PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Friday, September 28, 2012

Ringkasan bajet 2013

  Salam bajet 1 Malaysia!!! haha. Ni aku sedut dari web nih... http://bulanpurnama89.blogspot.com/2012/09/ringkasan-dan-kandungan-bajet-2013.html


Gambaran umum
- Pendapatan per kapita negara sebanyak RM31,000 dan rizab antarabangsa sebanyak RM432.2 bilion.
- Hasil kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak RM208.6 bilion berbanding RM207 bilion pada 2012.
- Defisit kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012.
- Perbelanjaan mengurus sebanyak RM201.9 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM49.7 bilion.
Isi penting
- Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
   
- Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
   
- Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
   
- Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
   
- Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.
   
- RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
- Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
- Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
Industri halal
- SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
- Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.
- Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.
Petani, nelayan & penjaja kecil 
- Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
- Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.
- Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.
- Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan.
- Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.
Galakan amanah perniagaan
- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
- Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
- RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
- Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
- Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
Pasaran modal 
- Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).
- DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
- Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
- Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
- Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
- Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
- RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
Pasukan keselamatan
- Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.
- Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.
- Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000.
- Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.
Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan
- Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.
- Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.
- Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.
- SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).
Imbuhan
- Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.
- Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.
- Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.
- Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.
- Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.
- Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.
- Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.
- Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.
- Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000.
- Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.
- Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.
- Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.
- Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.
- Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).
- Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten.
- Pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam.

Monday, September 24, 2012

Jom wujudkan suasana beragama



Bismillahirrahmanirrahim…

Lihatlah disekililing anda. Suasana di sekeliing anda. Camne? Aman? Serabut? Wangi? Busuk? Iman? Nafsu? Amal? Hiburan? Adakah wujud suasana beragama? Adakah anda berasa selamat dengan suasana itu? Adakah anda mampu menjadi hamba yang baik dalam keadaan suasana sebegitu?

Suasana Dulu dan Kini

Dulu. Time kat sekolah rendah. Dekat dengan ibu bapa. Suasana belajar agama tu ada. Aku dan adik beradik pula tiap2 hari ada mengaji dengan opah kami. Masuk pula sekolah menengah lagi la alhamdulilllah. Aku belajar kat SMK A Kerian. Nama pun sekolah agama. So suasana Beragama tu memang wujud la. Masuk zaman matrikulasi pula. Suasana beragama tu dah makin kurang. Harap kat diri sendiri je. Kat Universiti pun sama. Mujur aku Allah tunjukkan jalan untuk aktif dengan kelab kerohanian seterusnya dipilih untuk bersama dengan geng2 usrah pulak.

Itu cerita aku. Cerita kome kena kome sendiri la duk ingat balik. Haha. Tapi semua tu dah tinggal sejarah. Kini dah masuk zaman bekerja. Zaman bekerja ni sangat lain. Suasana berubah. Nak jaga solat berjemaah pun terkadang tu memerlukan mujahadah yang tinggi.

Penting ke??

Memang sangat penting!! Ce kome bukak baju kome sekarang. Lepas tu pergi campak kat dalam lori sampah. Lepas tu ambik balik baju tu. Pastu tarik nafas dalam2. Amacam. Harum ke tak? Haha. Sama juga dengan kalau kita campak kat dalam tempat yang wangi. Segalanya akan mempengaruhi. Pengalaman aku sendiri. Time mula2 kerja dulu. Suasana beragama tu takde sebab aku sorang2 tercampak kat johor. Akibatnya memang la dapat dijangka. Boleh dapat rasa yang benda kat dalam hati ni semakin berkarat. Iman terasa semakin berkurang. Amal pula semakin malas dilakukan.

Camne nak buat nih??

Sebenarnya kita sendiri yang kena wujudkan suasana tu. Mula dengan bangun tidur. Lepas subuh tu. Bukak laptop. Pasang zikir. Dengar je sampai kita tertidur balik. Haha. Nak pergi kerja pun sama. Kalau naik kereta di samping dengar celoteh JOHARA mahupun Mak Neng n Mak Banang. Kadang2 try la buka IKIM skali sekala. Paling best bukak pukul 8.20 pagi. Ada doa dhuha. Sedap wooo…. Kat tempat kerja pula sambil2 buat kerja tu.Ce cuba kekadang zikir kat dalam hati ke. Ingat kat nabi ke kadang2. Malam pula pergi ke masjid. Dapat seminggu sekali pun jadi la. Sebelum tidur pula ce try baca Al Mulk. Tapi tobat malas kan?? Haha… Dakpe boh.. Mung g bukak laptop je. Dengor je pun jadi le…  Sebenarnya benda yang aku tulis kat atas ni semuanya ibadah yang simple belaka. Tapi kalau KALAU TAK DAPAT BUAT SEMUA, JANGAN TINGGAL SEMUA. Kena usaha sikit la nak wujudkan suasana beragama nih.
 
Jom Buat USRAH

Yang kat atas ni semua buat secara individu. Ni aku nak kongsi sikit yang boleh buat dengan kawan2. Nama nya korang bubuh la apa2. Borak agama, Sembang santai agama, Diskusi islam ke. Lantak le. Yang penting dalamnya ada cakap tentang Allah dan Islam. Aku lebih suka panggil dengan istilah usrah. Alhamdulillah Allah memberi kekuatan kepada kami nak buat Usrah bersama2.  Aku buat dengan kawan sekerja  dan kawan serumah. Yang kawan serumah dah istiqamah tiap minggu dan kawan sekerja baru je start balik setelah hampir setahun tak buat.Terok kan? Setahun tu… haha..  Alhamdulillah sambutan yang diterima adalah teramat baik!!! Diorang semua nak benda ni. Masing2 merasakan kepentingannya. Tajuk yang dipilih pula bukan le yang berat pun. Yang santai2 je. Yang penting ada isi yang bermanfaat.
 
 Family day tahun lepas.hampir semua dari dalam gambar ni join USRAH.

Harapan Aku

Jadilah pemula kepada suasana itu. Menjadi pemula bukan bererti kita adalah orang yang terbaik. Tetapi menjadi pemula adalah bererti kita ingin menjadi lebih baik dan ingin MELIHAT RAKAN KITA TURUT MENJADI LEBIH BAIK. Bayangkan muka kenalan korang sekarang. Mereka juga seperti kalian yang ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada di dalam diri. Kita Cuma perlu memulakan agar aktiviti “perkongsian” itu bermula.

Sekian sahaja dari aku. Mohon doakan aku dan rakan2 yang lain istiqamah dalam melaksanakan perkara ini. Sesungguhnya kami adalah Hamba Allah yang ingin menjadi Hamba Allah yang lebih baik. Biarlah dengan asbab Usrah ini mampu membuatkan terwujudnya suasana Bergama dalam hidup kami. Moga Allah permudahkan segala urusan kami dan urusan kamu.

Wallahualam..

p/s : Muhasabah dari ucapan hari jadi yang aku terima 2 tahun lepas.

Seorang Muslim Haraki adalah muslim yang dapat mengembangkan nilai2 perjuangan di tengah masyarakat dan dia adalah pembawa risalah islamiah dalam kehidupan ini. Mereka semuanya adalah manusia2 yang hidup di tengah masyarakat, bergaul dengan mereka, bermuamalah dengan mereka melalui gambaran Al Quran dan sabda Rasulullah saw”

Friday, September 14, 2012

Kome udoh memberi??



Bismillahirrahmanirrahim…

Sekarang ni aku dalam usaha untuk menghabiskan pembacaan buku “Mukmin Profesional” karangan Ust Pahrol Juoi. Memang terbaeekk buku tu. Tapi baru baca dalam separuh buku je. Total ada 300 lebih muka surat. Memang mencabar untuk dihabiskan. Malas siott… haha

T.kasih kepada si pemberi hadiah. Buku mahal memang jarang aku beli.haha

Tertarik aku untuk berkongsi satu pengajaran didalamnya. Ketika aku rasa down dengan kerja yang aku tak berapa minat sekarang ni. Datang pula satu motivasi yang aku kira agak membantu aku.

Situasi :

Seorang wartwan bertanya kepada 3 orang pengikat bata tentang pekerjaan mereka.

Soalan : Apa yang saudara sedang lakukan??

Jawapan pekerja A : Aku tengah ikat bata la. Buta ke hape??!

Jawapan pekerja B : Aku sedang menulis angka dalam slip gaji aku.

Jawapan pekerja C : Aku sedang membina sesuatu agar orang ramai dapat memanfaatkannya kelak.

Soalan yang sama. Namun jawapan yang berbeza.

Tengok si pekerja A. ternyata beliau hanya bekerja kerana tiada option lain aka terpaksa.

Si pekerja B pulak hanya ingin menerima. Iaitu ingin menerima gaji di setiap hujung bulan.

Namun bagi pekerja C. Dia lebih bersifat memberi. Ya. Memberi sesuatu walaupun kecil agar boleh dimanfaatkan kelak.

Agak2 kome la kan. Yang mana satu akan melaksanakan kerja dengan yang paling terrbaek sekali??  Ternyata pekerja C lah yang akan melakukan dengan yang terbaek. Kerana dia bukan semata2 ingin menerima. Namun lebih hebat dari itu iaitu ingin MEMBERI.

Bagaimana pula kita sekarang? Adakah apa yang kita lakukan kini adalah benar2 untuk memberi? Ya memang benar memberi itu adalah satu perkara yang amat sukar untuk dilakukan. Kita lebih selesa duduk dalam posisi menerima. Namun perlu diingat orang yang memberi adalah orang yang bermanfaat kepada orang di sekitarnya. Oleh itu motivasikan diri dengan Hadith ini.

Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni)

Selamat menjadi orang yang bermanfaat!!

Wallahualam…

**Blog Ustaz Pahrol : http://genta-rasa.com/

Monday, September 10, 2012

"EGO" sang pemutus ukhwah



Bismillahirrahmanirrahim…

Aduhhh.. Sabor je le yob oi!!. Rasa geram ada. Perasaan bercampur baur. Kecewa. Sedih. Geram. Menyampah. Kasihan. Semua ada.

Ini la yang aku rasa apabila bertembung dengan seorang yang aku kira agak tinggi egonya. Habis sopan dah ayat aku buat. Namun balasan yang diterima tetap sama. Paling sadis apabila aku pula di copkan sebagai balaci. Apakan daya. Senyum je la yang mampu aku berikan. Lantas aku mengupdate status kat facebook semalam.

 Komen Mohd Idris tu memang tak boleh blah. haha

Bagi aku ego adalah punca segalanya. Kisahnya adalah apabila 2 pihak bertelagah. Dan aku cuba bertindak untuk menjadi pendamai. Pada asalnya nampak seperti semakin reda. Namun ternyata sangkaan aku meleset. Sebelah pihak dah ok. Sebelah lagi pulak tak ok2. Biar lah. Aku sudah mencuba untuk menghubungkan silaturrahim tersebut. Tetapi apakan daya. Aku hanya seorang hamba. Cewwahh..

Ok. Kini kita bercakap soal ego pulak. Ego ni bukan untuk di hapus. Tapi bagi aku ia patut diurus. Ego juga perlu pada tempat dan ketika yang sesuai. Tapi jika ego ni menjadi punca perbalahan antara kita dan kawan kita maka haruslah kita merendahkan tahap ego kita.

Anggap kita sentiasa betul= EGO

Apabila sampai satu tahap merasakan segala tindakan kita itu adalah benar. Itu adalah sign of ego dalam diri kita. Kita dengan pantasnya menolak pendapat orang lain. Malah lagi teruk apabila kita memperlekehkan apa yang diperkatakan oleh rakan kita. Itu yang aku alami baru2 ni. Apa sahaja yang aku katakan. Semuanya tak lut. Ada je salah nya. Memang betul2 menguji kesabaran. Aku rasa aku ni dah ketogori orang yang agak kuat bersabar kot melayan kerenah kawan2. Pun gagal jugak. Adeh.. memang loserrr betoi aku ni.. Ceh.

Hopefully

Apa solusinya?

Aku rasa aku dah tak terdaya dah. Biar sahaja lah. Apa yang mampu aku lakukan adalah berdoa. Maka sebelum aku tido semalam aku sempat mendoakan dia agar Allah buka kan pintu hati dia. Oleh itu. Aku harap kome yang dah terbaca entry ni sampai ke penghujung agar turut mendoakan kawan aku ni agar Allah bukakan pintu hati dia dan direndahkan sedikit tahap egonya.. Tu la pasal. Sape suruh rajin sangat baca blog aku. Kan dah kena. Haha

Thanks yaaa!!!

Wallahualam…

Sunday, September 9, 2012

Perihal Jauh dan Dekat

Bismillahirrahmanirrahim..

15 tahun lepas. Time tu kita kecik lagi. Dapat pergi ke pekan berdekatan pun dah rasa jauh. Apa tah lagi kalau pergi ke lawatan sambil belajar kat KL. Rasa dah jauuuuhhhh sangat...

Tapi sekarang. Setakat pergi KL. Apa ada hal?? Nak pergi ke sabah pun sejam lebih je. Yang jauh semakin dekat.

Dahulu kala. Tok dan opah kita nak pergi haji terasa jauuuh sangat. Ambil masa berbulan2 untuk sampai ke sana.

Tapi sekarang. Tak rasa jauh mana pun. nak kapal terbang rasa dekat je.

Masa terus berlalu. yang jauh akan terasa semakin dekat. yang time kita kecil dahulu rasa jaraknya amat jauh. Kini terasa dekat je. Kini kalau ada sanak saudara yang belajar kat luar negara pun dah tak terasa jauh. dah boleh skype la katakan..

 Ni semua kerana kemajuan teknologi yang semakin pesat kini. 

Tapi cuba kita fikirkan ...

Jika kita kecil dahulu kita berasa jauh dengan Allah. Adakah kini kita sudah terasa dekat dengan Allah??

Ya. Kita berjaya membangunkan aspek lahiriah kita. namun Kita ternyata gagal untuk membangunkan aspek rohaniah kita. Rohaniah kita mundur. tiada penambahbaikan. Jika dahulu terasa jauh. kini tiada bezanya. malah lebih parah jika kita terasa semakin jauh!!

Muhasabah bersama. Pelbagai cara kita lakukan untuk merasa dekat dengan insan tersayang. tapi sejauh mana kita berusaha untuk merasa dekat dengan Yang Maha Penyayang?? Ingatlah...

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran"
 (Al-Baqarah 2:186)

Juga Hadith Qudsi.

Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.
(Shahih Muslim No.4832)

Bukankah hakikatnya Allah itu dekat?? Ayuh dekatkan diri kepadanya!!!

Wallahualam....


Thursday, September 6, 2012

Setelah lama tidak MEMBERI

Bismillahirrahmanirrahim....

Lama dan terasa sangat lama. Aku mengambil masa untuk mengumpul kekuatan menulis semula. Selepas sedikit muhasabah. Aku merasa ada kurangnya dalam diri aku sejak beberapa bulan ini. ang kurang adalah kurangnya memberi. Memberi dari erti kata dari seluruh aspek. Baik material, ilmu mahupun sebagainya. Jadi insyaallah aku akan memulakan kembali menulis di sini. Moga ada manfaat buat aku kamu dan sekalian ummah...

Wallahualam....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang