PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Friday, December 11, 2015

BACA KISAH INI. KEMUDIAN KAMU AKAN MENGERTI BETAPA MAHA ADILNYA ALLAH SWT.

Nazmi dan Karim adalah kembar seiras. Namun nasib mereka berbeza-beza.
.
Ketika di alam sekolah menengah kedua mereka sangat rajin belajar. Sekolah yang sama, Kelas tuisyen yang sama dan belajar juga bersama-sama. Namun ketika keputusan SPM dikeluarkan Nazmi hanya mendapat 5A manakala Karim mendapat 7A. Nazmi merasakan tuhan tidak adil kepadanya!
.
Karim ditawarkan buat A level untuk sambung belajar ke UK manakala Nazmi hanya menyambung ke matrikulasi. Namun terdapat masalah dalam sponsorship Karim ke UK hinggakan beliau tidak dapat fly ke sana. Nazmi pula ditawarkan petronas untuk ditaja belajar di Aussie selepas tamat matrikulasi. Karim pula hanya sambung belajar di university tempatan. Karim pula merasakan tuhan tidak adil kepadanya!
.
Setelah 4 tahun belajar di university akhirnya kedua mereka tamat pengajian dengan jayanya. Keduanya dengan ijazah sarjanamuda kejuruteraan mekanikal.
.
Kini tiba masa untuk mohon pekerjaan. Ternyata kali ini nasib Karim lebih baik. Selepas seminggu tamat pengajian beliau ditawarkan untuk bekerja dengan Shell Malaysia Bhd dengan gaji RM5.5k sebulan. Nazmi pula belum mendapat pekerjaan. Petronas tidak mengambilnya bekerja kerana ketiadaan jawatan kosong untuknya. Akhirnya Nazmi terpaksa menerima tawaran dari sebuah kilang di Ipoh dengan gaji RM2.2k sebulan. Nazmi merasakan tuhan tidak adil baginya!
.
Masa berganjak. Kini Nazmi punya buah hati. Baru sahaja 2 tahun bekerja beliau telah diijabkabulkan dengan Maisarah. Karim pula sentiasa ada masalah dengan semua wanita yang pernah berhubung dengannya. Sudah 7 kali beliau dikecewakan. Walaupun beliau punyai banyak wang. Namun jodoh masih belum sampai untuknya. Karim merasakan tuhan tidak adil baginya!
.
Setelah 4 tahun memendam rasa dan berusaha untuk berkahwin akhirnya Karim diijabkabulkan dengan Hanis. Teman sekerja Maisarah. Setelah 9 bulan berkahwin. Mereka dapat menimang cahaya mata hasil Hanis yang bunting pelamin. Namun Nazmi masih terus mencuba bersama Maisarah. Sehingga lahirnya anak Karim dan Hanis mereka masih belum menimang cahaya mata. Nazmi merasakan tuhan tidak adil baginya!
.
Pada suatu malam mereka duduk berborak dan berkongsi tentang kisah hidup mereka ini dan saling menasihati. Akhirnya mereka mendapat pengajaran dari apa yang berlaku. Mereka mintak aku sampaikan dekat korang apa pengajaran yang diorang dapat.
.
.
1. Adil itu bukannya kesamarataan. Tapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.
.
2. Sebenarnya bukannya tuhan tidak adil. Tapi tuhan berikan apa yang mereka perlu, bukannya yang mereka mahu
.
3. Bersyukur dengan ketentuan Allah adalah kunci untuk mendapat nikmat yang lebih lagi.
.
4. Jika hari ini kita merasakan kita tidak mendapat apa yang kita mahukan. Mungkin esok kita akan dapatkan apa yang kita mahukan
.
5. Apabila kita minta kepada Allah untuk dapatkan A. Kadangkala Allah berikan A. Kadangkala Allah berikan B iaitu perkara lain yang lebih baik untuk kita. Kadangkala pula Allah berikan C iaitu jalan untuk kita dapatkan A.
.
Wahai teman. Terimalah ketentuan Allah untukmu dengan hati yang terbuka. Yakinlah apa yang kita terima adalah sesuatu yang terbaik untuk kita. Jika bukan untuk masa kini. Mungkin untuk hari esok.
Ingatlah ayat di dalam surah Ar Rahman yang di ulang sebanyak 31 kali ini.
.
“Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?”
.
Sekian sahaja stori Nazmi dan Karim. Kisah ini kisah rekaan aku semata. Moga ada manfaat untuk semua.
.
Share kepada rakan kome agar deme menegerti apa itu ADIL yang SEBENAR BENARNYA.
.
#zulyangtaip
#storyumpph

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang