PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, December 27, 2012

Bertunang : Buat rilex sudaaa

Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak aku umumkan tarikh perkahwinan aku hari tu macam2 persoalan yang datang. Antara soalannya adalah "bila aku bertunang?" Tak kurang juga yang ingat aku tak bertunang. Ye la. sebab dah memang aku tak bagitau kat sapa2 hatta housemate sekalipun. Yang tahu just saudara mara yang terdekat  je.

So aku pun decide la nak tukar status kat facebook. Ye la.lagi pun nak jugak merasa berstatus "Engaged" kat facebook. Tinggai berapa minggu ja lagi pun. haha...

Lepas aku tukar status tu aku pulak update status kat wall aku cakap tentang pertunangan... Status nya berbunyi begini.


Pertunangan tu x payah nk kecoh2.bt rilex suda.dah nk kawen ni br la ak nk btau yg ak dah bertunang pd 6 mei 2012.

Sekian

Moga Allah redha :-)




Kronologi penghebahan tarikh pertunangan aku terus berlaku.fuhh...macam kisah drama je ada kronologi.haha... So kami (Aku dan tunang aku) decide untuk letak gambar kek pertunangan kami dulu. yang bagusnya si Aida ni dia ada letak hujah2 ilmiah. Kalau aku yang letak,,mesti lagho je lebih. haha... So aku dengan slumbernye mengopypes ke wall aku dan juga kat sini.. sila baca ye..




Saya bukanlah bertunang baru2 ini. Tp dah beberapa bulan lalu. Bertunang diam2 itu ada hikmahnya.

Kata Ustaz Hasrizal,
"Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil."

hal ini disebut sendiri oleh Rasulullah S.A.W agar tidak menguar-uarkan pertunangan.

"Rahsiakan pertunangan, dan iklankan (maklumkan) perkahwinan."
(Hadis riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair)

Detiknya semakin hampir. Saya dan bakal suami akan bernikah pada 13 Januari 2013. Cuma mengharapkan redha Allah yang membawaku jalan ke syurga dan diri ini menyedari bahawa hakikat sebuah pernikahan itu merupakan perjanjian yang berat (Mitsaqan Ghaliza).

Ok. so begitulah hujjah nye.. kome boleh cari sendiri mahupun merujuk kepada ustaz yang lebih pakar. 

Oleh itu aku sarankan agar kome nanti toksoh le dok kecoh2 sangat nak bertunang tu. Buat rilex suda.. Hikmah nya ada. Malah duit pun jimat. Nak2 pulak yang geng2 pompuan ni. Bertunang tu dah macam nak buat kenduri kawen.. Grand gila habaq hang!!

Sekian sahaja kali ini. Doakan pertunangan kami ini akan dieratkan lagi dengan hubungan yang halal pada 13.1.13 kelak.

Moga Allah Redha..

Wallahualam...

Sunday, December 23, 2012

Aku bercinta atau menyinta?



Bismillahirrahmanirrahim…

Perkara yang pelik bin ajaib berlaku. Aku tak tidur lepas subuh hari ni!! Dah la hari ahad. Tak tidur lepas subuh. So produktif kan?? Haha.. Mungkin kah ini petanda2 bagi orang yang sudah hampir menamatkan zaman bujang?? Kahkahkah

Ok. Pagi ni aku nak cerita tentang satu topik yang dulunya aku boleh2 nak elak cerita tentang topik ni. Topik nya tentang CINTA. Ewwah… dah nak kahwin ni poyo2 je kan nak cerita tentang CINTA. Haha.. Sebenarnya aku ni bukannya jenis makhluk yang suka sangat cakap tentang topik ni. Tapi ye la. Kalau pandangan aku ni mampu member siedikit manfaat. why not? Am I right? (skiping London habaq hang). Tapi kalau agak2 macam menyesatkan je sila delete dari ingatan korang ek. Tq!

Cinta itu fitrah

Tak payah nak poyo la weh. Jangan cakap ko tak pernah ada rasa cinta. Bagi yang islamik mesti la cakap dia cintakan agama, cintakan Allah, cintakan Rasul dan sebagainya. Bagi golongan yang kuat kemelayuannya pula dok cakap dia cintakan bangsa melayu. Geng kaki bola pula akan cakap dia cintakan Rajagobal. Haha.. Tak kurang juga kaki facebook yang cintakan Mark Zuckenberg. Haha.. apa2 pun key point tu cinta tu memang akan ada punya.

Cuma sekarang ni aku nak fokus kepada cinta antara 2 jenis yang dipanggil kaum Adam dan Hawa.(pembaca gadis mesti sedang teringat kat Aron Aziz.haha). Hakikatnya memang dua kaum ni memerlukan satu sama lain. Allah memang menciptakan rasa kasih dan cinta antara keduanya. Yang laki tengok pompuan akan rasa lain. Begitu juga sebaliknya. Sudah fitrah dijadikan begitu, so jangan mengada2 nak melawan fitrah pulak.

Menyinta atau Bercinta

Perlu dibezakan dua term ni. Menyinta adalah rasa cinta yang dipendamkan di satu pihak sahaja manakala bercinta adalah kedua pihak saling menyinta dan pelbagai perkara dilakukan bersama.  Sebagai contoh

Orang menyinta hanya akan kadang2 teringat kat sorang lagi tapi dia akan buat tak tahu je,
kalau bercinta tu diorang bila teringat tu akan mesej.lepas tu kol takpun jumpa terus pergi tengok wayang kat Mines pakai duit PTPTN.  hoho

Ni yang aku faham la. Kalau bab sebelum kahwin.  Bagi aku menyinta tu takde salahnya. Cuma perlu dikawal rasa cinta tu agar tidak sampai merosakkan hati. Perlu dikawal agar tidak melebihi rasa cinta kepada yang sepatutnya dicinta. Yang salah adalah bercinta. Bila dah bercinta tu syariat semua nya duk langgar. Yang salah akan dianggap betul. Perkara yang dahulunya takut untuk dilakukan kini dah menjadi biasa dan sudah immune dari rasa bersalah.

Camne pulak situasi aku?

Korang dah tahu kan yang insyaallah aku akan diijabkabulkan dengan Aida Rahayu? So persoalan sekarang adakah kami bercinta? Terasa awkward gak bila ada orang yang tanya tentang kisah cinta kami. Siap tambah lagi cinta islamik tu… haha.. Aku tak salahkan orang yang bertanya. Cuma jawapannya kami tak bercinta lagi. Lepas tarikh 13.1.13 tu insyaAllah bercinta hingga ke syurga la hendaknya..

Bercinta tidak. Bagaimana pula menyinta?? Jeng..keng..jeng…..(intonasi baru aku belajar dari sepupu aku.haha)

Bagi yang menonton video “Tentang Aku dan Dia” cuba teka adakah ketika aku memulakan chatting dengan lafaz “Assalamualaikum Aida” aku telah menyinta Aida?

Adakah ketika saat kami bertaaruf aku telah menyinta Aida?

Adakah saat kami bertunang aku telah menyinta Aida?

Adakah saat kami mengumumkan tarikh perkahwinan aku telah menyinta Aida?

Cepat teka…..

3…..2………1…… tutttt.. Masa dah tamat…

Jawapannya aku masih belum menyinta Aida. Walaupun kat atas tadi aku bersetuju dengan menyinta. Tapi aku memilih untuk mengelakkan rasa tu. Aku ni bukannya jenis yang kuat sangat nak kawal2 rasa tu bila dah datang. So sebelum dia datang baik aku try elak dulu. Hoho.. Antara doa yang aku duk panjatkan adalah semoga Allah datangkan rasa cinta tu hanya selepas kami dihalalkan untuk satu sama lain. Aku harap sangat agar hati ni Allah terus jaga. Sekarang ni lagi la mencabar. Banyak perkara yang perlu diuruskan bersama. Adeh… Mohon korang semua doakan kami agar hubungan kami ini disertakan dengan redha Allah bersamanya..

Kesimpulan

Kesimpulannya, Stand aku adalah bercinta tu tak boleh. Menyinta itu boleh tapi dengan syarat. Kalau rasa tak kuat untuk mengawal diri baik la elakkan dari rasa tu. Takde apa faedah pun. Semoga dengan terjaganya hubungan sebelum nikah akan menatijahkan hubungan yang berkekalan dan diredhai selepas nikah.





Wallahualam…

#SayNoToCouple#

Thursday, December 20, 2012

Pabila berita Esok Kiamat aku terima

Bismillahirrahmanirrahim...

Kecoh jugak nampaknya. Aku yang dari tak tahu ni pun jadi tahu... Ada juga yang bertanya kat aku tentang kejadian ni. Oh. Aku pun tak berapa tahu. Nak jawab camne pun lagi la tak tahu. kahkahkah..

Isunya adalah esok kiamat. Kalender Mayan katanya cakap macam tu. Ada yang kata bumi akan gelap. Ada yang kata bumi akan berputar terbalik. Maka matahari akan terbit dari barat! So. itulah tandanya KIAMAT SUDAH DEKAT!!

Betul Ke Bohong?

Ini la topik yang patut dimasukkan ke dalam rancangan Betul ke Bohong? mungkin ada pasukan yang akan terkena renjatan elektrik. haha..

Aku tak mengatakan ianya benar mahupun bohong. Semuanya di dalam pengetahuan Allah swt. Bagi aku baik lah kita anggap setiap hari adalah esok nya dah nak kiamat. Tak perlu percaya sangat kepada ramalan2 orang. Dah memang distatekan dalam agama kita bahawa perihal tentang hari kiamat ni takde sape pun tahu tarikh sebenar2 nya. Apa terjadi jika ada ulama' yang terkenal pun turut menyokong kaw2 yang esok adalah kiamat. Pergh..maunya ramai umat islam akan terpesong. bahaya dowhhh

Semoga kita insaf

Tapi kan, dari satu sisinya jika benarlah dengan ramalan ini mampu menyedarkan manusia agar kembali mentaati Allah, y not? biarlah kita ni jadi manusia yang beringat. Tapi menjadi satu masalah yang super besar kalau hari ni kita insaf sebab takut esok kiamat tapi bila pagi esok bangun je tengok matahari terbit macam  biasa terus kita lupakan keinsafan yang bertandang hari ini. Cannot be like that brother!!

Stand aku

Bagi aku, biarlah orang nak ramal apa pun. Yang pasti kita tetap akan menghadapinya. Tak payah tunggu kiamat. Kalau kejap ni Allah tarik nyawa pun dah tak sempat nak buat amal. Kiamat jugak namanya tu der. So jadilah orang yang bijak dengan mengingati mati bak kata Nabi Muhammad saw. Ingat mati. Ingat kiamat. pastu insaf. baru selamat!!

Wallahualam..


Tuesday, December 18, 2012

Syria : Apa dah jadi weh???


Sape kenal manusia berwajah jernih kat atas ni?? Aku rasa makin ramai yang kenal kot. Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syiria. Tak payah la aku kenalkan lebih2. Korang lagi kenal kot... Cuma aku nak share apa yang orang share je. Tapi aku just tambah sedikit perisa ajinomoto dengan memboldkan apa yang aku rasa point utama. Aku paham korang ni bukan yang jenis rajin membaca sangat pun. kahkahkah.

Semoga ada manfaat kat kita yang tak berapa nak tahu bab syria ni.


::: ISU SEBENAR YANG BERLAKU DI SYRIA :::

Isu sebenar yg berlaku di Syiria.. kedatangan Ulama'
(Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syiria) di UKM, mnerangkn keada
an saudara kita di sana.. BESARNYE FITNAH SYIAH LAKNATULLAH!!

Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:

1)Beliau mengatakan keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dgn kejam.. Banding dgn Palestine,
walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu org pad tempoh 60 tahun..

Tapi di Syiria.. 60 ribu yg telah TERKORBAN dgn HANYATEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kn.. yg ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yg tidak direkod berpuluh2 ribu lg kematian..

2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka bdasarkn Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syiria tu yg istimewa.. dimana bumi Syiria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syiria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran..

3) Jadi jihad di negara Syiria kerana bantu syiria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syiria ramai org tak tahu brbanding dgn Palestine.. di Syiria tidak dibenarkan diwar2kan sgala mklumat, tiada media..tidak benarkan bantuan masuk pun.

kata sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yg tidak dibom!", masjid di hina..org Syiah mencabuli wanita ahli sunnah dlm masjid.

di Syiria tiada Hospital untuk bantu org Sunnah.. jika mereka dibom,mereka dibiarkn macam tu je..kesakitan hingga mati. si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakn kematian ahli keluarganya, jika tidak akn ditangkap dn dibunuh juga..

SYIAH buat kekejaman sbb dia brpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah.. mereka percaya jika dpt sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni..akan dpt bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal laknatullah!!!

*jadi Ulama TU PESAN: , mereka taknak bantuan hanya duit sbb bukan boleh bawa masuk di syiria, bukan hanya doa kita2 je.. tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yg lain.. ambil tahu cakna tentang negara Syiria, agar semua tahu dn brsatu..

*Beliau PESAN LAGI: pilihlah PEMIMPIN yg BENAR2 NK BAWA ISLAM UNTUK NEGARA.. krana pmimpin yg benar2 kpd Islam je yg boleh prcaya.. yg lain tiada pmbawakn kpd Islam yg sbenar..

RENUNG2KANLAH...

Wallahualam..

Komen aku : Tudiaaa habaq hang..memang kaw2 punya syiah ni bagi kat porg sunni kat sana.. Moga Allah membantu saudara kita di sana...



Monday, December 17, 2012

Bahtera keinsafan

Di kamar kosong ini,
Aku merenung diri sendiri,
Mengenang dosa nan merimbun,
Di setiap langkah ku yang tersasar,
Di setiap detik hitam yang dilalui,

Di kala keinsafan ini bertandang,
Ku panjatkan doa kepada ALLLAH,
Agar tidak kupilih lagi jalan gelap itu,
Biarlah aku bersama terus di dalam bahtera ini,
Bahtera yang menimbulkan rasa insaf dalam diri,

Alhamdulillah wa syukurillah,
Allah menempatkan aku didalam bahtera keinsafan ini,
Semoga aku terus kekal di dalamnya,
Agar ada peluang memadam noda-noda silam,
Akan kupadam dengan air mata penyesalan,
Akan kuganti dengan istiqamahnya amalan
Moga syurga Allah aku ditempatkan...

-Wahai Tuhan yang membolak balikan hati. Kekalkan hatiku dalam agamamu dan mentaatimu-


Mungkin sahaja sosok ini akan benar2 menjadi jenazah esok hari..


Saturday, December 15, 2012

Overtime : Berbaloikah??



Bismillahirramanirrahim…

Hari ni aku bercadang nak pergi dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus kat S.Alam. Dah set dengan adik bongsu aku pun. Nak pergi sama2 la kononnya. Tapi…..

OVER TIME merosakkan rancangan aku malam ni…. Oh demmm…. Sabor yob… ade le hikmahnye tu… (intonasi memujuk hati sendiri)

Situasi Aku

Sebelum ni aku ditugaskan untuk menjaga mesin yang beroperasi dekat dengan kawasan perumahan. So kerja tak boleh lebih dari pukul 7. Tapi starting dari hujung bulan lepas aku dah ditukarkan ke tempat yang dibenarkan untuk kerja sampai ke pukul 12 malam. Nasib consultant memang macam tu. Selagi kontraktor nak kerja. Maka kami pun kena la ada jugak untuk witness kerja diorang. So kalau diikutkan setiap hari aku perlu bekerja sampai ke pukul 10malam. Sebab minimum diorang kerja sampai pukul 10malam dan maksimum pukul 12 malam sepatutnya, Pernah jugak aku kerja sampai pukul 1.30 pagi!! Cuma aku bernasib baik sikit sebab kat site MRT ni ada banyak consultant lain yang sudi untuk ganti aku. Ada juga yang memang betoi2 suka buat O.T. tak sama macam aku. Yang memang malas nak mampus untuk buat O.T. haha

My site now : Foundation work at Pier 96-Pier100 KVMRT V5 

Overtime : Boleh tapi tak payah la selalu sangat

Pergh.. Bukan main panjang lagi subtopic aku kan? Haha.. Bagi aku. Nak buat O.T tu takde masalah. Kalau setakat dalam seminggu tu dalam sehari dua,  Aku boleh accept. Cumanya bagi aku kalau tak buat langsung lagila aku  boleh accept sangat2. Haha..

Berbaloikah??


 
Ini status aku letak semalam kat facebook. Bukan sekadar ayat bajet pakar motivasi. Tapi tu la yang aku rasa. Honestly cakap aku ni banyak benor aktiviti malamnya. Jenis yang bukan duduk rumah time malam2. Isnin main futsal, selasa usrah DPPBTR,  khamis badminton +usrah rumah, yang tinggal ada rabu,jumaat,sabtu n ahad je. Tu pun biasanya aku akan slot in dengan lepak dengan adik beradik, mesyuarat NGO, gerakan mahupun benda2 apa yang aku buat yang ada manfaat sikit untuk masa depan. Hoho.. So bila dah kena buat overtime ni memang terasa carca merba jugakla jadual aku. Benda yang aku buat setiap minggu dah jadi terabai. So aku tak nampak kat mana berbaloinya aku buat overtime hingga terpaksa mengorbankan masa yang berharga untuk dihalakan ke aktiviti lain.

Hidup bukan untuk bekerja

Aku tak paham kalau ada yang mamat2 workaholic yang hidupnya bangun pagi pergi kerja, balik kerja terus tido lepas tu esoknya sambung rutin yang sama. Come on la.. Get a life bro!!  banyak benda lain lagi yang kita boleh buat dari kerja je.. kalau nak kejar duit tu bagi 72 jam sehari pun tak cukup jugak…

Bagaimana aku memandang kehidupan?

Ok. Sekarang masuk part yang serius sikit.

Beberapa  bulan lepas aku ada menganjurkan kem untuk pelajar matrikulasi, Ada satu slot tentang paradigma kehidupan. Aku kongsikan kepada mereka bagaimana aku memandang kehidupan ni. Bagi aku biarlah kita menjadi golongan yang sederhana dalam mengejar kejayaan dunia. Asalkan gerakan kita dalam bidang dakwah dan tarbiah tidak terbantut. Aku cakap kat diorang..

kalau kita kejar dunia kita dapat dunia. Tapi kalau kita kejar akhirat akhirat kita dapat, dunia pun kita akan dapat..

 Sama dalam pemilihan kerjaya sebagai seorang ahli gerakan. Mana mungkin aku sanggup untuk terlalu menumpukan dalam bidang kerjaya hinggakan masa yang berharga untuk digunakan dalam lapangan dakwah terpaksa dikorbankan. Aku hanya ada 24 jam dalam sehari. 8 jam telah dibeli secara rasminya oleh majikan ditempat kerja.6 jam untuk tidur. Aku hanya 10 jam lagi untuk diurus untuk dibahagikan dengan keluarga, rakan dan paling penting  GERAKAN DAKWAH. Takkan 10 jam tu pun aku nak guna untuk kerja juga… aish… no..no…no..

Aku menolak Overtime bukan sebab nak kahwin

Ada jugak bunyi2 dalam kalangan rakan seconsultant lain yang kononnya aku taknak buat O.T sebab aku nak kahwin. Ceh… kamoon la… kalau ada kaitan pun sikit je. Untuk aku uruskan bab perkahwinan aku. Tapi aku rasa nak urus bab perkahwinan tak sepening aku nak uruskan program motivasi. Hoho.Mungkin sebab aku ada family dan bakal isteri yang banyak membantu kot (harap2 Aida tak baca entry ni.kehkeh).  Kalau aku taknak kahwin lagi pun sama je.. banyak lagi aih benda lain aku nak buat dari duk melengung kat site tu je…

Kesimpulan : Aku tak minat buat O.T

Ni stand aku. Lantak le kalau dapat duit pun. Aku peduli apa. Untuk kawan2 yang kaki O.T tu aku nasihatkan tak payah la nak rajin sangat. Nikmatilah kehidupan ni selagi sempat. Beribadat sebanyak mungkin selagi mampu. Kita kecoh2 nak buat Over Time tapi Time untuk ibadah taknak pulak kita Over kan pulak..

Wallahualam…

p/s : tapi kalau mampu tune niat beribadah dalam bekerja lagi terbaekk… kerja 24 jam pun takpe…hoho

Sunday, December 2, 2012

Video + Ada apa dengan Baitul Muslim?



Bismillahirrahmanirrahim…

Allahurabbi… Syukur pada Allah.. Aku amat tak sangka. Malah bakal isteri aku juga tak sangka. Video yang kami publishkan itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari umat islam diluar sana. Ternyata begitu ramai yang menginginkan perhubungan yang bertepatan dengan lunas agama. Pelbagai respond yang aku terima. Tapi paling aku terharu apabila ada memberi lelaki aku yang mengalir airmatanya apabila melihat video ini dan terinspirasi untuk mengikut langkah2 yang telah aku lalui ni.. Untuk yang belum menonton sila Klik "Tentang Aku dan Dia"

Alhamdulillah.. Sudah 5444 viewer.

Sungguh… Kami tidak mengekpetasikan lebih dari pembikinan video itu. Pada asalnya hampir taknak buat pun. Tapi fikir fikir balik baik buat je. Alang2 dah ada bakal isteri yang pakar buat video plus peralatan canggih yang boleh digunakan. Al maklum la Aida Rahayu ni kan kerja dengan One Heart Creative Solution. Alaa… Company yang sama yang buat video oley terbitan DPPM yang meletop dulu tu. Huhu.

Ketika nak buat tu kami berpandangan jangan la video ni jadi semata2 jemputan kahwin biasa. Akhirnya terbitlah video mengenai synopsis kisah kami. Kisah yang aku ingin ceritakan nanti. Lepas dah kompom si Aida tu jadi bini aku. Baru la aku boleh cerita. Sekarang ni belum lagi bro.. Lexxx dulu… Walaupun ramai yang mintak aku ceritakan kat blog ni.. Sabor2.. Sabar kan sebahagian dari iman. Hehe

Kembali kepada video tadi. Setelah ramai rakan2 yang share dan mintak kat kami untuk sharekan. Hanya satu je jawapan aku. Sebarkan lah andai ada walau sekelumit manfaat kepada umat. Tu je. Ye. Jika benar video ini mampu menyedarkan masyarakat tetang jalan yang sepatutnya kita ambil sebelum menikah. Silakan. Aku amat mengalukan… Semoga menjadi satu amal dari Aku, Aida Rahayu, Tim One Heart dan seluruh manusia yang sebarkan video itu

Apa itu Baitul Muslim??

Sekarang ni kita cerita tentang Baitul Muslim dulu. Sebab ada yang tanya aku tentang Baitul Muslim.  Aku pun kenal istilah ni time dah tahun akhir kat UKM dulu. Kalau aku tak aktif dengan Persatuan Islam kat UKM dulu (ISIUKM) alamatnya aku pun tak tahu le tentang menatang nih. Huhu

Baitul Muslim ni sebenarnya salah satu step dalam nak membawa syiar islam kat dunia ni. Kalau yang duk ikut usrah biasa akan tahu. Nak membawa islama ni mula nya dengan Pembinaan Individu Muslim, Lepas tu masuk ke tingkat ke dua iaitu Baitul Muslim (Keluarga Muslim) lepas tu baru la ke peringkat seterusnya iaitu Masyarakat Muslim->Negara Islam->Khilafah Islamiah->istazi'atul 'alam..

Cuma yang aku pilih sekarang adalah memilih untuk membina keluarga dibawah Unit yang cuba untuk membentuk Baitul Muslim. Kat mana2 pun ada sebenarnya. Aku pulak sebab budak UKM kan. So aku pilih la kat UKM. Ada Panel2 yang akan menjadi orang tengah antara si Lelaki dan Perempuan. Panel ni pulak kebiasaannya terdiri dari Ustaz2 dan Ustazah. Ye la geng2 macam ni baguih sikit. Banyak ilmu nak dikongsi dan pesanan sepanjang perhubungan dijalankan antara lelaki dan perempuan tersebut.

Proses dalam Baitul Muslim

Step permulaan dia macam yang kami storykan kat dalam video tu. Bermula dengan hantar nama. Ada borang jugak. Lepas tu aka nada sesi taaruf. Kira macam sesi suai kenal. Ala.. Yang korang buat time sesi ice breaking tu. Haha. Cuma kali ni lepas sesi suai kenal ni nanti panel akan bagi masa untuk fikir masak2 (Baca istikharah) untuk teruskan ke step berikutnya ataupun berhenti disitu. Mana tahu kot la hangpa tak berkenan dengan pasangan yang dalam sesi taaruf tu. Boleh je stop and may be akan ada orang lain pulak. Kot la nak tunggu Heliza Helmi yang bertaaruf dengan korang. haha

Lepas dah kompom. Dua2 pihak dah setuju nanti ustaz akan panggil balik. Lepas tu dua2 pihak akan berikrar. Ikrar tu ada lah isi penting dia. Ikutsukahatiustaz tu la nak letak apa.. erk… mcam nama addres blog aku lak. Haha. Tapi dah nama pun ustaz, so isinya pun mestilah tentang batasan perhubungan dll yang berkait dengan Al Quran dan Sunnah. Lepas tu ustaz akan bagi pesanan aka tazkirah sikit sebelum bersurai.

After selesai ikrar nanti pulak akan ada beberapa sesi usrah. Kira macam perbincangan dalam kumpulan2 manusia yang dah ada pasangannya. Tapi asing la lelaki n perempuan. Dalam tu ustaz (semestinya yang dah kahwin) akan bagi pengisian dari sudut agama mahupun ilmu berumahtangga. Penting jugak la benda ni supaya ada bekalan untuk melayari rumahtangga. Kena pulak macam kita orang lelaki ni. Perrghhh. Aku ni sampai sekarang duk cuak lagi.. tanggungjawab besar dowh…

Dalam pada tu kita pun boleh start dah cakap kat parent kita tentang niat kita nak berlahwin. Sambil tu nasihat dari ustaz tu memang anytime je kita boleh mintak. Lepas tu ikut la macam mana yang dipersetujui dengan kedua ibu bapa. Sampai la bertunang then kahwin..

Tu je kot ringkasan step2 dalam proses membina Baitul Muslim ni. Cuma ada la benda2 lain yang aku belum boleh ceritakan dekat sini macam aku cakap kat atas tadi. Lexxx.. Tunggu aku menikah dulu chorr…Huhu.

Kesimpulan

Aku ingin membawa mesej yang jelas kepada masyarakat bahawa kita tidak perlu bercouple mahupun bercinta untuk ke gerbang perkahwinan. Ada jalan yang selari dengan tuntutan syariat untuk kea rah itu. Kita cuba sedaya upaya untuk mengikutinya. Selebihnya Just Leave it to Allah.. Baitul Muslim sentiasa tersedia untuk kita. Kalau yang online punya. Yang aku tahu kat dalam web http://baitulmuslim.com/ Boleh la korang pi mendaftar. Hehe. Takpun rujuk kat aku pun ok. Nanti aku bagi nama kat ustaz2 mana yang patut.

-Baitul Muslim Memperkasa Dakwah-

Wallahualam...

p/s :

Jemput datang ke walimah kami kelak. Sila lawat http://www.tinyurl.com/zulqurnainaida (mohon isikan RSVP utk penghantaran kad jemputan)

Tuesday, November 27, 2012

Futsal : Pabila Allah memberi "ketukan"



Bismillahirrahmanirrahim..

Genap seminggu lepas aku M.C. Hari ni aku M.C lagi. Gila tak hensem. Asyik M.C je. Haha. Tapi M.C kali ni bukan sebab demam. Tapi sebab kaki aku ni sakit.

Story dia macam ni. Semalam aku main futsal. Pada mulanya aku just main 2 jam je dengan budak company aku. Tapi kelmarin aku dalam mesej dari S.U Dewan Pemuda PAS Bandar Tun Razak (pergh..panjang pulak nama. Haha). Mesej cakap ada main futsal pukul 10-12. Dah la tempat yang sama. So semalam pun aku pun berpesta futsal la nampaknya.. 4 jam total tu…

Lepas main dengan bebudak company aku. Aku sambung terus dengan geng Pemuda PAS. Dengan performance yang bajet  mantap setaraf persembahan pemain Malaysia ketika tewas tempoh hari maka aku pun main dan terus main. Sistem menang stay la katakan.. Tapi tiba2 kejadian yang tidak diingini berlaku.. Ada adik yang badan nya lagi besar dari aku nak rembat bola. Aku pulak bajet badan besar jugak la macam dia. Pegi sepak jugak. Bertembung la kaki aku dengan kaki dia dengan bola menjadi pemisah antara kaki aku dan dia. (ayat macam dramatic lak.haha)

Gedebuk…

Memang sakit gila habaq hang. Lutut n buku lali aku rasa sakit sampai nak pitam pun ada. Tapi kan. Budak tu rilex je. Tak sakit apa2 pun.. Aku je terus keluar dan tak main dah.  Nampak kan budak tu memang berbadan besar dari aku? Haha

Sebelum tidur semalam aku takde rasa sakit sangat sebab aku dah urut2 sikit. Boleh lagi la nak berjalan. Sapu minyak n balut dengan bandage. Tapi bila bangun pagi tadi.. Mak ai… kaw siot… aku nak berdiri pun payah. Ambik wudu pun derita. Solat subuh apatah lagi. Nak lipat kaki memang takde chance la. Selesai solat nak masuk bilik aku balik. Mengengsot je aku. Punya la tak tahan sakitnya.. haha

Time lepas subuh tu aku duk urut2 kaki. Try lipat kaki sambil urut. Tolak kaki sikit2.. Boleh tapi memang suffer la. Time tu aku terfikir. Nikmat lipat kaki ni Nampak kecik je. Tapi bila dah Allah tarik nikmat. Allah… Memang terasa sangat kekurangannya…

Tadi housemate aku tolong bawak pergi klinik. Perjalanan balik tu aku sembang dengan dia. Cakap tentang sejak akhir2 ni aku banyak M.C.

Sebenarnya aku pun perasan jugak. Aku sekarang ni senang betoi nak sakit. Kalau fikir secara scientificnya memang le antibody lemah kan. Tapi bagi aku yang buatkan antibody lemah adalah bilamana kita terlalu banyak buat dosa.

Dan aku rasa aku begitu. Ada je dosa yang aku buat. Mungkin juga dosa silam dan sememangnya sakit2 yang aku lalui selama ini aku harapkan menjadi kafarah dosa bagi aku. Tu la.. Time gembira, time sihat tak ingat kat Allah.. Dah sakit baru terhegeh2 nak ingat kan. Padan muka aku..

Takpela.. At least aku tahu yang Allah masih sayangkan aku. Allah masih memberi peringatan dan ketukan agar aku tersedar dari terus melakukan kesalahan…

Moga aku terus menerus menerima peringatan ini walaupun dalam apa jua bentuk…

Wallahualam..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang