PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Wednesday, December 3, 2014

#StoryUmphh 1 : Kanak2 itu mengajar aku tentang....

Minggu lalu aku pergi bersarapan dengan isteri dan anakanda tercinta. Ketika aku makan, datang seorang kanak2 perempuan "meng agah" (aku tak tahu bahasa standard dia apa. huhu) anak aku. Aku dan isteri biarkan sahaja.

Tiba tiba dia menyatakan sesuatu kepada aku sambil tunduk mengambil sesuatu di bawah kerusiku. terus dia memberikan 2 keping not seringgit yang jatuh itu kepada aku.

Aku berbisik sendirian. Bagus budak ni. JUJUR. Lantas kuberikan duit tersebut kepadanya.

Dia pun berlalu...

Belum pun dia luput di pandangan. isteriku menyatakan dia ternampak kanak kanak perempuan itu memberikan sekeping nota seringgit kepada adiknya. Bahagi sama rata dengan adiknya.

Dapat something? share di bahagian komen.

Nota: #StoryUmphh adalah himpunan cerita yang boleh kita ambil tauladan darinya.




Friday, November 21, 2014

KEWAJIBAN VS KEINGINAN

Solat adalah satu perkara yang wajib.
Selagimana kewajiban itu tidak bertukar menajdi keinginan.
Maka tidak timbul kemanisan dalam bersolat.
Kerana dengan kemanisan akan menatijahkan keinginan.
Keinginan yang membara.
Hingga kedatangannya sangat dinanti.

Ibarat... errrr.... Ibarat...

Ibarat menantikan gaji di penghujung bulan :D

Soalnya..

Kita solat kerana wajib ataupun ingin??

Friday, September 19, 2014

NAJIS Vs BAJA.

Dahulu time aku kerja kat Cameron Highland ada orang buat banner.
Iklannya nak beli tahi ayam.

Pergh..
Begitu bernilanya NAJIS..
Yang kita duk benci sangat tu.

Kerna NAJIS itu bisa menjadi BAJA.

Sedangkan NAJIS yang hakiki pun boleh menjadi baja.
Apatah lagi jika kita belum pasti ianya NAJIS atau tidak.
Cuma kita LABEL kan dia sebagai NAJIS.

NOW.

Siapa yang kamu bayang dia adalah NAJIS dalam "persatuan" kamu?

Jika ada nama yang terlintas.
Maka ada perkara yang anda perlu uruskan.

Kerna mungkin sahaja hari ini kita rasa dia NAJIS.
ESOK lusa masih belum pasti.

Moga bersama kita menjadi BAJA.

Gambar hiasan : Comel tak? :)

Thursday, September 18, 2014

Sahabat: Hulurkanlah Tali Ukhwah

Sahabat..

Hentikan budaya fitnah,
Melabel "dia" kecelaruan fikrah.

Ayuh hulurkan tali ukhwah,
Kerna denai ini bukannya mudah,

Moga thabat di dalam jemaah,
Hanya semata kerana ALLAH,

Moga kelak beroleh jannah

Tuesday, July 22, 2014

NOTA UNTUK YANG BERGELAR STUDENT


STUDENT -> PEKERJA -> SUAMI ORANG -> BAPAK ORANG

Alam ini telah aku lalui. Ramadhan di alam yang berbeza ini nyata berbeza.

Pengalaman melalui alam ini cukup terkesan kepada aku untuk mencoret peringatan ini. Peringatan yang aku taipkan khas untuk rakan2 yang masih belum ditekan dengan tanggungjawab demi tangunggjawab.

Kalau status kita tu setakat STUDENT je. Jangan nak poyo kata kita tak tak sempat nak amal itu dan ini. Masa itu kita punya. Paling2 pun busy sikit dengan esaimen yang di hantar last minit.

Alam PEKERJA. Time alam ni tanggungjawab sudah sedikit menekan. Paling kurang 8 jam sehari masa kita telah dibeli oleh majikan kita. Tu belum kira yang pekerja cemerlang kerja lebih masa lagi. Masa untuk beribadah semakin suntuk!

Alam SUAMI orang. Aku baru alami ketiak ramdhan yang lalu. Jika zaman bujang dulu segalanya lone ranger. Pedulik apa aku nak makan berbuka kat masjid mana pun. Nak terawih di mana dan iktikaf di mana pun. Tapi bila dah kahwin ianya terus berubah. Ada tangungjawab yang perlu di lunaskan.

Alam BAPAK orang.. Waaa.. Ini alam yang baru. Tanggungjawab semakin menekan. Masa pula semakin terasa suntuk. Memang memerlukan mujahadah yang tinggi untuk beramal. Tambah pulak pakej dengan jadi Usahawan sepenuh masa. Kadang2 time solat pun teringat tentang business. Demmm...

KESIMPULAN:

Selagi mana kita masih belum diamanahkan tangungjawab yang pelbagai. Terutamanya di alam student. Manfaat sebaik mungkin. Kalau di zaman student kita tidak mampu untuk melakukan mujahadah yang kecil maka bagaimana kita ingin menghadapi alam yang akan datang yang memerlukan mujahadah yang lebih besar dalam beramal.

Ada masa berbaki kurang dari seminggu untuk kita bersama dengan ramadhan. Moga2 kita mampu bermujahadah melawan nafsu dan bijak mengurus tangungjawab duniawi agar ukhrawi tidak terabai.

Gambar Hiasan ketika mengacau dodol di zaman student


Wallahualam.

Saturday, May 10, 2014

KISAH 3 TETAMU RUMAH AKU. (AWAS!. kisah menyayat hati)


Ada 3 orang tetamu datang rumah aku beberapa tahun lalu.

Diorang datang time tu sebabnya tok sedara aku bepakat dengan kawan dia untuk bawak dia masuk rumah kami.

Mula-mula tension jugak dengan dia ni.

Tapi lama-lama kami sama2 besarkan rumah kami, sapu sampah dan macam-macam lagi la.

So sekarang ni aku dah pun anggap diorang ni yang dahulunya tetamu dah ibarat ahli rumah kami yang tetap.

Cuma diorang ni ada la yang berlain sikit dengan kami.

kami adik beradik suka tengok cerita cerekarama

tapi diorang bertiga pula suka tengok pearl screen. nak2 pulak kalau cerita kungfu

Jenuh jugak la nak bagi diorang pun minat tengok cerekarama.

Dulu memang kalau kami tengok cerekarama diorang akan duduk bilik buat tak reti je.

sekarang ni bila time kami tengok cerekarama ada la seorang dah tengok sekali, seorang lagi dah mula intai2. cuma ada sorang lagi tu yang duduk kat bilik.

Tapi tiba2 sekarang ni adik aku yang baru setahun jagung tu duk melenting tak tentu pasal.

Puncanya yang seorang yang masih duduk dalam bilik tu kata jangan asyik tengok cerekarama je. Membazir dan takde faedah.

Tapi adik aku ni pergi salahkan ketiga-tiga diorang ni. Cakap yang 3 orang ni adalah penceroboh rumah kami.

Penyudahnya ketiga2 orang ni dah makin jauh dengan kami.

Sob3x betoi aku rasa...

Penat aku dengan adik beradik lain duk tarik diorang tengok cerekarama sama2. Makan tahun beb..

Slumber je adik aku ni potong stim. hampeh betoi.


soalnya skerang sape kat sini sokong ISMA?? haha

Thursday, May 8, 2014

BAITUL MUSLIM ITU BAITUL DAKWAH

INFIRU dan BAITUL MUSLIM

Pertama kali aku mendengar kalimat ini adalah ketika kak Rabiatul Adawiah Abdul Rahim  membacakan ayat tersebut sebagai tazkirah sebelum kami memulakan mesyuarat untuk PRK di UKM dulu. Sampai sekarang aku ingat bicara yang menyuruh kami semua bergerak walaupun dalam keadaan susah mahupun senang.

Kalimat ini terus kuat melekat di dalam hatiku apabila "Infiru" dijadikan tema ketika  aku jadi perwakilan PEMUDA PAS BTR pada muktamar DPP Malaysia [Official] yang lalu. Banyak butir kata ucaptama Al Fadhil Ustaz Nasrudin Hassan At Tantawi seharusnya menjadi pengobar semangat kepada jundi agama.

APA ITU INFIRU?

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"

 (At Taubah :41)

Secara ringkasnya INFIRU adalah semboyan dari Allah swt kepada umatnya agar berangkat berjuang di jalan Allah. Perjuangan itu tidak mengira samada kita dalam keadaan susah mahupun senang.

BAITUL MUSLIM ADALAH BAITUL DAKWAH

Aku yakin, Pasti ramai kalangan kalian yang merasakan ingin membina Baitul Muslim, Rumah yang dimana di dalamnya adanya usrah bersama keluarga, tazkirah, solat bersama, baca Al Quran bersama. Indah sungguh apabila rumahtangga yang dibina benar-benar diserikan dengan amal ibadah kepada Allah.

Namun, seharusnya Baitul Muslim tidak terhenti peranannya hanya di situ. Baitul Muslim yang sebenar adalah apabila rumahtangga yang dibina adalah untuk mengembangkan nilai-nilai islam bukan sahaja di rumah sendiri malah di dalam masyarakat sekitarnya!

Seharusnya kita mengimpikan kita bersama pasangan masing-masing terjun ke lapangan dakwah kepada masyarakat. Di sinilah baru berperanan fardil muslim yang di formulakan mengikut fasanya

Individu Muslim -> Baitul Muslim (Keluarga Muslim) -> Masyarakat Muslim -> Negara Islam -> Khilafah Islamiah -> istazi'atul 'alam

Baitul Muslim itu adalah seharusnya juga Baitul Dakwah dan juga Baitul Haraki ke arah fasa berikutnya iaitu masyarakat muslim.

Harash Collections ITU USAHA BAITUL DAKWAH KAMI

Mungkin kalian sudah tahu akan tema yang di bawa oleh baju-baju keluaran kami. Komen yang paling biasa yang kami dengar adalah "sweet". Benar. sweet juga kami ingin bawakan. Kerana sweet sebenar adalah sweet yang halal. Namun di sebalik sweet itu kami bawakan bahan dakwah kami kepada masyarakat di sekitar kami. Bermula dengan design yang menyeru membina individu muslim di dalam ahli rumahtangga itu hinggalah yang terbaru ini adalah seruan untuk Baitul Muslim itu dijadikan Baitul Dakwah dan Baitul Haraki. Ini sahaja antara usaha yang kami suami isteri (cc: my wife Aida Rahayu Full) mampu lakukan sebagai tangungjawab dakwah. Moga ianya benar-benar menjadi saham kami di akhirat kelak.



KESIMPULAN

Kami menyeru kepada kalian semua bergerak menjadi individu muslim dan seterusnya  berINFIRU untuk menyebarkan kemanisan agama ini kepada masyarakat di sekitar kalian. Sungguh. Umat ini sedang sakit. Terlalu banyak kerja yang kita perlu lakukan.

INFIRU!

Moga Allah Redha

Thursday, April 10, 2014

Ibrah dari labour room

INSAF,

SEBAK,

TERHARU,

Sebenarnya tiada perkataan dapat diungkap.
Tika berpengalaman sendiri menemani isteri di dalam "labour room"

Aku melihat keadaan itu melalui dua kacamata.

Kacamata seorang suami.
Yang kurasakan seperti orang bodoh dan tidak berdaya apa-apa tika melihat isteri menahan kesakitan.
Hanya mampu memberi moral support semata-mata.
Ingin sahaja meminta agar rasa sakit itu di bahagi dua jika dibenarkan.
Namun sunnatullah itu telah berlaku dengan seadilnya.
Ku tahan gelojak di dalam jiwa.
Penuh pengharapan. agar keduanya selamat.
Uwekkk.
Akhirnya anak itu lahir.
Isteri tersenyum dalam kelelahan.
Moga lelahnya itu menjadi bekal untuk dia bertemu tuhan.


Kacamata yang lain.
Aku melihat sebagai seorang anak.
Ku bayangkan kesakitan yang ditanggung oleh ibuku tika melahirkanku 26 tahun dahulu.
Oh. Sungguh. Perasaan yang berbaur itu datang.
Terbayang2 apakah telah ku balas kesakitan yang ibuku tanggung tika dia bersabung nyawa melahirkan ku.
Malam itu.
Ibuku datang melawat cucunya.
Memberi ucapan tahniah keoada ankanya ini yang telah bergelar bapa.
Ku kucup tangannya. Ku peluk tubuh nya.  Ku cium pipinya.
Sungguh aku sayangkan dia sepenuh jiwa.

Syukur.

Allah memberi akal untuk aku berfikir.

Menghargai jerih dan payah mereka.
Menjadi azimat untuk ku berbakti sebagai anak dan suami.

Buat rakanku bergelar suami dan anak.
Hargailah mereka.
Jika berpeluang harungilah situasi itu bersama dengan isterimu.
Agar boleh kamu lihat dengan mata kepala sendiri.
Betapa besarnya pengorbanan ibu dan isteri.


Tuesday, April 1, 2014

-Ceritera Ahmad BEDAL 1 "Kosongkan Tangki air mu"-

Ahmad berehat keletihan. Beliau baru sahaja selesai membaiki tangki air di rumahnya.

“Minum air ni dulu bang” isterinya menyapa dari belakang sambil membawa air kopi kapal api kaw kegemarannya.

Sambil menikmati kopi tersebut Ahmad termenung jauh. Cuba mengutip pengajaran dari tangki air yang dibaikinya sebentar tadi.

“Abang dah dapat sayang! Abang dah dapat!”

Ahmad bersuara separa sorak kepada isterinya.

Ahmad memulakan buah bicara

“Sistem tangki air mempunyai beberapan bahagian yang penting. Antara bahagian terpenting ialah pelampung. Pelampung ini akan menyebabkan air yang ingin masuk ke dalam tangki akan tersekat. Hal ini apabila tangki yang ingin di isikan dengan air ini telahpun penuh. Maka tiada lagi air yang akan masuk”

“Ok. Yang tu ayang dah tahu. Tapi apa yang abang dapat?” Ayu bertanya kepada suaminya.

“Begini. Kehidupan kita juga begitu. Dalam menuntut ilmu. Kita perlu memastikan bahawa  tangki ilmu kita mempunyai ruang agar ilmu yang dikongsikan dapat masuk ke dalam tangki ilmu kita” Ahmad menerangkan kepada isterinya.

“Oh. Begitu. Tapi apa kebaikannya kita buat begitu abang?” Isterinya inginkan penjelasan.

“Kadangkala mungkin sahaja kita merasakan kita sudah tahu tentang perkara yang ingin orang lain sampaikan.  Namun percayalah dengan merasakan kita masih belum tahu membuatkan kita lebih tahu dari apa yang kita sudah tahu sekarang” Ahmad menghuraikan dengan lebih jelas.

“Maksudnya kita perlu buang ilmu yang kita tahu ke abang? Macam pelik je bunyi nya” Ayu membalas.

“Eh. Ke situ pulak sayang abang ni. Abang tak kata kita kena  menarik “flush” tangki ilmu kita agar ada ruang lagi untuk ilmu menyerap masuk. Tapi lebih baiknya kita merasakan bahawa tangki ilmu di dunia ini adalah terlalu besar dan mustahil untuk tangki itu penuh. Bayangkan ilmu yang kita ada selama ini hanyalah ada beberapa titis sahaja dari keseluruhan tangki ilmu”

“Waa.. Bagus la abang. Saya pun teringat akan firman Allah dalam surah Al Kahfi yang kita baca setiap malam jumaat tu. Maksudnya.

"Katakanlah, kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.”

Ayu menyambung penerangan suaminya.

“Haa... Bijak Isteri abang!” Ahmad memuji isterinya.

“Ye la cik abang oi.. Minum air tu cepat” Isterinya membalas manja.

Selepas selesai minum petang Ahmad dan Ayu berlalu pergi. Ingin bersiap ke masjid negeri. Ada ceramah Ustaz Azhar Idrus katanya.

****end****


Ilmu Allah ini terlalu luas untuk kita mendabik dada mengatakan aku sudah tahu itu dan ini. Andai timbul rasa bahawa tangki ilmu kita telah penuh maka kita perlu bermuhasabah. Setiap kali bahan ilmu ingin menjengah kepada kita pastikan kita lapangkan fikiran kosongkan tangki dan mulakan proses penerimaan ilmu dengan nama Allah!!


Friday, March 28, 2014

Jangan Infaq!

*Tajuk di atas hanya provokasi. haha

Semalam aku menghantar whats app kepada kawan2 aku untuk memohon sedikit infaq untuk program "dakwah oriented" yang akan aku dan kawan2 aku yang lain akan lakukan.

Allahurabbi. Allah yang membuka hati mereka untuk infaq. Belum pun sampai 24 jam. Sudah hampir RM1000 kutipan infaq yang aku dapat. Ada beberapa perkara ingin aku kongsikan.

1. Selepas kawan aku masukkan RM100 dia bagi mesej kat aku.

"Tu yg termampu. Nak sampaikan ilmu kat budak2, ilmu aku pun tak cukup lagi. hehe"

Allahurabbi. Teringat aku akan kisah Hasan Al Banna ketika di suatu program. Selepas habis memberi ilmu beliau menyusun kerusi. Apabila di sapa oleh anak murudnya akan tindakannya. Beliau menjawab. Aku tidak tahu amal yang mana akan membawa aku ke syurga (bahasa olahan aku).

Moga sama2 ada sedikit saham dalam kita sama2 berfastabiqul khairat.

2. Ada seorang kawan aku. bila aku mintak infaq. dia balas

"tp x byk la ak dpt kasi. tgh save2 gak ni. haha"

Aku tahu. dia bakal mendirikan rumah tangga. banyak nak pakai duit. Tapi subhanallah. Kerja Allah yang melorongkan hati. Setakat ini beliau lah yang memberikan infaq yang paling tinggi iaitu bernilai RM200. Moga Allah memudahkan urusan pernikahnnya.

3. Aku terharu. Sangat terharu. Kawan2 yang aku hantar mesej ni bukan lah "so called islamic" Mereka adalah insan2 biasa. Teman sepermainan. Teman sekepala. Teman semerepek. bak kata orang. teman ho ha ho ha je la... Tapi aku yakin semua orang ada nilai. Yang terkadang tiada pada insan2 " so called islamis"

Moga Allah merahmati kawan2 ku semua.

Untuk kawan2 aku yang bujang lagi. Bila diorang balas mesej aku akan akhiri dengan "Moga cepat kawen.haha"

Sekian sahaja perkongsian di hari jumaat aku. Aku akhiri dengan serangkap pantun.

Pergi jumaat karang jangan lambat
Dah sampai jangan pulak duk melepak,
Hari ni kan hari jumaat.
Kome pergi masjid nanti jangan lupa Infaq!

p/s: kalau ada yang nak infaq untuk program kami nanti tu boleh PM aku.:)

Thursday, March 27, 2014

Pesanan untuk kaki futsal

Hari ini 27.3.14.

Bermakna genap 6 bulan aku menjalani pembedahan ACL. Untuk meraikan hari dijadualkan aku boleh kembali bermain futsal ini maka teringin pulak aku nak nasihat kepada kaki-kaki futsal di luar sana. haha

Sebelum tu. Gambar di atas adalah gambar sebelum pembedahan dijalankan. Ce cari mana satu ligamen yang dah putus tu. Kalu korang rasa korang nak terputus ligamen korang tu boleh lah abaikan nasihat di bawah.

1. Sebelum bermain pastikan korang stretching secukupnya. Time aku kena dulu memang tak sempat stretching. terus masuk court je.. Ni tak. Kita ni time wakil sekolah dulu bukan main lagi stretching. Takut digelar poyo la membuatkan kita malas nak stretching. kalau kawan2 cina aku rajin je diorang stretching (panorama time main badminton). Orang kita je pemalas aka penyegan.

2. Ketahui limit anda. setiap orang ada limit untuk bersukan. Bergantung kepada fitness masing2. Time aku jatuh dulu ada lah kali ketiga aku bermain futsal dalam seminggu. Di tambah dengan sekali main badminton dan setiap petang main pingpong. Dah diri di mamah usia. sedar la diri sikit. haha. Oleh itu. berpada2 lah bersukan. Cukup sekadar untuk sihatkan badan sudeyy...

3. Main jangan nak semangat sangat. Tapi masalah aku adalah aku memang suka main sungguh2. Bajet macam menang game tu dapat hadiah Futsal Metro jutaan ringgit. Kalau tak score paling kurang sebijik dalam setiap game rasa macam tak lengkap game tersebut. haha.. Oleh itu. kena berpada2. Main rilek2 sudah. Yang penting menang.... hahaha

4. Bila wife dah macam tak sedap hati nak bagi main tu jangan menggedik nak main jugak. Naluri seorang isteri ini lain. Ye la.. Pasal sayang kat laki dia la yang dia macam tak sedap hati nak bagi main. Tapi jangan salah sangka. Bini aku amat menggalakkan aku untuk bersukan. Kempiskan perut la katakan.. haha

5. Pesanan tambahan. tutup aurat. kalau power camne pun tutup aurat tu. Piya pun tutup aurat boh. jangan lah di ikutkan sangat perangai Forkey doe tu. Kan beza korang dengan forkey doe tu.

Sekian sahaja pesanan dari aku. Moga ambik pengajaran.

Lagi satu. perasan tak Wan Zack Haikal sudah bakal kembali beraksi. Di sebabkan dia operate ACL beberapa hari selepas aku. Ini bermakna aku pun bakal kembali beraksi. yeaahhhh...

Court Futsal Mu Tunggu Aku Datang!!


Tuesday, March 25, 2014

MH370 Vs IM529

Sepanjang 4 jam perjalan dari Jenderam ke Cameron Highland pagi tadi.

Kutukarkan channel di radio aku. Sinar, ERA, IKIM dan Bernama radio bersilih ganti.

Semua berkisar tentang kepiluan yang sama.

Namun ada satu yang ku kesan.

Hanya ada satu channel yang berbicara tentang hukuman mati kepada mujahid IM.

Sampai di cameron. Bukak FB. Juga begitu.

Nisbah yang berbicara tentang IM529 hanya kurang lebih 10%

Ini kuasa media. Media mencorak suasana.

Aku sendiri gagal berhenti berfikir tentang MH370 untuk beralih kepada nasib mujahid di Mesir.

Sedangkan di Mesir mereka lagi ramai. Bukannya calangan orang yang di hukum mati.

Bukan menafikan kesedihan tentang MH370.

Tapi bercakap soal yang mana lebih harus disedihkan?

yang mana harus diperjuangkan?

kamu Islam. Aku islam. Mereka pejuang Islam. Yang menjatuhkan hukuman mati juga Islam.

Di mana sensitiviti aku dan kamu wahai Umat Islam??

#PRAY4IM529

Thursday, March 6, 2014

MANDIKAN KOTORAN HARIANMU

Iskandar merupakan seorang yang sangat teliti dengan kebersihan dirinya. Setiap hari beliau akan memastikan beliau akan mandi 3 kali sehari tanpa tertinggal bahkan sehari. Walau sesibuk mana beliau beliau akan tetap melakukannya kerana baginya selepas mandi beliau punyai satu kepuasan dan kesegaran untuk meneruskan aktiviti hariannya. Namun kini Iskandar merasakan beliau perlu mandi 5 kali sehari. Persoalannya. Adakah Iskandar akan sentiasa merasa lebih puas dan segar? Bagaimana tahap kebersihannya?

Sudah tentu jawapannya adalah ya dan sangat bersih! Kita petik hadis nabi yang di riwayat oleh Bukhari dan Muslim ni.

 Bagaimana pendapatmu jika ada sungai di depan pintu rumah di antaramu, mandi di sana lima kali sehari, apakah masih ada daki di tubuhnya?” Mereka menjawab, “Tidak ada, ya Rasulallah.” Sabda Nabi, “Itulah perumpamaan shalat lima waktu, Allah menghapus kesalahan dengan shalat.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Nah. Itulah ibaratnya kita yang menghadapi kotoran harian duniawi. Solat hadir sebagai ritual penyucian bukan sekadar menyucikan kotoran luaran. Malah lebih penting ianya menjadi ritual penyucian jiwa. Jiwa yang akan memberi kesan kepada setiap tingkah laku kita di sepanjang hari.

Apa akan terjadi jika ritual penyucian yang sepatutnya kita lakukan 5 kali dalam sehari ini kita abaikan. Daki yang tertinggal akibat kurangnya agen penyucian ini akan terkumpul dari hari ke hari lantas membuatkan jiwa kita semakin gelap. Gelap untuk menerima hidayah Allah dan jauh dari pekerti ubudiah kepada Rabb yang satu.

Aku terkenangkan zaman “gelap” aku dahulu. Zaman di kala aku belum benar-benar melakukan solat 5 kali sehari semalam. Ketika itu aku terbaca satu tips untuk memastikan kita kekal bersolat dan rasa gelisah jika tidak melakukannya.

Jagalah solat selama 40 hari. Insyaallah akan timbul rasa sedemikian selepas dari itu.

Alhamdulillah selepas dari itu Allah memberi kekuatan kepada aku untuk melakukan “mandian” jiwa tersebut setiap kali di wajibkan. Andai anda masih lagi punyai masalah menjaga solat maka boleh cuba lakukan tips ini. Jika anda sudahpun menjaga dengan baik maka kongsikan kepada kenalan anda yang dirasakan perlu.


Moga ada sedikit manfaat buat umat.

Time ni bukan saja mandi. tapi mandi manda,main dan mejala. 

Monday, March 3, 2014

Cerpen: Apa itu adil bagimu?

Nazmi dan Karim adalah kembar seiras. Namun nasib mereka berbeza-beza.

Ketika di alam sekolah menengah kedua mereka sangat rajin belajar. Sekolah yang sama, Kelas tuisyen yang sama dan belajar juga bersama-sama. Namun ketika keputusan SPM dikeluarkan Karim hanya mendapat 4A manakala Nazmi mendapat 8A. Karim merasakan tuhan tidak adil kepadanya.

Karim ditawarkan buat A level untuk sambung belajar ke UK manakala Nazmi hanya menyambung ke matrikulasi. Namun terdapat masalah dalam sponsorship Karim ke UK hinggakan beliau tidak dapat fly ke sana. Nazmi pula ditawarkan petronas untuk ditaja belajar di Aussie selepas tamat matrikulasi. Karim pula hanya sambung belajar di university tempatan. Karim pula merasakan tuhan tidak adil kepadanya.
Setelah 4 tahun belajar di university akhirnya kedua mereka tamat pengajian dengan jayanya. Keduanya dengan ijazah sarjanamuda kejuruteraan mekanikal.

Kini tiba masa untuk mohon pekerjaan. Ternyata kali ini nasib Karim lebih baik. Selepas seminggu tamat pengajian beliau ditawarkan untuk bekerja dengan Shell Malaysia Bhd dengan gaji RM5.5k sebulan. Nazmi pula belum mendapat pekerjaan. Petronas tidak mengambilnya bekerja kerana ketiadaan jawatan kosong untuknya. Akhirnya Nazmi terpaksa menerima tawaran dari sebuah kilang di Ipoh dengan gaji RM2.2k sebulan. Nazmi merasakan tuhan tidak adil baginya!

Masa berganjak. Kini Nazmi punya buah hati. Baru sahaja 2 tahun bekerja beliau telah diijabkabulkan dengan Maisarah. Karim pula sentiasa ada masalah dengan semua wanita yang pernah berhubung dengannya. Sudah 7 kali beliau dikecewakan. Walaupun beliau punyai banyak wang. Namun jodoh masih belum sampai untuknya. Karim merasakan tuhan tidak adil baginya!

Setelah 4 tahun memendam rasa dan berusaha untuk berkahwin akhirnya Karim diijabkabulkan dengan Hanis. Teman sekerja Maisarah. Setelah 9 bulan berkahwin. Mereka dapat menimang cahaya mata hasil Hanis yang bunting pelamin. Namun Nazmi masih terus mencuba bersama Maisarah. Sehingga lahirnya anak Karim dan Hanis mereka masih belum menimang cahaya mata. Nazmi merasakan tuhan tidak adil baginya!

Pada suatu malam mereka duduk berborak dan berkongsi tentang kisah hidup mereka ini dan saling menasihati. Akhirnya mereka mendapat pengajaran dari apa yang berlaku. Mereka mintak aku sampaikan dekat korang apa pengajaran yang diorang dapat.

1.       Adil itu bukannya kesamarataan. Tapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.
2.       Sebenarnya bukannya tuhan tidak adil. Tapi tuhan berikan apa yang mereka perlu, bukannya yang mereka mahu
3.       Bersyukur dengan ketentuan Allah adalah kunci untuk mendapat nikmat yang lebih lagi.
4.       Jika hari ini kita merasakan kita tidak mendapat apa yang kita mahukan. Mungkin esok kita akan dapatkan apa yang kita mahukan
5.       Apabila kita minta kepada Allah untuk dapatkan A. Kadangkala Allah berikan A. Kadangkala Allah berikan B iaitu perkara lain yang lebih baik untuk kita. Kadangkala pula Allah berikan C iaitu jalan untuk kita dapatkan A.

Wahai teman. Terimalah ketentuan Allah untukmu dengan hati yang terbuka. Yakinlah apa yang kita terima adalah sesuatu yang terbaik untuk kita. Jika bukan untuk masa kini. Mungkin untuk hari esok.
Ingatlah ayat di dalam surah Ar Rahman yang di ulang sebanyak 31 kali ini.

“Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?

Sekian sahaja stori Nazmi dan Karim. Kisah ini kisah rekaan aku semata. Moga ada manfaat untuk semua.



Thursday, February 20, 2014

Ciri-Ciri bergabung (bukan dragon ball)

Aku nak share something about intimak (menggabungkan). Menggabungkan diri dalam harakah islamiah. Aku baca dan aku story balik dengan bahasa aku sendiri. Moga ada manfaat.

Syed hawa ada menyebut di dalam kitabnya, 'Jundullah; Thaqafatan wa akhlaqan' tentang ciri2 intima yang ada di dalam diri abnaul harakah:

1. 'Intima afawi' @ menggabungkan diri kerana kecenderungan yang tertentu. Contohnya kita ni intimak dengan jemaah sebab pimpinan ni jenis yang warak. pakai rida' n jubah;. Tiba2 pimpinan kita dah tukar personaliti. Terus kita ubah selera... this is not good!

2. 'Intima syakhsi' @ menggabungkan diri kerana personaliti individu. Ini satu hal yang agak normal. Contohnya kita intimak dengan Harimau Malaya sebab coach dia K. Rajagobal. Bila dah tukar Datuk OKS ni dah taknak join.. this is not good!

3. Intima maslahi' @ menggabungkan diri kerana kepentingan tertentu. Contohnya kita join jemaah Manchester United sebab nak buat bisnes jual baju dia. bila bisnes tak jalan. Job tak dapat. kita pun cabut.. this is not good!

4. 'Intima isti'jali' @ menggabungkan diri secara spontan. Ini pulak satu hal. Bapak borek anak rintik. Kita join organisasi sebab bapak dah join. Anaknya pun join la secara spontan. bak kata pepatah mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. tapi bila kuah dah takde. Apa pulak nasib si nasi? this is not good!

5. 'Intima aqidi' @ menggabungkan diri kerana aqidah Islamiah. Inilah yang sebenarnya diajarkan dan dituntut oleh Nabi Muhammad SAW ke atas setiap umat Islam untuk terus berada di dalam jemaah Islam. Ni lah yang menjadi asbab terbesar untuk kita terus kekal di jalan ini. Tiada yang lebih kuat ikatannya selain kefahaman dan aqidah yang jelas kenapa kita intimak dengan sesuatu harakah. this is reaally good and ossemmm!

Friday, February 14, 2014

Puisi hari kekasih

14 februari menjelang kini

Apa saja kata histori
Ianya kabur
Tanpa nesan dan tanda
Penuh argumen

Namun kini
Hakikat di depan mata
Hari ini disambut dengan hilai dan tawa
Nafsu serakah menjadi raja
Menghanyutkan iman sang hamba.

Cinta dan kasih itu perkara fitrah
Hanya pabila nafsu dijadikan matlamat maka ia akan membarah
Merosak akidah mahupun maruah

Islam itu agama cinta
Cuma perlukan neraca agama
Agar akhirnya cinta itu kembali kepada sang pencipta.

Halalkan dulu hubunganmu sebelum kamu bicara tentang cinta
Mengapa perlu pilih yang haram jika yang halal mampu diusaha??

Salam Hari Suami Isteri!

- Zulgeologist - 

Friday, February 7, 2014

HJ07: Makan dari pinggir roti

Dari Ibnu Abbas rah,

Bahawa Nabi Muhammad s.a.w datang membawa piring berisi roti bercampur kuah. Beliau bersanda, “Makanlah dari pinggirnya, Janganlah makan dari tengahnya kerana berkah itu turun di tengahnya.”(Hadith riwayat empat imam, lafaz ini adalah lafaz an-Nasa’i dan sanadnya sahih)


Komen aku: Bangsa melayu pun memang diajar begini. Namun lebih elok jika kita tahu dimana datang sumbernya.


Rujukan : Terjemahan Bulaghul Maram (1086)


*HJ bermaksud hadith jumaat. Setiap Hari jumaat aku akan kongsikan satu hadith untuk tatapan bersama. 

Tuesday, January 21, 2014

Belajar Dakwah dari kisah Habib An Najjar

Bismillahirrahmanirrahim..

Weekend lepas ni aku habiskan masa bersama dengan teman2 seperjuangan duk kongsi kisah dalam surah yassin. 8 tempat kami pergi untuk ceritakan kisah ini. Moga ada manfaat untuk aku kongsikan di sini
Ibrah dari Kisah dalam Surah Yassin. Berkenaan Seorang lelaki bernama Habib An Najjar.
Kisah penuh kome boleh cari sendiri. Bukak surah Yassin ayat 13-32.

Sinopsis :

Di suatu kota Allah utuskan, 2 orang rasul kemudian penghuni kota dustakan mereka- Allah tambah lagi seorang rasul menjadi 3 orang namun mereka tetap didustakan – Rakyat dikota itu mengatakan kehidupan mereka menjadi celaka akibat dari kedatangan 3 orang rasul ini – Kemudian rasul itu membalas sebenarnya rakyat di kota itulah sendiri yang mencelakakan diri sendiri sesungguhnya mereka (rakyat kota) adalah kaum yang melampaui batas – Rakyat dikota itu merancang untuk melakukan perkara yang tidak baik kepada rasul2 tersebut – Datang seorang lelaki dari hujung kota ( Banyak ulamak mengatakan namnya adalah Habib An Najar) – Beliau menyuruh kaumnya mengikut rasul itu yang tak meminta balasan pun dari mereka – Kaum nya marah kepada Habib An Najar maka mereka memukulnya hingga beliau mati – Selepas itu Allah berfirman “ Masuklah ke dalam Syurga” Kemudian dia (Habib An Najjar) berkata “Alangkah baik sekiranya kaumku mengetahui” – Kemudian Allah mengazab kaumnya dengan membinasakan mereka dengan hanya satu pekikan.

Ibrah :

1.      Allah utus rasul dari kalangan manusia. Ianya agar manusia ni takde alasan dah taknak ikut ajaran tersebut. Ye la kalau utus dari malaikat mula lah ada yang berbunyi malaikat boleh la buat. Diorang memang baik. Tapi bila utus dari manusia maka manusia harusnya berfikir jika manusia lain boleh buat kenapa tidak aku?

2.      Tugas dakwah ni tak mengenal siapa pun. Habib An Najjar ni diriwayat bahawa dia hanyalah seorang tukang kayu. Yang tiada pangkat dalam masyarakatnya. Dia bukan agamawan. Namun tetap buat kerja dakwah. Bak kata sahabat aku Farid Hamlud. Dakwah ini kerja fulltime kita. Part time kita tu baru lah jadi geologist ke, engineer ke, student ke..Perghh.. Debiikk kena kat batang hidung sendiri.


3.      Dakwah kompom ada halangan. Kalau takde halangan dan cabaran maka kena cek balik jalan yang dipilih. Sudah sunnah berada di jalan ini pastinya ada mehnah dan tribulasi. Macam Habibb An Najjar bukan sikit halangan dia. Kena riot sampai syahid tuuu…

4.      Bersegera apabila ada peluang berdakwah. Lihat ayat 20. Allah gunakan kalimah “yas’a” yang bermaksud bergegas. Habib An Najjar datang dari hujung kota tu dalam keadaan bergegas. Bukannya leweh je. Nak taknak je. Oleh itu kita ni bila ada peluang dakwah nak buat baik tu manfaat kan secepat mungkin. Macam ada peluang untuk berdakwah dengan share artikel ni. Bergegas lah share kome weh… huhu


5.      Dakwah itu perlu berstrategi. Tengok ayat 21. Habib An Najjar cakap kat kaum dia “Ikutilah mereka yang tidak meminta balasan dari mu” Dia kenal kaum dia. Kaum dia sangat sayangkan harta benda. So dia pakai pendekatan tak meminta balasan. Supaya kaum dia tak rasa effect kat harta diorang dengan seruan rasul itu. Kita ni pun sama. Kalau tengok mad’u kita ni jenis kuat makan. Ajaklah pergi ngeteh pastu baru ajak gi dengar kuliah. Kalau jenis suka main snooker. Pergi je layan main snooker. Pastu baru cucuk jarum dakwah.

6.      Mad’u perlu disantuni dengan baik. Tengok dialog Habib An Najjar selepas dimasukkan ke dalam syurga “Alangkah baik sekiranya kaumku mengetahui” Walaupun kaum dia duk riot dia namun dia tetap mengingati mereka. Begitu juga pendakwah. Memang benar pendakwah akan dilontar dengan cacian mahupun cemuhan namun hadapinya dengan senyuman dan doakan mad’u masing2. Jadilah macam pokok rambutan depan rumah aku. Walapun time kecik2 dulu aku duk baling dengan batu dan kayu sampai sekarang ni dia still maintain keluarkan buah yang manis untuk aku makan. Haha”

Ni je 6 ibrah yang ingin aku kongsikan. Padahal banyak lagi yang boleh di dapati dari kisah yang penuh teladan ni. Sangat menarik untuk dihadami. Mohon kome sendiri mencari dan menyelidiki. Moga ada sedikit manfaat untuk kita bersama.

Gambar ni gambar seminggu sebelum kami berjaulah berkongsi cerita Habib An Najjar. Gambar without our boss (Sdr Farid Hamlud)


Wallahualam..

Friday, January 10, 2014

HJ 06: Borak sambil berhadas

Dari Jabir rah, Dia berkata, "Rasululullah s.a.w bersabda,

"Apabila dua orang hendak membuang air besar hendaknya masing-masing menutupi dirinya dari yang lainnya dan janganlah keduanya berbincang-bincang, Kerana Allah membenci perbuatan seperti itu."

(Diriwayatkan oleh Ahmad dan dishahihkan oleh Ibnu as-Sakan serta Ibnu al-Qattan. hadits ini mempunyai cacat.)

komen aku : Jangan la duk berborak time tengah melabur besar mahupun kecik. buruk benor bunyinya...

Rujukan : Terjemahan Bulaghul Maram (101)

*HJ bermaksud hadith jumaat. Setiap Hari jumaat aku akan kongsikan satu hadith untuk tatapan bersama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang