PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, June 10, 2010

Disebalik 5 perkara

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi, yang diperintahkan berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:

1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
2. Engkau sembunyikan,
3. Engkau terimalah,
4. Jangan engkau putuskan harapan,
5. Larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula daripada tempat ia ditanam. Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku daripada rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan daripada dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.

Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa:

-Nak tahu ape makudnye kan?? sila lawati : http://c-norl.blogspot.com/

Wednesday, June 9, 2010

Keimanan Menjana Perubahan (KMP)

Keberadaan aku di UKM yang tak disengajakan. Bermula dari interview yang aku sangka kat Taman Melawati semalam. Rupanya Syarikat dah lama pindah ke Kinrara. Tambah dengan aku yang sesat lagi disesatkan oleh orang yang aku tanya maka sampai lambat la ke tempat interview.. Dah la tu siap interviewer kena ambil aku kat tepi jalan besar lagi. Susah lagi menyusahkan. Selesai je interview aku naik highway LDP dan ternampak signboard Seremban. Kebetulan aku ada urusan sikit kat UKM maka aku pun balik je la kejap ke sini. Bukan urusan yang aku nak ceritakan. Tapi sedikit input yang aku dapat selesai solat maghrib kat masjid UKM semalam.

Tazkirah yang disampaikan oleh ustaz yang aku rasa berasal dari indonesia tu berkisar tentang iman. Bercadang untuk ke ummah talk namun aku dah berada kat majlis tu maka aku pun teruskan je la. Beradab la kononnya..hehe.

Iman yang tak dapat dijual beli, diwarisi dan tiada di tepian pantai mahupun di pasar tani.

Tazkirah dimulakan dengan ustaz menyatakan nak jaga iman bukan hanya dengan bersolat 5 waktu tapi kena ada ibadah tambahan. Lalu ustaz menceritakan kisah Saidina Abu Bakar. Mula-mula Rasulullah saw bertanya "siapa yang berpuasa hari ini?" Saidina Abu Bakar menjawab "Saya ya Rasululullah" Kemudian diikuti lagi dengan amalan bersedekah, melawat orang sakit dan mengiringi jenazah ke perkuburan. Kesemua ini dilakukan oleh Saidina Abu Bakar pada hari itu. Lepas tu Rasulullah cakap maksud dia lebih kurang "tidak dilakukan 4 perkara ini oleh seseorang kecuali tempatnya di syurga" (Bukan matan sebenar.just dalam bentuk penceritaan aku)

Tengok betapa hebatnya amalan sahabat terdahulu. Kalau nak dibandingkan kita sekarang ni teramatlah jauhnya kita ni. Nak melawat kawan sakit pun malas n rasa macam membuang masa je. Baik telefon je kan? boleh jimat masa. Takpun Webcam kat YM ke. Maklum la dah berteknologi sekarang ni sampai amalan mulia ditinggalkan. Aku rasa tak perlu la aku hurai tentang keempat2 fadhilat amalan ni. Korang boleh google sendiri ye...

Seterusnya aku nak berkongsi apa yang ustaz tu ceritakan dengan istilah akhufillah. Satu istilah yang amat-amat baik bak kata ustaz tu. Maksud istilah tu kalau direct translate "saudara pada Allah" tapi nak bagi fahamnya saudara seakidah, saudara seislam, saudara seiman. Tertarik aku dengan kisah yang disampaikan oleh ustaz tu tentang zaman dia belajar kat negara arab dulu. Banyak kisah yang ustaz tu cerita. Tapi aku kongsi sikit je la.

Ada satu ketika ustaz tu naik atas bas. Memang penuh la bas tu. So mesti la kena berdiri. Tiba-tiba ada seorang arab tu cakap kat orang yang duduk tu yang maksudnya lebih kurang "bangun kamu, haram kamu duduk, hormat diri kamu sendri bagi tetamu ni kita duduk". Tak berhenti disitu tahap saudara seiman diorang. Ketika nak membayar tambang arab tu cakap kat ustaz "jangan2. kamu tetamu, Biar aku yang bayar" lebih kurang macam tu la.subhanallah...Hebatnya diorang sampai tahap macam tu diorang melayan saudara seiman walaupun baru je kenal. Cuba kita renung diri kita pulak? Kalau ada Pak Arab yang kita jumpa. Ada kita tegur? ada kita nak beri pertolongan yang termampu? Kadang2 ada yang menyumpah2 cakap diorang ni menyusahkan je.

Kisah kedua pulak. Kisah ustaz tu pergi bersolat kat masjid yang dia biasa solat. Dia disapa oleh seorang warga palestin. Nama aku dah tak ingat. Tapi memang diorang berkenalan kat masjid tu la. Dialog diorang lebih kurang macam ni.

Palestin : Assalamualaikum ya akhi
Ustaz : Wallalkumussalam..
Palestin : Ada perlukan pertolongan? ada nak beli barang?
Ustaz : takde apa. Semua ok.
Palestin : Jom kita pergi minum2.
Ustaz : Takpa. Saya dah minum. Terima kasih.
Palestin : Kalau macam tu jom kita jalan2 naik kereta saya sebentar.nanti saya hantar balik ke sini. SAYA TAK PUAS HATI SELAGI TAK MEMBERI KHIDMAT KEPADA SAUDARA.
Ustaz : Kalau begitu. baiklah.

Lebih kurang macam ni la dialog diorang. Subhanallah..hebatnya tahap saudara seiman diorang. TAK PUAS HATI SELAGI TAK MEMBERI KHIDMAT. Kita ni yang dah lama kenal pun tak sampai tahap macam tu.Kebetulan orang diatas ni bangsa Palestin. Apa khidmat kita untuk saudara seiman kita kat Palestin sana tu??uish..terasa pulak aku..

Boleh kira saudara seiman ke ni?nampak kamcing je.

Masa aku dengar kisah2 ustaz ni ada la aku tergambarkan beberapa sahabat aku yang kuharap sampai kesitu tahap persaudaraan kami. Nanti boleh la aku suruh diorang berkhidmat banyak2..haha..

Dah dekat hujung tu ustaz ada cakap yang iman ini umpama pokok. Pokok yang akan menghasilkan buah2 yang manis lantaran dek kemanisan iman itu. Buah-buah keimanan ni la yang kita perlu cari dan lakukan. Kalau iman dah mantap. Nanti banyak la amalan2 a.k.a buah yang akan terhasil. Kita nak beramal pun rasa manis je. Takde pun rasa malas. So aku menyeru kepada aku dan kamu untuk memperbanyakkan amalan. Semoga kita akan dapat merasai "halawatul iman" yang dicari..



wallahualam...

p/s : Teringat motto matrik aku dulu kat perlis (KMP) Keimanan Menjana Perubahan.

Monday, June 7, 2010

Apek pun kata tala baguih maa...

PULAU PINANG TETAP LARANG JUDI SUKA : http://www.malaysiakini.com/bm/

Kerajaan Pulau Pinang tidak akan berganjak daripada keputusannya melarang judi sukan di negeri itu walaupun terdapat rayuan daripada hartawan Vincent Tan dari Berjaya Corp.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa keputusan itu urusan kerajaan negeri.

Beliau menolak justifikasi Tan bahawa mengharamkan lesen tersebut akan meningkatkan lagi pertaruhan haram dan Lim menyifatkannya sebagai "pandangan peribadi (Tan). Itu haknya."

"Pendirian kita adalah jelas. Ia (judi) adalah keterlaluan dan harus ada pengurangannya," katanya selepas pelancaran Festival Georgetown di Hotel Berjaya hari ini.

Bagaimanapun, tambah Lim, beliau "terbuka" kepada rayuan.

Semalam, Tan yang memiliki syarikat Ascot Sport yang mendapat lesen terebut, berjanji untuk menderma lebih setengah bilion ringgit untuk tujuan kebajikan.

Komen aku : Adui..sedangkan orang cina pun larang?? kenapa masih nak bagi kekayaan kepada vincent tan dan umat kita pulak kaya dengan dosa?? Tahniah kepada yang membuka ruang kepada pembuat2 dosa untuk membuat dosa secara HALAL!!!

Friday, June 4, 2010

Penat....

Alhamdulillah..aku berjaya juga mengharungi hari yang penat dan penting ni. Memang sejak pagi dah kena bertapa atas motor aku..Penat~~~

Bermula seawal pukul 8.30 pagi aku ada misi untuk di temuduga oleh satu syarikat kat P.J. Sampai je kat sana boleh pulak aku sakit perut. Dah la jalan berbelit2 dan 4 jenis highway aku naik tadi untuk sampai kat sana.huhu. Aku pun tumpang la tandas kedai makan kat situ sambil mengacakkan diri sendiri yang sedia kacak ni.haha. Dan dah dekat pukul 10 aku naik atas untuk ditemuduga. Senang gila rupanya. Tak payah cakap english pun. Penat je aku susun ayat awal2. Rupanya english dia pun lebih kurang aku je.haha..Temuduganye takde la lama. Dalam 30 minit je. Tu pun banyak diganggu. Sibuk beno dia.. Keputusan temuduga aku adalah........rahsia...huhu

Ingat lepas temuduga aku nak terus ke masid kampung baru sebab ada agenda sangat penting. Tapi memandangkan masa masih terlalu awal aku pun decide untuk balik rumah makan tengahari percuma dulu.hehe. Dalam pukul 12.30 aku pun bergerak ke masjid kampung baru. Jauh juga rupanya. Ada la dalam 45 minit. Sampai je kat sana orang dah ramai dan baru je azan. Aku pun ambik la wudu kat kolah yang dah nak kering tu.kena menjangkau la aku ni akibat dari kekurangan inci aku.

Dah dapat port untuk solat di tengah panas aku pun berdiri la sambil mendengar khutbah di celahan motor kat masjid tu. Sebenarnya aku membayangkan khutbah yang akan disampaikan adalah isu palestin. Isu besar dunia sekarang tu. Sejak atas motor aku dah bayangkan. Tapi apakan daya, ada isu yang lebih utama yang dibicarakan. isu perpaduan yang suruh jemaah agar mendukung gagasan 1 malaysia. Bukan aku tak suka dengar isu tu tapi aku rasa isu palestin yang lebih wajar disebut sebab tu la masa yang sangat penting untuk menyedarkan masyarakat yang mendengar tu. Isu 1 Malaysia tu minggu depan pun boleh sebut. Sori kalau aku tak sependapat dengan korang. Tapi itu yang aku rasa time dengar tadi. Timbul pulak buruksangka kat aku tadi. Aku rasa macam nak ambil kesempatan je tadi. Sebab yang datang tadi rata2 bukan prokerajaan. Jahat betoi aku ni..hehe

Takpe la. Abaikan isu tu. tak sengaja kut. Lepas solat jumaat ada solat hajat. Time tu dah ada kedengaran laungan takbir kat luar masjid. Lepas je solat hajat laungan semakin kuat dan akhirnya puluhan ribu orang berarak ke kedutaan USA untuk membantah tindakan zalim dan tak berperikemanusiaan zionis tu. Alhamdulillah aku sempat terpandang sahabat seperjuangan di UKM yang dah habis belajar dan yang masih belajar. Semuanya datang dengan semangat yang berkobar2 tapi harus diingat kepada aku dan semua yang hadir agar mengikhlaskan niat untuk menyuarakan bantahan kepada kezaliman ni. Semoga segala peluh kita tadi menjadi saksi di depan Allah kelak.

Aku tak dapat tunggu lama kat situ. Sekitar pukul 3.15 aku pun bergerak untuk interview kat jalan Sg Besi pulak dalam berpakaian kemeja aku yang dah agak basah akibat dari proses perpeluhan yang berlaku tadi. Aku sampai je kat sana aku terus cari port untuk mengkacakkan diri. Akibat kawasani tu adalah kawasan cina maka aku pun terpaksa menumpang kat tandas restoran cina. So aku pun pergi la interview yang dijadualkan pukul 4. Sampai je dah dapat soalan iq test. Susah juga la. Tapi boleh la jawab sikit yang aku mampu. Ada ke patut soalan tentang engineering. Mana la aku tau. Selepas tunggu agak lama dalam pukul 5 aku pun dipanggil. Sekali lagi interview yang mudah aku alami. Bahasa Melayu je aku bantai. Dah yang temuduga aku tu pun cakap B.M takkan la aku nak memoyokan diri menyerlahkan kehebatan B.I aku.hehe. Selepas berjabat tangan aku pun bergerak balik dan sampai rumah dalam pukul 6 lebih setelah mengalami sedikit kesesatan akibat mengelamun diatas motor.

Balik rumah rehat kejap then anak sedara ajak main game pulak. Layan kan je la. Terpaksa kalahkan dia.haha. Tadi agak letih juga. Tapi setelah bermanja dengan bondaku yang mengurut aku tadi, terus rasa segar. So lepas ni boleh sambung main game pulak.hehehe. Ok nak pergi main game ni..bye!!!

sekian...

Tuesday, June 1, 2010

Oh Umat!!

Sejauh mana anda tahu tentang perkembangan di Gaza kini??

Sejauh mana anda berusaha memberi kesedaran kepada teman2 anda??

Adakah anda sudah tahu kira2 20 orang yang telah SYAHID??

Sudahkah anda tahu lebih ramai yang turut cedera??

Adakah anda tahu aktivis di sana diserang oleh kumpulan Komando??

Sedarkah adanya hari demo sedunia??

Atau anda masih leka dengan keselesaan yang sementara??

Masih gembira bergurau senda??

Sudahkah anda lupa saudara seakidah kita sedang menderita??

SEDARLAH!!!

BANGKITLAH!!

BERSATULAH!!

Semoga Misi di sana berjaya..

ihzimhum..ihzimhum..ihzimhum..wansurnaalaihim...

TAKBIR!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang