PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Friday, July 27, 2012

Janji Ditepati Vs Syariat Dituruti

Salam Janji ditepati!!!

Yeahhh.. Kecoh 1 Malaysia tentang lagu tema kemerdekaan yang entah hapa2 lirik dia. Tak patriotik langsung lirik dia. Malu aku nak nyanyikan lagu macam tu... Haha..

Lagu tu adalah lagu masuk bakul sampah pastu angkat sendiri. Lagu yang sesuai untuk si kaki bodek. lagu yang semata2 nak tonjolkan "sumbangan" mereka kepada rakyat sendiri. Nampak sangat diorang dah terdesak. Aku nak share lirik lagu tu kat blog aku yang suci murni ni pun malu sehh.. haha... Oleh itu. Aku dengan bakat persis M.Nasir ini dengan rasa tak bersalahnya telah mengubah lirik tersebut mengikut kehendak ikutsukaatiaku. Address pun ikutsukaatikaku. tapi ikutsuakaatiaku pun kena la tak menyalahi agama dan memberi manfaat sedikit. Ye dop?? Tapi lirik ni bukan untuk lagu kemerdekaan. Ni lagu untuk saudara seislam lain yang aku cintai ^^

Oleh itu.. Terimalah.....

Syariat Dituruti 


Bagai malam ikut siang
bagai bulan ikut matahari
1 ummah terus berjuang
Syariat islam dituruti

Bangsa kita dijaga
Bangsa lain dihormati
Hidup rakyat terbela
Tika islam menyinari

Syariat  harus ditepati
Patuh kepada ilahi

(chorus)
Syariat siapa?Syariat rabbi
Syariat apa? Syariat islam semata
Syariat siapa?Syariat rabbi
Syariat apa? Syariat islam semata
(repeat from top)

Juga disediakan dalam bentuk photo.



Sekian. Moga mendapat manfaat.

Wallahualam..

Note : Aku tak buat lirik rapnya. Sebab M.Nasir tak buat lagu rap.haha

Wednesday, July 18, 2012

Buat adik2 Pendakwah

Terasa lama aku menyepi dari mencoret sesuatu kat dalam blog aku ni. Hidup yang agak kelam kabut dan serabut menunaikan taklifan2 duniawi mahupun ukhrawi yang diamanahkan. Alhamdulillah satu persatu telah diuruskan. Sekarang masa untuk memenuhkan permintaan seorang junior aku di sekolah lama.

Adik ni mintak aku story tentang dakwah di universiti. haish... Susah jugak nak tulis. Tapi mengenangkan dah cakap aku akan cuba berkongsi so kena la laksanakan. Walaupun dah lebih kurang 2 3 munggu la jugak adik ni request. Nasib la dapat senior gini.. Haha

Ok. Kalau nak cakap tentang hukum berdakwah ni aku rasa kome semua dah tahu. tak kira la kat mana pun tempatnya. Hukumnya masih sama dan ganjarannya juga sama. So aku cut bab tu ek...

Kenapa Berdakwah di Kampus?

Soalan pertama. Kenapa kita berdakwah di universiti? Jika kita berdakwah berlandaskan kefahaman dan fikrah yang jelas ianya tidak menjadi masalah. Namun aku juga melihat dengan mata kepala sendiri apabila ramainya mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dengan merangka program bercorak islamik di kampus bukan kerana kefahaman yang jelas. Korang boleh tengok sendiri berapa kerat student tahun akhir yang akan terus istiqamah menjalankan aktiviti dakwah di kampus? Paling ketara adalah aktiviti dakwah di kolej kediaman. Rata2 akan aktif ketika berada di tahun satu. Apabila masuk ke tahun dua maka keligatan dalam dunia dakwah akan mula berkurang. Ini adalah satu permasalahan apabila memandang program dakwah adalah serupa dengan program lain di kampus. Hanya sertai semata2 kerana ingin kelihatan aktif dalam usaha untuk kekal di kolej kediaman mahupun mendapat markah merit untuk kokurikulum. So kepada adik2 yang sedang aktif dan ingin aktif berdakwah di kampus. Abang (terasa matang lak.haha) nasihatkan uollzz kena faham betul kenapa perlu berdakwah. Pasakkan asbab yang besar untuk berdakwah. Baru la tak jadi sia2 segala usaha kita.

Pengalaman aku : Minggu Penghayatan Ramadan time 2nd year. Time ni dah faham untuk berdakwah. Tapi time 1st year still lagi sebab tanggungjawab je aka aktif kolej.

Puasa sunat isnin khamis. Sedikit usaha di tahun akhir

Method dakwah

Masuk pulak cara untuk berdakwah. Rasanya tak banyak beza nya cara berdakwah di kampus mahupun di luar kampus. Namun mungkin sahaja dengan suasana ilmu yang ada di kampus sepatutnya lebih mudah menjalankan aktiviti dakwah. Ditambah dengan dana yang mudah diperolehi dari pihak pentadbiran maka banyak program2 rasmi yang boleh di atur untuk melaksanakan agenda dakwah. Cara forum, ceramah, Tazkirah, Puasa sunat, solat jemaah dan yang seangkatan dengannya mungkin biasa kita kaitkan. Namun suka untuk aku highlightkan kita jangan sesekali meminggirkan cara2 yang simple dan mudah dalam berdakwah.Sebagai contoh mengalunkan ayat alquran di surau sebelum maghrib, Poster dakwah dan sebagainya

Satu lagi perkara penting adalah "dakwah ini perlu berbentuk manusiawi dan menuju ilahi". Di kampus kena melihat suasana manusia di sana sukakan bagaimana. Layan je kehendak deme2 tu selagi mana tak menyalahi syariat. Dalam pada itu perlu diselitkan nilai2 dakwah didalamnya.

Masalah pendakwah

Ni adalah satu perkara besar yang berlegar di dunia pendakwah. Satu masalah paling ketara adalah budaya elitisme dalam diri pendakawah. Mereka berasa lebih selesa hidup dan bermasyarakat dalam golongan mereka2 sahaja. Bila dah mula terlibat dengan rakan2 dakwah maka segala aktiti bersama rakan lain seolah diabaikan. barangkali terlalu sibuk dengan aktiviti dakwah sehinggakan terlupa untuk menyantuni mad'u di sekeliling. Harus diingat dakwah ini adalah soal menyentuh jiwa manusia. Andai mad'u kita berasa mereka dan kita berada di dalam "class" yang berbeza adakah proses penyentuhan hati itu mudah berlaku? Kerana itulah pentingnya pendakwah di kampus bermasyarakat dan bergaul dengan rakan yang lain yang akan menjadi mad' mereka. Lagi sekali. layankan sahaja kehendak mereka asalkan tak menyalahi syariat.

Pendakwah perlu bergerak dalam jemaah

Sebelum berakhirnya suka untuk aku tekankan di sini bahawa agak sukar untuk dakwah itu akan memacu laju andai kita bergerak sendirian. Oleh itu amat penting pendakwah di kampus untuk bergerak bersama jemaah dalam usaha menggencarkan lagi langkah di medan dakwah. Pilih sahaja dalam lambakan jemaah yang berda di kampus. Sertai usrah untuk memastikan diri sendiri di tarbiyah dan seterusnya bersedia untuk istiqamah berdakwah.

Kesimpulan

Buat adik2 di kampus. jangan persiakan masa di kampus dengan semata2 belajar apa yang ada dalam silibus korang. Keluar lah dari zon selesa sebagai seorang pelajar biasa. Gunakan segala kelebihan yang ada untuk kepentingan islam. Ingatlah....

Sesungguhnya Umat Memerlukan Kalian

Sekian sahaja coretan dari seorang Abang...

Wallahulam...

Tuesday, July 3, 2012

Menahan Nafsu oleh Tahanan


Kisah 1

Adoiii…

“Kucing mana pulak yang berak kat laman rumah aku ni!!” Bentak Puan Ani apabila melihatkan ketulan najis mutawassitah yang berada di depan matanya.

Marahnya semakin meruap apabila sudah berkali-kali bau busuk itu menganggu saluran penafasannya. Kali ini beliau pasti tidak akan melepaskan kucing yang disyakinya. Beliau mengesyaki salah sekekor dari puluhan ekor kucing milik jirannya yang membuat angkara. Paling disyaki ialah seekor kucing jantan hitam milik jirannya yang berbangsa tionghua tersebut.

Tidak semena-mena ibarat mencari nahas kucing tersebut lalu dihadapan rumah Puan Ani. Tanpa banyak bicara Puan Ani terus menerkam dan menangkap kucing tersebut. Sangkar untuk menjerat tikus milik suaminya menjadi “penjara” baru bagi kucing tersebut. Kucing tersebut dibiarkan di dalam sangkar tersebut dengan makan dan minum yang tidak terus bahkan kadangkala did era oleh Puan Ani untuk melepaskan geramnya yang sudah terpendam lama.

Kisah 2

“Maafkan saya pakcik… Saya benar2 tidak tahu siapa yang melakukannya” dengan penuh harapan Farid merayu.

“Ah!! Sudah la ko. Aku takkan percaya dengan kata2 ko” Encik Hamid membalas dengan penuh benci melihat wajah anak kampungnya itu.

Encik Hamid ditugaskan untuk menjaga keselamatan di Kampung Mentata. Kampung yang sangat tegas dalam melakukan hukuman terutamanya yang membabitkan keselamatan kampung tersebut. Farid pula adalah seorang anak muda gelandangan yang setia bersama gitar kapaknya terutamanya di malam hari. Terkenal dengan jaguh rempit kampung telah cukup membuatkan nama beliau sentiasa menjadi sebutan sejak berlaku banyak kes kecurian akhir-akhir ini.

Kini beliau telah ditangkap oleh En Hamid dan JKKK kampungnya kerana disyaki melakukan kerja2 tersebut. Tanpa banyak soal beliau telah diletakkan di dalam perigi sedalam 20m sebagai hukuman buatnya. Farid pula langsung tidak diberi peluang untuk membela diri. Bahkan rayuan ibu bapanya hanya dipandang sepi dek kerana Farid punyai perangai dan penampilan yang  dilabel sebagai “anak muda bermasalah”. Hukuman tidak berhenti setakat itu. Farid juga akan diikat di pokok rambutan yang dipenuhi kerengga kononnya ingin menjadikannya amaran kepada penduduk kampung yang lain agar tidak melakukan perkara tersebut.

Namun masih ada juga segelintir penduduk kampung yang merasakan tindakan En Hamid itu adalah suatu kesalahan apabila mengenangkan Farid terus dihukum tanpa sebarang perbicaraan. Mereka merasakan bahawa sepatutnya pihak JKKK patut menyiasat kes tersebut terlebih dahulu dan bukan hanya melihat penampilan dan sikap Farid semata-mata. Di tambah pula lagi apabila ada desas desus mengatakan bahawa kes ini ada bersangkutan dengan sampul surat sulit yang ditemui oleh Farid di hadapan dewan orang ramai ketika beliau melepak di senja hari.  Mereka merasakan bahawa sampul surat itu ada mencatatkan kesalahan salah laku yang dilakukan oleh En Hamid dan JKKK kampung tersebut.

------End------

Fuhhh… Setel dah kisah merapu aku. Aku tak tahu le kome faham ke tak. Tapi kisah ini sebenarnya berkait dengan ISA. Korang mesti dah pernah dengar tentang ISA ni kan? Ianya adalah akta yang zalim dan langsung tidak menepati undang-undang islam. Sebenarnya telah pun diisytiharkan pemansuhannya oleh PM “tersayang” kita. Namun hakikatnya tanpa kita sedar masih ramai yang berada di dalam sana dan terus dihukum tanpa bicara. Diorang ni siap buat mogok lapar lagi untuk menyatakan bantahan mereka.  Bukan sahaja rakyat Malaysia yang ada kat dalam tu. Malah banyak lagi rakyat asing yang ditahan atas banyak sebab namun TETAP TANPA BICARA yang duk merana dalam tu. Macam2 kisah kezaliman yang kita bileh dengar. Yang disuruh bogel, di liwat, dipukul dan macam2 lagi la. Kome pergi la cari sendiri. Yang aku tahu aku nak kita sama2 menolak akta zalim ni dan bersolidiriti bersama “banduan” yang ditahan di dalam Kem Tahanan Kemunting itu.

Cerita banyak pun aku tak berapa nak reti. Korang boleh tengok gambar yang berkaitan ni












Sekian…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang