PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Monday, April 30, 2012

Riang Ria di Festival BERSIH 3.0


Alhamdulillah…

Bersyukur ke hadrat Allah kerana mengizinkan aku bersama dengan lebih 250000 rakyat Malaysia turun untuk BERSIH 3.0 tempoh hari. Aku pergi kerana ingin menyuarakan perkara yang hak kepada Pemimpin yang memimpin Malaysia yang tercinta ini. Jauh sekali pergi semata2 ingin berlawan dengan polis. Teringin aku nak cerita pengalaman sepanjang aku bersama geng  yang nak DUDUK kat sana.

Dengan dimulakan dengan doa aku memulakan perjalanan dengan adik bongsu aku. Kami bergerak dari rumah yong kami yang terletak di Jalan Kebun. Kami berpisah setelah aku hantar dia ke Terminal Bandar Tasik Selatan supaya di gerak dengan geng muslimat exUKM. Aku pulak meneruskan perjalanan dengan kengkawan lelaki. Termasuk rakan sekolah merangkap rakan serumah aku sekarang.

 Bersama roomate.

Setelah pusing2 sekitar KL (sebab jalan dah tutup) akhirnya kami berjaya jugak masuk ke KL. Time aku parking motor tu aku tersentuh melihat seorang makcik tua bersama rakannya duduk di atas tikar sambil membaca Al Quran. Allahuakbar… kagum sebentar..

Tok Guru Pondok yang tersohor.Tuan Guru Baba Haji Salleh Musa. Pondok Sik. Orang disebelah dia menceritakan dia tidak henti2 berzikir. Salute pada ulama' sufi haraki!!

Aku mengambil keputusan untuk terus bersama dengan crowd di Dataran Merdeka. Mungkin sebab malas nak berarak dari Masjid Negara kot. Haha. Kat sana aku dikagumkan lagi dengan melihat seorang pakcik yang BUTA turut bersama dengan rakyat untuk menuntut ketelusan dalam Pilihan Raya.

Walaupun mata buta. Namun mata hati celik!!

Suasana kat sana time tu macam pesta. Pesta bergambar tu paling ketara. Ceria. Gembira. Harmoni. Mahabbah dan segala suasana yang korang rasakan seronok nak tengok .Macam2 gelagat ada. Lawak pun ada. Dengan pelbagai bahasa. Pelbagai loghat pun ade. Paling syok bile ada sorang Yob kat belakang tuh duk jerit. “Oit kome. Atey duduk le”…Oghang kampong teman ghopenye kat belakang teman ni. Aku pun ape lagi. Balas la dan terus sahut menyahut dalam loghat peghok!! Yeaahhh…

Ayuh Bergambar!!

Anak muda riang ria!

Tak dilupakan sekumpulan anak muda yang begitu displin lagi jadi pengutip sampah tak bergaji. Baguih gila depa nih. Tengok sekoq2 muka ganaih. Tapi dalam hati ada Alam Flora rupanya. kahkahakah. Dalam hati aku terdetik nanti kalau ada BERSIH 4.0 aku nak try ajak ramai2 jadi pengutip sampah. Ada team yang khas..  baru la pembersih kata orang.

Anak muda yang berjiwa alam flora.kahkah

Ops. Terlupa pulak nak cerita tentang peniaga yang bukan main sakan lagi kaut Untung. Ni bukan saja untung kasar. Malah diorang ni dah Untung BERSIH dah ni. Kedai mamak yang aku pergi nak tumpang tandas tu ramai giler orang kat dalam. Macam dia buat makan free open house time raya la pulak. Haha

 Ni diorang kata peniaga rugi??

BERSIH kali ni nampaknya juga sangat harmoni. Ye la. Kalau kat BERSIH 2.0 dulu jangan kata nak pakai baju bersih. Ada garam dalam beg pun dah kena tangkap. Tapi sekarang nih. Bukan main bebas lagi kami nak pakai apa2. Lagi sekali aku terfikirperancangan untuk BERSIH 4.0 (kalau ada). Aku sempat berseloroh dengan housemate aku. “Lepas n punya BERSIH boleh jual button badge la”.. Ingat mamak je nak untuk BERSIH. Gua pun nak jugak…

Bila masuk waktu zohor pulak ramai2 umat islam solat berjemaah. Masyaallah.  Terlihat sudah syiar islam kat sana. Alhamdulillah. Yang paling aku seronok tengok adalah keharmonian pelbagai agama. Ada non muslim yang memberi laluan untuk umat islam bersolat. Mereka sangat menghormati kita malah ada juga yang tidak lokek memberikan air untuk dijadikan air wudu’. 

Solat berjemaah tetap diutamakan!

Lagi satu syiar islam yang jelas aku dapat lihat adalah apabila kita bertakbir. Ada cina kat sebelah aku ni turut sama melaungkan Allahuakbar!!. Walaupun hanya perlahan tapi aku pasti apa yang dia sabutkan. Malu sedikit barangkali. Tapi hakikatnya kita telah berjaya mendekatkan mereka untuk membesarkan Allah. Time tu aku dah seluk poket nak ambil henpon murah aku. Tapi orang kat depan tu dah stop melaungkan takbir lak. Potong stim betoi lah…

Ni lah cerita keharmonian BERSIH 3.0 yang bertahan sehingga kurang lebih pukul 2.30. Sesudah tu pihak polis mula melancarkan “jihad” mereka kepada kami selaku rakyat Malaysia nih. Tindakan provokator yang melampau aku sendiri dapat lihat (mungkin SB). Bukan di entry ini nak aku ceritakan. Nantikan entry berikutnya mengenai keganasan2 yang berlaku.

Wallahualam…








Wednesday, April 25, 2012

Samseng PTPTN

Bismillahirrahmanirrahim…

Baru2 ni aku share satu gambar berkaitan dengan serangan samseng yang menyerang golongan mahasiswa yang berkhemah di dataran Merdeka. Malamnya pula aku mengambil keputusan untuk melihat apa yang mahasiswa di sana sedang buat.

Keesokan harinya aku tengok kat wall aku dah banyak orang komen yang berkaitan dengan isu PTPTN ini. Atau lebih tepat lagi isu serangan samseng ni. Agak panas jugak le komen2 tu. Kadang2 nak baca pun malas. Lebih bersifat emosi je lebih. Haha..

So aku pun decide untu mengutarakan pandangan aku mengenai PTPTN ni dan isu samseng ni. Sebenarnya tentang PTPTN ni aku dah ulas sebelum ni. Mungkin kome boleh baca balik. Kat sini aku just nak tegaskan balik apa pandangan aku je.

PTPTN : Mansuh atau tidak? Mampu atau Tidak?

Aku lebih suka untuk menjawab persoalan kedua tu terlebih dahulu. Pandangan aku kita memang sangat mampu untuk membiaya pelajaran percuma kepada rakyat Malaysia. Bukan dari duit petronas tu pun kita dah mampu buat bro. Cukup sahaja guna duit yang dibazirkan akibat ketirisan dan ketidaktelusan pemimpin kita dalam mentadbir urus wang rakyat itu.

Mansuh atau tidak itu pula seperti yang aku perkatakan sebelum ni. Bagi aku tidak perlu mansuh. Rakyat tidak perlu terlalu dimanjakan dengan semuanya percuma. Yang aku sebagai ex student PTPTN ni perlukan adalah 0% interest. Itu sudah cukup adil bagi kedua belah pihak. Tapi aku lebih memberat untuk berpendapat bahawa di situ ada manfaat jika pihak kerajaan mampu menjadikannya sebagai pinjaman boleh ubah. Juga ingin ditegaskan bukan semata2 untuk yang dapat 1st class degree sebab yang bijak2 nih dah d sponsor oleh biasiswa lain. Aku menyarankan kepada yang dapat 3.0 keatas cukup sekadar membayar 75% dari pinjaman yang di pinjam. Secara tidak langsung akan membuatkan student berlevel sederhana ni lebih rajin untuk belajar.

Samseng : Adakah itu budaya kita?

Masuk pula isu samseng. Aku amat terkilan apabila membaca komen yang mengatakan itulah balasan yang mesti diterima oleh pelajar yang berkhemah itu.  Di mana letaknya pemikiran kita sebagai manusia? Apa kesalahan yang besar yang dibuat oleh pelajar2 tersebut? Lebih baik la pergi ke kelab malam pergi pukul jantan yang merosakkan maruah perempuan melayu kita tu.

Sedangkan banyak pemimpin dan penyokong UMNO yang lain pun masih mampu berpemikiran rasional untuk menilai kejadian ini. Jika benar tindakan memukul tu adalah satu tindakan yang benar dan mahasiswa itu adalah pelaku kesalahan yang besar mengapa kejadian ini tidak di hebahkan di media arus perdana? Sudah pasti kerana ini adalah satu tragedi yang memalukan pihak pemerintah maka kisah ini disenyapkan.

Kesimpulan :

Akhirnya ada 2 benda yang aku nak simpulkan dari karutan aku kat atas ni.

1.       Yakin pembelajaran boleh diberi percuma namun aku lebih prefer dijadikan pinjaman boleh ubah.
2.       Budaya Samseng langsung tidak boleh diterima di Negara kita ni. Biaq pi la geng mana pun yang buat.

Sekadar itu untuk kali ini.. Bersama ini aku sertakan gambar2 hasil lawatan aku pada malam tersebut..

Wallahualam..


Sangat suka peringatan nih!

Khemah diorang

 DSAI pun datang rupanya malam tuh


Monyet pun ready untuk BERSIH. Korang?




Sunday, April 22, 2012

Adab Berdebat


Umum mengetahui bahawa tidak lama lagi akan di adakan Pilhanraya umum. Secara tidak langsungnya akan berlaku lah perdebatan demi perdebatan untuk memenangkan pihak yang disokong. Bukan perdebatan secara bermuka yang ingin aku highlightkan di sini. Sekarang ni zaman I.T bro. Apa barang jumpa2. Komen2 kat Facebook pun boleh dijadikan tempat untuk masing2 memenangkan pihak yang di sokong.
Kalau kita tengok perdebatan yang berkaitan dengan politik memang agak panas. Komen tu boleh jadi berjela jela. Tapi kebiasaannya komen yang berkaitan dengan politik ini akan dipenuhi dengan emosi tanpa fakta dan hujjah yang ilmiah. Ada sampai ketikanya ada pihak yang memaki hamun dan mencarut. Aku pernah alaminya. Haish… Macam2.. So untuk itu aku pun google la adab2 dalam berdebat. So aku jumpa satu artikel yang agak baik untuk dikongsikan. Kome boleh baca sendiri kat link ni (KLIK) . Aku just copy n paste je.
 
Adab Berdebat dan Dialog.
Debat dan dialog adalah diskusi antara dua orang atau lebih untuk menyelesaikan permasalahan atau perselisihan yang timbul. Pada umumnya semua perlakuan dan acara dalam hidup ini perlu mempunyai etika untuk dipegang sebagai perkara dasar dalam gerakan kita. Selari dengan itu etika untuk berdebat dan berdialog perlu diketahui dan dipatuhi supaya tidak terjadi perselisihan dalam menyelesaikan masalah yang ada. Etika ini perlu kita hormati agar kita dapat menghormati orang yang kita lawan bicara dan khalayak ramai yang ada. Tidak kurang pentingnya kita perlu mematuhi etika ini agar orang lain akan menghormati kita sebagai insan yang profesional, sabar dan rasional.
1. LURUSKAN NIAT; MENCARI KEREDHAAN ALLAH DAN MEMBELA KEBENARAN.
Inilah adab pertama yang mesti dipegang dalam diskusi dan dialog yang kita lakukan kerana mencari redha Allah dan mendapatkan kebenaran. Perdebatan bukan untuk mencari kemenangan atau ingin dipuji oleh manusia. Hendaklah kita patri dalam lubuk hati bahawa perdebatan atau dialog adalah menyampaikan kebenaran kepada lawan bicara kita dan khalayak yang ada. Mencari dan membela kebenaran serta membasmi segala kebathilan.
2.JUJUR DAN JAUHI KEDUSTAAN

Jujur adalah akhlak yang mulia. Hujah yang kita lontarkan mestilah benar-benar nyata dan ada kesahihannya. Apabila kedua belah pihak yang berdialog berpegang dengan landasan yang kuat, maka dialognya akan lebih membuahkan hasil yang diharapkan. Sebaliknya apabila kita berdialog tanpa fakta dan ilmu, tidak menguasai isu pokok yang diperselisihkan, bukan mustahil kebenaran akan dikalahkan oleh kebatilan, karena lemahnya orang yang menyampaikan kebenaran tersebut.

3.BERDEBAT PADA PERMASALAN YANG BERMANFAAT
Hendaklah debat yang kita lakukan pada permasalahan yang penting dan mendesak, bukan pada masalah yang tidak bermanfaat. Sebagai contoh berdebat tentang apakah yang lebih dahulu diciptakan, telur atau ayam? Semua ini harus ditinggalkan karena tidak membawa manfaat.

4.MENAHAN DIRI DARI BEREMOSI
Perkara ini sering diabaikan oleh orang yang berdialog. Bahkan pada umumnya kedua belah pihak saling beremosi, baik yang membawa panji kebenaran mahupun pihak yang satu lagi. Yang benar, hendaklah menampakkan nada kelembutan dalam berdebat. Menggunakan kalimat yang baik sepanjang debat. Seperti memanggil lawan bicara dengan panggilan yang sopan.
5.TAMPAKKAN RASA CINTA DAN PERSAUDARAAN SEBELUM, KETIKA DAN SETELAH BERDEBAT.LEMBUT DAN SABAR DALAM DIALOG

Hal ini perlu diperhatikan. Hendaklah kedua pihak yang berdebat saling berlaku lembut dan sabar dalam berdialog. Tidak tergesa-gesa dalam menyanggah, hingga menjawab tanpa akal dan beremosi belaka. Perlu sedia mendengar pandangan dan luahan bicara orang yang kita lawan bicara. Sedia mendengar hujah lawan bicara atau dialog dengan sabar dan tenang. Jauhi meninggi dan melantangkan suara. Akhiri debat dengan kemesraan dan semangat persaudaran
6.KEMBALI KEPADA KEBENARAN.AKHIRI DEBAT APABILA LAWAN BICARA TERUS BERKERAS.

Mengalah dan berundurlah dari arena debat apabila lawan bicara terus berkeras kepala. Berundur bukan bererti kalah. Jika berlanjutan debat yang sebegini akan membawa permusuhan, rasa benci, marah, emosi yang tidak terkendali. Hingga tujuan asal debat atau dialog akan menyempang dan tidak tercapai. Disinilah perlunya pandangan yang tajam dalam menilai lawan bicara. Apabila kita teruskan debat tidak ada manfaatnya, segara tamatkan pembicaraan dan beri nasihat tentang tujuan asal dialog.

Inilah adab berdialog yang harus diketahui sebelum seseorang mencari kebenaran melalui jalan perdebatan atau dialog.

….Habis dah copy paste….

Sekian saja untuk kali ini. Aku berharap agar debat2 yang akan terjadi selepas ini di tunjangi semangat ukhwah islamiyah dan di hindari dari rasa ingin bermegah2 dengan sedikit ilmu yang kita ada. Juga perlu di jaga adab2 yang telah dinyatakan di atas. Semoga perdebatan kita diserati dengan redha Allah dan mampu di hitung sebagai ibadah di hadapan Allah kelak.

Wallahualam…

Thursday, April 19, 2012

Maksiat : Manusia bertukar menjadi batu



SEKITAR 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii (kini satu kawasan di Itali) kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain - penduduknya bergerak ke sana sini, berjual beli dalam bangunan atau gedung agam serta berinteraksi antara satu sama lain.Sehinggalah tiga hari kemudian, secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud pada muka bumi ini.

Seterusnya selama 1,500 tahun, kewujudan kota Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan.

Masa terus berlalu sehinggalah ketibaan 1594; sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas menemui sesuatu benda aneh tertanam di dalam tanah.

Kanak2 dan dewasa turut terbunuh dilanda lava.

Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu.Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.

Tujuh puluh enam tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d'Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan.Pihaknya terus menggali dan pelbagai tinggalan artifak yang pernah ¡terkubur¢ di bawah tanah di kawasan berkenaan kembali dikorek keluar. Ketika itulah misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar.

Bagaimanapun, penemuan kota purba itu turut menimbulkan pelbagai persoalan misteri di kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji sejarah.Malah, lebih mengejutkan adalah selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai di kawasan berkenaan adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan.Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera.

Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan 'wajah' sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu.Malah, jelas kelihatan adalah raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba.Kajian seterusnya membongkar cerita sebenar mengenai kota Pompeii.

Kota itu didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.Pompeii kemudian berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan.
Akan tetapi, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan.Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan.Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan 'Mithra' yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.

Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota berkenaan, secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu 'sepi' selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu.Tiada seorang pun daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.

Sumber : Blog Melayu HOT

Komen aku : Kita lihat di negara kita pulak? Bukankah semakin ramai manusia yang tanpa silu melakukan maksiat di khalak ramai? Semoga kita terhincar dari bala bencana...

Saturday, April 14, 2012

PTPTN : Tak perlu mansuh


Wah.. Bukan main lagi kecoh tentang PTPTN sekarang ni. Semenjak ada pihak yang kata nak memansuhkan PTPTN ni semakin banyak pulak prang dok cakap tentan PTPTN ni. Hari ni lagi la kecoh dengan kebangkitan mahasiswa yang minta memansuhkan PTPPTN. Dalam kekecohan ni terdetik hati aku untuk mencelah memberi pandangan yang tak seberapa ini. Aku buat dalam bentuk persoalan yang aku buat dan yang jawabnya aku jugak. Kira kompom dapat 100% la.. haha


Aku hanya akan ad kalau demo ni adalah pada tahun 2010. 

Adakah PTPTN ni wajar di mansuhkan?
Bagi aku PTPTN ni sangat tidak wajar di mansuhkan. Ye la. Kalau mansuh mana pulak golongan yang sederhana akedemik dan kekayaan keluarganya nak dapat duit nak biaya pelajaran. So ianya masih relevan untuk diteruskan.

Kalau bagi duit tapi tak payah bayar balik pulak macam mana?

Kalau macam tu dah tak panggil Pinjaman dah la oi. Boleh panggil Biasiswa PTPTN dah lepas ni. Takde beza la dengan JPA dah lepas ni. Duit tu datang dari government jugak sama macam PTPTN. Tapi kalau ada pihak yang nak perjuangkan dan cakap diorang boleh bagi percuma. Tu dah kira sangat2 bagus dan aku PASTINYA akan sokong!!

Banyak cakap pulak. So apa yang ko nak cadang?

Aku rasa yang sebaiknya adalah bagi pinjaman tanpa dikenakan interest. Itu yang sepatutnya. Jangan pulak nak samakan dengan loan kereta n kereta. Itu lain konsepnya dengan ini. Yang tu memang yang si pemberi pinjam tu dah memang orang bisnes. Kira nak kaut untung je. Tapi PTPTN ni seharusnya berbeza dengan golongan berminda bisnes di luar sana tu.

Yang lebih baik pula adalah jadikan ianya adalah pinjaman boleh ubah. Aku teringat time aku nak masuk ke UKM dulu. Punya la bersungguh mendaki tangga pejabat MARA kat pekan Parit. Ingat kot boleh nak buat pinjaman kat diorang sebab boleh ubah. Tapi hampa. Just untuk IPTS je katanya. Bila dah 3rd year pulak aku dengar PTPTN nak bagi free kat peminjam yang dapat 1st class degree. Ni lagi satu silap mata dari diorang. Nak jumpa peminjam PTPTN yang dapat 1st class tu memang sangat jarang la. Ye la. Yang kami PTPTN ni adalah dari kalangan akedemik yang sederhana. Yang gempak2 tu semuanya dah dapat scholar. So aku cadangkan buat macam system MARA tu. In d same time boleh membuatkan student ni semangat nak belajar. Let say cakap yang 3.0 ke atas boleh bayar just 50% je dari pinjaman asal. Itu punya jam aku pun rasa nak ambik degree balik. Haha

Ini je la sedikit pandangan aku. Namun apa2 pun sebagai seorang yang dibebani hutang PTPTN aku tetap menyokong pihak yang nak bagi free apa yang dah kami pinjam tu. Kalau diorang cakap diorang boleh buat  y not kita bagi chance kat diorang buktikan. Namun secara peribadi kalau aku disuruh bayar 50% dari seluruh pinjaman pun dah bersyukur sangat dah.

Sekian saja untuk kali ni…

Wallahualam..

p/s : kalau ada orang yang perjuangkan pinjaman 0% interest pun aku akan sokong jugak! Ye la kan interest2 tu adalah riba…



Sunday, April 8, 2012

Ada apa dengan geology?

Opsss.. Sebelum baca aku dah edit sikit entri ni.

Edited on 13/8/14 : Aku terima banyak komen yang aku jarang baca. so kalau ada yang nak tanya tentang geologist ni boleh terus email aku di zulgeologist@gmail.com

Ok. Boleh sambung baca entry lama aku ni...

Baru2 ni aku menerima satu email dari seorang makcik ni. Dia risaukan anak dia puny pilihan nak sambung degree. Sekarang ni anak dia tengah belajar kat matrikulasi. So dia pun tanya kat aku tentang kerjaya geologist nih. Aku pun xtau dia ambik mana email aku. Aku pun menjawab la pertanyaan dia.

Ni emailnya..

Salam,

Boleh ke saya bertanya? Sekarang nie En Zul bekerja sebagai Geologyst ke.
Untuk pengetahuan Encik, anak saya berminat betul dengan kursus Geologi nie. Baru2 ini dia mohon UKM kursus Geology dan meletakkan kursus ini sebagai pilihan no. 1. Saya cuma nak tanya....ape nasihat Encik untuk kursus ini. Adakah senang dapat kerja. 

Anak saya sekarang sedang belajar di Matrikulasi Londang dan baru2 ini untuk Semester 1 dia telah mendapat 3.67. Selain dari kursus Geology ape agaknya kursus yang sesuai. Boleh beri pandangan tak 

Terima kasih.

Ni email first akak tu.. Ada la rentetan email lain lepas tu. Baru la sampai ke isi penting nih.. Aku pun jawab la dengan berbekalkan apa yang aku tahu.

Oh. Kalau lelaki tu memang ok sangat dah. saya brief sikit peluang kerjaya dalam bidang geologi.

1. Oil and gas industry
Kalau dalam bidang ni memang geologist sangat2 diperlukan. Sebabnya geologist lah orang yang duk cari kat mana ada minyak untuk diorang drill. Cuma sekarang ni budak2 degree agak sukar nak dapat. tapi still ada lagi yang dapat kalau memang betul2 perform. Kalau master insyaallah lebih mudah dapat kerja. tapi so far ada je kawan saya yang same batch yang dah kerja dengan kompeni oil n gas such as schlumberger, petronas, offshore work, DHL etc... dari sudut gaji bulanan pulak memang oil n gas ni memang boleh buat duit. Just kena korbankan masa lebih sikit la.

2. Engineering field
Bidang ni sekarang ni memang sangat2 ramai geologist diperlukan. Ramai yang batch saya kerja dengan kompeni engineering. Saya pun terlibat dengan bidang engineering. yang ni pun masa depan sangat cerah. Selain untuk mengawal tanah runtuh sekarang ni geologist sangat diperlukan untuk buat tunnel dan dam. Sekarang kan tanah dah penuh. So kita akan go further buat terowong bawah tanah. projek mega yang akan datang ni (MRT) pun akan pakai tunnel. So kami akan petakan bawah tanah tu. dam pun lebih kurang jugak. Sebab sekarng ni banyak empang2 baru yang ingin dibuka. So peluang kerjaya insyaallah masih terbuka.

3. Mining industry
Ni lagi satu yang sangat diperlukan. Sebabnya macam minyak tadi. Geologist yang akan cari sumber bumi untuk kita lombongkan. Emas ke timah ke nak buat simen ke. Semuanya perlukan kepakaran geologist untuk tentukan samada tempat tu sesuai untuk d lombong atau x.

4. Enviromental field
Ni masih agak baru kat Msia. x berapa banyak kompen yang buat kerja ni. Geologist akan kenal pasti pencemaran yang berlaku terutamanya melibatkan tanah dan air bawah tanah. kita jugak terlibat dalam Environmental Impact Assessment.

Ada lagi pecahan bidang geologist ni. yang ni antara yang utama. Secara overall kalau dari sudut peluang kerjaya sangat2 meluas terutamnya kepada lelaki. Sebabnya kita ni banyak terlibat dengan kerja2 luar. jarang duk office layan air cond.hehe. Agak mencabar dan kadang2 mungkin jugak di hantar ke bukit hutan dll.
 
Ada lagi sambungan dia. Tapi tak sesuai di tonton oleh pembaca blog SAPE AKU? Haha… Banyak gak la kami berbalas email.

Aku share kat blog ni bukan apa. Kot la ada adik2 or sedara mara kome yang nak ambik kos geology ni. So at least kome semua dah tau sesikit. Ye dok?

Ok. Sekadar itu sahaja…

Geologist dan Batu memang tak dapat di pisahkan. haha

Wallahualam…




Wednesday, April 4, 2012

# Wordless Wednesday : Beliau tiada kaki tapi ada "Hati"


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2 penjelasan   


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang