PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Monday, November 8, 2010

Kepada muslim yg x mengerti ISLAM..SEDARLAH!!!

Artikel ini aku copy dari blog http://kalamkhalifah.blogspot.com so aku menyarankan korang membaca di blog beliau la..lagi pun aku x copy semua...huhu

DALAM satu kelas seputar perbincangan undang-undang. Selepas pensyarah membicarakan mengenai undang-undang tertinggi dalam negara ini dengan menyatakan ianya adalah Perlembagaan Malaysia. Seterusnya isu keberkesanan undang-undang yang sedia ada itu dibahaskan.

Pensyarah membuka soalan, "Menurut pandangan kamu, apakah undang-undang kita berjaya menyekat dan mengurangkan jenayah dalam negara kita?"

Jawapan yang pelbagai diterima daripada para siswa jurusan Pentadbiran Awam secara pengajian luar kampus itu.

"Undang-undang kita adalah peninggalan penjajah, ianya adalah hasil daripada perbincangan Suruhanjaya Reid. Ternyata ianya gagal." Kata salah seorang pelajar.

"Kadar jenayah dalam negara kita semakin teruk. Negara kita sudah tidak aman. Undang-undang kita sudah tidak praktikal," tambah seorang lagi.

"Undang-undang kita hanya membela pihak-pihak yang tertentu sahaja dan sentiasa berubah mengikut rentak pemerintah semasa." Sedikit keras lontaran pandangan itu.

Si pensyarah hanya mampu mengangguk-angguk.

Tidak semena-mena, salah seorang pelajar berbangsa Cina dalam kelas tersebut mengangkat tangan mahu bersuara.

Pensyarah memberikan laluan, "Silakan saudara."

Dia berdiri dan berpusing menghadap kepada audiens kerana beliau duduk di kerusi paling hadapan. Dia lantas berkata dengan lantang, "Saya kira undang-undang yang sedia ada tidak mampu menakutkan dan mencegah para penjenayah bagi melakukan jenayah. Kalau kita maklum, sebenarnya banyak kes yang berlaku adalah kes ulangan oleh penjenayah yang sama."

Keseluruhan kelas terdiam memberikan tumpuan kepada beliau, walau telor Cinanya sangat kuat namun dia cuba berbahasa Melayu sebaik mungkin.

Dia kemudian menambah, "Penjenayah juga tidak takut terhadap segala hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang kita. Setakat sebat 10 rotan denda RM5,000. Bukanlah sesuatu yang besar bagi penjenayah yang punya duit yang banyak. Justeru mereka tidak akan takut dan akan mengulangi jenayah tersebut."

Habis beliau berhujah segera di pensyarah berrtanya, "Jadi, kamu ada cadangan undang-undang apa yang lebih praktikal dan sesuai kepada rakyat Malaysia."

Jawabnya dengan tegas dan yakin,"????????????"
 .........................................................................................................................................................................................( nak tahu jawapan n sambungannya?? sambung di blog beliau)

Sunday, November 7, 2010

I'm Engineering Geologist

Dah lama aku tak mencoret kat blog aku ni.. Kelihatan seperti tak bermaya sudah. Mungkin setelah akibat dari ketiadaan internet Jaring UKM membuatkan aku agak sukar nak update. Kadang2 ada jugak online tapi perasaan malas pulak yang datang. Entah ke mana pergi matlamat utama membina blog ni dulu.. Insyaallah lepas ni akan kembalikan matlamat tersebut...doakan ye...

Untuk post kali ni aku cuma ingin menceritakan serba sedikit tentang kerjaya aku sekarang. Hal ini disebabkan terlalu ramai yang bertanya dan sedikit terkeliru dengan tugas aku. Ramai sangat ingat aku bekerja di Johor. Mungkin sebab projek pertama aku adalah kat johor dulu kut..

Aku bermula dengan company aku. Nama company yang aku bekerja sekarang ni adalah G&P Geotechnics Sdn. Bhd yang bernaung di bawah G&P Professional Sdn Bhd. Company ni punya core bisnes nye adalah geotechnic consaltancy. Lebih kepada as consultant kepada kerja2 sebelum pembinaan dilakukan seperti memastikan kawasan yang nak dibuat banggunan tu adalah stabil. Ada jugak consult projek seperti korang tengok kat tepi2 jalan yang ada konkrit and paip tu. Yang tu untuk kestabilan cerun. Untuk memastikan cerun2 tu tak runtuh dan menimpa korang. Position aku kat company ni just as engineering geologist je. Lokasi office aku pulak adalah dekat Bandar Tasik Selatan betul2 kat depan Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan.

Company ni memang banyak projek sampai ke Vietnam pun ada. So aku yang bekerja di bawah department geologist ni lah yang ditugaskan sebagai wakil syarikat ke site projek2 tu. So yang site tu la yang macam2 tempat. Setakat ni site yang aku pernah jaga adalah kat TTDI hillpark, Permas Jaya Johor, Desa Parkcity Kepong, MK22 Mont Kiara, Hospital besar Ipoh, Taman Equin S.Kembangan dan sekarang berada di Batu Feringgi Penang..

Kat penang ni je lain sikit kerjanya. Sebelum ni just pastikan contractor buat kerja Subsurface Investigation dengan betul je. Tapi sekarang ni kami sedang usahakan untuk buat terrain mapping kat kawasan yang nak dibuat resort kat B. Feringgi tu. Terrain Mapping ni penting untuk membolehkan hilly site area tu dibenarkan dibuat pembanggunan. At last kitorang akan come out dengan gred tempat yang berisiko untuk dibuat pembanggunan. Kalau 1 n 2 still boleh buat 3 still can consider but if gred 4 memang tak boleh buat la. Semua ni bergantung kepada Kerajaan tempatan. Kalau dulu kat Selangor gred 3 still boleh buat develoment tapi era Pakatan rakyat ni diorang bagi sampai gred 2 je. So ni membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat ni telus. Oleh itu undilah Pakatan Rakyat nanti..tiba2 ja!! hahahaha

Kembali kepada kerja aku. So korang faham dah kan tentang kerja aku terutamanya bila orang bertanya aku tentang kerja kat mana. Kena terangkan panjang lebar pulak. ye la office kat B.T.Selatan tapi site tu yang bertukar. So untuk memudahkan aku akan cakap aku kerja kat B.T.Selatan je la. Tapi ofis tu aku akan pergi sebulan tak sampai 5 kali pun kalau aku ada site bulan tu. Sebab aku akan pergi terus site je. Oleh itu boleh la pergi kerja lambat sikit.hehe

Setakat ni je la penerangan aku. Aku harap kawan2 aku dah faham tentang kerja aku. Ni asyik terkonfius je antara lokasi ofis n site aku. Kepada adik2 yang belum belajar kat Universiti jangan lupa mohon kos Geology terutama kepada berjantina lelaki kerana sungguh indah work as geologist ni..huhu

Sekian...

Saturday, October 23, 2010

Terhangat di Pasaran...

Memang giler!!! page yang terhangat masa kini...mari kita menunjukkan rasa kasih kita kepada uncle najib n untie rosmah dengan melawat page ni..page terbaik dari rakyat untuk rakyat..

http://www.facebook.com/NoMegaTower?ref=mf&v=wall


SEBARKAN kepada rakyat Malaysia..

Sunday, October 10, 2010

Gay Vs Dai'e

BENGANG!!!!!

xtau la kenapa rasa bengang sangat bila aku tahu adanye satu konsert yang tak sepatutnya dibenarkan di negara ISLAM ni. Bertambah bengang bila konsertnya bertembung dengan konsert Maher Zain. Terlalu banyak perbezaan yang berlaku. Dari tempat konsert, Penganjur, Sponsor, Publisiti dan segala bendanya berbeza. Mungkin ada yang cakap konsert Maher Zain pun sold out tiket dia. Tapi kita kena ingat kapasiti tempat konsert tu yang sangat berbeza. Auditorium MBSA hanya mampu memuatkan 1400 orang manakala konsert si lelaki GAY tu dibuat di stadium Bukit Jalil yang boleh memuatkan berpuluh ribu orang.

Melihat gambar2 aksi si Mamat Gay tu dah membuatkan aku bertambah2 bengang..waaaaaa..mana pergi ulama'2 Malaysia? Mana pergi Jakim? Mana pergi MAIS? mna pergi Menteri Agama?? Korang fikir la sendiri yang rancangan hiburan kat negara kafir pun ada yang ban artist gay ni sebab aksi lucah dia kat atas pentas. Dah la mengaku Gay secara terang2an. Pastu kalau korang tengok gambar dia memang memualkan. Nak upload kat blog aku ni pu terasa jijik. Korang tengok kat link aku bagi ni je la ye..

http://www.makbudak.com/2010/10/kami-bantah-konsert-adam-lambert-di.html 

ni lagi

Sangat berbeza dengan Maher Zain. Aku boleh katakan dia ikon Nasyid dunia. Kehadiran dia membuka mata bahawa Islam ni bukan jumud. Kita ada pilihan untuk berhibur dalam batasan syarak. Lagu2 dan lirik2 dia cukup menangkan dan membawa kita menghayati islam dan mendekatkan dengan Allah swt. Mungkin aku agak lambat mengenali Maher Zain berbanding kawan2 aku yang lain. tapi aku mula terpikat bila tengok video dia yang orang ada tag kat Fb aku tajuk open your eyes. Memang menyentuh perasaan. Sejak tu aku melayan lagu Maher Zain ni. Aku suggestkan korang cari la kat youtube. tapi aku tau pembaca blog aku ni semuanya dah jadi penminat tegar Maher Zain.


http://www.facebook.com/video/video.php?v=1224551025324&subj=1004798001

Entah la kawan2 aku sekalian. Teranyata aku sangat kecewa sekarang ni. Apa nak jadi la dengan negara islam kita ni. Ni la akibatnya bila kuasa tu berada di tangan orang yang tak sepatutnya. Ye memang orang itu islam. tapi mukminkah mereka??Aku pun bukan la baik sangat. Tapi still masih tahu lagi batasa syarak sikit2. Aku harap sangat takda dalam kalangan kalangan kawan aku yang pergi konsert mamat gay tu. Kalau aku tau ada kawan aku pergi aku akan bahan dia bahawa dia adalah penyokong kelab Gay tegar..haha

Lastly, bersama kita bermohon agar Allah melindungi negara islam kita dan memperkuatkankan barisan pejuang2 agama yang menginginkan agar islam berada di tempat sepatutnya..TAKBIR!!!

Sesungguhnya aku MEMBANTAH konsert Adam lambert. Bagaimana anda??

wallahualam

Sunday, October 3, 2010

Zulqurnain oh Zulqarnain

Tq kepada insan yg Tag aku kat Fb tntg note ni..Nama dah hampir sama..tp banyak sangat yang berbeza..hoho

ZULQARNAIN, MODEL PENGUASA ADIDAYA
Oleh: Asep Sobari

Jika dicermati, pemaparan Al-Qur’an tentang kisah Zulqarnain sangatlah unik. Penguasa besar yang kerajaannya terbentang dari timur hingga barat ini diceritakan hanya dalam enam belas ayat (QS Al-Kahfi: 83-98). Itupun tanpa menjelaskan identitas lengkap, masa pemerintahan dan lokasi kerajaannya. Keunikan ini bukan tanpa alasan. Sayyid Quthb menjelaskan dalam azh-Zhilal, bahwa memang demikianlah karakter umum kisah-kisah Al-Qur’an. Tujuan utamanya bukan aspek kesejarahan, melainkan pelajaran (ibroh) yang dapat dipetik darinya.

Zulqarnain adalah penguasa Adidaya. Al-Qur’an menggambarkannya dengan singkat tapi jelas, “Sesungguhnya Kami telah memberinya kekuasaan di muka bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan [untuk mencapai] segala sesuatu”. (QS Al-Kahfi: 84). Ayat-ayat berikutnya semakin mengukuhkan kekuasaan tersebut. Zulqarnain melakukan perjalanan jauh ke ujung barat dan ujung timur, lalu perjalanan jauh lainnya ke sebuah negeri asing. Lantas, apa pelajaran yang dapat dipetik dari kisah penguasa besar ini?
Pertama; Asas peradaban Zulqarnain adalah ilmu. Menurut Ibn Abbas, seperti dinyatakan Ibn Katsir dalam at-Tafsir, as-sabab yang diberikan Allah kepada Zulqarnain adalah ilmu. Dengan ilmu inilah Zulqarnain meningkatkan kemampuan (al-qudrah) dan mengembangkan sarana (al-alah) sehingga mampu mencapai kemajuan-kemajuan besar dalam pemerintahannya.

Kedua; Menegakkan kebenaran dan keadilan berdasarkan nilai-nilai wahyu. Falsafah hukum Zulqarnain adalah, menghapus kezaliman dengan menjatuhkan sanksi berat kepada pelakunya, dan memberi banyak kemudahan kepada orang-orang yang gemar kebaikan (QS Al-Kahfi: 87-88).

Kebijakan semacam ini sangat efektif dalam membangun kekuatan dalam negeri. Karena ketika orang-orang baik mendapat tempat, kemudahan dan balasan yang setimpal, sementara orang-orang zalim menerima sanksi, dipermalukan dan dijauhkan dari lingkaran kekuasaan, maka rakyat akan termotivasi untuk semakin baik dan produktif. Demikian yang diungkapkan Sayyid Quthb dalam azh-Zhilal.

Ketiga; Menjunjung kesetaraan, berbagi kemajuan, dan memakmurkan dunia dengan tetap bersikap rendah hati. Inilah prinsip kebijakan luar negeri Zulqarnain, terlebih lagi dengan negara yang lebih kecil dan lemah.

Dalam perjalanan ketiga, Zulqarnain tiba di sebuah negeri yang meskipun tampak indah dan kaya akan sumber daya alam, tapi masyarakatnya lemah dan terbelakang. Dikatakan lemah, karena mereka sering menjadi sasaran keganasan Ya’juj dan Ma’juj dan tidak berdaya untuk sekadar mempertahankan diri. Mereka juga terbelakang dalam banyak bidang, terutama budaya dan teknologi.

Ada dua indikator keterbelakangan yang dipaparkan Al-Qur’an. Pertama, mereka tidak menguasai bahasa Zulqarnain sehingga sulit berkomunikasi dengan penguasa besar tersebut, “la yakaduna yafqahuna qaula”. Padahal, sebagai penguasa peradaban dunia kala itu, bahasa Zulqarnain adalah bahasa internasional yang sangat populer. Kedua, ketika minta bantuan Zulqarnain untuk melindungi mereka dari Ya’juj dan Ma’juj, mereka hanya mengajukan pembangunan sebuah tembok biasa (as-sadd). Padahal saat itu Zulqarnain sudah menguasai teknologi konstruski tembok dengan meterial berlapis yang jauh lebih kuat (ar-radm).

Karena lemah dan terbelakang, wajar jika masyarakat ini memanfaatkan momentum kedatangan Zulqarnain, Sang Penguasa Adidaya, untuk mengiba dan memohon bantuan, agar dapat bertahan dan hidup lebih aman. Untuk memenuhi hajat asasi ini, mereka pun ‘nekat’ membayar jasa Zulqarnain dengan kekayaan alam mareka (al-kharj/al-kharaj).

Apa sikap Zulqarnain? Disinilah Zulqarnain menunjukkan kebesarannya sebagai penguasa adidaya. Dia menolak tegas bayaran tersebut. Baginya, kekuasaan tidak identik dengan keserakahan. Kelemahan dan keterbelakangan bangsa lain tidak dilihat sebagai kesempatan emas untuk mengeksploitasi dan mengeruk habis kekayaan alamnya untuk menunjang kesejahteraan negara maju. Bagi Zulqarnain, kekuasaan adalah amanah peradaban dari Allah swt yang manfaatnya harus dirasakan oleh seluruh penduduk dunia, “Apa yang dikuasakan Allah kepadaku adalah lebih baik [daripada bayaran itu]”. (QS Al-Kahfi: 95).

Zulqarnain tidak hanya memberi bantuan gratis, tapi juga melibatkan penduduk setempat dalam proyek berteknologi tinggi yang dibangunnya. Artinya, ada upaya pengalihan teknologi dan peningkatan kemampuan masyarakat terbelakang tanpa pamrih apa pun. Simaklah arahan-arahan Zulqarnain berikut, “Maka bantulah aku dengan kekuatan [manusia dan alat-alat], agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi”. Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua puncak gunung itu, berkatalah Zulqarnain, "Tiuplah [api itu]”. Hingga apabila besi itu sudah menjadi [merah seperti] api, diapun berkata, "Berilah aku tembaga [yang mendidih] agar aku tuangkan ke atas besi panas itu." (QS Al-Kahfi: 95-96).

Demikianlah keteladanan yang diberikan penguasa adidaya yang saleh. Kekuasaan tidak menjadi alat keegoan negara maju untuk tetap tampil sebagai ‘negara besar’, melainkan amanah peradaban yang harus berubah menjadi rahmat bagi semesta alam.

Sumber: Kolom Ibroh, Majalah Islam Sabili No. 18 TH.XVI Maret 2009

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang