PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Saturday, November 16, 2013

Perkahwinan bukan pemisah persahabatan

Seminggu dua ini aku terfikir,
tanpa sedar perkahwinan menjadi dinding,
dinding antara yang bujang dan berumahtangga,
Namun aku tidak setuju akan hal ini,
seharusnya tidak perlu ada dinding pemisah itu,
Dinding sempadan yang menyahkan ikatan,

Terngiang-ngiang di telinga,
kata kawan bujangku. "Ini group whats app untuk orang bujang"
Aku gelak kecil.namun di sudut hati merasakan ini tidak adil,
kezaliman apakah yang berlaku kepada manusia berkahwin?
Apakah insan berkahwin tak layak untuk bersosial?

Benar. Kita akui bahawa komitmen orang berkahwin akan bertambah,
Namun amat malang jika pertambahan komitmen itu meleburkan ikatan persahabatan yang akrab,
Jika dulu futsal seminggu sekali, mengeteh setiap hari,
namun bila berkahwin. Perlu juga tunaikan hak mereka.
Berfutsal sebulan sekali. mengeteh sebulan sekali,
Ah. pastinya direstui isteri. selagi bukan menggedik dengan betina lain.

Akhir kata, Buat yang bujang dan berkahwin.
Jangan sekali. walau sedetik.
kamu mewujudkan pemisah antara duanya.
yakinlah.
member is member. bini is bini.
keduanya punya hak yang sepatutnya.

wallahualam

Friday, November 15, 2013

HJ 04 : Jauhi sifat zalim dan kedekut

Dari Jabir rah, dia berkata, Rasulullah saw bersabda :

Jauhilah kezaliman kerana kezaliman ialah kegelapan pada Hari Kiamat. Dan jauhilah perbuatan kikir kerana ia telah membinasakan orang-orang sebelum kalian.

(Hadith Riwayat Muslim)

rujukan : Terjemahan bulaghul maram  (1529)

komen aku : Baru semalam aku tengok video pak menteri yang zalim kerana sifat kedekutnya apabila MP dari PR mengusulkan untuk dipotong elaun. kebetulan jumpa hadith ni hari ini.

** HJ bermaksud hadith jumaat. Setiap Hari jumaat aku akan kongsikan satu hadith untuk tatapan bersama.

Thursday, November 14, 2013

Aku dan Pembedahan ACL (part 1)

Bismillahirrahmanirrahim...

Esok genaplah tujuh minggu aku telah menjalanai pembedahan rekonstruksi ACL. dah 7 minggu baru aku sempat nak share kat sini. Sori la.. Nak menap tu ada tapi perasaan malas tu menguasai diri.hoho.

Sebelum pergi jauh. mesti kome tak tahu kan ape tu ACL. Aku pun before kena dulu memang tak tahu pun. ACL ni nama panjangnya Anterior Cruciate Ligamen. Kira dia ni adalah salah satu ligamen utama kat lutut. Ligamen tu yang benda yang menyambungkan antara tulang lutut dan tulang kaki. Tengok gambar dibawah ni.



Masalah ACL aku bermula 

Dalam beberapa bulan lalu. Aku main futsal dengan kawan2 Pemuda PAS. Time tu main kat Putrajaya. Gelecek punya gelecek sekali aku terjatuh. Aku ni main futsal memang suka menggentel. Hari tu mungkin aku dah sampai limit kot. Sebab hari isnin futsal, Rabu futsal, khamis badminton jumaat pulak futsal. yang time hari jumaat tu yang aku kena. Tapi time tu aku tak jumpa pakar pun. Aku just pergi jumpa klinik mediviron. Walaupun dia suruh aku pergi jumpa pakar tapi aku tak pergi jumpa sebab aku kena jaga projek kat Tasik Kenyir. Hulu Terengganu. Nak cari bank pun jauh wooo... Ni kan nak pergi cari Doktor Pakar.

Setelah beberapa bulan keadaan still tak memberangsangkan. Aku pergi mengurut, Aku rasa ini yang punca ligamen aku bukan saja koyak. malah putus terus.. hoho. So aku nasihatkan kalau kome2 kena ACL ni jangan menggedik nak pergi  mengurut. \

Time bulan puasa hari tu kaki aku dah makin ok dan boleh lipat habis. Mungkin kesan banyak solat sunat kot. hahaha. Aku pun try la main badminton dalam bulan 9 tu. Walaupun tak berapa perform tapi kira dah ok la tu. Aku pun try main futsal pulak. Kali ni dengan kawan2 KIZ UKM dulu. Time tu aku jatuh lagi sekali. Rasa nak pitam dah time tu. Before ni aku tak rasa aku punya kaki ada masalah serius. Tapi lepas jatuh kali kedua ni aku rasa memang ada something serious...

Akibat dah rasa macam memang masalah ACL ni. So aku pun pergi jumpa Doktor Pakar kat Ampang Puteri. Namanya Dr Syed Ali As Saggof. Keturunan nabi ni weh. ossem!  Dia cek aku time tu memang katanya masalah ACL. So dia nasihatkan aku buat MRI scan. Ni lah hasilnya...


Ada lagi beberapa keping gambar. Yang aku pun tak tau nak tengok macam mana. Aku tau kome pun tak tau nak tengok kan? haha. Takpelah.. Tengok gambar scan luaran ni memang kita tak faham. Tengok je gambar sebenar. Gambar time doktor bedah kaki aku. Dia ada ambik gambar sebelum dan selepas rekonstruksi ACL dilakukan.. Time aku follow up kali kedua dia bagi. Buat souvenir katanya. Boleh tahan Doktor ni bergurau dengan aku. haha

Tapi aku tak uplad sekarang. Nantikan part 2 dari aku..tunguuuuuuuuuuuu. hahaha...

wallahualam...

Friday, November 8, 2013

HJ 03 : Penuhi undangan perkahwinan

Dari Abu Hurairah r.a.h, Dia berkata Rusulullah s.a.w bersabda

"Apabila salah seorang di antara kalian diundang, hendaklah ia memenuhi undangan tersebut. Jika ia sedang berpuasa, hendaklah ia mendoakan, Jika ia tidak berpuasa, Hendaklah ia makan."

(Hadith riwayat Muslim)

rujukan : Terjemahan bulaghul maram  (1077)

komen : apa lagi? cuba sedaya upaya untuk memenuhi jemputan kenalan2 kome yang nak kahwin tu..


Friday, November 1, 2013

HJ 02 : Berbuat baik kepada ibu bapa

Usair bin Jabir berkata:

Biasanya ‘Umar al-Khaththab apabila datang pasukan (pejuang) bantuan daripada Yaman, dia akan bertanya kepada mereka sama ada di kalangan mereka ada seorang yang bernama Uwais bin ‘Amar. Sehingga ke satu ketika beliau bertemu dengan Uwais bin ‘Amar.

Lalu beliau bertanya: “Andakah Uwais bin ‘Amar?”

Orang itu menjawab: “Ya.”

‘Umar bertanya lagi: “Daripada Murod, kemudian daripada Qarn?”

“Ya” jawab orang tersebut.

‘Umar bertanya lagi: “Apakah anda memiliki belang (di badan) lalu kamu sembuh kecuali satu bahagian sebesar duit sedirham?”

Orang itu menjawab: “Ya.”


‘Umar bertanya lagi: “Adakah anda memiliki ibu?”

Orang itu menjawab: “Ya.”.

Lantas ‘Umar berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Akan datang kepada kalian Uwais bin ‘Amar bersama pasukan bantuan daripada Yaman. (Dia) daripada Murod, kemudian daripada Qarn. Dia dahulunya memiliki penyakit belang lalu telah sembuh daripadanya kecuali satu bahagian sebesar satu dirham. Dia memiliki seorang ibu yang dia selalu berbakti kepadanya. Seandainya dia bersumpah dengan nama Allah, nescaya Allah akan mengabulkan sumpahnya itu. Jika kamu mampu memintanya memohon ampun untuk kamu, maka lakukanlah.”Berkata ‘Umar: “Mintakanlah ampun untuk aku.”Maka Uwais meminta ampun untuk ‘Umar.[1]

[1] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 2542 (Kitab Fadha’il al-Shahabah, Bab keutamaan Uwais al-Qarni).


Tudia... Bukan main lagi tinggi darjat orang yang berbuat baik dengan ibu bapa. so ape lagi kome?? moh buat baik dengan ibu bapa.


** HJ bermaksud hadith jumaat. Setiap Hari jumaat aku akan kongsikan satu hadith untuk tatapan bersama.


Lagi hadith di : http://aminhusain85.blogspot.com/2013/03/kedudukan-ibubapa-dalam-islam.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang