Aku adalah kamu, Kamu adalah aku, Yang perlu mencontohi Baginda dan yang pasti akan kembali menemuiNYA...
PENGUMUMAN!!!
2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..
3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.
Blog aku ni ossem ke tak ossem??
My top 10 entry
- Taubat?? Enjoy dulu...
- Ibrah dari labour room
- Airmata untuk Geologist
- KISAH 3 TETAMU RUMAH AKU. (AWAS!. kisah menyayat hati)
- Study sampai muntah??
- Oh Yeah!! Hulu Selangor
- NOTA UNTUK YANG BERGELAR STUDENT
- BACA KISAH INI. KEMUDIAN KAMU AKAN MENGERTI BETAPA MAHA ADILNYA ALLAH SWT.
- Isteri Curang
- Ada apa dengan geology?
Tuesday, February 9, 2010
Silaturahim terjalin..
Berbalik kepada tujuan untuk diadakan program ni aku rase memang berjaya untuk mengeratkan hubungan pelajar. Tapi barang diingat bagi aku hubungan dengan ahli blok sendiri yang erat. Dengan blok lain tak berapa kut. Walaupun melawat blok len tapi aku rasa yang bagi erat kalau dapat makan free je..hehe Bila bab masuk blok lelaki dan pompuan bagi aku untuk pompuan masuk blok laki takde masalah. Tapi bila laki masuk blok pompuan tu agak bermasalah sikit kut. Tapi aku layan je..hehe. Selagi tak berlebihan sudah. Just nak melawat2 ok la. Jangan ada niat lain sudah.haha
Macam2 pertandingan yang dijalankan. Alhamdulillah Blok aku dapat membolot semua ketegori dari Blok tercantik, Bilik sukarela, Bilik Cabutan, Bilik terjah, Ruang T.v mahupun tandas paling ceria!! haha. Akhirnya Blok C kembali menjadi The blok of Champion.huhu. Tapi bilik aku yang masuk bertanding bagi ketegori bilik sukarela akibat kegedikan rummet aku ni gagal untuk mendapat tempat.huhu. Tapi ada sebab tau. Sebab kami dedua tak berapa sihat hari sebelum tu. Kalau tak, Setakat johan tu??? SIMPLE!! hehe
Rase nye setakat ni je la. Secara keseluruhannye aku rase best dengan hari terbuka last aku kat KIZ ni bukan sebab menang banyak je tapi sebab seronok bersama teman2 sebatch bersama kegilaan masing2.haha..bawah ni ada gambar2 sikit..jom usha...
sekian..
Sunday, February 7, 2010
Pergh.. Ni memang giler!!!
Jika saudara termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, dia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi,
مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ
Maksudnya: Dia biarkan dua lautan bertemu. (Al-Rahman:19)
بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ
Maksudnya: Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus. (Al-Rahman:20)
Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya ditafsirkan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsiran itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Al-Rahman ayat 22 yang berbunyi,
يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ
Maksudnya: Keluar dari keduanya mutiara dan marjan. (Al-Rahman: 22)
Padahal tiada mutiara yang dihasilkan di muara sungai.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat. Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka. Justeru itu, dia lalu memeluk Islam.
Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim. Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air”. Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan? (Al-Rahman: 13)
Bawah ni pulak gambar die.sumber : http://berita-harian-online.com/sungai-di-dalam-sungai/




So terhasil lah entri copy n paste aku..hehe.. Semoga sahabat2 dapat meningkatkan iman sendiri bile baca blog ni..Aku sebagai geology yang belajar benda2 ni pun teruja..bagaimana pulak anda??
wallahualam...
Gangsa untuk IZISH..
Regu A dibarisi oleh Aku, Boteng dan Hafiz. Regu B pulak Pali, Apy dan Wari. pemain simpanan lak Shahrul. Bermula dengan peringkat kumpulan kami berjaya mendapat tempat kedua dan masuk suku akhir lawawn UO. Yang time ni macam tak percaya je boleh menang ngan UO. haha.. Layak gak ke semi menentang KPZ. Kalah dengan diorang pun sebab dah letih kut.huhu.. taknak mengaku tak hebat lak tu..hehe.. Tapi ok la gak pertama kali dapat pingat ni walaupun aku terpaksa membayar dengan warna kulit yang semakin gelap dan muka yang terasa pedih.huhu..
Setelah sekian lama aku meninggalkan pemainan takraw ni dan hanya ada 2 hari je untuk cari balik seni dikaki aku ni tapi ade gak orang puji mutu permainan aku semalam..hahahahaha(gelak bongkak).. Tq gak kat PIJI sebab bagi pinjam kasut warior dia. memang kasut warior memainkan peranan dalam mutu permainan aku..huhu
Tapi memang malam semalam aku rasa cam takleh blah je. Panas giler muka ni aku rasa. So aku pun tido je lepas isya semalam. Dah la hari ni bilik aku masuk bertanding bilik ceria untuk hari terbuka kolej aku..huhu.. Pagi tadi baru start ceriakan tapi kemas memang dah sentiasa kemas la.hehe. Untuk cerita hari terbuka nnt aku tulis. Gambar takleh upload. Rommate aku tertinggal Card Reader aku kat rumah die lak..siot je rummet ni..huhu..sekadarnye cerita ceritu aku..huhu.
sekian..
Saturday, February 6, 2010
Misi : membumikan islam di KIZ
Mungkin dalam beberapa hari ni akan dipublisitikan apa perancangan sepanjang sem ni. InsyaALLAH cuba untuk mengistiqamahkan usaha. Dan ternyata dorongan dari sahabat2 terutamanya warga KIZ ni amat2 diperlukan. Kita akan sama2 melaksanakan misi ni untuk Agama yang kita anuti sejak kecil dan mungkin ada yang hanya menganut tanpa hayati agama tu sendiri(pandai je aku buat cite.huhu).
Kenapa perlu bermisikan membumikan ISLAM di KIZ?? maksud die harap sahabat2 faham la. Kita cuba menampakkan ISLAM ni tak asing kat kolej kite ni dan terus wujud iklim dan susasana beragama tu.
Untuk sahabat2 yang telah diberikan tugas semalam. Lakukanlah tugas tu dengan baik walaupun ade yang rasa takde kekuatan.hehe. Sesame kite topup kekuatan sahabat2 kite ek? satu perkara yang penting lagi. Bersama kita mengikhlaskan niat untuk membantu agama ALLAH ni. kalau kite yang tak tolong sape lagi. Dan percaya la ALLAH swt tak menagih pun pertolongan kite. Tapi kite yang menagih pertolongan kembali dari ALLAH swt kelak.
“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (QS. Muhammad : 7)
Untuk sahabat2 len nantikan kemunculan acara2 mingguan untuk anda. Mungkin entri lepas ni aku boleh ceritakan ek. sabar2. Nak g berSUKEM lak ni.huhu..
wallahualam..
Friday, February 5, 2010
Cerita lawak : jom buang anak..
Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE....
komen aku : so kepada2 anak2 sekalian. Hormati orang tua. jangan sampai kata2 ni terpacul dari parent kite.huhu.
sumber : http://gelihati.blogspot.com/