Bismillahirrahmanirrahim..
Macam lama
je tak update kat blog aku ni. Al maklumlah orang tengah mabuk bercinta. kahkahkah…
Bukan apa. Sebenarnya banyak benda yang aku kena uruskan sebelum majlis yang
akan berlangsung kat perak 10hb 2 ni. Di tambah dengan bz nak masuk rumah baru
kat Ampang. So ni baru ada kesempatan nak menulis.
Untuk kali
ni aku nak ceritakan tentang Seminar Baitul Muslim yang di anjurkan oleh
company wife aku. Detail program adalah seperti berikut (skema kejap)
Nama Program
:
Seminar Baitul Muslim 2.0
Tarikh
: 16 &
17 Februari 2013
Masa
: 8.30 pagi –
10.00 malam
Tempat
: Putrajaya International Convention Centre
(PICC)
Kenapa kena pergi?
Seminar ni
sangat bagus untuk orang yang ingin mengetahui tentang membina dan mengekalkan
hubungan mengikut syariat. Penceramah pulak memang tip top. Pengisian pulak
mencangkupi perhubungan sebelum nikah dan juga selepas nikah hinggalah ingin
membesarkan anak2.
Ada apa dengan SBM 2.0?
Sini aku nak
cerita sikit apa benda yang ada dalam seminar ni. Banyak gila weh. Aku pulak
pegi elaborate lebih2 sikit. Harap kome semue tabah dan terus gigih untuk
membaca sampai la terjumpa gambar aku dengan bini aku.kahkahkah... Goodluck!!
Hari Pertama (16 Feb 2013)
Cari Jodoh :
Langkah 1,2,3..
Penceramah :
Ust Pahrol Md Juoi
Slot ni
memang amat penting. Sekarang ni orang banyak salah anggap tentang cara nak
cari jodoh. Takel kat bus stop, chat kat facebook, letak surat bawah meja, ajak
pergi dating, bukak akaun tagged, chat kat mirc dll lagi. So kat sini kome akan
dijelaskan oleh Ust Pahrol yang femes memes tu tentang konsep dan kefahaman
sebenar tentang jodoh menurut islam.
Pengurusan
Jiwa
Penceramah :
Ustaz Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh
Yang ni bab pengurusan jiwa. Time sebelum
kawen ni memang masalah hati senang membarah. Bukan senang nak mengawalnya.
Serius wa cakap lu. Sebab aku pun alami. So molek benorle kome dengor pengisian
ni.
Fulus Oh
Fulus
Penceramah : Tuan Suzardi Maulan
Ni pun slot
yang penting terutama buat lelaki2 hensem yang seangkatan dengan aku. Haha.
Kita lelaki ni memang kena bijak merancang duit untuk persediaan sebelum
mahupun pun selepas pernikahan. Slot ni akan disampaikan oleh Tuan Suzardi
Slot Sebelum
Aku Menikah
Penceramah :
Hilal Asyraf
Slot ni
pulak untuk yang nak tahu pengalaman si Hilal Asyraf ni tentang fasa2 sebelum
dia menikah.. Menarik juga nak diambil sebagai panduan. Kalau rasa tak berapa
menarik. Boleh dengar aku pulak share tentang baitul muslim aku. Tapi sila datang ke
rumah aku bawak pengeras ayam panggang beserta pulut kuning. kahkahkah
Kau dan aku
berbeza : I drive, U Baca Peta
Penceramah :
Ustaz A. Ubaidillah Alias dan Puan Wardina Safiyyah Fadlullah
Moderator :
Tuan Amin Idris
Yang ni bab
nak memahami dan mengurus perbezaan antara lelaki dan perempuan. Memang berbeza
dua makhluk ni. Biasa sangat terjadi masalah komunikasi anatara dua makhluk ni.
Yang ni cakap lain yang tu paham lain.
Tu la pasal kena datang dengar 2 penceramah yang berbeza gender ni nak habaq
apa kat hangpa..
Hari Kedua (17 Feb 2013)
Oh Mertuaku
Penceramah :
Ustaz Pahrol Md Juoi
Waa… Ni bab
yang amat cocok untuk aku. Haha. Ye la. Bukan senang nak membina hubungan yang
baik dengan mertua. Kalau pasangan kita sayang kat kita je belum cukup. Kena
buat sampai mertua pun sayang kat kita. Buat sampai kita anggap dia macam ibu
bapa kandung dan diorang pun anggap kita macam anak kandung.
Rumahku
Syurgaku
Penceramah :
Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
Ni pulak bab
nak menguruskan rumah tangga. Bukan untuk mengKURUSkan segala aspek dalam
rumahtangga tu. Tapi cuba untuk menGEMUKkan aspek2 penting dalam rumah tangga
termasuk bab kewangan. Juga cara2 untuk menyelasaikan konflik dalam
rumahtangga.
Tarbiyatul
Aulad
Penceramah :
Dr Abdul Basit Abdul Rahman
Yang ni
kepada bapak2 n ibu2 yang ada anak mahupun yang nak ada anak. Amat baik dan
sangat perlu untuk di dengar. Perkara yang harus di ingat adalah Baitul Muslim
perlu berfungsi sehingga melahirkan individu2 muslim yang ditarbiyah dan
bersifat haraki dalam masyarakat. Maka
tidak dapat tidak tarbiyah dari rumah adalah input yang amat penting dalam
mencapai matalamat ini.
Bercinta
Sampai Ke Syurga
Penceramah :
Ustaz Muhidin Mokter dan Ustazah
Isfadiah Mohd Dasuki
Bukan senang nak memupuk rasa cinta di dalam
rumah tangga. Permulaan mungkin indah. Namun di pertengahan jalan nanti kompom
banyak halangan harus d tempuh. So untuk terus menyemai rasa tersebut antara
suami isteri dan anak2 maka penceramah2 ni akan berkongsi pengalaman masing2
untuk d jadikan panduan.
Sharing Moment : Melentur Buluh
Penceramah : Ibu
Wirianingsih
Yang ni memang
ossemmm habaq hang.. Ibu Wirianingsih ni di terbangkan dari Indonesia khas
untuk kita. Istimewanya wanita ini adalah beliau Berjaya mendidik anak2 dia
yang seramai 10 orang itu bukan untuk menjadi johan Maharajalawak. Tapi semua
sekali berjaya di bentuk untuk menjadi Huffaz!! Allahurabbi!!.. Semoga ada
manfaat untuk kita kelak.
Akhirul kalam
Pergh.. Boleh
tahan panjang entry kali ni. Sampai terhakis huruf2 kat keyboard aku ni. Haha..
Cakap banyak tak guna. Sekarang masa untuk korang mendaftar.. Slik ke link ini
untuk mendaftar
Kalau nak tahu
lagi lanjut pulak boleh masuk ke link ini
Sekian..
Yang Benar
............................................................
(Staff ipar One
Heart Creative Solution)
Di
inspirasikan oleh : Isteri Tercinta.. Puan Aida Rahayu Mohd Badri ^^
1st time joint event one heart.
Seminar Produktif Muslim