PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Wednesday, February 3, 2010

Warkah untuk Ayah

Saat ni aku masih lagi berkira2 untuk menulis entri ni. Takut nanti disalah ertikan. Tapi aku harap sahabat2 yang membaca ni hanya menganggap ni tempat untuk aku meluahkan perasaan je..huhu..ye aku nak meluahkan perasaan dengan tindakan yang aku rasa macam tak percaya je..so aku decide nak tulis warkah untuk ayah ni..

Pertamanya anakmu ingin memohon maaf andai warkah ni mengundang rasa terguris dihati ayahanda. Sebenarnye anak mu sangat kecewa dengan apa yang berlaku.kenapa sampai begitu persepsi sempit ayahanda melihat usaha anakmu membumikan islam di rumah kita ni. Usaha di saat2 akhir anakmu di rumah ini. Kenapa ingin mengaitkan politik dengan usaha yang anakmu lakukan? kenapa perlu mendengar kata2 orang lain tanpa dirujuk kepada organisasi yang melaksankan? kenapa perlu mencetuskan kontrovesi da laman maya rumah kita? mungkin kali pertama dulu berlaku salah faham dan anakmu telahpun menerangkan keadaan sebenar. Usaha ini tak lebih semata2 untuk memekarkan islam di rumah kita sendiri. Memang semasa temuduga untuk kekal berada di rumah ni sem lepas anakmu telahpun menyatakan sumbangan dari bentuk kerohanian yang ingin dilakukan untuk rumah kita. Dan kala ini anakmu cuba mengotakan apa yang dikata tapi semuanya berubah apabila kita mungkin berlain aliran. Kenapa tidak meraikan aliran2 yang ada. Percayalah ayah sesungguhnya anakmu ini sayangkan rumah ini. Rumah yang mengajar anakmu ini untuk hidup dalam kehidupan mahasiswa. Bersama abang2 dan kakak2 yang banyak membantu untuk berjalan dan terus berjalan mahupun kadangkala terjatuh. Rumah in membawa seribu satu kenangan suka dan suka bersama keluarga kita. Mungkin anakmu bukan warga terbaik dirumah ini tapi anakmu cuba memberi yang terbaik untuk rumah ini.

Buat adik beradikku yang lain, jangan terlampau fikirkan persengketaan antara keluarga kita. Andai anda berusaha untuk rumah kita ni teruskan saja usaha tu. Banyak program2 yang akan berlangsung dalam masa terdekat ni. kepada adik beradikku yang terlibat secara langsung semoga berjaya aku ucapkan. Dan yang tak terlibat secara langsung tu cubalah melibatkan diri secara tidak langsung. banyak perkara yang kita dapat kutip dalam bersama2 berkerja dalam keluarga ini.

Dan kepada ayah, ibu, abang dan kakak2ku.. Kami semua megharapkan kebersamaan anda dalam bergerak kerja. Andai semua besikap seperti seorang abang yang sentiasa bersama kami, semestinya tiada salah faham yang berlaku. Orang yang bersama2 melakukan je yang tahu apa perkara yang tersurat mahupun yang tersirat. Andai tak berkesempatan untuk menyertai cukuplah dengan bertanya kepada orang yang sepatutnya bukan hanya dengan mendengar2 kata2 orang...

sekian dari seorang anak untuk Ayah dan seluruh keluarga ini..

sayang KIZ (IZISH)!!!

p/s : tq sbb membaca luahan aku. maaf andai aku wat sahabat2 terasa..

Pembantaian IMAN

Semalam membaca blog Hilal tentang perihal IMAN. So terdetik hari ni aku nak sembang tentang IMAN. Apa itu iman bagi kite? adakah cukup dengan menghafal rukun iman semata2? Kembali kepada pengertian iman itu sendiri. kena ade 3 aspek penting. Dan biasanya 2 je yang terlaksana. membenarkan dengan hati dan melafazkan dengan lisan tapi dimana pengamalan dari bentuk tindakan? kekuatan iman yang terpasak dalam diri yang akan membuatkan tindakan kita ni sejajar dengan apa yang terpasak dalam hati.


Mungkin kalau Hilal die menterjemahkan iman tu adalah piling kepada sesuatu banggunan. Tapi aku sebagai Geologist ni ubah la sikit walaupun lebih kurang je maksud die.hehe.. Aku nak menganalogikan iman ni adalah foundation kepada empangan. aku cerita sikit la dari segi geologi untuk buat empangan ni dasar empangan kena melalui beberapa proses. dasar dia kena kuat. Tanah die perlu di buang sikit. Pastu kena di mampatkan dan diletakkan batu yang tahan dan turut akan dimampatkan.. nak cite memang banyak la. Tapi benda penting kat sini foundation of the dam ni kena bebas dari sebarang ketidakstabilan kat dasar die. Tak boleh ada leaking dan strength of the soil and rock kena tinggi. huhu

Empangan KLANG

kembali kepada perihal iman tadi. Kita tengok asas kepada dam ni kena kuat untuk menampung segala burden yang datang. macam tu la Iman. macam mane Umat terdahulu di pasakkan keimanan yang tinggi selama 13 tahun di Mekah. Ayat2 Al-Quran yang turun semua tentang keimanan je. Bile dah iman tinggi. semua bebanan dan ujian yang datang kita mampu menempuh dengan senyuman sampai ke telinga. Buat dek je dengan ujian. huhu. Betapa tingginya keimanan sahabat sehinggakan apa je suruhan agama akan diturutkan dengan senang hati walaupun hampir menggadaikan nyawa dan perlu menggadaikan harta.

“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Surah al-Ankabut, ayat 2)

Kembali kepada reliti sekarang. Siapa antara kita yang rasa asas keimanan dia dah cukup mantap dan hebat? Kita bernasib baik sebab kalau banggunan dan empangan tadi bila dah siap dasarnya dan dibangunkan, kontraktor tak berkesempatan untuk berusaha menguatkan dasarnye tadi. Untuk perihal iman ni kita ada peluang utuk melakukan USAHA ATAS IMAN. ye usaha atas iman adalah kata2 biasa yang kite dengar dari sahabat2 tabligh kite. Sangat hebat usaha mereka dan sepatutnya bukan mereka tetai KITA. Cuma aku belum berkesempatan untuk turut same keluar bersama sahabat2 untuk merasai perit payah mengajak orang ke jalan INI dari rumah ke rumah. Tapi setakat bayan dan Ta'alim kat surau Kiz ni InsyaALLAH aku mampu ikut. mungkin 1 masa nanti aku akan pergi gak andai dipilih oleh ALLAH.

Usaha Tabligh kolej aku

Gurau2 gak. tapi ibrah kena ambik.huhu

So aku rasa sangat2 penting kita berusaha untuk meningkatkan iman. Mungkin tabligh adalah salah satu caranye. tapi andai sahabat2 rasa anda ada cara yang sesuai silakan. macam2 ruang dan peluang yang kite ade. Antara nak atau tak je.. sekian dari aku untuk peringatan bersama.. semoga IMAN kite meningkat setiap hari walaupun ulama' mengatakan iman kite bertambah dan berkurang..

wallahualam..

Tuesday, February 2, 2010

Selamat Pagi AKU

Alhamdulillah. Setelah beberapa hari aku gagal untuk solat subuh berjemaah. hari ni aku berjaya gak. tapi ada gak benda yang gagal hari ni. huhu.Aku gagal untuk membca Al - mathurat.. adui..iman terlemah lak lepas subuh tadi.hehe. Sampai je bilik terus duk depan desktop. Dalam pukul 7.15 terasa mengantuk la pulak. Padahal kelas pukul 8 ni. Takpe la layan tido jap lak walaupun semalam dah berazam taknak tido lepas subuh.huhu. Bangun2 dah dekat 7.45. So bersiap2 la pergi kelas. Ingat aku dah lambat. rupanya tak sampai separuh pun lagi budak2 batu yangd ah sampai. Besa la senior2 ni berlagak sikit.hehe. Tapi yang spoilnye entah sebab pe kat kelas tadi memang ngantuk giler. So agak ketiduran gak la aku kat dalam kelas. dah hujung2 baru segar balik.


Hmm..dari kisah aku kat atas ni aku memang dapat mengiakan kata2 Ust hasrizal dalam blog die yang aku baru je baca semalam. Memang betoi la segala aturan hari tu bergantung pada apa yang dilakukan diawal pagi. kalau pagi bermula dengan mood yang baik maka baik la hari tu. kalau hari bermula dengan keimanan yang tinggi. insyaallah berimanlah hari tu. tapi kalau hari bermula dengan tido?? memang lesu la hari tu. Dan hari lesu aku adalah semalam. Dengan subuh lambat pastu sambung tido sampai ke tengah hari la pulak. memang lesu la jadinye. Petangnye terbaca blog saifulislam tu. So berazam nak perbaiki diri hari ni. tapi tak berapa baik lagi. So esok kena tambahbaik lagi walaupun susah sebab esok takde kelas dan malam ni ada futsal la pulak.huhu.. Takpe2. aku cuba gak nak perbaiki diri..

Semoga pagi esok secerah ini

So aku harap sahabat2 turut bersama aku. Bersama kita perbaiki pagi kita untuk kebaikan sepanjang hari. huhu. So sesape yang taknak tido pagi esok apa kata jom kite pergi sarapan sesame.amacam?? ade beran???

sekian..

Monday, February 1, 2010

Jenazah itu aku

Sekian lame aku tak post something kat blog aku. Sekarang ni tengah susun hidup balik setelah berhempas pulas minggu lepas di medan juang. Tiada kekalahan dalam berjuang. Kemenangan itu teteap dijanjikan asalkan niat ikhlas..Cewwah..

Lepas sibuk PRK aku menumpukan perhatian kat program kolej pulak. Kursus Pengurusan Jenazah dah pun berjaya dilaksanakan. Secara keseluruhannya aku amat2 berpuas hati dengan perjalanan program. Bermula dengan slot ceramah pagi semalam dan petangnya pulak slot amali. Time amali ni memang best la. Kena pulak aku yang jadi jenazahnye. Time aku dikafankan dan dibungkus semua memang teras gelap la.. pastu time masukd alam liang lahad pulak. Pergh.. sorang2 siot. Dah la panas dalam tu. mintak2 la tempat aku nanti sejuk dan menyelesakan. So untuk dapatkan keselesaan tu aku kena la buat Over Time sikit. Setakat harap benda2 wajib je tak cukup lagi. Kalau nak duit kita boleh buat OT. Kenapa dalam nak mendapatkan pahala kita tak boleh pulak? So pengajaran dari semalam yang aku dapat. Aku kena lebih bersedia untuk menghadapi saat kematian kerana percaya lah. KEMATIAN ITU PASTI..


FirmanNya Q.S.an-Nahl:61, bermaksud:

‘ Maka apabila sudah tiba ajal seseorang tidak akan dapat diundurkan atau dimajukan walaupun hanya sesaat.’


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang