*Tajuk di atas hanya provokasi. haha
Semalam aku menghantar whats app kepada kawan2 aku untuk memohon sedikit infaq untuk program "dakwah oriented" yang akan aku dan kawan2 aku yang lain akan lakukan.
Allahurabbi. Allah yang membuka hati mereka untuk infaq. Belum pun sampai 24 jam. Sudah hampir RM1000 kutipan infaq yang aku dapat. Ada beberapa perkara ingin aku kongsikan.
1. Selepas kawan aku masukkan RM100 dia bagi mesej kat aku.
"Tu yg termampu. Nak sampaikan ilmu kat budak2, ilmu aku pun tak cukup lagi. hehe"
Allahurabbi. Teringat aku akan kisah Hasan Al Banna ketika di suatu program. Selepas habis memberi ilmu beliau menyusun kerusi. Apabila di sapa oleh anak murudnya akan tindakannya. Beliau menjawab. Aku tidak tahu amal yang mana akan membawa aku ke syurga (bahasa olahan aku).
Moga sama2 ada sedikit saham dalam kita sama2 berfastabiqul khairat.
2. Ada seorang kawan aku. bila aku mintak infaq. dia balas
"tp x byk la ak dpt kasi. tgh save2 gak ni. haha"
Aku tahu. dia bakal mendirikan rumah tangga. banyak nak pakai duit. Tapi subhanallah. Kerja Allah yang melorongkan hati. Setakat ini beliau lah yang memberikan infaq yang paling tinggi iaitu bernilai RM200. Moga Allah memudahkan urusan pernikahnnya.
3. Aku terharu. Sangat terharu. Kawan2 yang aku hantar mesej ni bukan lah "so called islamic" Mereka adalah insan2 biasa. Teman sepermainan. Teman sekepala. Teman semerepek. bak kata orang. teman ho ha ho ha je la... Tapi aku yakin semua orang ada nilai. Yang terkadang tiada pada insan2 " so called islamis"
Moga Allah merahmati kawan2 ku semua.
Untuk kawan2 aku yang bujang lagi. Bila diorang balas mesej aku akan akhiri dengan "Moga cepat kawen.haha"
Sekian sahaja perkongsian di hari jumaat aku. Aku akhiri dengan serangkap pantun.
Pergi jumaat karang jangan lambat
Dah sampai jangan pulak duk melepak,
Hari ni kan hari jumaat.
Kome pergi masjid nanti jangan lupa Infaq!
p/s: kalau ada yang nak infaq untuk program kami nanti tu boleh PM aku.:)
Aku adalah kamu, Kamu adalah aku, Yang perlu mencontohi Baginda dan yang pasti akan kembali menemuiNYA...
PENGUMUMAN!!!
1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe
2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..
3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.

Blog aku ni ossem ke tak ossem??
My top 10 entry
- Taubat?? Enjoy dulu...
- Ibrah dari labour room
- Airmata untuk Geologist
- KISAH 3 TETAMU RUMAH AKU. (AWAS!. kisah menyayat hati)
- Study sampai muntah??
- Oh Yeah!! Hulu Selangor
- NOTA UNTUK YANG BERGELAR STUDENT
- BACA KISAH INI. KEMUDIAN KAMU AKAN MENGERTI BETAPA MAHA ADILNYA ALLAH SWT.
- Isteri Curang
- Ada apa dengan geology?
Friday, March 28, 2014
Thursday, March 27, 2014
Pesanan untuk kaki futsal
Hari ini 27.3.14.
Bermakna genap 6 bulan aku menjalani pembedahan ACL. Untuk meraikan hari dijadualkan aku boleh kembali bermain futsal ini maka teringin pulak aku nak nasihat kepada kaki-kaki futsal di luar sana. haha
Sebelum tu. Gambar di atas adalah gambar sebelum pembedahan dijalankan. Ce cari mana satu ligamen yang dah putus tu. Kalu korang rasa korang nak terputus ligamen korang tu boleh lah abaikan nasihat di bawah.
1. Sebelum bermain pastikan korang stretching secukupnya. Time aku kena dulu memang tak sempat stretching. terus masuk court je.. Ni tak. Kita ni time wakil sekolah dulu bukan main lagi stretching. Takut digelar poyo la membuatkan kita malas nak stretching. kalau kawan2 cina aku rajin je diorang stretching (panorama time main badminton). Orang kita je pemalas aka penyegan.
2. Ketahui limit anda. setiap orang ada limit untuk bersukan. Bergantung kepada fitness masing2. Time aku jatuh dulu ada lah kali ketiga aku bermain futsal dalam seminggu. Di tambah dengan sekali main badminton dan setiap petang main pingpong. Dah diri di mamah usia. sedar la diri sikit. haha. Oleh itu. berpada2 lah bersukan. Cukup sekadar untuk sihatkan badan sudeyy...
3. Main jangan nak semangat sangat. Tapi masalah aku adalah aku memang suka main sungguh2. Bajet macam menang game tu dapat hadiah Futsal Metro jutaan ringgit. Kalau tak score paling kurang sebijik dalam setiap game rasa macam tak lengkap game tersebut. haha.. Oleh itu. kena berpada2. Main rilek2 sudah. Yang penting menang.... hahaha
4. Bila wife dah macam tak sedap hati nak bagi main tu jangan menggedik nak main jugak. Naluri seorang isteri ini lain. Ye la.. Pasal sayang kat laki dia la yang dia macam tak sedap hati nak bagi main. Tapi jangan salah sangka. Bini aku amat menggalakkan aku untuk bersukan. Kempiskan perut la katakan.. haha
5. Pesanan tambahan. tutup aurat. kalau power camne pun tutup aurat tu. Piya pun tutup aurat boh. jangan lah di ikutkan sangat perangai Forkey doe tu. Kan beza korang dengan forkey doe tu.
Sekian sahaja pesanan dari aku. Moga ambik pengajaran.
Lagi satu. perasan tak Wan Zack Haikal sudah bakal kembali beraksi. Di sebabkan dia operate ACL beberapa hari selepas aku. Ini bermakna aku pun bakal kembali beraksi. yeaahhhh...
Court Futsal Mu Tunggu Aku Datang!!

Tuesday, March 25, 2014
MH370 Vs IM529
Sepanjang 4 jam perjalan dari Jenderam ke Cameron Highland pagi tadi.
Kutukarkan channel di radio aku. Sinar, ERA, IKIM dan Bernama radio bersilih ganti.
Semua berkisar tentang kepiluan yang sama.
Namun ada satu yang ku kesan.
Hanya ada satu channel yang berbicara tentang hukuman mati kepada mujahid IM.
Sampai di cameron. Bukak FB. Juga begitu.
Nisbah yang berbicara tentang IM529 hanya kurang lebih 10%
Ini kuasa media. Media mencorak suasana.
Aku sendiri gagal berhenti berfikir tentang MH370 untuk beralih kepada nasib mujahid di Mesir.
Sedangkan di Mesir mereka lagi ramai. Bukannya calangan orang yang di hukum mati.
Bukan menafikan kesedihan tentang MH370.
Tapi bercakap soal yang mana lebih harus disedihkan?
yang mana harus diperjuangkan?
kamu Islam. Aku islam. Mereka pejuang Islam. Yang menjatuhkan hukuman mati juga Islam.
Di mana sensitiviti aku dan kamu wahai Umat Islam??
#PRAY4IM529

Thursday, March 6, 2014
MANDIKAN KOTORAN HARIANMU
Iskandar merupakan seorang yang sangat
teliti dengan kebersihan dirinya. Setiap hari beliau akan memastikan beliau
akan mandi 3 kali sehari tanpa tertinggal bahkan sehari. Walau sesibuk mana
beliau beliau akan tetap melakukannya kerana baginya selepas mandi beliau
punyai satu kepuasan dan kesegaran untuk meneruskan aktiviti hariannya. Namun
kini Iskandar merasakan beliau perlu mandi 5 kali sehari. Persoalannya. Adakah
Iskandar akan sentiasa merasa lebih puas dan segar? Bagaimana tahap
kebersihannya?
Sudah tentu jawapannya adalah ya dan
sangat bersih! Kita petik hadis nabi yang di riwayat oleh Bukhari dan Muslim
ni.
“Bagaimana pendapatmu jika ada sungai di
depan pintu rumah di antaramu, mandi di sana lima kali sehari, apakah masih ada
daki di tubuhnya?” Mereka menjawab,
“Tidak ada, ya Rasulallah.” Sabda Nabi, “Itulah perumpamaan shalat lima waktu, Allah menghapus kesalahan dengan
shalat.” (HR. Bukhari dan
Muslim)
Nah. Itulah ibaratnya kita yang menghadapi
kotoran harian duniawi. Solat hadir sebagai ritual penyucian bukan sekadar
menyucikan kotoran luaran. Malah lebih penting ianya menjadi ritual penyucian
jiwa. Jiwa yang akan memberi kesan kepada setiap tingkah laku kita di sepanjang
hari.
Apa akan terjadi jika ritual penyucian
yang sepatutnya kita lakukan 5 kali dalam sehari ini kita abaikan. Daki yang
tertinggal akibat kurangnya agen penyucian ini akan terkumpul dari hari ke hari
lantas membuatkan jiwa kita semakin gelap. Gelap untuk menerima hidayah Allah
dan jauh dari pekerti ubudiah kepada Rabb yang satu.
Aku terkenangkan zaman “gelap” aku
dahulu. Zaman di kala aku belum benar-benar melakukan solat 5 kali sehari
semalam. Ketika itu aku terbaca satu tips untuk memastikan kita kekal bersolat
dan rasa gelisah jika tidak melakukannya.
Jagalah
solat selama 40 hari. Insyaallah akan timbul rasa sedemikian selepas dari itu.
Alhamdulillah selepas dari itu Allah
memberi kekuatan kepada aku untuk melakukan “mandian” jiwa tersebut setiap kali
di wajibkan. Andai anda masih lagi punyai masalah menjaga solat maka boleh cuba
lakukan tips ini. Jika anda sudahpun menjaga dengan baik maka kongsikan kepada
kenalan anda yang dirasakan perlu.
Time ni bukan saja mandi. tapi mandi manda,main dan mejala.
Monday, March 3, 2014
Cerpen: Apa itu adil bagimu?
Nazmi dan Karim
adalah kembar seiras. Namun nasib mereka berbeza-beza.
Ketika di
alam sekolah menengah kedua mereka sangat rajin belajar. Sekolah yang sama,
Kelas tuisyen yang sama dan belajar juga bersama-sama. Namun ketika keputusan
SPM dikeluarkan Karim hanya mendapat 4A manakala Nazmi mendapat 8A. Karim
merasakan tuhan tidak adil kepadanya.
Karim
ditawarkan buat A level untuk sambung belajar ke UK manakala Nazmi hanya menyambung
ke matrikulasi. Namun terdapat masalah dalam sponsorship Karim ke UK hinggakan
beliau tidak dapat fly ke sana. Nazmi pula ditawarkan petronas untuk ditaja belajar
di Aussie selepas tamat matrikulasi. Karim pula hanya sambung belajar di university
tempatan. Karim pula merasakan tuhan tidak adil kepadanya.
Setelah 4
tahun belajar di university akhirnya kedua mereka tamat pengajian dengan jayanya.
Keduanya dengan ijazah sarjanamuda kejuruteraan mekanikal.
Kini tiba
masa untuk mohon pekerjaan. Ternyata kali ini nasib Karim lebih baik. Selepas
seminggu tamat pengajian beliau ditawarkan untuk bekerja dengan Shell Malaysia Bhd
dengan gaji RM5.5k sebulan. Nazmi pula belum mendapat pekerjaan. Petronas tidak
mengambilnya bekerja kerana ketiadaan jawatan kosong untuknya. Akhirnya Nazmi
terpaksa menerima tawaran dari sebuah kilang di Ipoh dengan gaji RM2.2k
sebulan. Nazmi merasakan tuhan tidak adil baginya!
Masa
berganjak. Kini Nazmi punya buah hati. Baru sahaja 2 tahun bekerja beliau telah
diijabkabulkan dengan Maisarah. Karim pula sentiasa ada masalah dengan semua
wanita yang pernah berhubung dengannya. Sudah 7 kali beliau dikecewakan.
Walaupun beliau punyai banyak wang. Namun jodoh masih belum sampai untuknya.
Karim merasakan tuhan tidak adil baginya!
Setelah 4
tahun memendam rasa dan berusaha untuk berkahwin akhirnya Karim diijabkabulkan
dengan Hanis. Teman sekerja Maisarah. Setelah 9 bulan berkahwin. Mereka dapat
menimang cahaya mata hasil Hanis yang bunting pelamin. Namun Nazmi masih terus
mencuba bersama Maisarah. Sehingga lahirnya anak Karim dan Hanis mereka masih
belum menimang cahaya mata. Nazmi merasakan tuhan tidak adil baginya!
Pada suatu
malam mereka duduk berborak dan berkongsi tentang kisah hidup mereka ini dan
saling menasihati. Akhirnya mereka mendapat pengajaran dari apa yang berlaku. Mereka
mintak aku sampaikan dekat korang apa pengajaran yang diorang dapat.
1.
Adil
itu bukannya kesamarataan. Tapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.
2.
Sebenarnya
bukannya tuhan tidak adil. Tapi tuhan berikan apa yang mereka perlu, bukannya
yang mereka mahu
3.
Bersyukur
dengan ketentuan Allah adalah kunci untuk mendapat nikmat yang lebih lagi.
4.
Jika
hari ini kita merasakan kita tidak mendapat apa yang kita mahukan. Mungkin esok
kita akan dapatkan apa yang kita mahukan
5.
Apabila
kita minta kepada Allah untuk dapatkan A. Kadangkala Allah berikan A.
Kadangkala Allah berikan B iaitu perkara lain yang lebih baik untuk kita.
Kadangkala pula Allah berikan C iaitu jalan untuk kita dapatkan A.
Wahai
teman. Terimalah ketentuan Allah untukmu dengan hati yang terbuka. Yakinlah apa
yang kita terima adalah sesuatu yang terbaik untuk kita. Jika bukan untuk masa
kini. Mungkin untuk hari esok.
Ingatlah
ayat di dalam surah Ar Rahman yang di ulang sebanyak 31 kali ini.
“Maka nikmat Tuhan kamu
manakah yang kamu dustakan?”
Sekian
sahaja stori Nazmi dan Karim. Kisah ini kisah rekaan aku semata. Moga ada
manfaat untuk semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)