PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Wednesday, March 27, 2013

Arus Baru : Pandangan Aku


Bismillahirrahmanirrahim…

Pada 19 March 2013 jam 14:26 aku menerima msg kat facebook tentang pandangan tentang Arus Baru. Kira dah lama jugak lah. Cuma sekarang baru terhegeh2 nak share kat blog. Cuma bahasa yang aku pakai bukan "aku ko". Dah  orang start ber "ana nta" aku layan je. Layanan untuk segenap lapisan masyarakat. haha

Mesej yang di terima :

salam. ana melihat enta ada memberi kritikan kepada AP berkaitan isu konsert. ana bukanlah ahli ISMA, tetapi ramai sahabat ana dari ISMA. oleh kerana enta org yang ana rasa o.k, ana nak tanya pendapat peribadi enta berkaitan arus baru. I.A ana terbuka dengan jawapan enta. ana juga menyokong perjuangan PAS.

Jawapan aku :

salam.ana bukan mengkritik.tp mencari kebenaran.tntg konsert tu ana x letak pun A.P sbg pesalah.yg salah adalah YPC.

Tntg Arus Baru pulak.ana pun ramai kawan ISMA.malah anak usrah ana pun join ISMA.haha.bg ana Arus baru ada betulnya dan salahnya.citranya bagus tp method x sesuai.

Ana x ckp PAS sempurna.pasal tu PAS sentiasa terbuka untuk menerima semua jemaah sbgai penyokong.PAS memerlukn golongan begini dlm melengkapkan diri.cth yg kte dpt lihat kpd JIM yg menyokong PAS. berlain dgn ISMA yg mengambil pendekatan melawan arus.malah lg teruk apabila pimpinannya mengeluarkn statement PAS sudah x releven kt msia.pergh.terbako gua dgn statement tu.

Ana suka mengambil kata2 Dr MAZA tntg kematangan ISMA yg spt gerakan zaman 80an.secara teorinya betol apa yg ISMA nk tu.PAS jugak mcm tu dulu.tp dgn kematangan dan ijtihad ulama dlm PAS maka skrg PAS boleh d terima d segenap masyarakat dan bukan sekadar bermain dgn teori.siap non muslim pun sokong!

Kita ckp lak matlamat dorg untuk menambahkan YB muslim kt parlimen.juga bagus kalau kita tgk dlm skala kecil.tp bagaimana dgn kemenangan tu akan merencatkn perancangan kita untuk mempunyai pimpinan utama negara dalam kalangan org yg memahami islam yg benar.

Panjang pulak kn?sori2.haha.

Ana xtau la pandangan ni benar atau x.ana ni org biasa je.moga ana berlepas dari menulis ats dasar ketaksuban kpd PAS.tp menulis krn cintakn perjuangan islam d msia.

Wallahualam.

Atas ni sekadar jawapan ringkas aku. Kalau diikutkan banyak lagi pandangan yang aku nak share. Tapi disebabkan perasaan malas menguasai diri, Maka aku kuburkan sahaja hasrat itu. Haha

Sekian. Terima kasih



Monday, March 18, 2013

Isteri Curang


Puan Ruby sedang bersiap2 untuk pergi ke majlis makan malam anjuran syarikatnya. Malam itu Ruby bersolek sakan agar kelihatan cantik dan menawan. Rambutnya telah dikerintingkan agar kelihatan cantik. Al maklum lah dengan tema western dress membuatkan beliau lebih teruja untuk berhias diri.

Encik Hamid iaitu suami kepada Puan Ruby tidak dapat ikut serta pada malam itu kerana perlu menghadiri Mesyuarat JKKK di tamannya.

Puan Ruby : Abang.. Ayang balik lewat sikit tau malam ni.

Encik Hamid : Ok Ayang, Cantik sangat isteri abang malam ni. Maaf abang tak dapat ikut malam ni.

Puan Ruby : Takpe la abang. Abang pun ada urusan lain lagi kan malam ni. Jumpa nanti. Bye…

Encik Hamid : Ok.. Bye…

Ketika dalam mesyuarat, Encik Hamid menerima satu gambar melalui telefon pintarnya. Gambar yang ternyata menaikkan rasa amarahnya. Gambar tu memaparkan isterinya menari berpelukan dengan bosnya. Keakraban mereka sememangnya telah lama menjadi buah mulut rakan sekerja Puan Ruby. Ternyata kecurangan Puan Ruby semakin menjadi2..

Tepat jam 12.30 malam Puan Ruby pulan ke rumah.  Encik Hamid telah siap menanti dengan rasa marah yang membara. Maka terjadilah pergaduhan besar malam itu.

-------END-------

Aku pun tak tahu apa kesudahan cerita ni. Haha.. korang sambung la sendiri… kahkahkah..Bukan kesudahan yang aku nak sampaikan. Tapi tentang KECURANGAN yang ingin aku highlightkan.

Ada 2 jenis kecurangan berada di atas :

1.       Kecurangan dengan suami : Pun Ruby bermail kayu 3 dengan bos nya
2.       Kecurangan kepada Allah : Puan Ruby keluar rumah dengan keadaan mendedah aurat dan tabarruj secara berlebihan

Kita lihat di sini kecurangan manakah yang lebih ditekankan oleh sang suami. Kita selaku manusia sering kali risau dan marah jika pasangan kita curang. Namun sejauh mana kita risaukan melihat pasangan kita berlaku curang kepada Allah yang mencipta kita dan dia?

Wallahualam…


Thursday, March 14, 2013

Konsert Amal : Buat dosa sebab kononnya nak buat pahala

Bismillahirrahmanirrahim...

Pergh.. Hangin betoi aku tengok poster kat bawah ni.. kepala bana sungguh

Konsert tu memang dah jadi satu isu. Isu lagi satu nak salur dana ke Palestin lak tu. Siap ada nama Aman Palestin jadi penganjur. cehhh.. macam hampeh!!



Aku sebab bengang sangat aku pun kol la nombor yang tertera tu. Yayasan Pendidikan Cheras yang jawab. Lepas tu aku kol Aman Palestin nak confirmkan tentang nama diorang sebagai penganjur. So aku dapat la story yang sebenar berlaku,


Kisahnya camni. Geng YPC ni datang jumpa AP (Aman Palestin) nak mintak tabung untuk diletak time program sepanjang hari tu. So AP setuju la. AP pun tak berapa update sangat pengisian program diorang. Diorang baru je dapat tahu tentang pengisain yang di isi. Juga tentang konsert ni.

Tentang poster dan banner yang tersebar luas pulak. YPC sebenarnya telah "tersalah" letak. Aman Palestin bukannya penganjur bersama. AP just badan yang menerima dana je. Apabila timbul isu ni AP ada meminta YPC untuk keluarkan nama diorang tapi sebab benda dah keluar so susah nak betoikan balik.

Habis kisah sebenar. So sekarang masuk part cadangan aku pulak.

Aku cakap kat akak yang jawab fon tu agar AP kena keluarkan statement menafikan penganjuran ni adalah dari pihak AP. Sebab ni akan memberi imej buruk kepada AP. dia cakap sekarang ni pihak A.P sedang berbincang tentang statement tu. Aku siap cakap lagi. " saya menanti statement dari Aman Palestin secepat mungkin". Cuma aku agak tak setuju bila akak tu cakap kita perlu berdoa agar orang yang datang konsert tu termasuk artis akan terbuka hati untuk dekat dengan islam. no no no.. aku tak setuju.. banyak lagi method lain. bukan cara konsert yang melampau ni.

Sekarang komentar aku pulak.

Bagi aku Aman Palestin tak sewajarnya sewenangnya membiarkan pihak YPC menguruskan segalanya. Sepatutnya AP kena memantau serba apa yang diisi oleh mereka. Ni tak. Dah tinggal 3 hari baru la terhegeh2 nak tengok poster tu.

Untuk YPC pulak. kejadahnya la diorang ni. nama je Yayasan Pendidikan Cheras. Ni bukan mendidik namanya. Ni merosak namanya. Aku sikit bengan dengan YPC ni. aku kol elok2, boleh pulak dia cakap ""encik..apa2 pun berbalik kepada hati kita".. Lagi aku tak boleh blah bila dia cakap "takpe, encik kalau tak berminat nak tengok konsert ni jangan beli tiket. Encik diam je" pale hotak ko. Ingat aku ni tunggul ke apa tengok menatang hendonisme ni digunakan untuk salurkan dana ke Palestin. phuihhh... (memang agak marah sikit.. bawak2 istighfar zul..)

Untuk kita pulak. Jangan terlalu cepat melatah. Jangan terus menyalahkan AP. diorang macam jadi mangsa keadaan. Walaupun memang salah diorang sebab tak teliti dalam memantau YPC ni. Yang penting kita kena sama2 beri kesedaran kepada masyarakat mengenai permasalahan ini.

sekian laporan dari manusia yang bengkek bila tengok poster ni.

p/s : Nak tahu sebab apa YPC buat ni. rupanya Pengerusi YPC adalah Datuk Seri Ali Al-Habsee merangkap Ketua UMNO Bahagian Cheras. No wonder la buat konsert. geng UMNO memang suka konsert. hahaha

Ni ada berita kat My Metro.

 Sila teka yang mana satu si Ketua UMNO tuh... (sila lihat faktor usia.haha)

Monday, March 11, 2013

Pak Pandir berniaga



Suatu hari Pak Pandir ingin memulakan satu perniagaan namun masih
kekurangan modal. Oleh itu Pak Pandir berhasrat utk membuat pinjaman di
sebuah badan pinjaman yg di taja oleh kerajaan pada masa itu.

Berangkat laa Pak Pandir bersama Mak Andir ke tempat tersebut.
Setibanya nya di sana Pak Pandir bertemu seorang pegawai di sana.

Setelah mengisi borang dan di temuduga berkata laa pegawai tersebut..
Pegawai : Setelah diteliti permohonan pakcik akan diluluskan secepat
mungkin. Jadi pihak kami akan memberi pakcik pinjaman sebanyak

RM20,000.00 tanpa faedah.

Namun dengan muka yg bengis Pak Pandir bingkas bangun utk beredar.
Terkejut laa pegawai tersebut lalu bertanya.
Pegawai : Kenapa pakcik? Ada yg tak kena ke ?

Pak Pandir pun berpaling dan ngan nada yg tinggi berkata.
Pak Pandir : Nak buat ape aku buat pinjaman kalau tak ada "PAEDAH"..
Buang masa aku je laaa....

Pak Pandir pun beredar meninggalkan pegawai tersebut terpinga pinga.



kahkahkahkah.. memang Pandir betoi pak Pandir ni...
harap2 kome ade PAEDAH baca blog aku... hahaha

Wednesday, March 6, 2013

Lahad Datu : Khilafah Vs Negara Bangsa


Bismillahirrahmanirrahim…

Semakin teruk nampaknya situasi di Sabah. Kalau ikutkan hati memang banyak benda yang nak aku cakap dan bagi pandangan. Tapi selaku manusia  biasa yang umur baru setahun jagung ni aku rasa apa la sangat pandangan aku ni. Al maklumlah manusia awet muda la katakana. kahkahkah

Cuma kali ni aku sedikit termenfada untuk  bagi pandangan dari sisi lain yang aku perasan. Jom kita imbau sejarah kejap.

Perkaitan Tarikh


89 tahun berselang

Pada 3 Mac 1924, Mustafa Kemal Atatürk telah secara rasminya membubarkan institusi Khilafah dan memindahkan kuasa kepada The Grand National Assembly, Parlimen kepada Republik Turki yang dibentuk. Ok. Ni sejarah yang tercatat dahulu. Di mana bermulanya keruntuhan sistem khalifah. Iaitu sistem yang menyatukan seluruh Negara islam di bawah satu payung pemerintahan sahaja. Kalu nak tahu lanjut sila google sendiri ye.. J

Aku bukan nak kata ni konspirasi ke apa ke. Tapi dengan kepercayaan tiada perkara yang kebetulan dalam dunia ni aku mengatakan mungkin ada di sana sedikit pengajaran yang kita perlu ambil ibrah darinya. Lihat tarikh tragedi berdarah pertama di Lahad Datu iaitu 1 Mac 2013, Manakala 3 Mac 2013 pula tragedi berdarah kedua direkodkan.

Bukankah tarikh ni hampir sama. Hanya berselang tepat 89 tahun selepas runtuhnya sistem khilafah.

Keruntuhan sistem khilafah menjadi punca

Di saat kita yang mengetahui sejarah kejatuhan sistem khalifah ni mengenang kembali kebiadaban Mustafa Kemal si sekularis turki tu, tup2 timbul pula targedi yang ternyata menunjukkan berapa lemahnya sistem Negara Bangsa yang di bawak oleh mangkuk bin ayun dari barat nih.

Apa yang lebih memilukan adalah apabila 2 kerajaan (Kerjaan Sulu sudah pupus) yang dikatakan kerajaan islam bertembung hanya kerana perebutan kuasa dan tanah. Garis sempadan negara bangsa yang dibina oleh penjajah ternyata memberi kesan kepada kedua kerajaan itu sendiri. Tak ke sedih tu kome weh.. sob3x…

Muhasabah kepada umat islam

Sebelum ini  kita melihat permasalahan yang hampir sama di negara2 lain. Selatan Thai, Syria, Palestin dan berbagai Negara lagi. Tapi adakah kita sebegitu concern dengan isu tersebut berbanding dengan keprihatinan kita terhadap isu yang hampir sama tapi terjadi di NEGARA BANGSA kita? Ini sahaja telah membuktikan keberjayaan pihak penjajah dalam menanamkan semangat kenegaraan itu melebihi dari semangat persaudaraan muslim.

Muhasabah kepada kita. Adakah ada terlintas di hati kita ingin melihat sistem khilafah itu kembali bersinar untuk menjadi ramuan solusi kepada permasalahan ini. Kalau kita tak sempat lihat pun at least cucu cicit kepada cucu cicit kita dapat pun jadi la. (berapa banyak lapis tu.haha). So kita kena la ada daya usaha sikit nak bagi at least cucu cicit kita tu merasa nanti.

Usaha : Perlu mengikut marhalah

Namun untuk mengarah kepada hal tersebut kita perlu mengikut peringkat2 yang digariskan oleh pejuang muslim haraki. Ayuh kita bangunkan mengikut peringkat yang digariskan.

Individu Muslim ->  Baitul Muslim (Keluarga Muslim)-> Masyarakat Muslim -> Negara Islam -> Khilafah Islamiah -> istazi'atul 'alam

Ok. Sengaja aku boldkan Negara Islam tu. Negara islam yang aku maksudkan adalah yang benar2 meletakkan islam di tempatnya. Yang benar2 menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan dalam mengurus masyarakat.

Kesimpulan : Ayuh bangunkan Negara Islam

Apabila kesemua Negara islam yang aku maksudkan diatas telah terbentuk maka barulah kita bergerak ke peringkat seterusnya sangat memainkan peranan apabila timbul isu Lahad Datu ini. Oleh itu. Aku menyeru kepada semua pembaca blog aku untuk bergerak bersama menghayun langkah untuk membangunkan Negara Islam yang berpaksikan Al Quran dan Sunnah di bumi Malaysia.

So dalam konteks Malaysia yang mengamalkan demokrasi ni, macam mana kita nak buat? Aku serahkan kepada kome nak pikio sendiri. Tengok sahaja bulan di sekeliling korang insyaallah ketemu jawapan. haha

Wallahualam…

#Pray4Sabah#


Monday, March 4, 2013

Lahad Datu : Pandangan Aku

Bismillahirrahmanirrahim...


Nampaknya keadaan di sabah semakin teruk. Bermula di Lahad Datu kini semakin merebak kekawasan sekitar. Terbaru di Samporna. Aku ada membaca serba sedikit tentang hal ini. Tapi yak berhajat nak cerita panjang. Ada beberapa keypoint yang aku rasa kena nak share.

- Sabah memang dulunya milik Kesultanan Sulu
- Tapi Kesultanan Sulu dah lenyap. So kita duk bayar pampasan setiap tahun. Tapi pewaris sulu menganggap kita masih lagi pajak. So kalau diikutkan memang ni milik Kesultanan Sulu. Tapi sekarang ni Kesultanan Sulu dah lenyap. Tinggal waris doroang je yang semua duk sebok ngaku diorang tu raja sulu.
-Aku rasa punca masalah sebenar adalah kemasukan beribu2 orang sulu ke Sabah dalam projek I.C dulu. Tu punca sebenar.
-Yang datang dari luar memang la dalam 100 orang lebih je. Tapi kita kena ingat beribu2 lagi orang sulu dah memang ada kat Sabah. SO diorang dah memang berkempen beberapa tahun lepas untuk Sulu ambik balik Sabah.
-So yang kat dalam ni ready je la.
-Dari sudut tindakan kerajaan pulak. Aku rasa AMAT SLOW!!
- Aku malas nak ambik tau yang kata ni ada konspirasi ke ape ke. yang aku tau. Tanggungjawab kerajaan untuk jaga keamanan. Lantak la sape pun jadi PM Najib ke, Anwar ke, Rosmah ke bila namanya kerajaan memang tu tanggungjawabb dia.
- Sekarang ni dah makin ramai yang terkorban. Tu yang kita tau kat media massa. Yang dirahsiakan??
- Aku rasa kerajaan kena cepat. Pergi bawak pakar sejarah dan undang2 duduk sama2 dengan geng Sulu ni. Clarify mana yang patut. Bagi setel. Jangan sampai makin ramai yang terkorban...
- Satu benda yang buat aku bertambah sedih. Salah seorang yang meninggal hari ni adalah sepupu wife aku. L/Kpl Mohd Azrul Tukiran. Dia kepala dipenggal dan dicincang. Allah.. sebak hati aku.. Moga dia ditempatkan di jannah.


Innalillahi wa inna ilaihi raji'un wa inna ila rabbina lamunqalibun

Allahumma uktubhu 'indaka fil muhsinin waj'al kitabahu fi 'illiyyin
wakhlufhu fi ahlihi fil ghabirin
wala tahrimna ajrahu wala taftinna ba'dahu

Maksud:
Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali dan kepada Tuhan kami semua akan kembali.
Ya Allah! Tulislah dia (Mohd Azrul Tukiran) termasuk golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Engkau dan jadikanlah tulisannya itu dalam tungkatan yang tinggi serta gantilah ahlinya dengan golongan orang-orang yang pergi dengan ketaatan PadaMu


sebelum habis.. Aku share kat sini satu luahan anak Tawau..


ASSALAMUALAIKUM ...!! SEMENJAK ISU LAHAD BATU NI MAKIN HANGAT ADE LA SY TERBACA ACC ORG PEREMPUAN ANAK JATI TAWAU SABAH NI...DIE ADA TULIS ( SAYA IKUT PERKEMBANGAN PUAK SULU NI SEJAK 10 TAHUN LAGI DIK....ANGKARA DORG DAPAT MENETAP LAMA DI SANA & DAPAT IC PUN TAHU SIAPA YG BAGI...DORG TUNTUT HAK TU PUN TAHU SEBAB APA....TAPI INI BUKAN MASANYA NAK SIASAT SIAPA DALANG...SEBAB DUA-DUA PARTI PUN ADA AGENDA SENDIRI....SEMUA PENTINGKAN PARTI MASING2.

TAPI PERSOLAN SKG, KNP PERLU TUNGGU SIASATAN & CARI DALANG.....SEBAB SEMUA INI ANGKARA SENDIRI BAGI IC FREE & AKHIRNYA DORG BERLELUASA , DAH MENYEBABKAN DORG BOLEH BERTINDA SAMPAI TAHAP Ini....... SEKARANG KALAU NAK BERUNDING DGN PUAK NI....TURUN SABAH,SELESAIKAN !!~ JGN ADA PERTIKAIAN LAGi...NI HANYA BUAT RAKYAT SABAH TERANCAM.

JGN LAYAN TV3 JE DIK, GI TANYA RAKYAT TAWAU KENAPA & MENGAPA SEMUA INI BERLAKU...) (TAHU TAK PENCEROBOH NI SAPA...DIORANG ADALAH PENDUDUK YG BERADA DI SABAH SEJAK 10 TAHUN LAGI & ADA IC PUN....SAPA YG BAGI TARAF KERAKTAKAN KT DEORANG? KENAPA DEORANG MEMBERONTAK SKG.......KALAU NAK TAHU...PEGI SABAH, PEGI TAWAU.... JGN LAYAN TV3 Je....AKU ANAK TAWAU,AKU ANAK SABAH...KALAU ANUAR TAK BANGKITKAN SEMANGAT DORG PUn...10 TAHUN LALU LAGI DEORANG MEMANG NAK TUNTUT TANAH LD.... SEBABKAN PERGOLAKAN POLITIK NEGARA SKG YG MEMYEBABKAN ORG SEMAKIN BANGKIT UNTUK TUNTUT...SO TAK PAYAH SALAHKAN PARTI....SEMUA PUN BERSALAH...BN SALAH BAGI TARAF KERAKYATAN, PEMBANGKANG SALAH SEBAB MENGHASUT.

AKHIRNYA NEGARA & RAKYAT JADI MANGSA...JGN SAMPAI PHILIPINA MASUK CAMPUR & AKHIRNYA SABAH JATUH KETANGAN DEORANG BARU PEMIMPIN2 PARTI MALAYSIA NAK SEDAR...YG SELEWENG PEMIMPIN YG BAGI TARAF KERAKYATAN, YG BERJANJI KAT DEORANG SEBAB NAK KAN UNDI DAN AKHIRNYA SKG MENGHALAU DEORANG KLUAR TAWAU...AKHIRNYA MENIMBULKAN KEMARAHAN PUAK-PUAK SULU & KAUM SULU SABAH ....YG MENANGGUNG MASALH RAKYAT SABAH LAIN & ANGGOTA ...TETAPI MANA PEGI PEMIMPIN YG BAGI JANJI KAT DEORANG, SEMBUNYI KE.

KENAPA TAK GI RUNDING BALIK DGN PUAK DEORANG...KNP SEPI !!!~SAMPAI RAMAI ANGGOTA YG HILANG NYWA..) KE MACAM MANA....?? BOLEH YAKIN KE..?? PSL TENGOK MEDIA SEKARANG NI ASYIK TUDUH SI ANUAR BERSUBAHAT JE.....BUKAN NK CAKAP SY NI PRO PR EK....UNDI PUN SY X G REGISTER..APATAH LAGI UNDI...CUMA DH MAKIN MELUAT TENGOK KERAJAAN SEKARANG NIE....TU YG NK SHARING N CARING SIKIT



Sekian...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang