Bismillahirrrahmanirrahim..
Minggu lepas senior aku bawak
satu buku ke tempat kerja aku. Disebabkan dia nak pergi interview dengan
Petronas so dia bawak la buku tu. Buku yang berkait tentang safety kat tempat
kerja. Di sebabkan tempat kerja aku sekarang ni sangatlah menitik beratkan bab
safety ni so aku pun ambik la kejap buku tu sebab dah boring tahap gaban kat
site. Di tambah dengan nak tahu sikit2 tentang safety ni in theory nye. So aku
pun ambik buku ni….
Ok. Aku bukan lah baca sangat
pun. Sebab banyak benda common je. Tapi ada sampai kat satu page tu aku agak
terkejut dengan statement dia. Aku agak tak setuju dengan apa yang ditulis. Lantas
mengadukan hal tu kepada rakan2 sekerja yang lain… Ni page yang aku maksudkan…
Ok. Nampak jelas tak. Takpe.
Kalau tak jelas pun takpe. Aku tolong taip untuk kome.
Mitos (Kepercayaan Karut) Vs fakta
mengenai Kemalangan
Kepercayaan :
-
“Malang tidak
berbau”
-
Telah ditakdirkan
-
Kehendak tuhan
-
“Accident Prone”
-
Keselamatan
adalah” perkara biasa (common sense)”
-
Setiap projek
pasti ada korbannya
Fakta :
-
Kemalangan boleh
dielakkan
-
Mencegah adalah
lebih baik dari mengubati
-
Keselamatan bukan
“perkara biasa (common sense)”
-
Keselamatan
hendaklah diurus
Ok. Korang tengok kat
Kepercayaan. Item nombor 2 dan 3. Yang aku dah merahkan. Ianya bertentangan dengan aqidah kita. Ini
bukan soal main2. Ini tentang soal aqidah. Camne kalau orang yang tak berapa
tahu mengenai aqidah ni membaca nya? Maka mereka akan menganggap bahawa
kemalangan bukan di sebabkan oleh takdir dan kehendak Allah.
ASWJ Vs Jabariah
Vs Qadariah
Aku bawakan definisi ringkas
tentang mazhab aqidah yang berselisih terutamanya dalam bab qada dan qadar.
Jabariah :
Semua yang berlaku adalah dari kehendak Allah swt SEMATA-MATA. Manusia langsung
tiada daya.
Qadariah :
Semua yang berlaku adalah dengan qudrat manusia. Allah swt telah memberi kebebasan
kepada manusia untuk menentukan kehidupannya.
ASWJ :
Segala yang berlaku adalah kehendak dari Allah swt namun disertakan dengan
usaha oleh manusia.
Ok. So kita selaku ASWJ ni
perlu mengakui setiap perkara sememangnya hakikatnya datang dari Allah swt
namun Allah swt memberi kita ruang untuk berusaha. Mungkin orang yang menulis
buku kat atas ni dari geng Qadariah kot. Haha. Slumber je cakap kemalangan tu
bukan berlaku dengan kehendak Allah swt…
Semuanya berlaku dengan iradahnya.
Hakikatnya kemalangan yang
berlaku adalah kehendak tuhan. Jangan kata kemalangan. Korang duk bukan dan
berjaya baca entry kat blog aku ni pun dengan kehendak Allah swt. Kehendak ni
berkait dengan sifat Al Iradah dalam pengajian sifat 20. Aku petik sikit maksud
iradah dalam pengajian kitab “Risalah tauhid”
Iradah ertinya menghendaki yakni menentukan segala yang “mumkin”
(harus) tentang adanya dan tiadanya…..
Sedikit huraian dari kitab tu….
Maka kepercayaan orang islam atas sifat Al Iradah itu
iaitu beriktiqad dan percaya yang putus segala hal yang telah berlaku dan yang
akan berlaku ialah dengan mendapat ketentuan daripada tuhan……
Pergh… Memang susah baca
bahasa jawi lama ni. Haha.. Korang boleh try baca kat bawah ni..
Ok. So kita kena jelas kat
sini.Kehendak Allah swt itu langsung tidak terbatas. Sejauh mana pun kita
berusaha tapi kalau Allah swt tidak bekehendak maka tetap lah takkan jadi. Bukan
sahaja Kehendak Allah swt itu bertentangan dengan logik akal malah kalau dengan
kehendak Allah swt juga melangkau apa yang Allah perintahkan.
Sebagai contoh :
Allah swt memerintahkan semua
orang beriman :
Allah swt perintah beriman
dan dengan kehendak Allah swt maka
berimanlah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
Allah swt perintah beriman
tapi Allah swt tak berkehendak JWW Birch beriman
Begitu juga kafirnya Abu
Talib. Allah swt tidak berkehendak untuk beliau beriman. Maka tetap tidak
beriman juga Abu Talib
Kita perlu berusaha agar Allah berkehendak
Ok. So kita dah tahu sekarang
semua yang berlaku adalah dengan kehendak Allah swt. Kita juga mengakui yang
kita ni beraqidah ASWJ yang meyakini bahawa segala sesuatu berlaku atas
kehendak Allah swt dan disertakan dengan ikhtiar kita. Nampak sangat yang tugas
kita adalah perlu berusaha dan terus berusaha hinggalah Allah swt berkehendak
agar terjadinya sesuatu tu. Kalau dalam bab kemalangan tadi. Kita tetap perlu
berusaha hinggalah Allah berkehendak agar tak berlaku kemalangan di tempat
kerja
Kesimpulan :
Fakta yang diberikan kat page
tu betul (sila tengok kat atas) Cuma kita tetap harus percaya semuanya berlaku
atas kehendak Allah swt. Begitu juga dengan kita hidup seharian. Tunjukkan
usaha kita agar Allah swt bekehendak memeberikan kepada kita. Semoga perkongsian
ni mampu memeberi sedikit pencerahan tentang Aqidah yang sepatutnya kita
berpegang dengannya.. Aku akhiri entri ini dengan ucapan :
Selamat berusaha!! Moga Allah
berkehendak!!
Wallahualam..
p/s : sangat menyarankan
kepada kome yang mengaku ASWJ agar mengaji kitab sifat 20. Insyaallah kita akan
mengenal Allah swt.