PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Sunday, September 18, 2011

Bangla people : Welcome to Malaysia!!!


For more Clear picture please click HERE 
Tahniah kepada Kerajaan Malaysia yang sangat bermurah hati ni.
Aku sebagai Rakyatnya ini tumpang bangga melihat Negara kita ni.
Lepas ni Bangla yang dekat tapak projek kawan2 seGeologist dan seSite Enginner aku tu boleh la start mengundi.

Aku pulak kena start berkempen kat diorang ke ek??hahaha

Thursday, September 15, 2011

Tok Janggut : Ianya bukan kerana cukai. Ianya kerana Allah!!

Saya yakin ramai yang mengenali Tok Janggut. Tetapi berapa ramai yang benar-benar tahu tentang kisah hidupnya? Kewujudan Tok Janggut dan perjuangannya pasti ada kaitan dengan nasib malang yang menimpa umat Islam seluruh dunia ketika itu, iaitu kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924.

Cuba fikirkan, betapa selama ini sejarah kita telah diputar belit oleh zionis kuffar. Mereka berjaya mengalihkan pandangan seorang pelajar sekolah, bahawa perjuangan seorang Tok Janggut adalah kerana mempertahankan kuasa politik tradisional dan membantah cukai semata, sedangkan beliau sebenarnya mempertahankan Al-Haq! Malah mereka telah berjaya melabel dan menanamkan dalam pemikiran kita bahawa Tok Janggut adalah penderhaka dan pemberontak.

Zionis kuffar telah berjaya memanipulasi pemikiran umat islam di nusantara ini (baca: gugusan kepulauan melayu), bahawa tahap tertinggi dicapai bagi seorang Islam adalah apabila ia telah berjaya dan selesai mengerjakan haji ke makkah al-mukarramah. Pemikiran ini telah ditanam dari nenek moyang kita sehinggalah ke generasi hari ini. Walhal sebagai seorang muslim, ia wajib menjalankan tugas khalifah, iaitu memastikan seisi alam ini menyaksikan syahadah yang agung, Laa ilaaha Illallah, Muhammad Rasululullah. Itulah kemuncak ustaziatul ‘alam yang wajib dilaksanakan bagi seorang Islam. Dan Tok Janggut adalah antara figure yang cuba menjalankan kewajipan syahadah ini.

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” [Surah Al-Baqarah, 2:30]
Di bawah ini disertakan bahan perkongsian yang dipetik dari laman web raykinzoku yang ditulis oleh Tengku Ahmad Zarir, seorang graduate dari Kinki University, Osaka.

Penulis asal berharap agar lebih ramai orang akan mengenali Tok Janggut bukan kerana gambar jasad beliau diperlakukan oleh Inggeris, tetapi kerana keberanian dan kematangannya dalam berjuang
demi agama dan bangsa.

Tok Janggut …….
atau nama sebenar, Haji Mat Hassan bin Panglima Munas.
Syahid pada hari ini 24 Mei,
dalam perjuangan menentang penjajahan Inggeris,
di Jajahan Pasir Puteh, Kelantan,
93 tahun yang lampau ……

Al Fatihah …..
Dahulu, lebih kurang tiga tahun yang lepas, saya pernah mencatit satu entri khas berkenaan Tok Janggut.
Apa yang asalnya diniatkan sebagai satu catitan kasual, sebagai menyempurnakan hajat seseorang, telah dengan tidak semena-menanya mendapat tumpuan ramai sehingga sendat dengan ratusan komen menyatakan minat. Dalam banyak banyak komen yang saya perhatikan, tidak kurang ada yang menarik, yang menyebabkan saya merenung kembali kisah perjuangan Tok Janggut, contohnya seperti komen ini :

i am an amateur historian. thank you for the write up. your photos will be useful
for those researching on Kelantan and its history. i had the privilege of meeting 2 of Tok Janggut’s grandson. they are proud their grandfather was a shahid. history has downplayed the extent and significance of the fight between tok janggut and the administrators then. it was a jihad of the muslims against the british rule.
Merenung kembali, memang benar sejarah kurang berlaku adil kepada Tok Janggut. Kisah perjuangan Tok Janggut, walaupun kini diabadikan dalam lembaran sejarah tanahair, disanjung dan diajar di sekolah, dirasakan seolah-olah masih atau sengaja dibiarkan tergantung. Tidak keterlaluan jika saya katakan, seolah-olah sama sebagaimana yang diperlakukan oleh Inggeris terhadap jasad Tok Janggut di Padang Bank.

Apa yang saya maksudkan dengan ” tergantung ” di sini adalah bila mana rata-rata sumber utama rujukan sejarah ( authorized sources ), dalam menghuraikan kronologi dan sebab musabbab kepada kebangkitan Tok Janggut, hanya mengutarakan faktor permasalahan cukai dan faktor kehilangan kuasa politik pembesar Melayu tradisional ( feudalisme ) sebagai punca.

Di sini, saya petik beberapa contoh dari huraian Arkib Negara Malaysia dan buku teks sejarah Tingkatan Lima sebagai bukti :

Campurtangan British di Negeri Kelantan pada awal abad keduapuluh telah menyebabkan berlaku beberapa perubahan dasar sistem pentadbiran di negeri tersebut.

Pihak British telah memperkenalkan sistem-sistem cukai yang baru yang bercanggah dengan kebiasaan rakyat tempatan dan telah melantik pegawai-pegawai untuk menggantikan tempat pembesar-pembesar daerah tradisional.

Kewujudan alat-alat pentadbiran dan campurtangan pihak British dalam pentadbiran Negeri Kelantan ini telah menggugat kedudukan pembesar-pembesar daerah serta menimbulkan kemarahan mereka yang selama ini memiliki banyak keistimewaan.

From :
Arkib Negara Malaysia : Hari Ini Dalam Sejarah Online : ” PERANG TOK JANGGUT “



* Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ( KBSM ), Dewan Bahasa & Pustaka, Cetakan Keempat 2006, Percetakan Watan Sdn Bhd ( Nota : Perenggan berkaitan di ” highlight ” bagi memudahkan rujukan. )

Sebenarnya, apa yang dinyatakan oleh sumber sumber di atas tidaklah bersalahan dengan apa yang benar benar telah berlaku. Cuma, secara peribadi, menyampaikan kisah Tok Janggut dalam konteks perjuangan membantah cukai dan kehilangan kuasa politik tradisional, bukan sahaja mengabaikan butiran penting lain dalam kronologi kejadian malah dirasakan mampu memberikan implikasi negatif kepada perkembangan minda generasi muda. Seolah-olah menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kelompok yang kedekut dan taksub dengan feudalisme. Apakah sebenarnya yang ingin dibuktikan melalui huraian sedemikian ?

Sedar atau tidak, dengan pentafsiran sedemikian juga, kita telah berjaya menyempurnakan agenda penjajah Inggeris tanpa mereka sendiri perlu bersusah payah menyempurnakannya. Sejarah membuktikan bahawa penjajah Inggeris sememangnya mahu perjuangan Tok Janggut digambarkan sedemikian, kerana mudah bagi mereka melabel beliau sebagai penjenayah dan pengkhianat ( tidakkah kita selalu diajar, membantah arahan pihak berkuasa adalah satu jenayah ? ) …..

…. dan sejarah juga membuktikan bahawa dengan menonjolkan Tok Janggut sebagai seorang penjenayah dan pengkhianat, mereka telah berjaya mengalihkan perhatian orang Melayu Islam dari memikirkan isu global berkaitan umat Islam yang sedang hangat ketika itu !

Laporan berikut, yang dipetik dari akhbar The New York Times, bertarikh 15 November, 1914, menjelaskan usaha awal Inggeris untuk memastikan orang Melayu terus terserkup di bawah tempurung :



Source :

The New York Times Online Archive, 15 November 1914

Menurut laporan di atas, pada 14 November 1914, Sultan Kelantan ( Sultan Muhammad IV, 1900 ~ 1920 ), telah mengeluarkan jaminan taat setia kerajaan Kelantan kepada Inggeris ekoran Perang Dunia Pertama di Eropah.

Inggeris pada masa itu, sedang berperang dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang bersekutu dengan Austria-Hungary dan Jerman. Inggeris telah menekan pihak istana untuk mengisytiharkan solidariti bersama – tindakan yang mengecewakan Tok Janggut lantas memilih untuk bangkit sendiri menentang Inggeris …..

Tetapi mengapa Kelantan ? Mengapa Turki Uthmaniyyah !?

Perlu diingatkan bahawa pada masa itu, kerajaan atau empayar Turki Uthmaniyyah dianggap oleh kebanyakan umat Islam di dunia, termasuk juga di Kelantan, sebagai pelindung serta pemimpin ummah. Kebetulan pula di Kelantan, hampir keseluruhan penduduk adalah beragama Islam bermazhab Shafie ( dinyatakan di situ, ” Shaffa Mohammedanism ” ) dan kuasa politik adalah di tangan pemerintah beragama Islam ( walaupun di bawah pengaruh Inggeris ).

Walaupun demikian, itu bukanlah perkara yang paling dirisaukan oleh Inggeris. Inggeris lebih gusar dan khuatir akan hakikat hubungan dan pergantungan Kelantan dengan Timur Tengah dari sudut ideologi dan politik, yang telah berlangsung sejak berkurun lamanya. Ramai rakyat Kelantan berulang alik ke Makkah untuk menuntut ilmu, menunaikan ibadat Haji dan tidak kurang juga ada yang memiliki kepentingan di sana. Tok Janggut berada dalam kelompok ini, seorang terpelajar yang pernah menuntut ilmu dari Pattani hingga ke Makkah. Kebetulan juga, Makkah ketika itu merupakan wilayah Turki Uthmaniyyah, yang pastinya sedang marak dengan propaganda anti-Inggeris ketika Inggeris sedang berperang dengan Turki. Inilah yang dirisaukan oleh Inggeris.

Walau bagaimana pun, dalam hal ini, menyedari hakikat masyarakat Melayu yang amat mentaati Raja, Inggeris telah mengambil jalan memaksa pihak Istana untuk menyatakan pendirian yang selari dengan mereka, dengan harapan, kemarahan masyarakat Islam Kelantan terhadap peranan Inggeris dalam Perang Dunia Pertama dapat dikekang.

Namun, malang bagi Inggeris, jaminan yang diberi hanya bertahan selama lima bulan sahaja dan ” kekacauan ” ( disturbance ) yang dirisaukan telah benar benar berlaku di Pasir Puteh pada April 1915, di bawah pimpinan Tok Janggut ( antara sebab mengapa Tok Janggut diisytiharkan Inggeris sebagai ” pemberontak “ dan ” pengkhianat “ ).

Apa yang menarik, perkara yang paling dirisaukan Inggeris di Kelantan sebenarnya telah terlebih dahulu berlaku di Singapura, kubu kuat Inggeris di Asia Tenggara. Pada Februari 1915, askar upahan Inggeris dari India yang beragama Islam telah bangkit memberontak. Peristiwa berdarah yang dikenali sebagai Dahagi Singapura 1915 atau The 1915 Singapore ( Sepoy ) Mutiny ini, telah menyebabkan lebih kurang 50 orang Eropah terkorban. Puncanya, tidak lain tidak bukan adalah kerana peperangan Inggeris dengan Turki Uthmaniyyah, ditambah pula dengan fatwa berjihad yang dikeluarkan oleh kerajaan Uthmaniyyah. Dikatakan Tok Janggut telah mengikuti perkembangan pemberontakan ini lalu merancang penentangan di Pasir Puteh.

Biar pun segera ditumpaskan, kejadian pemberontakan ini begitu memalukan Inggeris. Mengambil iktibar, Inggeris telah mengambil langkah berjaga jaga dan malang sekali, penentangan Tok Janggut menyusul dua bulan selepas itu dalam keadaan Inggeris sudah bersedia. Akibatnya, Tok Janggut telah diganyang sedasyat dasyatnya oleh Inggeris dan ini dapat disaksikan melalui bagaimana jenazahnya diperlakukan di Padang Bank.

Mengenangkan apa yang telah dilalui oleh Tok Janggut, adalah dirasakan amat tidak wajar jika kisah beliau terus dibaca dalam konteks sedia ada ( penekanan kepada permasalahan cukai & kehilangan kuasa feudal ). Perhatian perlu diberikan kepada konteks yang lebih global seperti yang dinyatakan di atas – sesuai dengan keadaan dunia masa kini serta hakikat diri dan latar belakang Tok Janggut sendiri.

Tok Janggut sebenarnya bukanlah seorang jaguh kampung yang buta huruf. Beliau adalah seorang yang terpelajar, yang pernah mengembara menuntut ilmu dari Pattani sehingga ke Makkah. Kerana itu, rangkaian serta jaringan maklumatnya cukup baik. Beliau jelas tahu apa yang sedang berlaku di dunia ketika itu, khususnya nasib yang menimpa Dunia Islam – kecelaruan dan perpecahan yang melanda umat Islam angkara masalah dalaman dan penjajahan asing. Beliau juga sedar bahawa simbol kekuatan politik umat Islam tika itu, Empayar Turki Uthmaniyyah, sedang diancam dan cuba dihapuskan oleh Inggeris melalui Perang Dunia Pertama.

Kerana itu juga, Tok Janggut adalah seorang yang berfikiran GLOKAL ( yakni, a person who thinks globally and acts locally ). Ini dapat dilihat melalui keprihatinan beliau terhadap nasib Dunia Islam yang dipadankan dengan suasana setempat, yang kemudiannya ditafsirkan melalui penentangan bersenjata pada tahun 1915.

Sayang sekali, hakikat ini selalu sahaja tenggelam, samar samar atau langsung gagal dinyatakan dalam huraian kontemporari sejarah Tok Janggut, hingga menampakkan perjuangan beliau sebagai bercorak parokial ( kekampungan ) yang hampir tidak membawa apa apa makna.

BACAAN BERKAITAN

Nasron Sira Rahim, Berita Harian : ” Tok Janggut “
INGGERIS cuba menyembunyikan cerita sebenar mengenai Tok Janggut. Lelaki itu dan kumpulannya dituduh penderhaka kepada sultan, bangsa dan tanah airnya iaitu Kelantan.
Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.
Rujukan alternatif
Emmeline Tan, The Star Online ; November 24, 2007 : ” One Moment In Time “

The story of a Kelantanese rebel who fought against the British comes alive in the Tok Janggut Trail.
A declaration of jihad (holy war), an insurrection against foreign invaders, the death of a rebel leader and the parade of his corpse before it was hung upside-down in public as a warning – this is the story of Kelantan’s Tok Janggut.
SP Star : ” Penentangan di Kelantan “

Pengaruh luar seperti Perang Dunia Pertama dan Dahagi di Singapura pada tahun 1915 juga mempengaruhi penduduk Kelantan melancarkan kebangkitan terhadap pentadbiran British.
Orang Kelantan percaya British akan mengalami kekalahan dalam Perang Dunia I. Begitu juga apabila Dahagi meletus di Singapura pada tahun 1915. Penduduk Kelantan mendapat berita bahawa tentera India berjaya membunuh orang Eropah secara beramai-ramai. Kesannya, kejayaan Dahagi ini menyebabkan orang Kelantan tidak lagi menghormati orang Eropah sebagaimana sebelumnya.
Hasrizal Abdul Jamil : ” Hubungan Alam Melayu – Turki : Merentasi Sejarah “

Sebuah lagi catatan penting ekoran daripada gerakan Pan-Islam Sultan Abdul Hamid II adalah tercetusnya Dahagi Singapura pada tahun 1915.
Sehingga pada hari ini, sebab sebenar yang mencetuskan Dahagi tersebut masih belum didedahkan kepada umum kecuali dengan beberapa andaian yang berhasil semenjak beberapa tahun yang lalu. Ini berikutan daripada polisi Britain sendiri yang merahsiakan perkara tersebut.
Dahagi ini sebenarnya bermula ekoran daripada bantahan askar India dan Melayu Muslim daripada dihantar ke Timur Tengah bagi menyertai tentera Arab menentang pemerintahan Khilafah Othmaniah semasa Revolusi Arab 1916.
http://w3.spancity.com/yosri/DaftarT.htm

Tok Janggut

” Nama sebenarnya adalah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas.
Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan
Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya
dari segi pentadbiran.
Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan
pemimpin tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai
pengenaan cukai kepala RM 1.00 seorang setahun, pokok buah-buahan 3 sen
setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung. Pada 29 April 1915,
pentakbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff seorang
pegawai takbir British yang berasal dari luar Kelantan, menggantikan Engku Besar.
Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai yang terlalu lambat
sehingga berlarutan selama tiga hari, menyebabkan Haji Mat Hassan bin Panglima
Munas enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis diketuai
oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib dan menemui Haji Mat
Hassan bin Panglima Munas pada 29 April 1915.
Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Haji Mat Hassan
bin Panglima Munas kemudiannya menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir
Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura
dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.
Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.
Kebangkitan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas menyebabkan Sultan Kelantan yang
memerintah pada masa itu merasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai
penderhaka dan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Haji Mat Hassan bin Panglima
Munas telah terbunuh. Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu
yang memakan masa satu hari.
Setelah digantung beberapa hari di hadapan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka)
mayat Haji Mat Hassan bin Panglima Munas dikebumikan di Pasir Pekan. “
GAMBAR BERKAITAN

PADANG BANK, KOTA BHARU



* Poskad lama awal 1930an, yang memaparkan Monumen Perang Dunia Pertama dan Padang Bank di Kota Bharu. Imej ” dipinjam ” dari blog Northernmalaya. Turut kelihatan adalah bangunan Istana Jahar. Foto dirakam sekitar 1930an.



*dikatakan inilah mayat Tok Janggut. Ada yang mengatakan ini bukan mayat Tok Janggut tetapi adalah salah seorang pengikutnya yang terbunuh dalam peperangan bersama Tok Janggut, ada yang mengatakan British tersalah mengecam identiti Tok janggut. Bagaimanapun, ia tidak disokong oleh bukti yang kuat. Penulis asal percaya inilah jasad Tok Janggut.



*Setelah gugur syahid di Pasir Puteh, jasad Tok Janggut telah dibawa ke Kota Bharu dan digantung songsang di khalayak ramai, di Padang Bank. Sebagai tontonan dan pengajaran kepada rakyat Kelantan yang terfikir untuk menentang Inggeris.



* Tentera British bergambar. Tulisan di kaki mereka jelas menunjukkan Pasir Puteh 14-10-1915. Lebih kurang 5 bulan selepas pemberontakan yang mahsyur itu berlaku di tempat ini. Askar ini dihantar dari Singapore dan gambar ini membuktikan bahawa mereka masih berada di sana walaupun sudah berbulan berlalu sejak kematian Tok Janggut. Mungkin askar ini mahu berjaga-jaga dari pemberontakan yang mungkin berlaku oleh para pengikut Tok Janggut.

Sumber asal : http://iniceritakita.wordpress.com/2008/11/07/tok-janggut-antara-cukai-feudalisme-dan-nasib-dunia-islam/

Wednesday, September 14, 2011

Coretan untuk Mahasiswa Baru

Bismillahirrahmnirrahim..

Alhmdulillah telah selesai korang punya Minggu Mesra Pelajar kan? Mesti penat dan letih punya lah. Ada terngiang2 tak jeritan pc ni “YANG BELAKANG TU CEPAT-CEPAT!!”. Begitu la resmi MMP ni. Kalau korang nak merasa buat baik kat junior nanti try la apply jadi Pemudah Cara (PC). Serius best!! Because I already feel it!! Hehe.


ketika zaman berhingus Minggu pertama.hehe

Team PC KIZ.(Masa balas dendam.hehe)

Sebelum pergi jauh. Selamat datang aku ucapkan kan.. Eh untuk entry kali ni. Aku bahasakan diri abang la ye. Baru la bajet alumni yang berdedikasi. Haha. Sambung balik… Selamat datang abang ucapkan kepada adik2 yang baru mendaftar di perbukitan ilmu UKM ni.  Suka juga untuk abang memperkenalkan diri ini. Nama Ahmad Zulqurnain Ghazalli merupakan graduan jurusan Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia. Di takdirkan medaftar di kolej yang aman dan permai Kolej Ibu zain.(Now known as Ibu Zain International Student House,IZISH). Very love this college!!

Artikel ini bukan semata2 untuk mengalukan kedatangan adik2 sekalian tapi juga merupakan medium untuk abang berkongsi sedikit pandangan mahupun pengalaman sepanjang 3 tahun bergelar mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia. Artikel ini juga sesuai untuk bacaan adik2 yang mendaftar di Universiti lain di Malaysia ini.

Menurut pandangan abang alam universiti merupakan starting point or turning point dalam kehidupan kita. Segalanya bermula di sini. Bagaimana kita di universiti akan menentukan lorong dan rentak kita di masa depan. Abang cuba untuk mengupas mengikut beberapa aspek yang abang merasakan ianya penting.

Menjadi kebiasaan untuk melihat keberjayaan seseorang itu dalam aspek akedemik apabila menjejak kaki ke alam universiti. Dengan tahap apa akedemik kita nanti apabila kita keluar bergraduasi dari menara gading ini menjadi ukuran permukaan keberjayaan seseorang graduan itu. Oleh itu untuk mencantikkan permukaan adik2 kelak maka adik2 tidak dapat lari dari “pulun belajaq selagi bulih” Bak kata orang kedah. Maka iaanya akan bermula dari semester pertama ini. Pada keputusan semester 1 ini lah yang akan menjadi batu asas keputusan kelak. Pastikan semester pertama ini pointer yang dikecapi adalah above 3 pointer. MESTI! Sebab bila dah start dengan 3.++ kalau sem depan nya drop pun pointer still boleh bekup. Pengalaman abang sendiri bila pointer second sem drop gila tapi nasib baik pointer sem 1 dapat bekup. Mujor teman yob!!

Seperti yang abang nyatakan di perenggan atas ni, Kejayaan dalam aspek akedemik adalah merupakan kejayaan permukaan yang dilihat. Ada lagi aspek yang perlu diperhatikan. Kemahiran lembut ataupun in my mother tounge nya adalah soft skill. Haha. Benda ini yang perlu dibina semenjak di tahun pertama lagi. Antara medium untuk kita membina kemahiran ini adalah melalui penglibatan kita dalam berorganisasi. Dalam berorganisasi dan berprogram ni la yang dapat membentuk kita dalam kerangka usaha menjadi mahasiswa yang bermutu kelak.Di universiti mempunyai lambakan ruang dan peluang yang harus di manfaatkan untuk  menuju ke arah itu. Bukan bermaksud budak universiti ini hanya perlu duduk di bilik menghadap buku mahupun muka buku semata2. Perlu keluar dari dinding bilik masing2 untuk mencedok pengalam sebanyak yang boleh.

Program Syoknya Syawal

Bersama team Minggu Penghayatan Ramadhan

Seterusnya dari aspek berdikarinya mahasiswa itu. Dah masuk alam universiti ini merupakan masanya untuk kita supaya tidak lagi sepenuhnya bergantung harap kepada orang lain termasuk kedua orang tua kita. Dari sudut ekonomi terutamanya. Sudah berada di tahun 3 masih mengharap si ayah untuk topupkan hp? Oh. What a shame. Mungkin bagi golongan yang sedikit berada merasakan financial merupakan aspek picisan semata. Tapi bagi golongan yang sederhana seperti abang ni merasakan peri pentingnya kita mencari sedikit pendapatan sampingan. Banyak peluang yang ada. Hanya perlu mengerah sedikit tenaga dan pengorbanan masa. Pengalaman sendiri pernah bekerja katering, Guru tuisyen, Jaga Dobi, Ajen U Mobile. Best woo… Puas bila mampu memilik motor dan komputer tanpa menyusahkan keluarga. J

Kecaknaan. Ini yang aspek yang perlu ada dalam diri adik2 sekalian. Sangat biasa kita mendengar istilah mahasiswa lesu. Ini adalah hasil dari kurangnya sifat cakna mahsiswa itu sendiri dalam hal isu semasa terutamanya. Sejauh mana mahasiswa itu telah mula berjinak2 dengan isu kemasyarakatan. Nah, di tahun pertama ini lah yang perlu dimulakan langkah tersebut. Sangat ramai mahasiswa yang tidak ambil endah tentang isu yang membelenggu masyarakat kini. Bermotokan “Hidup ko hidup ko, Hidup aku hidup aku” bersama penambah perisa “ Apa aku kesah, Kubur lain2” Maka terhasil lah mahasiswa yang berfikiran nafsi2. Huhu.

Jaringan kenalan. Ini lah masanya untuk kita menambah koleksi kenalan yang berbagai latar belakang pengajian. Jangan nak duduk bilik mengadap jaring ukm sangat la. Hehe. Bayangkan kelak sesudah bekerja kawan kita akan menjadi engineer, Doktor, Ustaz, Mufti, Ahli Fizik, Lawyer, Arkitek dan banyak lagi. Ops jangan di lupa. Geologist!! Haha.  So apa lagi. Pastikan adik2 mula menambah koleksi rakan mulai sekarang. Baik dengan semua kenalan. Insyaallah kita turut akan di layan dengan baik.

Menyentuh pula bab politik. Pasti akan ada yang suka dan tidak suka apabila masuk bab politik ini. Tapi tidak dapat tidak, politik kampus adalah satu medan yang sangat penting untuk mengasah kepimpinan mahasiswa itu sendiri. Selongkar lah biodata pemimpin Malaysia mahupun negara lain. Siapa mereka di alam kampusnya? Tidak syak lagi golongan mahasiswa itu sendiri yang diharapkan untuk menjadi pemimpin masa depan. Boleh lihat sejarah mahasiswa tahun 70an dan 80an. Bagaimana kuasa politik pimpinan mahasiswa ketika itu mampu kehadapan dalam mendepani isu semasa ketika itu. Suara keramat mahasiswa sentiasa di dengari dari si petani hingga ke pemimpin utama Malaysia. Tapi kini segalanya berubah. Mahasiswa lesu ini tidak langsung di di pandang tinggi oleh masyarakat mahupun pemimpin Malaysia. Kerana apa? Kerana mahasiswa kini lebih selesa beraksi di bilik kuliah dan bilik masing2. Agak2 adik2 pun sama jugak ke??


Akta yang melesukan Mahasiswa

Aspek terakhir dan terpenting yang ingin abang sentuh ialah aspek kerohanian. Seperti abang katakan di atas tadi bahawa di alam ini lah starting point dalam kehidupan kita. Jika kita di alam universiti nya lebih gemar bersosial dan mengabaikan perintah agama. Maka apabila bergraduasi kelak hal ini akan berterusan. Oleh itu, Di awal semester ini abang sangat menyarankan adik2 supaya mulakan langkah dengan baik dengan melazimi solat berjemaah di surau. Dengan keistiqamahan hadir ke surau akan membuatkan kita akan lebih berkembang dari sudut pengamalan dan keterlibatan dengan kehidupan bertuhan. Di tambah lagi UKM yang terletak di Bangi Bandar Ilmu ini. Lambakan kuliah agama membuatkan kita terkadang pening nak pergi ke surau yang mana satu. Malah masjid UKM sendiri pun kerap mengadakan siri kuliah agama nya. Di tambah lagi dengan usrah dan kelas persendirian yang di usahakan oleh segelintir ustaz dan pelajar. Tinggal lagi ingin kita sertai atau tidak je.

Sedikit berkongsi pengalaman tentang aspek ini. Di awal kehadiran abang di Kolej Ibu Zain dulu abang cuba  untuk melazimi solat berjemaah. Masih teringat  kata seorang senior ketika perjalan dari Blok B ke Surau. Lebih kurang begini. ”Biasa la awal2 camni ni. Aku dulu pun camtu gak. Rajin pergi surau. Lama2 tu hilang lah”. Hakikat yang berlaku adalah sememangnya begitu. Sangat ramai rakan2 abang yang pada mulanya rajin ke surau dan makin lama makin berkurang. Dan setiap tahun abang akan melihat situasi begini.  Tapi kehadiran ke surau akan bertambah apabila di hujung sem. Kerana apa? Kerana nak exam la katakan. Haha. Oleh itu adik2 yang masih di minggu pertama perkuliahan ini MESTI memulakan langkah mulai sekarang. Istiqamah dalam pengamalan. Semoga di alam universiti menjadi titik perubahan kepada adik2 ke arah yang lebih baik.

Cukup sekadar ini perkongsian dari abang. Sejujurnya alam mahasiswa adalah alam yang sangat seronok. Alam ntuk belajar segala benda (yang bermanfaat). Di alam ini adik2 perlu memperkuatkan aspek yang telah abang nyatakan di atas. Manfaatkan ruang dan peluang yang ada ini untuk kebaikan masa depan kalian. Adalah amat rugi andai masuk universiti with zero and after graduation it still maintain zero. Semoga langkah yang di ambil selepas ini akan membentuk kalian menjadi hero kelak.  Juga semoga setiap langkah di berkati oleh tuhan dan mendapat kejayaan yang dirahmatinya..

Wallahualam…





Saturday, September 10, 2011

Moh cari titik merah!!


Bismillahirrahminairrahim..

Semakin hari aku merasakan semakin optimis. Ya. Semakin optimis untuk menyatakan bahawa setiap orang mempunyai titik perubahannya. Yang menjadi bezanya Cuma jangka masa untuk menemuinya dalam masa terdekat ataupun sudah meningkat usia. Optimisnya aku hinggakan aku buat status kat FB la.haha

Aku melihat insan2 di sekitar aku. Dari kenalan di Kampung, Sekolah, Matrikulasi, Universiti hinggalah kini di alam pekerjaan. Semuanya mempunyai cerita tersendiri. Terasa ingin nak cerita satu persatu. Tapi tak berdaya la. Aku kongsi sikit kat sini je la ek.

David Beckam (Bukan nama sebenar) adalah kenalan aku di kg. Kami sama2 bermain takraw di kg. Baru2 ni aku pergi beraya di rumah die. Sembang punya sembang aku dapat melihat perubahan dia. Dulu dia seorang yang hidup tidak terurus. Kerja entah ke mana. Layan motor je tau. Tapi sekarang ni alhamdulillah. Dia mula serius dalam kehidupannya. Kerja tetap. Sembang pun dah macam orang matang. Alhamdulillah dah boleh juga cakap bab soal solat.

Seterusnya Lin Dan (Bukan nama sebenar) adalah kawan aku di SMKA Kerian. Beliau hanya sempat 3 tahun di sekolah tu. Sebabnya rasanya keputusan yang tak melayakkan beliau untuk kekal kalau tak silap aku. Di tambah lagi dengan kenakalannya di zaman kenakalannya dulu. Sejak dari tingkatan 3 tu memang kami tak pernah bertemu. Baru2 ni aku buat program kat sekolah. Sebelum tu aku dah tengok kat Fb dia. Dah tengok akan perubahannya. Cuma pertemuan kami di program tu sekadar untuk mengesahkan dengan melihat dengan mata kepala sendiri. Sangat hebat bila hidayah Allah itu telah sampai. Ianya datang tanpa diduga dan secara tiba2 bak kata si Lin Dan ni. Selesai bersolat maghrib hari tu sempat kami berdiskusi sedikit tentang pengamalan islam ni.

Ada lagi seorang junior aku di sekolah dulu. Si Dafi (Bukan nama sebenar) ini ketika form1 sampai form3 nya memang muka memang sangat takleh blah. Aku secara jujurnya pun agak menyampah tengok  dia.  Sakit mata je tengok  gaya dia. Kira cara jalan pun dah buat orang tak suka la tengok. Tapi alhamdulillah. Naik je form 4 dia berubah secara mendadak. Sangat mendadak!! Aku sangat2 kagum dengan perubahan dia. Bukan aku sahaja. Malah pihak sekolah pun kagum dan respek dengan dia sehinggakan orang yang begitu nakal sebelumnya akhirnya di angkat sebagai Ketua Umum Pelajar. Kini beliau telahpun melanjutkan pelajaran ke Unversiti Madinah. Jurusan nya aku tak berapa pasti. Bab hadith kut.

Kita tengok pula senior aku di Kolej Kediaman Ibu Zain UKM. Kak Angelina Jolie (Bukan nama sebenar) ni adalah Pemudah Cara aku ketika Minggu Mesra Pelajar (MMP). Selesai je minggu MMP beliau telahpun menunjukkan aurat rambutnya yang telah diwarnakan. Aku baik je dengan dia tapi dari segi keterjagaan aurat dan pergaulannya agak terbuka. Tapi juga setelah mendapat hidayah dari Allah swt. Segalanya berubah. Kini aku melihat dari jauh je di Fb beliau. Ketara sungguh perubahannya. Pernah juga aku PM di fb nya untuk menyatakan kekaguman aku. Alhamdulillah begitulah hasilnya setelah menemui titik perubahannya.

Begitulah sedikit kisah orang yang aku kenali yang telah menemui titik perubahannya. Ada lagi nama2 yang tidak aku kongsikan di sini. Malah yang terdekat adik beradik dan saudara aku pun ada. Kawan2 yang jauh mahupun dekat. Semuanya telah menemui titik perubahan masing2.

Tentang  titik perubahan inilah yang telah aku sampaikan adik2 tingkatan 5 SMKAK ketika kami berprogram di awal bulan 7 yang lalu. Aku highlightkan di dalam ucapan penutup program hari tu bahawa akan adanya titik perubahan yang menanti. Cuma yang menjadi beza adalah lambat ataupun cepat untuk kita menemuinya. Kini aku sekali lagi highlightkan pendapat aku ini.  

Dengan contoh yang berada di depan mata ini menguatkan lagi pendapat aku ini. Persoalan yang berlegar kini bagaimana pula dengan titik perubahan kita? Masih belum ketemu?? Kebelumtemuan (bahasa baru ni.haha) ini pula akan membuatkan timbul persoalan seterusnya iaitu apa yang kita lakukan untuk membuat first date kita dengan titik perubahan itu? Cukupkah kita dengan hanya duduk menyilang tangan, bersila panggung sambil menonton cerekarama mahupun filem hantu bonceng?? Tidak sama sekali. Kita perlu untuk berdoa…Berdoa dan teeeerus berdoa. Semoga Allah memberi peluang untuk kita bertemu titik tersebut seawal mungkin agar kita mempunyai senggang masa yang lama untuk mengumpul bekalan untuk dipersembahkan kelak..

Sekian sahaja repekan dan rapuan dari aku. Semoga kita sama2 menemui titik tersebut lantas beristiqamah dalam meneruskan perjalan selepas menemui titik itu.

Wallahualam….

P/S : Teringat pulak kat entri  tentang titik perubahan artis yang masuk beutifulnara hari tu. Hehe

 Ops...tak habis lagi....

























































































































































































Ambik ni!!
































.
Nak sangat titik merah korang.haha
  Tahniah sebab dah jumpa!! :-)

Monday, September 5, 2011

Kristian berdebat dengan Pengembala Kambing

Entry ni just copy n paste je. tapi wajib baca sampai habis...hehe..Boleh baca gak kat pemilik asal entry ini di Blog INI

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai.Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam. Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.


Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam.Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin.


Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.


Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.


Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...


"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilahaillallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)"


"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam" "Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hambamengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."


"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya" Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...


"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."


"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak! Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."


Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan...walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela. 


Komen aku : Hahahaha.. Nice joke but still have a moral value :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang