PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Wednesday, October 30, 2013

"Hate You Mr Arrogant"

Irham merupakan seorang pelajar lepasan sarjana muda syariah dari luar negara. Kepulangannya ke kampung amat dinanti. Di harap agar beliau mampu merubah masyarakat kampungnya yang semakin jauh dengan seruan ilahi. Berjayakah beliau menjadi “pendakwah profilik” ataupun “pendakwah arrogant”? Bersama kita saksikan…

------------------

Di suatu petang di tepi kedai Kak Senah, Irham bertemu dengan sepasang anak muda yang sedang duduk bergurau senda.

“ Astaghfirullah.. Apa yang korang buat ni?” Soal Irham kepada anak muda tersebut
 “Kami duduk berborak je bang. Merapatkan silaturrahim antara kami. Ada masalah ke abang? Yang si lelaki menjawab sinis.

Irham yang ternyata seorang yang kurang sabar terus membalas. “Ah kamu berdua ni. Berdalih2 pulak. Terus lah buat perkara-perkara maksiat ni. Dengan yang perempuannya pakai tudung singkat lagi. Ish…Memang neraka lah tempatnya korang berdua ini”

Dengan keadaan menahan marah kerana seperti diperlekehkan beliau terus meninggalkan anak muda itu sebelum sempat mereka membalasnya.

Tanpa disedari oleh Irham, rupanya tindakanya dilihat oleh Haji Amran  yang sedang minum di kedai kak senah tersebut. Jauh dibenak hati Haji Amran tersimpan sedikit rasa kecewa dek kerana sikap Irham yang terlalu cepat menghukum.

“Ish, Ini bukan kali pertama si Irham buat begini. Dah berkali-kali dia ni terus menghukum tanpa usul periksa. Aku mesti sedarkan dia malam ni” Haji Amran bermonolog sendirian.

Malam itu selusai solat isyaa’ haji Amran memanggil Irham untuk tunggu sebentar.

“Irham, Ana ada sedikit perkara nak cakap ni” Haji Amran memulakan bicara

“Ya haji, Apa halnya?” Jawab irham

Haji Amran yang ternyata sudah menyusun ayat untuk menyedarkan Irham terus memberi nasihat kepada Irham
“Begini Irham, Ana tengok anta ini terlalu cepat menghukum. Tadi petang ana nampak anta memarahi anak muda tu. Belum sempat diorang tu mnjelaskan apa-apa anta dah mula meninggi suara, tidak baik begitu Irham. Mereka itu kan masih muda. Binalah hubunga yang baik dengan mereka terlebih dahulu. Bertanya apa yang patut”

“Diorang tu tak boleh diberi muka haji, Depan ana diorang bertepuk tampar. Rasa tercabar ana melihatnya” Irham cuba untuk mempertahankan tindakannya.

“Apa salahnya mereka bertepuk tampar Irham, Anta tu yang terlalu melulu, mereka tu sudah bernikah. Nikah gantung bulan lepas. Ana yang nikahkan mereka”Haji Amran memberi tamparan kepada Irham

Irham yang ternyata tersentak dengan penjelasan haji Amran sebentar tadi dengan muka sedikit tunduk menjawab “Erk, Mereka sudah menikah Haji? Ana memang tidak tahu langsung. Malunya ana Haji”

“Tu lah anta, Menghukum tanpa usul periksa. Ikut sangat darah muda anta tu” Haji Amran terus menyedarkan Irham

Haji Amran terus menyambung
“Begini Irham, Ana faham anta baru pulang dari luar negara. Inginkan perubahan yang baik di kampung kita. Namun anta kena ingat irham. Perubahan itu tidak berlaku dengan sekelip mata. Anta kena bijak membina hubungan dengan mad’u anta terlebih dahulu. Apabila hubungan sudah terbina maka mudahlah anta untuk menaympaikan dakwah. Anta jadilah penarik rambut didalam tepung. Tarik perlahan-lahan agar rambut tak putus tepung pun tidak berselerak. Lagi satu jangan terlalu cepat menghukum. Kita bukan tuhan untuk menghukum seseorang. Hari ini kita merasa diri kita beriman. Belum tentu lagi kita turut mati dalam keadaan beriman. Jangan memandang orang lain seperti tiada masa depan”

Irham yang tersedar menjawab “……………………………………………………………………………………………………………………….”

-Sekian-
Jawapan yang akhir tu aku malas nak tulis. Anggap sahaja korang lah irham. Boleh tulis sendiri. kahkahkahkah

Wallahualam..


Friday, October 25, 2013

HJ 01 : Selawat di hari jumaat


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)." [HR Al Baihaqi]


HJ bermaksud hadith jumaat. Setiap Hari jumaat aku akan kongsikan satu hadith untuk tatapan bersama.

Thursday, October 10, 2013

Kenangan di G&P Geotechnics Sdn Bhd

Tanggal 16 june 2010 ianya bermula… Hari pertama aku secara rasminya masuk ke alam kerjaya dan bekerja sebagai Engineering Geologist di G&P Geotechnics Sdn Bhd. Esok bersamaan dengan 11 September 2013 pula adalah hari terakhir aku bersama dengan G&P. Lebih 3 tahun kome oi. Banyak pengalaman yang aku dapat. Bukan pengalaman kerja je. Macam2 ada. Tapi pengalaman kerja malas aku nak cerita. Ni nak cerita pengalaman di luar kerja..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang