PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, February 11, 2010

Nak berubah konon!! Bajet baik la tu..

Semalam aku sempat berchatting dengan seorang junior aku. Kire die produk smka kerian juga la. Seorang yang mempunyai jawatan gak dulu rasenye. Kire orang penting sekolah gak la.hehe. Chatting bermula dengan die nak mintak kebenaran amik entri aku tentang sungai dalam laut tu. Padahal aku pun copy paste je..hehe. Die nak jadikan bhan untuk perkongsian usrah die. Tu yg buat aku lagi alu2kan..hehe.. Chatting berterusan dengan kisah usrah die masuk ke keinginan die untuk belajar. Same situasi dengan aku dulu. Bile terasa rugi x belajar tntg ilmu agama betui2 time skol dulu. Chatting masuk part yang aku berminat dan ingin jadikan perkongsian pada hari ni..Masuk bab berubah kepada perkara yang sepatutnya.. Besa la dak smka ni dalam je bertudung labuh mahupun berkopiah. Tapi lepas keluar?? macam2 ada..hehe. bagi junior aku tu pun dia nak berubah. Just dari segi pemakaian je agak masalah sikit..hehe


So dikesempatan ni aku nk kongsi cerita tentang perubahan ataupun pengislahan yang berlaku kepada seseorang yang rapat dengan aku..cerita bermula begini......................................................................................(nervous x?)hehe

Dia ni bukan la budak yang betui2 baik. Tapi didikan agama sejak kecil dah diterapkan la. Perkara2 basic tu kire ok la. Tapi bile masuk sek menengah die agak melaghakan diri walaupun dapat sekolah aliran agama. Solat tak berapa nak jaga hinggalah hujung tahun f3. Baru la terhegeh2 nak jaga hubungan dengan ALLAH swt. Maklum la dah nak exam PMR la katakan..hehe

Alhamdulillah die berjaya menyetaykan diri di sekolah yang sama time f4 dan f5. Die ni bukan dari golongan student yang baik sangat tapi x jugak dari golongan pelajar yang nakal sangat. Biasa2 je. Setakat fly, kantoi subuh, main snuker dan bersukaria tu ade la. Takde pun kesedaran kat die untuk menimba ilmu agama ni lebih. Cukup sekadar biasa2 je..

Semua berubah bila die start PLKN. Kat PLKN tu die dikerah untuk menjadi ustaz kat kem tu. Maklumla bekas sekolah agama la katakan.huhu. Masa tu banyak pulak kawan2 die yang tanye tentang hal2 agama ni. Setakat hal2 yang basic boleh la die jawab. Tapi bile masuk benda2 berat ni membuatkan die rasa menyesal sebab tak belajar time die seklah agama dulu. So mula la timbul kesedaran untuk menimba ilmu...

Masuk pulak ke Matrikulasi. Kehidupannya berterusan dengan menjaga ibadah sendiri dan cuba untuk mantain solat jemaah kat masjid. Kena2 pula masjid depan blok die je. Memang nasib baik sangat la. Masa tu die hanya berfikir untuk pengislahan diri die je tanpa hiraukan masyarakat sekeliling. tapi bile time zaman matrikulasi ni die mula rosak dengan penyakit kapel. bajet kapel islamik la tu..haha

Bile zaman masuk universiti pulak. Die mantain macam tu je la. Just solat jemaah kat surau. pastu join aktiviti2 berbentuk kerohanian mahupun x. Soal ibadah asas dijaga dan belajar2 topap dengan perkara2 sunat. Tapi masih belum ada kesedaran untuk betul2 berubah. Just besa2 je..Kesetiaan kepada kekasih tetap diteruskan.haha. Pastu tetiba berlaku satu event besar kat diri die. Pengclashan sejati yang telah disangka berlaku atas kesedaran dan pemangkin di sekitarnya kut. Mungkin itu titik mula die ingin memperbaiki diri die.(Apa lagi sempena bajet hari kekasih ni jom clash ramai2.hehe). Masa tu timbul kesedaran kat dia yang perlunya melakukan gerakan dakwah. Tapi bermula dengan bergerak dengan diri sendiri kompon la tak mampu kan. So dia mula tercari2 jemaah yang bersesuaian untuk diaktifkan bersamanya.huhu. nak dijadikan cerita, Tetiba terjumpa la dia dengan apa yang dihajatinya dengan petunjuk dari ALLAH swt la kan. Dan sekarang dia cuba untuk belajar2 untuk bergerak sebagai pendakwah. Yang paling penting gak aku tengok dia cuba untuk mengislahkan diri dia yang terlampau banyak kekurangannya macam kita semua ni.

So aku sebagai temannya ni mendoakan agar dia berjaya dalam apa saja yang dilakukan untuk kelangsungan gerak kerja islam. Dan perubahan2 yang berlaku dalam diri dia sejak zaman sekolah menengah dan sehingga kini sepatutnya kita ambik iktibar. Hal ni terutamanya kepada pelajar2 bekas aliran agama. Pelajar2 yang sepatutnya menjadi pendokong kepada gerakan islam kini.

Bebalik kepada junior aku tadi. Aku harap sangat beliau berjaya berubah ke arah yang lebih baik. Memang tak dinafikan memang agak sukar naka lakukan perubahan dari segi pakaian untuk perempuan ni(eh2 aku ni pandai2 je pulak..hehe). Tapi xpe la berusaha tu yang penting. Biar lambat asalkan selamat.hehe. Tapi barang di ingat. Niat tu..jaga2 sikit..hehe

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

(Bukhari Muslim)

Kepada seluruh pembaca aku pulak, Bersama2 la kita melakuakn perubahan pengislahan diri kita. Biar apa orang kata. yang penting kite lakukan apa yang betul untuk masa depan kita gak. Jangan tunggu apa2 lagi dah sekarang. Mulakan langkah perubahan kita SEKARANG!!!! SEKARANG!!! SEKARANG!! 1....2...3...GO!!!!


“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka”

Surah Al-Hadid ayat 16.


Wednesday, February 10, 2010

Terbaik lah BRO!!!

Aku nak kongsi ape ek hari ni? adui.. penin2..huhu.. Tapi aku cuba gak la untuk menjalankan tanggungjawab aku sebagai blogger..cewwah..

Semalam lepas isya' seluruh UKm digemparkan dengan satu program yang boleh dikatakan mega. Tahniah untuk penganjur. Memang sangat terbaik blia di adakan dialog antara agama yang bertemakan Agama Di sanjung Perpaduan Di junjung. Masa aku sampai tu orang sedang masuk dalam DECTAR. Dalam separuh DECTAR dah penuh time tu. Sebelum dialog dimulakan aku rasa DECTAR tu boleh dikatakan penuh gak la. Tapi of course la tak seramai kalau ade konsert penyanyi tersohor la kan..hehe..

Antara yang hadir

Formasi menarik berbentuk segitiga.haha

Bermula dengan sesi penerangan 3 agamawan yang datang dari agama Hindu, Buddha dan Islam. Just yang agak mengecewakan sebab takde wakil dari agama Kristian yang hangat sejak akhir2 ni dengan isu kalimah ALLAH. Masing2 beri penerangan tapi yang nampak yakin dan sedap di dengar kompom la aku akan kata Bro Shah Kirit dari ISLAM.hehe. Tapi memang hakikat die nampak lebih mantap berbanding agamawan yang lain.

Bila bermula sesi soal jawab. masa ni banyak sangat soalan yang datang sehingga moderator terpaksa menahan beberapa soalan disebabkan limitasi masa yang berlaku..huhu. Kat sini aku nak kongsi beberapa persoalan yang diutaraselatankan oleh penonton yang aku rasa mantap la untuk dikongsi.hehe

Soalan : Ada pendapat mengatakan Umat islam menyembah Kaabah. Adakah Kaabah tu tuhan umat Islam??Mohon bagi penjelasan..

Jawapan : Jawapan yang diberi oleh Bro Shah Kirit cukup bagus untuk pemahaman umat islam amnya dan bukan islam khasnya..

1. Pernah tak tengok makhluk yang memijak tuhannya sendiri? Bagi kaabah setiap tahun orang akan memijak kaabah. So adakah kaabah tuhan muslim??

2.Pernah tak tengok orang yang memijak2 gambar tuhannya? kalau gambar kaabah ni setiap hari umatnya pijak ketika solat di atas sejadah. kalau anda tak solat lain la.hehe

3.Kalau kaabah diangkat ke KLCC adakah seluruh umat islam akan berkiblatkan Kuala Lumpur ataupun terus menghadap Makkah?? kompom terus kat Makkah.

So dari beberapa hujah dia nampak la yang kaabah ni hanya arah utuk bersolat je..so jangan pening2 nak fikir..huhu

Soalan : Tolong ceritakan kehidupan selepas mati bagi ke3 tiga agama

Jawapan :

Hindu : Penganutnya akan hidup semula sehingga belum sampai tahap mokhsha iaitu tahap boleh bersama tuhannya dengan cara telah menyucikan segala dosa yang ada dalam diri.

Buddha : Lebih kurang gak macam hindu. Penganutnya percaya yang adanya kehidupan semula. tapi jasad tak sama. Mungkin hari ni dia adalah anak kepada Lee Chong Wei tapi pada kehidupan akan datang dia adalah isteri kedua kepada suami jiran ayah isteri anda.haha. Benda ni adalah disebabkan dia telah membuat perkara jahat dalam hayat sebelumnya. So die kena tebus la. Ala.. yang macam besa sahabat2 tengok dalam Pearl Screen kat TV 3 tu..hehe

Islam : Nak cite gak ke? sahabat2 sume pakar dari aku kut.hehe.. alam kubur -> alam barzakh -> padang mahsyar -> neraka@ syurga

Cukup la 2 soalan ek?? kalau nak tahu lagi boleh jumpa aku takpun jumpa je ribuan yang datang semalam.hehe.. Nak add YM aku pun boleh. takde hal la..huhu..k2..semoga dengan sedikit perkongsian ni akan lebih menguatkan keyakinan kita dengan Agama yang kita cintai ini..

wallahualam..

Tuesday, February 9, 2010

Silaturahim terjalin..

Setelah 2 hari berlalu baru hari ni aku berkesempatan untuk menceritakan tentang hari silaturrahim kolej aku. Walaupun malam sebelumnya aku tak sempat membantu adik2 aku untuk menceriakan blok tapi hari kejadian tu aku cuba memeriahkan majlis bersama batch aku yang sememangnya gila!! haha

Berbalik kepada tujuan untuk diadakan program ni aku rase memang berjaya untuk mengeratkan hubungan pelajar. Tapi barang diingat bagi aku hubungan dengan ahli blok sendiri yang erat. Dengan blok lain tak berapa kut. Walaupun melawat blok len tapi aku rasa yang bagi erat kalau dapat makan free je..hehe Bila bab masuk blok lelaki dan pompuan bagi aku untuk pompuan masuk blok laki takde masalah. Tapi bila laki masuk blok pompuan tu agak bermasalah sikit kut. Tapi aku layan je..hehe. Selagi tak berlebihan sudah. Just nak melawat2 ok la. Jangan ada niat lain sudah.haha

Macam2 pertandingan yang dijalankan. Alhamdulillah Blok aku dapat membolot semua ketegori dari Blok tercantik, Bilik sukarela, Bilik Cabutan, Bilik terjah, Ruang T.v mahupun tandas paling ceria!! haha. Akhirnya Blok C kembali menjadi The blok of Champion.huhu. Tapi bilik aku yang masuk bertanding bagi ketegori bilik sukarela akibat kegedikan rummet aku ni gagal untuk mendapat tempat.huhu. Tapi ada sebab tau. Sebab kami dedua tak berapa sihat hari sebelum tu. Kalau tak, Setakat johan tu??? SIMPLE!! hehe

Rase nye setakat ni je la. Secara keseluruhannye aku rase best dengan hari terbuka last aku kat KIZ ni bukan sebab menang banyak je tapi sebab seronok bersama teman2 sebatch bersama kegilaan masing2.haha..bawah ni ada gambar2 sikit..jom usha...

Kat pintu depan Blok aku

Study bersama rummet dibilikku yang ceria.hehe


Pendekar Blok C

Giler di blok pompuan

Kami juri makanan!!

sekian..

Sunday, February 7, 2010

Pergh.. Ni memang giler!!!

Tadi aku baca blog http://ohtidak.com/ mantap giler entri tentang dalam laut ada sungai. So aku pun nak la copy.. tapi takleh lak..die block kut.huhu. so aku cari alternatif len. aku copy kat blog len..hehe. sumber : http://keranacinta.wordpress.com/2010/01/29/sungai-dalam-laut-subhanallah/

Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Al Furqan:53)

Jika saudara termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, dia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi,

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ

Maksudnya: Dia biarkan dua lautan bertemu. (Al-Rahman:19)

بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ

Maksudnya: Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus. (Al-Rahman:20)

Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya ditafsirkan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsiran itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Al-Rahman ayat 22 yang berbunyi,

يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ

Maksudnya: Keluar dari keduanya mutiara dan marjan. (Al-Rahman: 22)

Padahal tiada mutiara yang dihasilkan di muara sungai.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat. Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka. Justeru itu, dia lalu memeluk Islam.

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim. Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air”. Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.



Setengah pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan? (Al-Rahman: 13)



Bawah ni pulak gambar die.sumber : http://berita-harian-online.com/sungai-di-dalam-sungai/


So terhasil lah entri copy n paste aku..hehe.. Semoga sahabat2 dapat meningkatkan iman sendiri bile baca blog ni..Aku sebagai geology yang belajar benda2 ni pun teruja..bagaimana pulak anda??

wallahualam...

Gangsa untuk IZISH..

Semalam memang aku sangat penat. Seharian berjemur ditengah panas. Semua ni sebab SUKEM takraw. Ye la.besa tahun2 sebelum ni tersingkir awal. Tapi tahun ni pelik sikit. Dapat sampai ke perngkat separuh akhir dan berjaya berkongsi kedudukan ketiga bersama kolej Aminuddin Baki. Alhamdulillah..

Regu A dibarisi oleh Aku, Boteng dan Hafiz. Regu B pulak Pali, Apy dan Wari. pemain simpanan lak Shahrul. Bermula dengan peringkat kumpulan kami berjaya mendapat tempat kedua dan masuk suku akhir lawawn UO. Yang time ni macam tak percaya je boleh menang ngan UO. haha.. Layak gak ke semi menentang KPZ. Kalah dengan diorang pun sebab dah letih kut.huhu.. taknak mengaku tak hebat lak tu..hehe.. Tapi ok la gak pertama kali dapat pingat ni walaupun aku terpaksa membayar dengan warna kulit yang semakin gelap dan muka yang terasa pedih.huhu..

Setelah sekian lama aku meninggalkan pemainan takraw ni dan hanya ada 2 hari je untuk cari balik seni dikaki aku ni tapi ade gak orang puji mutu permainan aku semalam..hahahahaha(gelak bongkak).. Tq gak kat PIJI sebab bagi pinjam kasut warior dia. memang kasut warior memainkan peranan dalam mutu permainan aku..huhu

Tapi memang malam semalam aku rasa cam takleh blah je. Panas giler muka ni aku rasa. So aku pun tido je lepas isya semalam. Dah la hari ni bilik aku masuk bertanding bilik ceria untuk hari terbuka kolej aku..huhu.. Pagi tadi baru start ceriakan tapi kemas memang dah sentiasa kemas la.hehe. Untuk cerita hari terbuka nnt aku tulis. Gambar takleh upload. Rommate aku tertinggal Card Reader aku kat rumah die lak..siot je rummet ni..huhu..sekadarnye cerita ceritu aku..huhu.
sekian..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang