PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Tuesday, November 27, 2012

Futsal : Pabila Allah memberi "ketukan"



Bismillahirrahmanirrahim..

Genap seminggu lepas aku M.C. Hari ni aku M.C lagi. Gila tak hensem. Asyik M.C je. Haha. Tapi M.C kali ni bukan sebab demam. Tapi sebab kaki aku ni sakit.

Story dia macam ni. Semalam aku main futsal. Pada mulanya aku just main 2 jam je dengan budak company aku. Tapi kelmarin aku dalam mesej dari S.U Dewan Pemuda PAS Bandar Tun Razak (pergh..panjang pulak nama. Haha). Mesej cakap ada main futsal pukul 10-12. Dah la tempat yang sama. So semalam pun aku pun berpesta futsal la nampaknya.. 4 jam total tu…

Lepas main dengan bebudak company aku. Aku sambung terus dengan geng Pemuda PAS. Dengan performance yang bajet  mantap setaraf persembahan pemain Malaysia ketika tewas tempoh hari maka aku pun main dan terus main. Sistem menang stay la katakan.. Tapi tiba2 kejadian yang tidak diingini berlaku.. Ada adik yang badan nya lagi besar dari aku nak rembat bola. Aku pulak bajet badan besar jugak la macam dia. Pegi sepak jugak. Bertembung la kaki aku dengan kaki dia dengan bola menjadi pemisah antara kaki aku dan dia. (ayat macam dramatic lak.haha)

Gedebuk…

Memang sakit gila habaq hang. Lutut n buku lali aku rasa sakit sampai nak pitam pun ada. Tapi kan. Budak tu rilex je. Tak sakit apa2 pun.. Aku je terus keluar dan tak main dah.  Nampak kan budak tu memang berbadan besar dari aku? Haha

Sebelum tidur semalam aku takde rasa sakit sangat sebab aku dah urut2 sikit. Boleh lagi la nak berjalan. Sapu minyak n balut dengan bandage. Tapi bila bangun pagi tadi.. Mak ai… kaw siot… aku nak berdiri pun payah. Ambik wudu pun derita. Solat subuh apatah lagi. Nak lipat kaki memang takde chance la. Selesai solat nak masuk bilik aku balik. Mengengsot je aku. Punya la tak tahan sakitnya.. haha

Time lepas subuh tu aku duk urut2 kaki. Try lipat kaki sambil urut. Tolak kaki sikit2.. Boleh tapi memang suffer la. Time tu aku terfikir. Nikmat lipat kaki ni Nampak kecik je. Tapi bila dah Allah tarik nikmat. Allah… Memang terasa sangat kekurangannya…

Tadi housemate aku tolong bawak pergi klinik. Perjalanan balik tu aku sembang dengan dia. Cakap tentang sejak akhir2 ni aku banyak M.C.

Sebenarnya aku pun perasan jugak. Aku sekarang ni senang betoi nak sakit. Kalau fikir secara scientificnya memang le antibody lemah kan. Tapi bagi aku yang buatkan antibody lemah adalah bilamana kita terlalu banyak buat dosa.

Dan aku rasa aku begitu. Ada je dosa yang aku buat. Mungkin juga dosa silam dan sememangnya sakit2 yang aku lalui selama ini aku harapkan menjadi kafarah dosa bagi aku. Tu la.. Time gembira, time sihat tak ingat kat Allah.. Dah sakit baru terhegeh2 nak ingat kan. Padan muka aku..

Takpela.. At least aku tahu yang Allah masih sayangkan aku. Allah masih memberi peringatan dan ketukan agar aku tersedar dari terus melakukan kesalahan…

Moga aku terus menerus menerima peringatan ini walaupun dalam apa jua bentuk…

Wallahualam..



Wednesday, November 21, 2012

Bila orang bertanya tentang Baitul Qura'



Bismillahirrahmanirrahim…

Sebelum asar tadi aku menerima panggilan dari Akak Felo aku kat KIZ dulu. Akak yang sangat baik. Plus cantik dan sopan orangnya. Tapi dah berpunya ye.. jangan korang nak menggatai lak.. Dah ada anak secomel Acik Zul dia ni dah pun. Kahkahkah..

Perkara yang ditanya ialah tentang Pondok yang aku pernah pergi. Mungkin baca kat blog ataupun kat facebook aku kot. Apa2 pun tetap menunjukkan ada jugak orang yang sudi concern tentang kehidupan aku.cewwahhh….

So aku pun ambik la keputusan nak tulis entry ni sambil ditemani oleh alunan Qasidah “Ya Hanana”. Buat pengetahuan korang Qasidah ni aku dengar first time kat baitul Qura’. Time tu ada Habib (keturunan Nabi Muhammad saw) dari Indonesia datang ke pondok. So student pondok ni perform la Qasidah ni. Memang teeeerrrbaek dowhhh.. Terus melekat dalam jiwa aku…Boleh nonton di SINI dong....

Ok. Sekarang ni jom bercerita tentang Pondok Baitul Qura’ Wal Fuqaha’. Tapi aku malas nak cerita tentang Pondok tu kat sini. Korang baca kat link blog dia INI ataupun blog Mudir Pondok tu (Tuan Guru Zulkifli Ismail). Yang aku nak cerita adalah tentang Pondok ini dari kacamata aku.

Baitul Qura’ adalah tempat permulaan

Ini adalah ayat yang aku dapat dihari terakhir pengajian kitab dalam daurah kali kedua aku. Meremang bulu roma aku dan hampir sahaja menitiskan airmata aku. Sangat tepat apa yang Ustaz Zul katakan. Ketika itu daurah yang aku kira aku lebih faham dan serius dalam menuntut ilmu. 


Ok. Kantoi berlakon. haha

Di situlah tempat aku bermula. Mula mengenal erti menutut ilmu secara bertalaqqi. Mengenal tentang Ilmu Aqidah sifat 20. Di sana aku belajar banyak sangat walaupun hanya beberapa minggu bersama. Akhlak, Adab, Ilmu, Iman, Yakin, Ukhwah dan macam2 lagi.

Tapi sebenarnya paling buat aku tersentuh adalah di sinilah tempatnya adik bongsu aku bermula. Ketika itu aku baru habis belajar di UKM. Sebelum aku start cari kerja aku decide nak pergi Daurah ke Pondok ni (daurah kali pertama). Adik aku nak ikut. Aku sangat mengalukan. Adik aku bukanlah pelajar jurusan agama. Bukan juga orang yang bertuduh labuh. Hanya ada sedikit asas yang dididik oleh opah dan parent kami. Mungkin abang dia ni ada menyumbang sikit kot. Haha.

Ketika itu adik aku sudah mendapat tawaran ke Asasi Undang2 UiTM. Baru seminggu berdaurah Abah aku dah kol suruh adik aku balik awal untuk meguruskan persiapan. Tak silap aku daftar lebih kurang seminggu selepas daurah habis. Time tu aku rasa no matter how adik aku ni mesti habis jugak mengaji kitab kat sini. Aku nak dia ada basic yang kuat before pergi ke UiTM. Jadi la aku anak yang ketegaq sat dengan pak dia. Haha. Alhamdulillah Allah permudahkan.. Adik aku berjaya jugak menghabiskan 2 minggu berdaurah di sana.

Sejak itulah dia bermula. Abang mana tak sayang adik cek oi. Seronok tengok adik bermula dan terus istiqamah. Dari situ aku melihat dia terus istiqamah. Tudung labuh yang dihadiahkan oleh akak UKM yang ikut daurah jugak tu terus dipakai. Usrah di kampus pun dia sertai. Bila time cuti pulak dia pergi mengaji kat Pondok lain. Pondok Pasir Tumbuh antaranya. Sekarang ni dah dia pulak lagi pandai dari aku. Haha. Takpe2.. Mengalah dengan adik. Aku kan abang. Kahkahkah..

Kantoi bercinta dengan adik kandung. First time tengok dia pakai tudung labuh

Baitul Qura’ adalah Pondok Akhlak

Ni lagi satu point penting. Kalau kite pergi ke pondok yang lain. Kebanyakannya akan belajar kitab macam2. Kalau kat Pasir Tumboh tu tak silap aku 7 kitab perlu ditadah dalam sehari. Memang ilmiah. Tapi berbeza di Baitul Qura’. Di sini adalah tempat memperbaiki akhlak. Ustaz Zul sangat menjaga akhlak pelajarnya.

Sabar menanti Tuan Guru datang

Nak cakap diorang ni camne ek. Hmm… Memang baik la… sopan je. Kadang segan je aku dengan budak2 pondok ni. Pernah budak pondok cerita. Ustaz Zul pernah herdik dia sebab dia bercakap ketika orang sedang solat sunat rawatib. Even cakap benda yang agak penting. Ada budak baru tanya kat dia. Tapi nak katanya akhlak dan adab tu di jaga. Memang kena taji teruuusss…. Belum masuk bab Ustaz Zul jaga permakanan. Anak dia tu ada geng2 daurah bagi makan cekedi n gula2.. bapak aih.. Mengamuk sakan Ustaz Zul time tu…

Cerita pulak tentang adik sahabat aku kat UKM. Mamat ni memang otai la. Nakal sampai polis datang ke rumah la. Tapi Alhamdulillah asbab Baitul Qura’ ni akhirnya dia dapat dibentuk. Perubahan yang amat positif. Ada lagi cerita macam2 tentang akhlak dan adab kat Baitul Qura’ ni. Kalau korang nak tau. Korang pergi la sendiri. Hahaha

Ok. Sekadar tu cerita aku. Moga korang ada peluang menadah kitab di hadapan guru2 yang hebat2 ni. Berlonggok pondok dan kelas pengajian kat Malaysia ni. Nak or tak je…

Ngaji Pondok sekali bro.. Ade beran??

Selamat Bertalaqqi!!

Wallahualam…


Tuesday, November 20, 2012

Doa PAS : Sedikit pandangan dari aku

Bismillahirrahmanirrrahim...

Semalam aku selak akhbar Berita Harian. Hairan aku di buatnya. Dalam kelam kabut kita nak boikot Zionis punya produk. yang di highlightkan kat muka depan adalah isu Doa di dalam muktamar PAS. Nampak sangat media tak mainkan peranan penting untuk sedarkan masyarakat tentang kesengsaraan saudara seaqidah kita kat Palestin sana tuh.

"Elle.. Doa PAS pun apa kurangnya.. Doakan kehancuran sesama umat. baik doakan kesejahteraan umat palestin"

Mesti ada yang terdetik di hati perkataan ni. jawapan aku...

La.. Dah korang kecoh2 buat ape? Doa tu di doakan oleh orang PAS. Orang yang terasa di zalimi oleh UMNO. Kalau korang tak setuju tak payah la aminkan.. ape da....



Doa kecelakaan boleh atau tak??

Aku bukan la ada ilmu sangat nak bahas boleh ke tak. baik korang dengar pandangan Dr MAZA. Amat ilmiah untuk pencerahan fikrah kita.

http://www.youtube.com/watch?v=oMNeVX59sv4&feature=related

Seterusnya. Kisah rekaan yang aku petik dari perkongsian rakan di facebook :
Suatu hari rumah Pak Mat dipecah masuk oleh perompak, dia dan isterinya diikat dan tidak mampu berbuat apa2.. Anak perempuannya telah dirogol oleh perompak tersebut..

Manakala anak lelakinya pula dibelasah dgn teruk... Yang dia mampu lakukan ketika itu hanyalah berdoa supaya Allah hancurkan perompak2 tersebut..

Setelah mendengar doa tersebut perompak2 tersebut memarahi Pak Mat dan berkata:

"Mana boleh doa mcm tu sbb aku ni ISLAM dan MELAYU!! Jangan doakan kehancuran sesama ISLAM, nanti Cina tepuk tangan!".

Keesokan harinya kecoh satu kampung dan masuk akhbar tempatan dgn tajuk "DOA PAK MAT PECAH BELAHKAN ISLAM".
Doa dari rakyat kelantan

Aku pergi ke Kelantan minggu lepas. Aku melihat keadaan di sana. Dalam hati aku berkata

 "Memang benar kerajaan pusat tidak berlaku adil dengan rakyat di sini"

Hak rakyat kelantan di nafikan. Duit dari kerajaann pusat di sekat. Paling ketara adalah Duit Royalti yang sepatutnya menjadi hak milik mereka turut di nafikan. sejumlah lebih 80 BILLION sepatutnya jadi milik mereka. Apabila sampai satu tahap mereka marah dengan kerajaan pusat yang dipegang oleh UMNO/BN maka itulah hasilnya. mereka rasa diri mereka dizalimi.

Doa apabila ISLAM di abaikan

Buat golongan pejuang Islam pula. Melihat keadaan ISLAM yang semakin lama semakin teruk. Umat yang semakin tinggi tahap kesosialannya. Judi dan Zina merata-rata. Di tambah lagi apabila agamawan dipukul, dihumban ke ISA dan di pinggirkan, Malah melihat terkorbannya rakan seperjuangan di dalam peristiwa Memali. Mungkin sahaja menjadi asbab kemarahan mereka terhadap kerajaan Sekular UMNO/BN

Aku turut berdoa

Aku sememangnya ada di dalam Stadium yang sama pada malam itu. Meremang bulu roma aku ketika doa itu dibaca. Mungkin aku belum cukup rasa dizalimi oleh manusia2 di dalam Parti UMNO/BN. Maka aku punyai pandangan yang berbeza. Bagi aku. Aku bukan ingin mendoakan kehancuran manusia2 di dalam Parti itu. Aku mendoakan agar parti itu yang HANCUR. Seingat aku tidak di sebut nama individu di dalam doa itu. yang ada hanyalah nama Parti Sekular tersebut.

Kesimpulan

Kita harus jelas tentang konten doa tersebut. Mungkin lafaz yang sama membawa maksud yang berbeza. Moga Allah mengkabulkan doa insan2 yang dizalimi itu.

Wallahualam...

Ayuh berdoa sebentar...

Ya Allah ya Tuhanku... Jika benar kerana UMNO dan BN inilah peyebab umat islam di Malaysia ini rosak. Maka Engkau musnahkanlah mereka pada PRU 13 kelak..

Amin...

Monday, November 19, 2012

Muktamar : Pakcik 66 tahun punya penangan

Bismillahirrahmanirrahim...

Ni aku nak kongsi sikit hasil pi muktamar hari tu. Bukan jadi perwakilan pun. Pi jalan2 je. haha. Tapi ada la beberapa benda yang menarik nak di kongsi...

Sebenarnya aku dah kongsi kat facebook. Tapi aku nak kongsi kat sini gak sebab kat facebook nanti dah lama2 susah nak cari. huhu. Lagipun tak semua pembaca blog aku ni sudi nak friend kat facebook aku. ye dok??

--------------

Aku : Pakcik mai dari mana?

Pakcik : Dari Aloq staq

Aku : Mai dengan sapa?

Pakcik : Ni Mai dengan makcik hang nih

Aku : Oh. Pakcik Drive sorang2 ka?

Makcik : Pakcik hang nih dah biasa dah drive jauh2 macam ni. Sejak dia muda lagi aih…

Aku : Berapa Umuq pakcik ek?

Pakcik : 66 tahun

Waaa….. Ni la salah satu watak yang aku jumpa time pergi muktamar tempoh hari. Mungkin sahaja ramai lagi orang yang sebegini yang datang. Mereka datang dari merata ceruk negara atas dasar 1 aqidah yang sama.

Kagum aku dengan pakcik ni. Umur 66 tahun, masih mampu memegang streng untuk bermuktamar. Menyingkap diri anak muda yang berdiri di depan pakcik tu (aku la..) baru drive sikit dah kecoh nak tukar2 dengan kawan. Sungguh. Kudrat aku tewas dengan kefahaman pakcik tu di jalan perjuangan ini.

Muhasabah kepada Syabab yang kononnya menjadikan perjuangan ini sebagai jalannya. Apakah kita sudah mengerah segala daya dan usaha kita untuk perjuangan ini??

#Terbayang juga watak aku di umur 66 tahun kelak. Moga ada peluang dan terus thabat di jalan ini…
 
Wallahualam...

Saturday, November 17, 2012

Menggeletar di Awal Muharam

Bismillahirrahmanirrahim…

Teringin ingin berkongsi pengalaman sepanjang perkelanaan ke Negeri Cik Siti Wan Kembang. Tapi Nampak gayanya bukan pada entry ini. Ah. Kerapkali terjadi sebegini. Merancang untuk menulis di hari lain. Masalahnya aku tak jumpa2 hari lain tu untuk aku merajinkan diri mengemaskini blog aku. Haha

Untuk kali ini aku ingin berkongsi rasa ketika bermulanya hari pertama dalam kalendar untuk tahun ini.

Pulang sahaja aku dari kerja aku meng”on”kan wifi detector di hp aku. Lantas terdengar mesej masuk kedalam perisian whats app aku. Kawan aku sharekan doa akhir tahun dan awal tahun di dalam group kawan segeologi aku.

Aku pun share terus ke kawan lain dan aku terus membaca doa akhir tahun. Maksud doa tersebut benar2 membekas ke dalam diri. Sepanjang tahun ni banyak sungguh dosa yang telah aku lakukan. Semoga Allah ampuni aku…

Azan berkumandang…

Aku bersiap untuk ke surau di tingkat tiga.

Usai solat maghrib pak imam membacakan doa awal tahun di dalam bahasa arab dan diikuti di dalam bahasa Malaysia. Entah mengapa. Perasaan menyesal ketika membaca doa akhir tahun tadi terus ditambah2 rasanya.

Tangan aku menggeletar.. Kali ini bukan pula kerana mengenangkan tahun yang berlalu. Tapi mengenangkan tahun yang mendatang. Terasa bimbang. Terasa terlalu besar dan pelbagai rasa bercampur baur.

Tahun kali ini aku perlu menjadi seseorang yang lebih berbeza. Lebih serius barangkali. Semuanya perlu lebih kali ini.

Hmmm…

Rasa tu tak datang ketika itu sahaja. Kerapkali rasa itu datang. Dalam mengenang masa depan dan masa silam. Rasa takut dan bimbang itu silih berganti…

Ah. Korang mesti tak faham. Mesti rasa mamat ni dah buang tabiat..

Ok. Aku stop kat sini. Ada masa aku cerita apa yang dibimbangkan…

Wallahualam….

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang