PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Wednesday, June 26, 2013

Public Pledge : Bacalah!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah lama tidak menulis. Mencoret memberi peringatan kononnya kepada orang lain. Hakikatnya member peringatan kepada diri sendiri. Mereka pelbagai alasan untuk menidakkan kudrat dari terus menulis. Soal ikhlas. Soal sibuk. Soal mood. Semuanya berlingkar. Harus dilupus segala alasan untuk terus menulis agar kembali rasa bertuhan!!

Beberapa hari lalu. Aku meluahkan rasa kepada si isteri. Hakikat kurangnya budaya keilmuan dalam rumahtangga kami. Majlis membaca kitab paling sebelum tidur seperti dilupakan. Usrah mingguan kami juga ibarat chipsmore. Kejap ada kejap takde. Teringat kalam nasihat dari dr Azimah (pensyarah geologi) 3 hari selepas kami bernikah yang mengingatkan agar diadakan majlis taalim di dalam rumah. Agar rumah itu di sinari nur. Seriusnya beliau tentang hal ini hinggakan menghadiahkan kami kitab fadhail amal untuk dihadami.

Lagi 1 cerita. Weekend yang lepas aku diberi peluang untuk berusrah yang aku kira 1 perbincangan yang agak kritikal. Memerlukan tahap keilmuan yang agak tinggi untuk mengikut arus perbincangan.  Oh. Kerdil rasa diri. Sangat banyak ilmu yang belum diterokai. Pembacaan yang sedikit membuatkan aku mengkagumi sahabatku yang sangat luas ladang pembacaannya. Ceh. Loser sungguh kamu ni zul.

Ingatlah wahai diri. Wahyu pertama yang diturunkan adalah seruan “MEMBACA!” Paksakan dirimu wahai diri. Agar budaya membaca kembali subur di dalam diri.

“Read!! You Will Conquer the World!!”

Wallahualam..


p/s : ni namanya public pledge. Saja bagitau kat orang lain agar menjadi pendesak untuk aku rajin membaca. Kome pun kena rajin juga membaca.. 

Monday, June 3, 2013

Menikmati HIKMAH dari Allah


Hari ni aku last day project kat Terengganu. So cadangnya nak naik bas je dari K.L semalam. Lepas tu hari ni kerja dan dah beli pun tiket nak balik semula ke K.L malam ni. tapi ada cerita yang tak di duga terjadi..

Semalam tiket bas aku balik ke Terngganu naik bas pukul 9 malam. Tapi on the way pergi ke Hentian Putra aku tersilap jalan. Time aku sesat tu aku tengok jam rasa memang tak sempat. Memujuk hati aku dengan cakap "takpe ada hikmahnya". At last memang tak sempat pun dan aku sampai kat kaunter Ekspress Kenyir pukul 9.05. 5 minit je yang membuatkan aku terlepas bas.demmmm..lexxx... pasti ada hikmahnya.

Aku ambil tiket lain ke Kuala Terengganu pukul 10.30. Sambil tunggu bas aku disapa seorang kawan yang aku kenal time program tahun lepas. Dia cakap dia belikan tiket kawan dia yang naik bas ke K.Terengganu. Tiket bas pukul 10 malam. Budak tu belum sampai. Still on the way naik bas dari Penang ke K.L. Time tu dah dalam pukul 9.30, Ikut logik akal memang takkan sempat sampai sebab time tu dia baru ada kat Tapah. jalan jem. Aku cakap suruh tunda esok je. Tukar tiket. Tapi ada satu masalah besar. Budak tu ada FINAL EXAM pukul 9 pagi. hamekkk hang. Kalau dia tak sampai pukul 10 tu memang alamatnya tak dapat pergi exam la dia.

Time tu aku teringat islam menyarankan kita supaya berusaha lepaskan kesusahan  orang lain nescaya Allah akan mudahkan urusan kita. So aku fikir kena tolong budak ni. sebab dia pegi sana pun sebab pergi program dakwah bukannya pergi tengok konsert Gangnam style.haha. Mana mungkin nak biarkan dia macam tu je. Tanpa fikir panjang aku cakap kat kawan aku tu untuk naik kereta aku yang aku cadang nak tinggalkan kat hentian Putra tu untuk sehari. Aku dengan dia pun pergi la jual balik tiket budak tu, tiket aku dan tiket aku untuk balik ke KL malam ni. Alhamdulillah dapat jual walaupun dengan separuh harga.

Kami pun pergi tunggu budak tu dekat hentian Pudu. Pukul 1 kami bertolak dari KL dan pukul 7 tadi sampai kampus dia. Pukul 8 sampai rumah aku. Alhamdulillah Allah mudahkan perjalanan kami. sempat aku pesan kat budak tu. Nanti bagitau aku result paper tu.haha

Pengajaran :
1. Bersangka baik dengan Allah swt. Percaya apa sahaja berlaku ada hikmah
2. Cuba sedaya mungkin untuk melepaskan orang lain dari kesusahan.
3. Letakkan kebergantungan kepada Allah. Pasti bantuan dari Allah akan tiba. walaupun dari orang yang tidak kita kenali
4. Rajin2 servis kereta agar kereta boleh dipakai ad hoc untuk travel yang jauh. hahaha
5. Lagi 1. jangan ngada2 nak pergi konsert gangnam style. hahaha

wallahualam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang