STUDENT -> PEKERJA -> SUAMI ORANG -> BAPAK ORANG
Alam ini telah aku lalui. Ramadhan di alam yang berbeza ini nyata berbeza.
Pengalaman melalui alam ini cukup terkesan kepada aku untuk mencoret peringatan ini. Peringatan yang aku taipkan khas untuk rakan2 yang masih belum ditekan dengan tanggungjawab demi tangunggjawab.
Kalau status kita tu setakat STUDENT je. Jangan nak poyo kata kita tak tak sempat nak amal itu dan ini. Masa itu kita punya. Paling2 pun busy sikit dengan esaimen yang di hantar last minit.
Alam PEKERJA. Time alam ni tanggungjawab sudah sedikit menekan. Paling kurang 8 jam sehari masa kita telah dibeli oleh majikan kita. Tu belum kira yang pekerja cemerlang kerja lebih masa lagi. Masa untuk beribadah semakin suntuk!
Alam SUAMI orang. Aku baru alami ketiak ramdhan yang lalu. Jika zaman bujang dulu segalanya lone ranger. Pedulik apa aku nak makan berbuka kat masjid mana pun. Nak terawih di mana dan iktikaf di mana pun. Tapi bila dah kahwin ianya terus berubah. Ada tangungjawab yang perlu di lunaskan.
Alam BAPAK orang.. Waaa.. Ini alam yang baru. Tanggungjawab semakin menekan. Masa pula semakin terasa suntuk. Memang memerlukan mujahadah yang tinggi untuk beramal. Tambah pulak pakej dengan jadi Usahawan sepenuh masa. Kadang2 time solat pun teringat tentang business. Demmm...
KESIMPULAN:
Selagi mana kita masih belum diamanahkan tangungjawab yang pelbagai. Terutamanya di alam student. Manfaat sebaik mungkin. Kalau di zaman student kita tidak mampu untuk melakukan mujahadah yang kecil maka bagaimana kita ingin menghadapi alam yang akan datang yang memerlukan mujahadah yang lebih besar dalam beramal.
Ada masa berbaki kurang dari seminggu untuk kita bersama dengan ramadhan. Moga2 kita mampu bermujahadah melawan nafsu dan bijak mengurus tangungjawab duniawi agar ukhrawi tidak terabai.
Gambar Hiasan ketika mengacau dodol di zaman student
Wallahualam.