"Mak mintak maaf menyusahkan semua anak dan menantu mak" luah seorang ibu kepada anaknya yang menjaganya pada hari itu.
Sang anaknya menahan sedih dihati. Cuma mengempang air mata keharuan dari melaju turun membasahi pipi.
"Mana ada susah mak. Tanggungjawab kami" Si anak membalas sambil memalingkan muka ke arah dinding. Mengharap agar ibunya tidak perasan akan ada takungan kecil airmata di kelopaknya.
Sepanjang hidup mak inilah kali pertama mak ditahan di wad. Kesukaran bernafas, mata kekuningan, kandungan air kecing yang tidak normal dan beberapa syptom lain sudah cukup menggusarkan anak-anaknya, Namun sebelum di bawa ke hospital. Mak sangat berat hati untuk pergi ke hospital walaupun keadaan kesihatnnya sangat tidak stabil ketika itu
"Siapa nak jaga mak nanti? Nyusahkan sahaja" Itulah kata-kata yang terbit dari seorang ibu yang punyai 12 orang anak dan 10 orang menantu,
Begitulah resmi seorang ibu. Tidak terlintas untuk menyusahkan anak-anaknya. Kasih sayang yang disemai sedari awal kehamilan sehingga kini tidak sekali-kali luntur dek peredaran masa. Seboleh mungkin memberi yang terbaik kepada anaknya walaupun dalam keadaan yang sangat sukar!
Kisah ini hanya secebis dari jutaan kisah-kisah kecintaan ibu kepada anaknya. kamu sebagai anak kenangilah jasa ibumu. Apalah sangat kepenatan kita berkhidmat kepada mereka yang sangat sedikit berbanding kepenatan selama 9 bulan mengandungkanmu. Bersabung nyawa melahirkanmu dan perngorbanan membesarkan mu.
Dan ibu itu adalah ibuku. Sungguh. Aku sayang ibuku kerana Allah!
Moga Allah panjangkan usia dan memberikan kesihatan kepada Ibuku. Amin.
-Anak Mak yang ke 10-
Anak manja mak :)