Irham merupakan seorang
pelajar lepasan sarjana muda syariah dari luar negara. Kepulangannya ke kampung
amat dinanti. Di harap agar beliau mampu merubah masyarakat kampungnya yang
semakin jauh dengan seruan ilahi. Berjayakah beliau menjadi “pendakwah profilik”
ataupun “pendakwah arrogant”? Bersama kita saksikan…
------------------
Di suatu petang di tepi kedai
Kak Senah, Irham bertemu dengan sepasang anak muda yang sedang duduk bergurau
senda.
“ Astaghfirullah.. Apa yang
korang buat ni?” Soal Irham kepada anak muda tersebut
“Kami duduk berborak je bang. Merapatkan
silaturrahim antara kami. Ada masalah ke abang? Yang si lelaki menjawab sinis.
Irham yang ternyata seorang
yang kurang sabar terus membalas. “Ah kamu berdua ni. Berdalih2 pulak. Terus
lah buat perkara-perkara maksiat ni. Dengan yang perempuannya pakai tudung
singkat lagi. Ish…Memang neraka lah tempatnya korang berdua ini”
Dengan keadaan menahan marah
kerana seperti diperlekehkan beliau terus meninggalkan anak muda itu sebelum
sempat mereka membalasnya.
Tanpa disedari oleh Irham,
rupanya tindakanya dilihat oleh Haji Amran
yang sedang minum di kedai kak senah tersebut. Jauh dibenak hati Haji
Amran tersimpan sedikit rasa kecewa dek kerana sikap Irham yang terlalu cepat
menghukum.
“Ish, Ini bukan kali pertama
si Irham buat begini. Dah berkali-kali dia ni terus menghukum tanpa usul
periksa. Aku mesti sedarkan dia malam ni” Haji Amran bermonolog sendirian.
Malam itu selusai solat isyaa’
haji Amran memanggil Irham untuk tunggu sebentar.
“Irham, Ana ada sedikit
perkara nak cakap ni” Haji Amran memulakan bicara
“Ya haji, Apa halnya?” Jawab
irham
Haji Amran yang ternyata
sudah menyusun ayat untuk menyedarkan Irham terus memberi nasihat kepada Irham
“Begini Irham, Ana tengok
anta ini terlalu cepat menghukum. Tadi petang ana nampak anta memarahi anak
muda tu. Belum sempat diorang tu mnjelaskan apa-apa anta dah mula meninggi
suara, tidak baik begitu Irham. Mereka itu kan masih muda. Binalah hubunga yang
baik dengan mereka terlebih dahulu. Bertanya apa yang patut”
“Diorang tu tak boleh diberi
muka haji, Depan ana diorang bertepuk tampar. Rasa tercabar ana melihatnya”
Irham cuba untuk mempertahankan tindakannya.
“Apa salahnya mereka bertepuk
tampar Irham, Anta tu yang terlalu melulu, mereka tu sudah bernikah. Nikah
gantung bulan lepas. Ana yang nikahkan mereka”Haji Amran memberi tamparan
kepada Irham
Irham yang ternyata tersentak
dengan penjelasan haji Amran sebentar tadi dengan muka sedikit tunduk menjawab “Erk,
Mereka sudah menikah Haji? Ana memang tidak tahu langsung. Malunya ana Haji”
“Tu lah anta, Menghukum tanpa
usul periksa. Ikut sangat darah muda anta tu” Haji Amran terus menyedarkan
Irham
Haji Amran terus menyambung
“Begini Irham, Ana faham anta
baru pulang dari luar negara. Inginkan perubahan yang baik di kampung kita.
Namun anta kena ingat irham. Perubahan itu tidak berlaku dengan sekelip mata.
Anta kena bijak membina hubungan dengan mad’u anta terlebih dahulu. Apabila
hubungan sudah terbina maka mudahlah anta untuk menaympaikan dakwah. Anta
jadilah penarik rambut didalam tepung. Tarik perlahan-lahan agar rambut tak
putus tepung pun tidak berselerak. Lagi satu jangan terlalu cepat menghukum.
Kita bukan tuhan untuk menghukum seseorang. Hari ini kita merasa diri kita
beriman. Belum tentu lagi kita turut mati dalam keadaan beriman. Jangan
memandang orang lain seperti tiada masa depan”
Irham yang tersedar menjawab “……………………………………………………………………………………………………………………….”
-Sekian-
Jawapan yang akhir tu aku
malas nak tulis. Anggap sahaja korang lah irham. Boleh tulis sendiri. kahkahkahkah
Wallahualam..