PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Tuesday, February 26, 2013

Apabila Babi Sondol Tahi Sendiri


Bismillahirrahmanirrahim…

Lama aku tak buat entry tentang dialog tak berapa betoi ni. Terasa gatal pulak tangan nak buat. Selamat tak membetoikan otak kome. Kahkahkah

-------------------

Hasan : Bro… Ko dah ambik BR1M ke belom? 500 tu. Banyak siot..

Ali : Boleh pulak ko Tanya camtu. Kompom la beb. Aku dah sebat dah minggu  lepas. Dah habis pakai pun.

Hasan : Bagus2.. Aku sekarang ni cukup tak puas hati dengan Nik Aziz tu. Kepala hotak dia. Slumber je cakap yang kita ni serupa macam Haiwan. Dasar manusia kufur nikmat..

Ali : Ko jangan macam2 weh.. Aku ni bukan le sokong sangat geng2 pembangkang tu. Tapi ulamak punya pasal. Gua takut bro.. tobat gua cakap sama lu.. Dia mesti ada maksud lain.

Hasan : Dah tu slumber mak n bapak dia je cakap kita ni Haiwan. Bullshit!!

Tiba2 adik si Ali menyampuk.

Adik Ali : Abang, Nasib baik ayah ada bagi saya IPad sebab dapat 5A UPSR hari tu kan?

Ali : Ko ni mabuk apa kasim oi. Orang tengah bara ni. Menyibuk cakap IPad baru ko tu pulak.

Adik Ali : Bukan apa bang. Dapat jugak saya baca statement sebenar Tok Guru tu. Orang duk share kat internet.

Saya kat sekolah ada belajar peribahasa. Macam Anjing dengan kucing, Macam Anjing dengan bayang2, Macam kera dapat bunga, Katak bawah tempurung dan banyak lagi la. Saya rasa orang yang tak paham apa yang tok guru ni cakap mesti selalu fail sabjek B.M dulu kan?.  Abang fail jugak ek? hahahahahaha

Hasan : Adoi.. Hampeh punya budak. Terkena pulak aku.

Ali : Hahaha.. Tu la ko. Kan dah kena sebijik dengan adik sendiri. Aku tumpang gembira tengok ko. kahkahkah

Hassan : Tu la pasal. Memang haram jadah jugak aku ni. Hahahahaha…

Ali : Takpe la Hasan oi.. Lain kali jangan jadi ibarat babi menyondol tahi rakannya

Hasan : Tu peribahasa apa pulak ko pakai??

Ali : Tu peribahasa untuk orang yang tak tahu bahasa macam ko. Main sondol je berita apa yang ko dapat.. hahahaha

Hasan : Macam hampeh. Terkena lagi aku, demmm…


-------------------

Oleh itu, Aku harap kome semua sila hormati ulama. Perkataan diorang ni bukannya perkataan orang biasa. Lagi satu just nak  tau ada ke kome ni yang jenis tak tahu bahasa? Harap2 pembaca aku takde yang tergolong dalam golongan

Ibarat babi menyondol tahi rakannya

Kahkahkahkah..

Aku tinggalkan korang sekalian dengan Ayat Al Quran ini. Oleh itu sila berhati2 dalam menerima berita..

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. “

(Al-Hujurat : 6)

Sekian..

Saturday, February 23, 2013

Sinopsis aku kawen

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah… Syukur ke hadrat Allah swt.. Telah selesai segala urusan perkahwinan aku. Dari Pernikahan, Majlis walimah di rumah pengantin perempuan juga majlis di rumah aku.

So sekarang baru la rasa ada senggang masa sikit untuk menaip bercerita serba sedikit tentang perkahwinan aku. Kalau nak cerita semua memang tak dapat le yob. Mau nye kome kena panggil aku bagi talk 2 hari 5 malam. Haha. Aku tak larat nak taip panjang. So aku bagi isi penting je. Ala… Macam rumusan dalam KOMSAS zaman sekolah dahulu kala. kahkahkah

Majlis Pernikahan

  • Tarikh 13.1.13 jam lebih kurang 10.30
  • Kacak bergaya melangkah masuk ke dalam rumah pengantin perempuan untuk di akadkan
  • Bapok ramai orang yang ada kat dalam tu. Aku sorang2 duk kat depan. Awkward jugak time tu rasa.
  • Semua adik beradik aku hadir kecuali adik aku di korea.
  • Hati sangat tenang time tu. Mungkin berkat amalan yang kawan2 sarankan dekat aku.
  • Alhamdulillah dengan sekali lafaz Puan Aida Rahayu Bt Mohd Badri sah menjadi bidadari di hati.
  • Solat sunat 2 rakaat dilakukan
  • Aku pakaikan rantai tangan untuk upacara batal air sembahyang dan Aida pulak pakaikan cincin untuk aku
  • Aku letak tangan di atas ubun2 sambil berdoa. Apa barang cium dahi. Tak sunnah langsung.phuihh..
  • Lepas tu dah mula boleh bergambar berdua. Siap pegang tangan lagi sambil jantung berdebar2.. kahkahkah. Sesi bergambar bermula

Majlis Walimah Sebelah Perempuan

  • Tarikh sama dengan tarikh nikah. 13.1.13
  • Tema seba hijau. Hijau Putih dihatiku. Bersama menuju Putrajaya. Ops terBULAN sekejap. Haha
  • Rombongan dari belah aku ada kira2 15 bijik kereta.
  • Geng kompang ada untuk memeriahkan perarakan masuk keme.
  • Paling aku suka ada team Qasidah. Alhamdulillah. Moga bertambah barakah
  • Kenalan banyak yang datang. Paling banyak Member UKM la. Paling best sebab ada lecturer yang sudi datang. Prof Hamzah, Dr Tajul n Dr Zaiton. TNC HEPA UKM pun ada.
  • Lagi best sebab Big Boss G&P (Dr Gue) datang. Terasa macam pekerja contoh pun ada. Bukan senang big boss turun.
  • Menu kat sana ramai kata sedap sangat. Tambah ada Ayam Golek n Ais Krim lagi. Perghhh.. Aku pun tak sempat nak merasa.. demmm…
  • Bab fotografer lak Aida ambik team One Heart. Gambar memang cun. Video pulak memang professional. Tambah pulak sentuhan editing penuh cinta dan kasih sayang dari wife aku. Memang osssemmm habaq hang..

Majlis Walimah Sebelah Lelaki

  • Tarikh 10.2.13
  • Tema serba ungu. Ini namanya BerGM Lebih Baik..budak UKM je paham. haha

  • Ada dua pasangan kali ni. Aku dengan sepupu aku. Memang meriah Yob oi.


  • Buat gotong royong je. Ni kali ke 10 kenduri kat rumah aku. Tak pernah lagi buat cathering. Sedara mara sepupu sepapat orang kampong ramai datang tolong. Memang best!!!
  • Menunya macam biasa. Yang penting menu wajib maintain ada. Ikan Keli masak merah. Perghhh… makan faberet gua sefamili.
  • Kali ni aku ada jemput pameran palestin. Siap ada tabung derma. Alhamdulillah dapat sebanyak RM704.45 dan 2000 won

  • Antara manusia yang aku menanti kehadiran adalah cikgu2 aku. Serooonok sangat plus terharu bila cikgu2 aku datang walaupun ada yang dari jauh…Cikgu sekolah menengah yang datang Ustaz Ramli, Cikgu Zaidie, Cikgu Zaini. Cikgu sekolah rendah pulak Cikgu Ishak, Cikgu Mokhtar n Teacher Liza.
  • Kalau bab kawan2 pulak. Konvoi kawan sekolah menjuarai kali ni. Ramai gila yang datang. Terasa macam dihargai la pulak. Kehkeh

  • Tak ketinggalan kawan selagend dari Kolej Ibu Zain UKM.datang jauh2 dari KL mahupun Kedah. Terharu siot…

  • Kawan matrik pula ada yang datang dari Sg Petani. Cikgu ANgah merangkap kawan setutorial dulu. Tak dilupa Cikgu Pooh yang ke hulu ke hilir bersama time matrik dulu.
  • Teman seperjuangan yang lebih awal Berbaitul Muslim pun ada. Datang dari kedah. Syeikhul kabir Ammar, datang dari parit Murabbi agung Farid Al Bariti dan Al Fadhil Mujahidin fi ddin Hakim yang datang dari K.L. Semuanya bawak Zaijah dan anak mahupun anak dalam kandungan.
  • Rami lagi sosok2 tubuh yang datang. Seronok dapat jumpa kawan2 lama mahupun saudara mara
  • Petangnya macam biasa aktiviti kami adalah tojon tebin (mandi sungai). Tapi aku selaku pengantin tak tojon hari tu. Pantang kata orang tua2. So duk tepi tebin bergambor je la nampok gayenye…

  • Satu keunikan adat kat kampong aku ni. Malamnya kami ada upacara mencepak. Memang seronok. Time ni adalah masa nak perkenalkan ahli keluarga kepada ahli baru. Kadang2 ada di selit aktiviti “mengena” kepada pengantin. Aku yang kenduri sebelum2 ni suka mengena orang. So kini masa deme2 membalas dendam. Haha. Tapi rilexxx… coolll… spotting je. Memang seronok dan riuh rendah di buatnya.


  • Lepas mencepak upacara bukak hadiah. Tq kepada yang bagi hadiah
  • Esoknya gotong royong mengemas. Kawah menjadi milik pengantin. Tapi nasib baik ramai yang nak tolong percepatkan urusan sebab lepas tu kami ada urusan penting lagi.
  • Urusan pentinganya adalah TOJON TEBIN!!! Haha
  • Ni masa untuk melepaskan gian semalamnya. Lebih 3 jam berendam sambil berkelah kat tengah sungai. Osssemmm habaq hang…


Ok.penat dah kome membaca entry panjang lebar aku ni kan. Boleh lepaskan lelah sekarang.haha.. Ok. Sekian sahaja dari aku. Doakan kebahagian aku dan isteri bercinta hingga ke syurga. Juga doakan cepat2 dapat kami menimang cucu. Haha..

Sekian…

** Gambar kat Perak je aku letak sebab gambar kat Dengkil aku dah letak kat entry sebelum ni.





Tuesday, February 19, 2013

Kenduri aku : Terbang ke Palestin


Alhamdulillah.. Kenduri kat Perak da setel. Banyak benda nak aku cerita. Tapi cerita ni jadi ranking 1st aku. Sila baca dengan sopan ye..

Beberapa bulan before aku mengumumkan tarikh perkahwinan aku. Aku telahpun merancang untuk mengadakan satu pameran ketika majlis walimah di Perak.

Mungkin tidak pernah dilakukan oleh mana2 orang dan mungkin ada namun terlalu jarang. Mengenangkan orang kampung yang agak jauh dengan maklumat yang meluas dan terperinci tentang Palestin menimbulkan rasa tangungjawab untuk aku membawa cerita duka mereka di kampung aku.

Aku berhubung dengan junior aku Nurul Sakinah Mazlan untuk pameran tersebut. Pada mulanya dia bersetuju walaupun turut menyatakan yang amat jarang dibuat ketika kenduri kahwin tambahan pula di buat di kampung. Namun alhamdulillah dia sudi untuk membantu

Sakinah cakap dia macam tak dapat datang. So dia bagi nombor kontek wakil diorang kat Perak. Last minit yang wakil tu kata diorang pun tak dapat datang. Sakinah pula ada program lain kat K.L.

Ok. down sekejap.. macam tak tercapai je hasrat aku. senyum je la time tu. Tapi tiba2 keajaiban terjadi (intonasi lagu sailormoon) program sakinah batal dan dia boleh datang!!! Yeayy!!!

Pagi 10.2.13 tu aku menyambut diorang dengan seronok sangat. tolong2 setup tempat pameran sikit.

Petangnya sempat sembang2 dan bergambar. Ni la hasil gambarnya..



Malamnya sakinah mesej kat aku hasil kutipan derma yang dibuat. Alhamdulillah sebanyak RM704.45 dan 2000 won(angkara adik aku yang belajar kat korea) dapat dikumpulkan..

Alhamdulillah.. Alhamdulilah.. Alhamdulillah...

Ini sahaja usaha yang mampu aku lakukan untuk meneyedarkan masayarakat tentang Palestin. Moga ada sedikit manfaat untuk  ummat.... Kalau kome nak kawin nanti aku cadangkan kome buat macam ni jugak. Bukan susah pun. Panggil diorang ni free je.. Diorang amat alu-alukan pelawaan kita.

Oleh itu. dimana sahaja kita. Atasa kapasiti apa pun kita. Kita perlu memainkan peranan untuk membantu saudara kita di sana..

#Pray4Gaza#

Terima kasih kepada team Aqsa Syarif

Sekian…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang