PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, August 9, 2012

Berbuka di Kedutaan Bangladesh

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah sebab aku diberi peluang lagi untuk menulis sesuatu kat blog aku yang sejak akhir2 ini semakin jarang aku updatekan.. Kalau diikutkan hati memang banyak sangat benda yang ingin aku kongsikan dekat sini. Tapi apakan daya.. rajin tiada…. Haha

Untuk kali ini ingin aku berkongsi sedikit story tentang apa yang aku lakukan semalam. Seperti tajuk kat atas. Alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk berbuka dengan warga Bangladesh. Tapi bukan kedutaan la. Ni dengan Bangladesh yang kerja dekat site MRT. Diorang ni kira kerja dengan IJM la. Aku sebagi consultant yang mengambil berat hal pekerja kontraktor maka aku pun turun ke penempatan mereka dalam usaha untuk menyantuni setiap seorang dari mereka. (Amacam. Ada gaya macam wakil rakyat tak??haha)

Sebenarnya segalanya bermula apablia aku bersembang dengan Alawuddin dan Delwar kat site. Hari tu aku sengaja tanya diorang puasa ke tak. Bukan senang nak jumpa general worker yang puasa. Tapi Alhamdulillah diorang ni puasa. So aku teruskan lagi soalan sampai la ke sembahyang terawih. Diorang cakap dioang memang ada buat dekat surau tempat tinggal mereka. So aku pun rasa berminat  la nak melawat. Semalam menjadi tarikh yang terpilih untuk aku melakukan lawatan sambil belajar tersebut. Haha.

Si Alawuddin ni memang dah pesan awal2 kat aku yang aku tak payah bawak apa2. Sebab diorang memang memasak pun. Tapi takkan la aku tak bawak langsung kan. So aku pun bawak je la roti jhon untuk buat syarat.kahkah

Ok. Bila sampai je diorang terus pelawa aku masuk ke cabin diorang. Aku pun masuk je la. Memang kemas (ke sebab tau aku nak datang?) dan yang agak terkejut siap ada TV, vcd player dan pakej dengan Astro lagi. Hampeh betoi. Rumah aku pun takde Astro. 

Hamekk.. kalah rumah aku.

Ok. Sekarang masa untuk berbuka. Aku agak pelik apabila yang terhidang kat depan mata just buah2an. Antara yang ada adalah pepe dan turmos.. Ni dalam bahasa bangla la..haha.. bahasa melayunya betik dan tembikai. Ada lagi benda lain. Epal, mangga dan tembikai susu.  Banyak pulak tu. So aku pun makan je la apa yang ada kat depan mata. Dah makan dan agak kenyang. Rupanya ada lagi makanan lain. Makanan ni aku pun 1st time makan. Namanya Muri. Diorang kata beras goreng. Tapi tak macam beras pun. Benda macam beras tu akan dicampur dengan sayur2an dan sedikit kuah. Ni hasilnya…

Ni La Muri. Layan kan je...

Boleh tahan jugak la rasanya. Lepas solat maghrib. Aku melepak la bersama Bangla2 ni. Ada beberapa perkara yang aku kagum dengan diorang.

1.       Ada yang simpanan mencecah 20 ribu selepas 6 tahun bekerja
2.       Boleh kata hamper semua memiliki barang kemas bernilai 8 ribu. (Untuk bakal isteri katanya)
3.       Perempuan kat sana memakai burqa. Kalau pakai macam pompuan kat Malaysia (baju n seluar ketat) memang kena marah
4.       Setiap sen yang digunakan dicatat dalam buku
5.       Ada yang kol parent tiap2 hari. 8 tahun tak tengok muka ayah
6.       Dan macam2 lagi… tapi bab kawen memang agak hangat la.. haha

Kalau diikutkan jadual asal. Sebenarnya diorang akan makan nasi lepas solat terawih. Tapi sebab aku nak gerak balik lepas terawih so aku dan musthofa (bangla jugak) makan dulu. Ada daging n ayam kampung. Memang power la diorang ni masak. Dah rasa masakan melayu dah pun.

Kini tiba masa untuk solat terawih. Hah. Part ni yang aku tak berapa gemar. Laju ya amat sembahyang terawih diorang. Ambil masa dalam 30 minit je untuk habiskan 20 rakaat. Memang tak terikut aku dibuatnya. Tapi time withir tu baru la slow. Bacaan imam pulak memang terbaekk… Dahsat jugak buruh macam diorang ni.  Zikir nya pun agak lain dari nada orang melayu. Aku melayankan je la…

Imam depan sikit je dari makmum

Ok. Selesai semuanya aku pun nak mengundur diri. Diorang jemput aku lagi datang. Datang beraya pun dijemput jugak. Tengok lah macam mana. Kalau ada korang yang nak ikut jugak pun takdehal. Moh kita pergi ramai2 nak? Heeee

Wallahualam…

p/s : Seronok jugak dilayan macam raja kat sana.. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang