PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Friday, December 11, 2015

BACA KISAH INI. KEMUDIAN KAMU AKAN MENGERTI BETAPA MAHA ADILNYA ALLAH SWT.

Nazmi dan Karim adalah kembar seiras. Namun nasib mereka berbeza-beza.
.
Ketika di alam sekolah menengah kedua mereka sangat rajin belajar. Sekolah yang sama, Kelas tuisyen yang sama dan belajar juga bersama-sama. Namun ketika keputusan SPM dikeluarkan Nazmi hanya mendapat 5A manakala Karim mendapat 7A. Nazmi merasakan tuhan tidak adil kepadanya!
.
Karim ditawarkan buat A level untuk sambung belajar ke UK manakala Nazmi hanya menyambung ke matrikulasi. Namun terdapat masalah dalam sponsorship Karim ke UK hinggakan beliau tidak dapat fly ke sana. Nazmi pula ditawarkan petronas untuk ditaja belajar di Aussie selepas tamat matrikulasi. Karim pula hanya sambung belajar di university tempatan. Karim pula merasakan tuhan tidak adil kepadanya!
.
Setelah 4 tahun belajar di university akhirnya kedua mereka tamat pengajian dengan jayanya. Keduanya dengan ijazah sarjanamuda kejuruteraan mekanikal.
.
Kini tiba masa untuk mohon pekerjaan. Ternyata kali ini nasib Karim lebih baik. Selepas seminggu tamat pengajian beliau ditawarkan untuk bekerja dengan Shell Malaysia Bhd dengan gaji RM5.5k sebulan. Nazmi pula belum mendapat pekerjaan. Petronas tidak mengambilnya bekerja kerana ketiadaan jawatan kosong untuknya. Akhirnya Nazmi terpaksa menerima tawaran dari sebuah kilang di Ipoh dengan gaji RM2.2k sebulan. Nazmi merasakan tuhan tidak adil baginya!
.
Masa berganjak. Kini Nazmi punya buah hati. Baru sahaja 2 tahun bekerja beliau telah diijabkabulkan dengan Maisarah. Karim pula sentiasa ada masalah dengan semua wanita yang pernah berhubung dengannya. Sudah 7 kali beliau dikecewakan. Walaupun beliau punyai banyak wang. Namun jodoh masih belum sampai untuknya. Karim merasakan tuhan tidak adil baginya!
.
Setelah 4 tahun memendam rasa dan berusaha untuk berkahwin akhirnya Karim diijabkabulkan dengan Hanis. Teman sekerja Maisarah. Setelah 9 bulan berkahwin. Mereka dapat menimang cahaya mata hasil Hanis yang bunting pelamin. Namun Nazmi masih terus mencuba bersama Maisarah. Sehingga lahirnya anak Karim dan Hanis mereka masih belum menimang cahaya mata. Nazmi merasakan tuhan tidak adil baginya!
.
Pada suatu malam mereka duduk berborak dan berkongsi tentang kisah hidup mereka ini dan saling menasihati. Akhirnya mereka mendapat pengajaran dari apa yang berlaku. Mereka mintak aku sampaikan dekat korang apa pengajaran yang diorang dapat.
.
.
1. Adil itu bukannya kesamarataan. Tapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.
.
2. Sebenarnya bukannya tuhan tidak adil. Tapi tuhan berikan apa yang mereka perlu, bukannya yang mereka mahu
.
3. Bersyukur dengan ketentuan Allah adalah kunci untuk mendapat nikmat yang lebih lagi.
.
4. Jika hari ini kita merasakan kita tidak mendapat apa yang kita mahukan. Mungkin esok kita akan dapatkan apa yang kita mahukan
.
5. Apabila kita minta kepada Allah untuk dapatkan A. Kadangkala Allah berikan A. Kadangkala Allah berikan B iaitu perkara lain yang lebih baik untuk kita. Kadangkala pula Allah berikan C iaitu jalan untuk kita dapatkan A.
.
Wahai teman. Terimalah ketentuan Allah untukmu dengan hati yang terbuka. Yakinlah apa yang kita terima adalah sesuatu yang terbaik untuk kita. Jika bukan untuk masa kini. Mungkin untuk hari esok.
Ingatlah ayat di dalam surah Ar Rahman yang di ulang sebanyak 31 kali ini.
.
“Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?”
.
Sekian sahaja stori Nazmi dan Karim. Kisah ini kisah rekaan aku semata. Moga ada manfaat untuk semua.
.
Share kepada rakan kome agar deme menegerti apa itu ADIL yang SEBENAR BENARNYA.
.
#zulyangtaip
#storyumpph

Wednesday, October 7, 2015

MOHON LAH DOA DARI IBU.



Balik Kampung baru2 ni. Aku lepak kat luar rumah dengan mak aku. Berlaku dialog yang biasa berlaku kalau aku melepak berdua dengan dia. (Aku tulis dalam bahasa melayu standard fb. Kalau aku tulis loghat parit. Kome tak paham pulok. hoho)

Mak : So, how your bussines? <-- haha="" ini="" span="" subtitle.="" tersilap="">

Aku : Alhamdulillah. Boleh lah mak. Tanggung beli pampers itermasuk GST. Buat juga kerja geologist tu kadang2.

Mak : Alhamdulillah

Aku : Tu la.. Mak doakan la ye...

Mak : ish kamu ni. Memang tiap tiap hari doa untuk anak2 mak. (sambil tersenyum)

---------------end-------------------

Perkara ni simple je sebenarnya. Tapi kadang2 kita terlepas pandang. Walaupun kita yakin mak kita memang sentiasa doakan kejayaan kita. Namun mohon lah selalu doa dari mak mahpun ayah kita.

Lagi satu. kalau korang rasa korang dah berjaya sangat. Jangan duk fikir kejayaan hari ini datang dari usaha kita semata-mata. Mahupun dari terjaganya hubungan kita dengan Allah. Tetapi kadang2 sebenarnya kejayaan itu datang dari DOA orang disekitar kita TERUTAMA IBU kita.

Akhir kata..

Mohonlah doa dari ibumu. Selagi ibumu masih ada. Kerna pabila dia sudah tiada kelak nescaya akan kau rasai kehilangan doa dari seorang ibu. **bergenang airmata jap**

#muhasabahketuk2kepala
#zulyangtaip
#akuanakmak

Thursday, August 13, 2015

5 SEBAB LELAKI INI KEKAL DENGAN PAS (No 3 paling win!)


Pertamanya. Selamat datang ke blog aku. Lama tak happdettt…haha

Sebenarnya tajuk ke atas ni bajet je lebih. Sengaja nak menggedik buat gaya macam entry the vocket. Haha. Yang lelaki dimaksudkan adalah aku le.

 So hari ni aku just nak share sebab apa aku memilih untuk bersama PAS dan terus BERSAMA sehingga kini.

1.     DASAR DAN TUJUAN PERJUANGAN YANG JELAS

Nampak macm cliché kan? Tapi ini lah hakikat yang semua perlu terima. Dengan dasar dan tujuan yang jelas lah yang membolehkan sesiapa sahaja kekal beristiqamah. Dasar PAS adalah ISLAM manakala seruan adalah Allahuakbar.

Tujuan PAS pula adalah

1)    Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
2)     Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Maka sudah terang lagi bersuluh. Selagimana semua ini tidak lari dari perjuangan. Maka tiada sebab untuk aku berpindah bahtera.

2.    DI TUBUHKAN HASIL IJTIMAK ULAMA TANAH MELAYU

Korang boleh singkap sejarah penubuhan PAS. Siapa yang berijtimak bersama-sama walau datang dari pelbagai ceruk tanah melayu? Mereka inilah begitu gigih untuk bersama dan menggerakkan satu gerakan islam demi mendaulatkan islam di tanah melayu. Mereka ini tidak lain adalah ulama’ tanah melayu ketika itu. Aku yakin dan percaya dengan keputusan bersama ulama’ melayu ketika itu insyallah ada barakahnya.

3.    MEMPUNYAI 3 ELEMEN DALAM PERGERAKAN

Ini yang paling ketara yang membezakan PAS dengan gerakan islam lain mahupun parti politik lain. Boleh dikatakan semua gerakan islam memilih Dakwah dan Tarbiah sahaja.  Parti Politik pula memilih Siasah sahaja.  Namun berlain dengan PAS. PAS membawa ketiga-tiga elemen tersebut sekaligus tanpa meninggalkan salah satu. Dakwah , tarbiah dan siasah berjalan seiring bersama!. Aku yakin 3 perkara inilah yang mampu menjadi formula untuk membawa islam ini ke puncaknya. 

4.    PAS BUKAN SEMPURNA

Ya. Betul. Aku setuju 100% mengatakan PAS bukannya sempurna.  PAS bukan baik sangat pun. Ahli dalamnya pun bukannya semua malaikat. Namun aku percaya PAS yang paling baik dan sempurna antara kesemua parti politik. Kelemahan-kelemahan yang ada pada PAS ini lah yang lebih menguatkan azam aku untuk bersama dengan Gerakan Islam ini. Bukan nya apa. Kelemahan-kelamahan ini lah yang membuka ruang kepada aku untuk beramal soleh sedaya mampu.

5.    DI PIMPIN OLEH ULAMA’ SIASI

Semua mengetahu bahawa politik adalah suatu bidang yang sangat licik. Dalamnya ada kekotoran. Oleh itu untuk memastikan langkah politik kekal dilapik dengan nas agama, Perlu ada golongan yang mampu memandu kita dan membuat bacaan politik dalam neraca agama. Tidak dapat tidak mereka adalah dari golongan ulama'. Bukan sahaja ulama' yang faqih ilmu agamanya. Malah ulama' yang mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang siasah ini. Antara contoh paling mudah untuk kita ambil Tuan Guru Hj hadi Awang. Benar. kadangkala langkahnya tidak populis dalam masyarakat kita. Namun langkahnya jelas berdasarkan ilmu agama bersulam pengalaman luas beliau. Moga Allah panjangkan umur beliau.

Biar siapa juga terpilih untuk memimpin. Akanku angkat dia agar membawa mesej Islam ini


Ok. Cukup aku kongsikan 5 sebab terlebih dahulu.  Doakan aku dan kamu agar istiqamah di jalan juang ini. Kita bukan nak apa pun apabila bersama dengan PAS ini. Kita ingin jadikan ia sebagai tempat untuk kita beramal soleh dalam usaha untuk mengejar syurga Allah semata.

Ya muqallibal Qulub,
Thabit qulubana ‘ala dinika wa ‘ala thaatika.

- Ahmad Zulqurnain Ghazalli-
Ahli Biasa Parti Islam Semalaysia (PAS)


Monday, June 22, 2015

MENASIHATILAH

Kisah ini berlaku 6 tahun lalu ketika aku bersolat di surau PKNS shah alam. Entah kenapa. Sekarang ni baru aku nak berkongsi cerita. Mmungkin kerana aku semakin malas menasihat.

Usai bersolat datang seorang pakcik menghampiri aku. Dia menyapa aku lantas duduk di sebelah aku. dia tegur dan mengatakan (lebih kurangnya)

"Dik, adik nasihatilah pakcik"

Aku yang dalam kepelikan memang asalnya memang takdak idea. Tapi pakcik tu cakap lagi. Dia suruh aku nasihat dia jugak. Aku pun nasihat la dia.. Yang aku sendiri pun tak ingat apa yang aku nasihat dia time tu

Lepas tu giliran pakcik tu pula bagi nasihat. Dan sampai sekarang aku ingat apa yang dia nasihati...

Adegan selepas itu ingatan aku agak kabur. Tapi aku rasa dia pesan supaya kita kena saling menasihati. Sorry. ingatan semakin kurangg selepas di mamah usia. haha

PENGAJARAN

Bukan soal ikhlas sahaja yang ingin aku perkatakan. Tetapi ianya berkenaan membudayakan nasihat-menasihati dalam kalangan umat ini. Tanpa penafian kita semua setuju bahawa umat ini semakin sakit. Namun terkadang kita ini terlalu risau, takut, malu dan sebagainya untuk menasihati orang lain.

Jangankan orang asing seperti yang pakcik tu tunjukkan malah kepada teman sebilik, ahli keluarga dan sahabat rapat pun belum tentu kita "berani" untuk mengeluarkan kata2 nasihat.

Kesimpulannya. Budayakanlah budaya nasihat. Kerana "Agama itu nasihat". Nasihat itu bukan milik para ulama' mahupun golongan yang dihormati sahaja. Ianya milik kita semua.

Akhir sekali. Jika aku salah. Nasihatilah aku.

#Muhasabahketuk2kepala
#Zulyangtaip

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang