PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, May 30, 2013

Cerpen : Cangkul Ustaz Amin


Petang itu Khalid memutuskan untuk bertemu Ustaz Amin. Kehidupannya yang semakin serabut dan tidak tenteram itu membuatkan dia mengambil keputusan untuk bertemu Ustaz di Kampungnya itu. Sesampai sahaja di rumah Ustaz Amin ternyata Ustaz ada di rumah nya petang itu. Beliau sedang berkebun di tepi rumahnya.

“Ustaz, Hidup saya sekarang ni terasa serabut sangat. Nak fikirkan pekerjaan lagi. Fikir nak besarkan anak. Mencari duit untuk semuanya. Ditambah lagi memikirkan pembelajaran master saya yang semakin terbengkalai ni”  Luah Khalid kepada Ustaz Amin

“Oh. Begitu. Tidak mengapa. Lupakan masalah itu sebentar.  Mari bantu saya berkebun kejap. Tolong sapu sampah di tepi tu sebentar. Tapi penyapu saya sudah rosak. Guna sahaja cangkul ini” Ustaz Amin memberi respon

Khalid yang menanti nasihat dan motivasi dari Ustaz Amin sedikit kecewa dengan respon itu. Di tambah lagi dengan permintaan hamper tidak masuk akal Ustaz yang menyuruhnya menyapu menggunakan cangkul.

“Adoi.. Ape la Ustaz ni. Aku tengah serabut ni, Dia suruh sapu sampah pakai cangkul pulak dah” Khalid bermonolog di dalam hati.

Bersungguh Khalid melakukan kerja tersebut walaupun dalam kepayahan. Belum pun selesai tugas pertama menyapu sampah Khalid menerima permintaan kedua dari Ustaz Amin

“Khalid, Tolong cantas dahan yang dah mati di pokok mangga tu kejap. Parang saya jiran sebelah pinjam.dia belum pulangkan. Guna sahaja cangkul itu” Pinta Ustaz Amin

Khalid semakin kecewa dengan permintaan dari Ustaz Amin. Beliau cuba berusaha bersungguh-sungguh untuk memotong dahan tersebut menggunakan cangkul tersebut.

“krakkkk”

Lantas Ustaz Amin menoleh. 

“Eh. Macam mana boleh patah cangkul ini? Kamu ganas sangat ni” 

“Maafkan saya ustaz, saya tidak sengaja. Saya cuba untuk menetak dahan  ni. Tapi terlalu keras, Cangkul ini pula yang patah” Khalid memohon maaf

“Tidak mengapa Khalid. Sebenarnya apa yang berlaku ni adalah sebagai jawapan kepada soalan kamu awal tadi” 

“Hah? Apa yang ustaz maksudkan? Saya kurang faham” Khalid memohon penjelasan.

“Khalid..Cangkul diciptakan untuk mencangkul tanah. Jika kita menggunakannya untuk fungsi yang lain maka ia akan rosak. Seperti manusia juga yang fungsi utama adalah untuk beribadah kepada Allah. Jika kita melakukan perkara lain tanpa mengaitkan dengan fungsi utama maka rosaklah kita. Bukankah fungsi utama kita didatangkan di dunia adalah untuk beribadah kepada Allah swt? Pekerjaan, Keluarga, Kewangan, Pelajaran semuanya akan menjadi nyaman jika kamu meniatkannya sebagai satu ibadah kepada Allah swt” Ustaz Amin memberi penerangan kepada Khalid.

Ustaz Amin terus menambah
“jangan di lupa firman Allah di dalam surah Az Zariyat ayat 56 yang bermaksud , Tidaklah aku jadikan jin dan manusia,kecuali agar mereka beribadah kepadaku” 

“Allahuallah.. Terima kasih banyak ustaz. Saya sudah faham sekarang. Sekarang saya berasa aman. Insyaallah saya akan meniatkan segala keserabutan hidup ini sebagai ibadah kepada Allah swt” Khalid puas dengan penerangan Ustaz Amin

Petang itu benar-benar memberi pengajaran yang berguna kepada Khalid. Beliau memohon pulang setelah selesai membantu Ustaz Amin berkebun. Beliau pulan  dengan hati yang amat girang untuk memulakan kembali hidupnya yang aman sebagai seorang hamba kepada tuhannya.



Saturday, May 18, 2013

Dari Blogger ke Vlogger


Bismillahirrahmanirrahim..

Akhirnya…. Boleh tahan gagah jugak tangan aku hari ni. Hati pun tegap dan sasa. Keduanya Berjaya disatukan  di dalam aktiviti mengupdate blog. Yeahhh… bukan berkabung kerana PRU. Jangan salah faham. Ni namanya berkubang. Haha

Alhamdulillah. Kali ni aku Berjaya melangkah satu tapak lagi ke hadapan dalam arena media massa. Tapi kali ni bukan berseorangan. Kali ini bersama isteri tercinta. Hakikatnya memang asbab dah kahwin dan punyai isteri bernama Aida rahayu binti Mohd Badri ni la yang membuatkan aku maju setapak ni. Kalau aku sorang2 jangan harap le wei.

Apa yang maju nye? Aku sekarang ni dah berjinak-jinak dalam dunia vlogger. Bukan Anwar hadi mahupun Mathlutfi. Deme orang utagha. Teman ni oghang peghak. Makan tempoyok je kome oi… haha

Dah ada 2 vlog yang terhasil. Keduanya sangat penting bila dah dekat musim makan nasi minyak ni. Aku share kan link nya disini.

Vlog 1 : Pesanan untuk Pengantin Lelaki  https://www.youtube.com/watch?v=E_hj4UBfsS0

Vlog 2 : Pesanan untuk Pengantin Perempuan (Laki kena tengok juga!) https://www.youtube.com/watch?v=teW8rbpfDfw

Selamat menonton. Moga ada sedikit manfaat buat umat.

Wallahualam..



                           

Thursday, May 16, 2013

SAJAK untuk GURU

Jika hari ini…..

Anakmu ini megah sebagai jurutera,
Tidak dilupa akauntan si juara mengira,
Lebih dikagumi doktor yang berkhidmat tak kira masa,
Jua ustaz yang dihormati selaku golongan agama,
Tidak kurang juga yang menjadi pendidik si anak bangsa,
Masih ada juga yang bergelar mahasiswa di serata negara dan dunia,
Juga seluruh natijah insan hasil  didikan kalian

Semegah manapun kami berdiri kini,
Hari itu tetap kami kenangi,

Hari di mana dikau mendidik kami erti kehidupan,
Menyuluhkan ilmu dalam belantara kejahilan,

Terkadang menjadi ibu, bapa dan sahabat,
Tanpa jemu melantunkan nasihat,

Hari kami dileteri, diherdik dan didenda,
Semata ingin melihat kami berjaya,

Ingin dinoktah tutur bicara,
Dengan menyuratkan apa dirasa ,
Rasa terima kasih tidak terhingga,
Di atas didikan azimat berguna…

Tuesday, May 7, 2013

BONGKAR PRU13

Bismillahirrahmanirrahim..

Ni bukan namanya x redha dgn apa yg terjadi.tp ni namanya x redha JIKA BENAR penipuan berlaku.copy paste dr kawan.

BONGKAR, TIPU PRU13
Posting ini bukan kami PENYOKONG PR tak terima kenyataan, kami mahu buka minda rakyat Malaysia apa yg sebenarnya BERLAKU semasa PRU-13. Pendedahan ini tak akan disiarkan mana2 Tv dan milik kerajaan. Anda nilai2kan. Kalau setuju atau tak setuju, sila komen dgn berhemah.

A) Lari peti undi
1- 2 bag votes dicampak dari helikopter
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=407760375997633&set=a.114183132022027.20407.100002910238503&type=1&theater

2- PANAS!!! SPR TERANG-TERANG LARIKAN PETI UNDI!!
https://www.facebook.com/photo.php?v=124025004464021&set=vb.337457076280416&type=2&theater

3- http://www.youtube.com/watch?v=C2eCkyicJlg

4- Helikopter MCA kantoi bawa lari kertas undi
https://www.facebook.com/photo.php?v=491280637604350

5- SPR Kantoi di Manek Urai, Kelantan dan di Johor
pkrl.blogspot.com/2013/05/kantoi-video-terbaik-pilihan-raya-di.html

6- SPR Kantoi bawa keluar peti undi di Johor Bharu. (Nampak peti undi dalam kereta)
https://www.facebook.com/photo.php?v=341408225981663&set=vb.162138223914613&type=2&theater

7- Cubaan bawa keluar kertas undi di Balai Polis Manjung
https://www.facebook.com/photo.php?v=133442570180890&set=vb.277035565765655&type=2&theater

B ) Pekerja Spr tak beretika,
1- Bawa keluar undi secara senyap
https://www.facebook.com/photo.php?v=378043568975226&set=vb.180281522084766&type=2&theater

2- Tidur ketika waktu mengundi
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=622814321079737&set=o.211889405500724&type=1&theater

3- Rasuah pengundi di Baling
https://www.facebook.com/photo.php?v=3076119239396&set=vb.1756176444&type=2&theater

C) Blackout:
1- Zainab binti Zainun from TNB has made it clear that there was NO blackout last night in the hall, meaning the power supply must have been cut off by someone or a group of people INTENTIONALLY.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=565849236788808&set=a.223351487705253.58052.223344854372583&type=1&theater

D) Warga asing
1- Pengundi hantu ditangkap
https://www.facebook.com/photo.php?v=135166590006575&set=vb.155483697799865&type=2&theater

2- PANAS!!!! Bukti Warga Asing Diberi IC DALAM BAS!!
https://www.facebook.com/photo.php?v=594561977228761&set=vb.100000248932088&type=2&theater

3- Indon kantoi mengundi tapi no IC tak tahu
http://www.youtube.com/watch?v=Otgv4cGTAVU

4- 1 Bas Bangla ditangkap
https://www.facebook.com/photo.php?v=10151351298856746&set=vb.531241745&type=2&theater

5- Bangla ditangkap
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=443001155787787&set=a.286220071465897.69465.100002337207574&type=1&theater

6- Bangla boleh mengundi walaupun tiada IC
https://www.facebook.com/photo.php?v=153149244857569&set=vb.172653499453250&type=2&theater

7-Bangla puji polis kerana lepas dia walau tiada lesen, tiada passport kerana dapat duit kopi
https://www.facebook.com/photo.php?v=322665957855890&set=vb.162138223914613&type=2&theater

8- Bangla datang dengan bas di Gelang Patah
https://www.facebook.com/photo.php?v=10151573963269820&set=vb.619749819&type=2&theater

9- Bangla salah nyanyi lagu negaraku
https://www.facebook.com/photo.php?v=486498974757163&set=vb.201112276604730&type=2&theater

10- Bangla 2 orang di Kuala Selangor
https://www.facebook.com/photo.php?v=486495174757543&set=vb.201112276604730&type=2&theater

11- 3 bas bangla di Sungai Siput
https://www.facebook.com/photo.php?v=10151560540708756&set=vb.769693755&type=2&theater

12- Bangla ada IC, tapi tak boleh nyanyi lagu Negaraku, Rukun Negara. Malangnya polis backup bangla ini
https://www.facebook.com/photo.php?v=4859669011809&set=vb.557058860980883&type=2&theater

13- Bangla undi 2 kali dan ada 2 tanda dakwat kekal di jari
https://www.facebook.com/photo.php?v=4859669011809&set=vb.557058860980883&type=2&theater

14- Bangla cuba mengundi di Cheras, tetapi sempat ditangkap
https://www.facebook.com/photo.php?v=10200640500166892&set=vb.403433929750230&type=2&theater

E) Dakwat kekal
1- Tok guru Haron Din tak sampai 5 jam hilang dakwat kekal
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=563128720377260&set=a.527792693910863.111661.527782463911886&type=1&theater

F) United Nations (PBB)
1- United Nation: Voting Fraud in the Malaysian GE13 calls for world invigilation.
https://www.change.org/petitions/united-nation-voting-fraud-in-the-malaysian-ge13-calls-for-world-invigilation#share

Yang terbaik, seluruh dunia tahu Najib guna bangla
https://www.facebook.com/photo.php?v=342009482588204

Sila komen selepas penilaian2 anda berdasarkan fakta2 di atas. Share juga ye.

Friday, May 3, 2013

Sekitar "flashmob" Anak Muda Parit


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah dah sampai ke Kg aku, Parit Perak. Sekarang ni kempen giat dijalankan. Yang terbaru tadi siang aku sempat ber”flashmob” bersama Anak Muda kawasan Parit. Sangat osssseeeem habaq hang!!

Bermula dengan flashmob kat masjid Parit setelah selesai solat jumaat. Memang terrrbaekkk… Ramai
sangat pakcik makcik orang kampong yang memberi sokongan kepada kami…

Seterusnya kami bertukar tempat ke simpang empat Parit. Dekat mercu tanda Parit. Iaitu di Jam besar Parit. Kat sini memang pergghhh… India, Cina, Melayu. Bak kata orang semua orang le yang memberi hon kepada kami. Tak terlepas juga anak muda BN yang menyokong kami walaupun mereka bekerja untuk BN. Paling aku rasa kagum adalah apabila ada makcik berhenti dan menyuruh anaknya member iwang kepada kami. Kata anaknya “ini infaq” Allahuakbar… begitulah resmi orang PAS tidak jauh dari perkataan infaq.

Seterusnya kami bertukar tempat ke Seri Iskandar. Start dalam pukul 5 petang. Kat simpan empat depan tesco.  Kat sini lagi terbaikk.. Dengan tiba2 datangnya kawan2 dari taman berdekatan turut serta bersama ber’flashmob” bersama kami. Kat sini sambutan sangat sangat sangat sangat menggalakkan (berapa banyak kali sangat daaaa). Tengah rancak kami menerima hon dari motor kecil motor besar kereta kecil kereta besar dan lori kecil dan lori besar. Tiba2 hujan lebat. Tapi seriously wa cakap sama lu. Kami tak berganjak. Terus berdiri di dalam hujan lebat untuk menyatakan pendirian kami untuk mengubah kerajaan sedia ada. Hingga lah ke pukul 7. Kami berhenti dan esok akan lakukan lagi di simpang empat bota kanan.

So aku mewakili anak muda parit mengajak kome semua bersama kami untuk terus manyatakan pendirian untuk mengubah kerajaan sekarang dan diganti dengan kerajaan yang sedia ada.


INI KALILAH KEME UBOH!!

TAKBIR!!

p/s:  Maaf gambar tak berapa ada. Video pun tak keluar lagi.

Nantikan video dari Anak Muda Parit.

setakat ni. ni je gambor yang ada. tu pun aku jumpa kat fb calon parlimen parit





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang