembagaan Malaysia. Islam kini telah menjalar di setiap urat saraf masyarakat. Dari sudut pendidikan, Agama Islam menjadi matapelajaran wajib lulus sedari sekolah rendah hingga ke pringkat universiti. Istilah Islamaphobia sudah sekian lama terkubur di Malaysia apabila rakyat yang beragama lain begitu memahami islam. Hinggakan adapihak yang melabelkan mereka sebagai Aus dan Khazraj moden. Semuanya dek kerana Sistem pendidikan negara kini memang benar-benar bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara. Aktiviti kokurikulum juga tidak kurang hebatnya. Di samping sukan dan persatuan. Kerajaan telah mewajibkan setiap sekolah untuk membuat Muslim Circle ataupun usrah dalam kegiatannya. Silibusnya pula akan di sediakan oleh JAKIM yang panelnya terdiri daripada presiden-presiden NGO seperti JIM, ISMA, HALUAN dll.
Peratusan jenayah yang menurun secara mendadak beberapa tahun kebelakangan ini membuatkan CNN menemubual YAB Dato Seri Abdullah Lim tentang bagaimana beliau mampu melakukannya sedangkan di barat kegiatan jenayah di barat semakin meruncing. Hudud. Sepatah perkataan yang keluar dari mulut beliau. Ya. Semenjak hudud dilaksanakan di Malaysia kejadian jenayah semkain berkurang dengan mendadak. Kini rakyat malaysia tidak takut lagi untuk meninggalkan kedai jualan ketika panggilan solat jumaat berkumandang selari dengan arahan Allah dalam surah Al Jumuah.
Tidak mustahil andai satu masa nanti tiada langsung kejadian curi berlaku.Semuanya kerana kefahaman rakyat tentang Hukum Hudud kepada si pencuri. Semuanya berlaku setelah fungsi Mahkamah Syariah begitu berkesan untuk pertuduhan kepada pesalah muslim. Namun jelas beliau lagi kepada CNN bahawa Hudud hanya satu bentuk hukuman tetapi jauh dari itu belasan tahun sebelum ini kerajaan telah menerapkan budaya tarbiyah sejak dari tadika lagi. Kefahaman ini juga yang telah di terapkan di dalam silibus usrah yang disediakan oleh JAKIM. Budaya mencegah semakin rancak dilaksanakan oleh kerajaan kini ternyata berjaya mengatasi keberjayaan budaya mengubati seperti Sekolah Ibu hamil yang pernah dilaksanakan dahulu.
Majlis ilmu pula terus mencendawani bumi Malaysia yang terus menerus di timpa hujan pentarbiyahan. Setiap surau di bandar mahupun di ceruk kampung meriah setiap kali selepas solat maghrib dan subuh. Penceramah bukan sahaja terdiri dari kalangan lulusan agamawan malah kini Jurutera, Doktor, Peguam mahupun Penjual sayur sekalipun mampu memberi ceramah selari dengan kehendak kerajaan yang ingin megulama’kan golongan intelektual dan mengintelektualkan golongan ulama’. Terkadang ianya diselangi oleh majlis yang dikelola oleh jemaah tabligh. Setiap tutur kata mereka benar-benar mampu menyuburkan benih iman di dalam hati pendengar. Solat Jemaah telah menjadi satu rutin harian terutamanya kepada golongan lelaki. Seawal subuh hari lagi jalan-jalan telah dipenuhi dengan kenderaan yang berpusu-pusu pergi ke masjid mahupun surau.
Pin...pin.............pin.................
Bunyi hon kereta. Ah. Menganggu aku tidur je abang aku ni. Orang tengah mimpi best ni. Kacau daun je!! Berontak aku di dalam hati.
Rupanya aku bermimpi di siang hari di temani dendangan lagu Cita - Citaku dari Kumpulan Nada Murni yang kuputarkan di laptop ku ini..
Thursday, May 19, 2011
Geologist : Mari Menjadi Ulul Albab!
Geology. Satu cabang ilmu sains yang sangat berkait rapat dengan Alam semesta terutamanya yang berkait dengan bumi. Kalau dalam bahasa Greek ianya gabungan antara suku kata Geo yang membawa maksud Bumi dan Logos yang membawa maksud perbincangan ataupun kajian. Maka boleh lah dikatakan Geology ini adalah kajian tentang bumi. Cukup untuk sedikit pengenalan. Mari kita melihat Firman Allah yang bermaksud:
Geology is the study of the Earth, including its history, structure, character, composition, and the processes that have molded the planet and its condition since its origin.
Nah. Sudah jelas kita lah orang yang terpilih untuk melihat dengan lebih dekat lagi tentang Penciptaan langit dan bumi seperti di dalam surah Al Imran di atas. Jelas di sini history, structure, character, composition, and the processes that have molded the planet and its condition since its origin yang diperkatakan tadi semuanya mampu membuat kita menjadi Ulul Albab yang diperkatakan.
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal
(Al Imran : 191)
Orang-orang yang berakal atau dalam bahas arabnya Ulul Albab. Korang boleh mencari sendiri berapa banyaknya golongon Ulul Albab ini yang diperkatakan oleh Allah swt. Tapi dari konteks ayat ini Allah memberi peluang yang sangat besar kepada kita yang menjadi geologist ini untuk menjadi Ulul Albab yang diperkatakan itu. Mengapa aku bercakap begitu? Memetik kuliah di tahun pertama Geologi UKM satu masa dahulu.
Geology is the study of the Earth, including its history, structure, character, composition, and the processes that have molded the planet and its condition since its origin.
Nah. Sudah jelas kita lah orang yang terpilih untuk melihat dengan lebih dekat lagi tentang Penciptaan langit dan bumi seperti di dalam surah Al Imran di atas. Jelas di sini history, structure, character, composition, and the processes that have molded the planet and its condition since its origin yang diperkatakan tadi semuanya mampu membuat kita menjadi Ulul Albab yang diperkatakan.
Kita bermula dengan subjek Geologi sejarah ketika di tahun 3. Kita lihat kepada teori pembentukan alam. Adanya Teori Nebular. Andai kita mengkaji dan ingin menjadi Ulul Albab. Dengan mudah kita akan bertemu dengan ayat ini :
“Kemudian Dia menuju ke langit dan langit ketika itu berbentuk asap lalu Dia berkata kepadanya dan bumi: ´Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa.´ Keduanya menjawab: ´Kami datang dengan tunduk.´”
(Al Fussilat : 11)
Nah. Jelas di sini sudah tercatat di dalam Al Quran berkurun dahulu sebelum teori ini ditemui. Sama kan dengan nota kuliah Prof Basir dahulu?
Seterusnya kita tengok pula slide berikutnya. Tentang pencarian asal hidupan.
Special creation. Oldest and most widely acccepted hypothesis. Bersyukur juga kita kerana mempunyai professor yang cuba untuk meletakkan Islam di dalam bilik kuliah kita. Lihat slide berikutnya.
Aku tahu. Korang tak berapa cekap dalam bahasa Inggeris. Haha. Mari aku tolong terjemahkan.
Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?
(Al Anbiya’ 30)
Sengaja aku merahkan perkataan Kami Pisahkan kat atas ni. Korang boleh kaji Teori Big Bang. Pasti berjumpa dengan ayat ini juga. Google je. Bukan susah pun.
Itu sedikit pengenalan untuk kita menjadi Ulul Albab. Masih banyak lagi yang kita boleh fikirkan untuk menatijahkan Ulul Albab yang diidamkan. Antaranya aku memohon geologist yang lain kut ada tak tercatat dalam Al Quran mahupun oleh Sejarawan Islam tentang berapa tahun sudah diciptakan nabi Adam agar kita mampu letakkan dalam jadual ni.
Ke kat sini ke.
Berat juga persoalannya. Takpe. Sekecil2 benda dalam pembentukan bumi ni pun mampu menjana kita menjadi Ulul Albab. Kita melihat kitaran batu pun dah mampu membuatkan kita merasai betapa cantiknya penciptaan Allah swt ni. Adanya Bowen reaction series. Kenapa phaneritic rock mudah ditemui di daratan dan ianya berbutir kasar berbanding Aphanitic rock yang sebaliknya? Mudah je kan? Sebab perbezaan kadar pengerasan. Rapid or Slow je. Tapi tak ke itu pun dah menunjukkan Allah ni mencipta batu tu pun dengan sebegitu teliti. Batu metamorf pula. Macam mana pula dengan wujudnya mineral garnet menunjukkan kita sedang berada di zon metamorf tinggi seperti di penghujung Sg Mei dahulu? Detail. Sungguh detail penciptaan Allah swt.
Dari segi keindahan alam yang di war2 kan tentang cabang baru iaitu Geologi Pelancongan. Tak ke itu sepatutnya membuatkan kita lebih kagum dengan ciptaan Allah. Proses sedimentation yang biasa tu pun boleh membuatkan orang tertarik dengan Grand Canyon. Apa pula ada dengan Langkawi Geopark selaku kawasan wujudnya batu tertua berusia kambria di Malaysia? Tidakkah hebat penciptaan Allah swt? Sehinggakan langkawi itu di angkat menjadi salah satu geopark di dunia.
Dari sudut tektonik pula. Adanya proses pengangkatan. Batu di Bukit Keluang Bukit Dendong dan Bukit Bubus dan kebanyakan batuan sedimen yang dulunya mendatar kini terdapat kemiringan. Adakah fenomena ini juga yang memusnahkan kaum nabi Luth satu ketika dahulu? Kisah Qarun yang di telan bumi? Adakah ianya berlaku hasil dari proses Tectonic Divergent?
Kita tengok pula dari sudut perubatan. Hot Spring yangg berpunca dari magma kalau di Volcanic zone dan dari geothermal heat kalau non volcanic zone. Apa hasilnya akhirnya? Tempat pelancongan dan PERUBATAN. Boleh google sendiri kegunaan berbagai mineral yang terdapat dalam air panas tu yang baik untuk kesihatan. Jadi dari magma lah punca asalnya kebaikan untuk kesihatan itu. Tengok batu lumpur(clay) pulak. Kotor kan ciptaan Allah ni? Tapi apa gunanya untuk perubatan? Boleh cari apa gunanya kaolinite, smectite dan montmorilonite yang kita belajar dahulu. Gadis2 pasti sukakannya!
Aku rasa sudah banyak aku melalut. Sebelum aku pergi ke penutupnya. Ingin aku mengajak teman geologist dan pembacaku sekalian tarik nafas dalam2 dan ingat kepada Allah swt. Di bawah ini akan aku sertakan beberapa gambar yang Geologist UKM temui sepanjang berfieldork dahulu. Lihatah keagungan ciptaan Allah swt ini. Sambutkan ia dengan kalimah Allahuakbar!! Hebatnya ciptaan Allah swt..(Awas!! gambar ini akan menjadi biasa tanpa kehadiran Allah di dalam hati)
Pasir yang termendap cantik!
Lama2 akan jadi cantik macam ni ke?
Jumpa di daratan. Bermaksud dulu Malaysia ini adalah lautan. Bayangkan sebenarnya sebelah korang sekarang adalah rumpai laut. Boleh petik pakai tangan.
Dulu mendatar. Sekarang terlipat cantik. Tak mustahil kita juga akan terlipat sama.
Bagaimana Allah boleh membuatkan batu hitam ini terselit antara batu lain.
Di korok ini kalimah Allah dijumpai. Sayang gambarnya tiada.
Cukup sekadar ini perkongsian aku kali ini. Kepada geologist sekalian. Aku menyeru aku dan korang juga untuk bersama menjadi Ulul Albab yang diidamkan. Kita sangat begitu hampir dengan penciptaan bumi ini. Setiap satunya mampu mendekatkan diri kita kepada Allah swt. Setiap satunya tersusun rapi oleh Allah swt. Asalkan kita meletakkan Agama sebagai batu asas dalam kita melihat batu maka Insyaallah semua yang kita lihat akan menghadirkan insan Ulul Albab yang diperkatakan.
Wallahualam.
p/s : Kepada yang bukan geologist. Maaf andai istilah nya korang tak paham. Buat2 faham je la ye.hehe. Korang pun sama. Mari menjadi Ulul Albab!!
Monday, May 16, 2011
Mesej-mesej di Hari Guru
Penghargaan. Itu sahaja yang kita mampu beri selaku pelajar mahupun bekas pelajar kepada guru2 yang pernah mengajar kita satu ketika dahulu. Aku tak tahu apa lagi yang kita mampu beri kepada guru kita selain dari kalimah "Penghargaan" tersebut. Aku rasa tiada insan di Malaysia ini yang terlepas dari status "pelajar" tersebut. Mungkin ada. Tapi jumlahnya amat sedikit. Memandangkan negara kita ini semakin pesat membangun dari sudut institusi pendidikan.
Aku pun turut tidak terlepas dari memegang status tersebut. Maka setiap tahun sejak aku cuba untuk mengingati hari berharga ini untuk insan2 yang pernah mengajar aku satu ketika dahulu. Di awal pagi lagi hari ini aku telah cuba menghubungi guru2 yang pernah mengenali aku walaupun diorang sekarang ni entah ingat ke tidak pelajar diorang ni. Takpe2. Yang penting kita yang selaku pelajar ini yang seharusnya mengingati guru kita. Harus di ingat bukan sahaja guru di sekolah menengah yang harus kita ingati. Ianya termasuk sejak di bangku tadika hinggalah ke alam unversiti walaupun mungkin gelarannya berbeza namun hakikatnya mereka tetap pendidik!
Bermula di alam tadika aku di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Saidina Othman Kg Selat. Di sinilah aku mengenal ABC. Alif, Ba, Ta secara rasminya. Ustazah Siti dan Ustazah Sakniah selaku Ustazah yang bertugas mendidik keme. Ops terkeluar loghat perak pula. Maklum le. tadika kat Kampung Teman tu!! hehe. mendidik kami. barulah baku.hehe. Kat Tadika ni memang sangat seronok. makan dalam talam. Nasyid2. baca doa sambil berlagu, Melawat Pusat ternakan tuntung, Pergi Zoo taiping, Nangis, main2.. Semua didikan tu akan kekal menjadi ingatan aku. Yang aku masih berhubung adalah Ustazah Siti. Sebab dia sahaja yang masih mengajar kat PASTI tu. Kadang2 kalau pulang ke kampung aku ada juga melawat PASTI tu. Ada sekali tu Ustazah suruh aku bagi kata2 semangat kat adik umur 5 6 tahun tu. Mak ai. Mati kutu aku. hantam saje lah labu.. Tadi ucapan hari aku dibalas oleh Ustazah Siti dengan doa "Supaya menjadi anak soleh". Tq ustazahku. Moga saya dapat anak soleh juga. Haha
Seterusnya alam sekolah rendah. Sekolah Kebangsaan layang-Layang Kiri (SKLLK) beruntung menerima aku sebagai pelajar diorang. Haha. 6 tahun aku kat sekolah ni sempat la mengalami macam2 kenangan. nak cerita kat sini memang samapai habis bateri laptop aku ni pun tak habis. Yang aku paling ingat adalah kenangan bermain takraw wakil sekolah hingga ke peringkat negeri. Time ni memang kami hari2 berlatih di bawah 3 guru yang sangat spoting. Cikgu Zaidi, Cikgu Ishak dan Cikgu Mokhtar. Cikgu Zaidi dan Cikgu Mokhtar memang biasa aku hubungi sebelum ni. Tapi pada tahun ni buat julung kalinya aku berjaya menelefon Cikgu Ishak yang merangkap Cikgu matematik aku dulu. Garang wooo kalau dalam kelas. Tadi aku kol dia aku sebut nama memang dia tak ingat sangat. Lepas tu dia tanya anak sapa. Sebut je nama ayah aku terus dia ingat. Aku saje je test dia. " Betoi ke cikgu ingat sy ni??" jawapannya. Mana boleh cikgu lupa. yang main takraw dulu. Yeah!! tak sia2 aku bermain takraw sambil di sorak gadis2 SKLLK satu ketika dahulu. Haha. Ada lagi yang aku hubungi. Teacher Liza, Cikgu Ayu, Teacher Sheeda dan Cikgu Raihanah. Semua ni aku sempat jumpa tahun lepas time aku menanti mendapatkan kerja. Siap cikgu belanja lagi.hehe
Seterusnya alam sekolah menengah. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian (SMKAK) yang terletak di Gunung Semanggol ditakdirkan untuk aku. Hakikat yang kita harus terima di zaman sekolah menengah ini lah yang bakal membentuk sahsiah kita. So nasib baik lah aku ditakdirkan dapat Sekolah agama. Ada la kesan juga walaupun sedikit.hehe. Dengan guru2 kat sekolah ni masih ramai yang aku sering hubungi. lagipun aku baru sahaja melawat sekolah lebih kurang sebulan yang lepas. So tadi aku hantar mesej secara pukal je la. "Masih ingat dan mekar dalam ingatan" "Tentu ingat!!" " Ingaaat.. wt po dok ingat" " tak ingat kalo alamat dah dekat masuk kubur la zul" Ni antara mesej yang aku dapat dari diorang. Adoi. Patut la aku suka bergurau. Dah cikgu2 nya pun selalu bergurau. hehe. Antara cikgu yang aku sering hubungi adalah Cikgu Wahida, Cikgu Zaidie, Cikgu zaini, Cikgu Raja (yang ni spesel sebab dia je panggil aku Zack.hehe), Ust Ramli, Ust Abu dan banyak lagi. Boleh kata tiap2 kali raya batch aku akan menyerang rumah2 cikgu ni. Paling kurang pun dalam 30 orang sekaligus. Memang best!!
Seterusnya alam matrikulasi. Ni setahun je. Tapi sempat lah mengamcingkan diri dengan beberapa orang cikgu. yang teeerpaling kamcing adalah Teacher Salmi. Ini dah macam ibu kepada budak F2T2. pantang ada masa senggang. Meja dia ni lah yang kami serbu. Dari hal pelajaran sampailah hal peribadi yang kami duk sembangkan. Lagi sorang yang aku kamcing adalah Cikgu Jamelah yang mengajar aku fizik. Time sem 2 je yang kami start rapat. Sebab kami selalu kacau dia dan yang penting dia bagi aku pinjam buku rujukan Fizik dia dari awal sampai la hujung sem, habis buku2 dia aku conteng. Nasib la dapat anak murid macam aku kan.hehe. yang ni pun aku selalu jugak kol kalau agak2 boring dan tiada siapa yang aku nak kacau. Cikgu la tempatnya.hehe
Masuk pula alam Universiti. Awal pagi aku dah kol penyelia tesis aku dulu Prof Ibrahim. Yes! masih ingat aku. memang la. Baru setahun je pun tinggalkan UKM.hehe. Lepas tu kol Dr Zaitun pulak. Tak angkat. takpe2 nanti aku kol lagi karang. Lepas tu ada seorang guru istimewa. Mesej kat dia ni je yang lain sikit berbanding guru2 yang lain. Yang ni sebab Dialah Guru, Dialah Abang, Dialah Teman... tak lain dan tak bukan adalah Abg Iejan selaku Abang yang sering mendidik aku di KIZ dari segala sudut. merangkap Cikgu kaunseling jugak kut.hehe
Habis sudah alam2 menjadi pelajar aku ceritakan. Aku rasa adalah satu perkara yang amat menyeronokkan apabila kita masih mampu bersembang dengan guru kita. Kadang2 timbul juga rasa segan untuk hubungi diorang. Tapi layankan je la. Kadang2 diorang ni boleh bersembang macam kawan dah dengan kita. kadang2 kita takut kut cikgu ni dah tak ingat kat aku dah pun. Tapi aku rasa la. kalau kita ingat kat diorang lambat laun diorang tetap akan ingat juga kita. mesti ada kenangan yang membuatkan diorang dapat cam kita. Mungkin dengan sikap kita yang asyik tidur pun boleh buat diorang ingat kat kita. Hatta tulisan kita yang terlalu Doktor tu pun mampu membuatkan diorang ingat balik kat kita.hehe.
Oleh itu kepada kome2 sekalian. Moh le kite ingat kat cikgu2 kita. Bukan susah pun. Dapatkan nombor telefon dan hantar mesej kat diorang. Untuk rakan2 yang sepengajian dengan aku. Kalau korang nak dapatkan nombor telefon cikgu2 kita. Boleh hubungi aku. Setakat mana yang aku ada tu boleh lah aku bagi.
Satu lagi. Selamat hari Guru juga untuk rakan2 pembaca yang kini telahpun menjadi seorang guru. Semoga setiap didikan korang tu di kira sebagai Ibadah oleh Allah swt.
Wallahualam..
p/s : Lupa nak sertakan mesej yang aku hantar kat cikgu2 aku yang membuatkan dorang respon ingat ke tak tu.hehe
Aku pun turut tidak terlepas dari memegang status tersebut. Maka setiap tahun sejak aku cuba untuk mengingati hari berharga ini untuk insan2 yang pernah mengajar aku satu ketika dahulu. Di awal pagi lagi hari ini aku telah cuba menghubungi guru2 yang pernah mengenali aku walaupun diorang sekarang ni entah ingat ke tidak pelajar diorang ni. Takpe2. Yang penting kita yang selaku pelajar ini yang seharusnya mengingati guru kita. Harus di ingat bukan sahaja guru di sekolah menengah yang harus kita ingati. Ianya termasuk sejak di bangku tadika hinggalah ke alam unversiti walaupun mungkin gelarannya berbeza namun hakikatnya mereka tetap pendidik!
Bermula di alam tadika aku di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Saidina Othman Kg Selat. Di sinilah aku mengenal ABC. Alif, Ba, Ta secara rasminya. Ustazah Siti dan Ustazah Sakniah selaku Ustazah yang bertugas mendidik keme. Ops terkeluar loghat perak pula. Maklum le. tadika kat Kampung Teman tu!! hehe. mendidik kami. barulah baku.hehe. Kat Tadika ni memang sangat seronok. makan dalam talam. Nasyid2. baca doa sambil berlagu, Melawat Pusat ternakan tuntung, Pergi Zoo taiping, Nangis, main2.. Semua didikan tu akan kekal menjadi ingatan aku. Yang aku masih berhubung adalah Ustazah Siti. Sebab dia sahaja yang masih mengajar kat PASTI tu. Kadang2 kalau pulang ke kampung aku ada juga melawat PASTI tu. Ada sekali tu Ustazah suruh aku bagi kata2 semangat kat adik umur 5 6 tahun tu. Mak ai. Mati kutu aku. hantam saje lah labu.. Tadi ucapan hari aku dibalas oleh Ustazah Siti dengan doa "Supaya menjadi anak soleh". Tq ustazahku. Moga saya dapat anak soleh juga. Haha
Seterusnya alam sekolah rendah. Sekolah Kebangsaan layang-Layang Kiri (SKLLK) beruntung menerima aku sebagai pelajar diorang. Haha. 6 tahun aku kat sekolah ni sempat la mengalami macam2 kenangan. nak cerita kat sini memang samapai habis bateri laptop aku ni pun tak habis. Yang aku paling ingat adalah kenangan bermain takraw wakil sekolah hingga ke peringkat negeri. Time ni memang kami hari2 berlatih di bawah 3 guru yang sangat spoting. Cikgu Zaidi, Cikgu Ishak dan Cikgu Mokhtar. Cikgu Zaidi dan Cikgu Mokhtar memang biasa aku hubungi sebelum ni. Tapi pada tahun ni buat julung kalinya aku berjaya menelefon Cikgu Ishak yang merangkap Cikgu matematik aku dulu. Garang wooo kalau dalam kelas. Tadi aku kol dia aku sebut nama memang dia tak ingat sangat. Lepas tu dia tanya anak sapa. Sebut je nama ayah aku terus dia ingat. Aku saje je test dia. " Betoi ke cikgu ingat sy ni??" jawapannya. Mana boleh cikgu lupa. yang main takraw dulu. Yeah!! tak sia2 aku bermain takraw sambil di sorak gadis2 SKLLK satu ketika dahulu. Haha. Ada lagi yang aku hubungi. Teacher Liza, Cikgu Ayu, Teacher Sheeda dan Cikgu Raihanah. Semua ni aku sempat jumpa tahun lepas time aku menanti mendapatkan kerja. Siap cikgu belanja lagi.hehe
Motto : Usaha Kunci Kejayaan
Seterusnya alam sekolah menengah. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian (SMKAK) yang terletak di Gunung Semanggol ditakdirkan untuk aku. Hakikat yang kita harus terima di zaman sekolah menengah ini lah yang bakal membentuk sahsiah kita. So nasib baik lah aku ditakdirkan dapat Sekolah agama. Ada la kesan juga walaupun sedikit.hehe. Dengan guru2 kat sekolah ni masih ramai yang aku sering hubungi. lagipun aku baru sahaja melawat sekolah lebih kurang sebulan yang lepas. So tadi aku hantar mesej secara pukal je la. "Masih ingat dan mekar dalam ingatan" "Tentu ingat!!" " Ingaaat.. wt po dok ingat" " tak ingat kalo alamat dah dekat masuk kubur la zul" Ni antara mesej yang aku dapat dari diorang. Adoi. Patut la aku suka bergurau. Dah cikgu2 nya pun selalu bergurau. hehe. Antara cikgu yang aku sering hubungi adalah Cikgu Wahida, Cikgu Zaidie, Cikgu zaini, Cikgu Raja (yang ni spesel sebab dia je panggil aku Zack.hehe), Ust Ramli, Ust Abu dan banyak lagi. Boleh kata tiap2 kali raya batch aku akan menyerang rumah2 cikgu ni. Paling kurang pun dalam 30 orang sekaligus. Memang best!!
Motto : Istiqamah Cemerlang Sekolah Gemilang
Seterusnya alam matrikulasi. Ni setahun je. Tapi sempat lah mengamcingkan diri dengan beberapa orang cikgu. yang teeerpaling kamcing adalah Teacher Salmi. Ini dah macam ibu kepada budak F2T2. pantang ada masa senggang. Meja dia ni lah yang kami serbu. Dari hal pelajaran sampailah hal peribadi yang kami duk sembangkan. Lagi sorang yang aku kamcing adalah Cikgu Jamelah yang mengajar aku fizik. Time sem 2 je yang kami start rapat. Sebab kami selalu kacau dia dan yang penting dia bagi aku pinjam buku rujukan Fizik dia dari awal sampai la hujung sem, habis buku2 dia aku conteng. Nasib la dapat anak murid macam aku kan.hehe. yang ni pun aku selalu jugak kol kalau agak2 boring dan tiada siapa yang aku nak kacau. Cikgu la tempatnya.hehe
Keimanan Menjana Perubahan
Motto : Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan
Habis sudah alam2 menjadi pelajar aku ceritakan. Aku rasa adalah satu perkara yang amat menyeronokkan apabila kita masih mampu bersembang dengan guru kita. Kadang2 timbul juga rasa segan untuk hubungi diorang. Tapi layankan je la. Kadang2 diorang ni boleh bersembang macam kawan dah dengan kita. kadang2 kita takut kut cikgu ni dah tak ingat kat aku dah pun. Tapi aku rasa la. kalau kita ingat kat diorang lambat laun diorang tetap akan ingat juga kita. mesti ada kenangan yang membuatkan diorang dapat cam kita. Mungkin dengan sikap kita yang asyik tidur pun boleh buat diorang ingat kat kita. Hatta tulisan kita yang terlalu Doktor tu pun mampu membuatkan diorang ingat balik kat kita.hehe.
Oleh itu kepada kome2 sekalian. Moh le kite ingat kat cikgu2 kita. Bukan susah pun. Dapatkan nombor telefon dan hantar mesej kat diorang. Untuk rakan2 yang sepengajian dengan aku. Kalau korang nak dapatkan nombor telefon cikgu2 kita. Boleh hubungi aku. Setakat mana yang aku ada tu boleh lah aku bagi.
Satu lagi. Selamat hari Guru juga untuk rakan2 pembaca yang kini telahpun menjadi seorang guru. Semoga setiap didikan korang tu di kira sebagai Ibadah oleh Allah swt.
Wallahualam..
p/s : Lupa nak sertakan mesej yang aku hantar kat cikgu2 aku yang membuatkan dorang respon ingat ke tak tu.hehe
Salam. Selamat hari guru kepada cikgu/ustaz. T.kasih d atas didikan cikgu selama ini. Semoga setiap didikan itu d kira sbg ibadah oleh Allah swt. Dr anak muridmu Zulqurnain (SMKAK 01-05, SKLLK 95-2000). Tu pun kalau ingat lagi.hehe :-)
Tau kan dah kenapa diorang balas gitu.haha
Saturday, May 14, 2011
Kisah di Surau Masai
Nasib seorang musafir. Tempat bersolat mengikut keadaan kat mana aku dengar azan tu. Hari ini aku dengar azan berdekatan dengan Stesen Bas Masai. Kat area Pasir Gudang. Aku pun tanya brother kat kedai ayam penyek tu dari mana datangnya azan tu. Rupanya sememangnya azan itu datangnya dari surau Stesen bas ni. sedikit pelik bagi aku. Azan dia mengalahkan kuatnya azan masjid kampung aku. Jemaah pun ramai macam surau kampung je.
Ok. Cukup intronya. Terus melompat cerita ke hal selepas aku bersolat ba'adiah maghrib tu aku pun mencapai surah yassin dan lantas membacanya. Tengah aku baca ada pakcik menegur aku supaya memperlahankan suara aku. Alamak2.bersalahnya. Tak beradab. Lepas dia tegur tu dia terus duduk rapat dengan aku dan terus2 menerus mendengar bacaan aku. Masa ni aku semestinya teringat kat Opah aku yang dahulunya merupakan Insan yang bertanggungjawab mengajar aku Al Quran dan seringkali mendengar dan memperbetulkan bacaan aku. Lepas selesai baca yassin dia mintak aku bacakan doa yassin lak. Selepas tu aku bersembang sikit dengan dia. Nanti aku ceritakan perihal pakcik tu. Sembang yang ni kejap je. Sebab kami bersembang panjang selepas dia minta aku bacakan Surah Al Waqiah pulak. Aku pun layankan je. bagus juga dari aku duk melengung je menanti isya'.
Ok. Habis cerita yang aku tak pernah alami sebelum ni. Sekarang mari aku perkenalkan siapa pakcik tu. Berasal dari Bangladesh dan berumur sudah lebih 50 tahun. namanya pula aku tak berapa pasti. Antara dengar tak dengar tadi. Shahjatulislam kut. Lebih kurang tu la. Rupanya mata pakcik ni dah tak berapa elok. Baru 3 bulan nikmat ini di tarik. Dia kata sangat sedih. kalau dulu dia mampu untuk membaca Surah2 harian seperti Yassin, Kahfi, Waqiah dll sebelum tidur. tapi sekarang amat sukar katanya. Memang kabur sangat. hampir buta. Aku cuba bangkitkan tentang beli MP3 untuk mendengar. Kesian sangat aku mendegar rupanya MP3nya baru sahaja di ragut orang. Damn!! kesihan betul kurasakan. Tapi dia pun cakap tuhan nak test dia. Terbaik!!
Mari lihat background dia pula. Pertama kali aku dengar dia dari bangla aku membayangkan dia punya kehidupan sama macam Bangla yang kerja kat site aku. Aku tanya dia datang sini buat apa? Kerja katanya. Baru 3 tahun lebih. Aku tanya kerja apa. Jawapannya "Jaga satu bahagian". Bila sembang dengan dia aku merasakan dia ni adalah orang yang agak educated. Memandangkan dia cakap 4 orang anak dia belajar universiti aku pun tanya la tahap pendidikan dia. Rupanya dia merupakan lulusan Master!!!! waaaaaa... sungguh ku tak sangka. Dari segi penampilan dia pun memang boleh membuatkan aku percaya dia adalah Jaga aka Pak Guard. Rupanya Bukan jaga itu yang dimaksudkan. Tapi Dia jaga satu bahagian bermaksud dia adalah "HEAD OF DEPARTMENT". Bos dia yang tak bagi dia balik Bangladesh lagi. tunggu lepas operate mata katanya.
Aku teruskan lagi borak kami. Rumah kat mana dan tinggal dengan siapa. Dia cakap kat sana dan tinggal dengan kawan sekerja. Dia tidak selesa kat rumah katanya. Ada pasang TV dan radio kuat2. Dia lebih selesa duduk di surau tu sambil buat apa yang patut. tapi dia sedih sebab tak mampu membaca Al Quran dah. Hanya mampu berzikir dan lakukan apa yang dia buat kat aku tadi. Mendengar bacaan orang lain.
Tu la sedikit cerita aku tadi. Apa yang aku dapat moral dari kisah pakcik tu. Yang paling penting adalah gunakan nikmat yang ada ni sebaiknya. Ada mata sekarang ni, Gunakan untuk melihat kalamullah selagi kita mampu ni. Nanti dah tak jelas nak membaca pun susah. Telinga, tangan, kaki, otak dll. gunakan sebaiknya sebelum ditarik nikmat itu. Mana tahu selepas aku menaip entry ni tangan aku lumpuh? nauzubillah. Seterusnya hari ni juga aku mendengar tentang kesusahan kehidupan di bangladesh. Petang tadi aku sembang dengan orang Nepal. macam tu juga kisahnya. seharusnya kita bersyukur dengan apa yang ada dengan kita sekarang ni. manfaatkan segala ruang dan peluang kesenangan yang ada untuk mengejar mardhatillah..
Eh, cadang nak tulis pendek je. Terpanjang pula. takpe la. Semoga mendapat ibrah bersama.
wallahualam..

Wednesday, May 11, 2011
50 kata2 Tokoh berpengaruh
Tajuk : 50 kata-kata tokoh berpengaruh dan cerita di sebaliknya
Penulis : Mohd Dzul Khairi Mohd Noor
Helaian : 125
Penerbit : Ilham Centre
Harga Pasaran : RM15
Harga D' Owner Enterprise: RM 15 JUGA
Sinopsis : "50 Kata-kata Tokoh Berpengaruh" ini, di mana ia memuatkan 50 kata-kata tokoh Islam terkemuka dalam lipatan sejarah. Ia merupakan himpunan kata-kata yang mampu memberikan motivasi dan semangat untuk para pembaca.
Antara tokoh-tokoh yang berpengaruh diulas di dalam buku ini ialah Khalid Al-Walid, Sa'ad bin Abi Waqqas, Muhammad bin Kannasah, Umar Abdul Aziz dan juga Abu Ubaidah bin Amir Al-Jarrah. Selain dari itu, turut dimuatkan juga kisah disebalik terungkapnya kata-kata itu berserta kupasan daripada penulis sendiri.
Buku ini amat berguna dan sesuai untuk orang yang cintakan sejarah dan cintakan ilmu lantaran buku ini memuatkan banyak fakta berkaitan dengan sejarah Islam. Ia juga sesuai sekali untuk para pemidato bagi melengkapkan teks-teks pidato mereka, juga buat abang-abang atau kakak-kakak fasilitator ketikamana memberikan slot motivasi mereka kepada adik-adik. Pendek kata, buku ini amat bersesuaian untuk sesiapa sahaja yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin di masa hadapan.
Islam telah melahirkan ramai tokoh terkemuka dalam pelbagai bidang. Mereka sepatutnya dijadikan contoh dan tauladan bukannya terlebih dahulu kita melihat dan mengambil contoh daripada tokoh-tokoh Barat. Jasa mereka terhadap Islam menjadi sumbu dan obor kepada kemenangan Islam selepasnya.
Berbeza dengan buku kata-kata hikmah lain yang mana hanya menghimpunkan kata-kata sahaja tetapi buku ini telah memuatkan kisah-kisah disebaliknya berserta kupasan yang menarik. Bahkan gaya pengolahan yang ringkas tetapi padat dengan isi juga menjadi daya penarik yang unggul dan berkesan kepada para pembaca yang budiman.
Amat rugi sekali jika sahabat-sahabatku yang menjadikan dirinya sebagai pembaca yang tegar tidak menjadikan buku ini sebagai salah satu dari koleksi simpanan peribadi. Sentuhan anak muda yang menjadi pemimpin massa ini wajib ditatapi dan dihayati. Malah untuk pimpinan pelajar mahupun pimpinan negara, kalian harus juga memilikinya.
Layari blog aku di http://bershoppingdiikutsukaatiaku.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)