PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Friday, April 30, 2010

Airmata untuk Geologist

Sekejap lagi akan aku uruskan perkara terakhir aku sebagai student geology kat ukm ni. Tunggu untuk hantar tesis je ni. Bercadang untuk membuat entri ni selepas selesai menghantar tesis nanti. Tapi tak jadi la. Tak tertahan di hati untuk meluahkan segala yang terpendam..cewwah...Entri ini aku dedikasikan kepada teman2 seperjuangan yang amat2 aku kagumi kebersamaannya. Setelah 3 tahun kita bersama. kelas bersama. berjemur bersama. mandi pantai dari P.D sampai ke langkawi. memanjat batuan2 di merata tanah semenanjung. Kini tiba masa untuk kita berpisah oh geologist ku sayang..


Pertamanya untuk Fad, Aril n Manan. Sejak 1st year lagi kita bersama. Study bersama2. Teringat ketika kita study sambil mengepes, sambil memoker, sape kalah buat air.oh indahnya masa tu. sangat2 gembira study group bersama korang. Untuk fad terutamanya terima kasih banyak2. Sejak 1st year lagi kita bersama2. Hg yang bagi aku tumpang pergi kelas. Kita saling mengejut walaupun kadang2 dua2 terlepas pergi kelas..hehe. walaupun cubaan aku untuk study bersama time paper last hari tu gagal tapi aku harap kenangan kita tetap menjadi kenangan...Maaf sangat2 kepada aril sebab ketidakberjayaan aku untuk study bersama2 malam last ari tu.

Untuk waqi, samhan, aiman, apiz dan amet. Korang sebagai teman semajoring aku aku amat berterima kasih sebab sudi study group time kita kat tahun 3 ni. Semoga bilik PMFST akan menjadi saksi keriangan kita study bersama2..Samhan yang amat selalu aku kenakan tapi tetap tenang. Apiz yang kita sangat rapat time 3rd year ni. Aiman yang berjuang bersama aku di medan kampus.

Kepada waqi seorang. sangat2 terima kasih sebab sudi menumpangkan aku kat rumah hg time aku fieldwork tesis. setiap pagi menyusahkan hg untuk hantar aku pergi pantai Chendering. Juga terima kasih sebab menjadi orang kuat dalam geng cathering geologist.

untuk ahli kumpulan KOLOT entertainment maaf andai sepanjang aku menjadi pengarah urusan kita aku ada terkurang membuat kerja. Sangat2 seronok sepanjang 3 tahun bersama kamu oh Rasydan, Basiaq, Shi n Fad sekali lagi. Shi dan basiaq yang kita rapat time fieldwork K.Krai menginap di bilik sama. Khemah yang sama. Berkongsi cerita. Saling mengenakan. Spoting sangat dalam bergurau..Rasydan selaku YB kita. Terima kasih diatas segala buah fikiran hg. walaupun kita berada dialiran yang lain tapi persahabatan kita akan tetap kukenang.

Untuk Amet dan Jambu.. Kita pernah berpisah dulu time kat Matrik kini kita berpisah sekali lagi. Ketika berkenalan lebih dari geologist yang lain. Maaf kan aku andai selama 4 tahun perkenalan kita ada kekurangan yang aku buat kat korang.

Untuk teman2 secathering,alex,pau,waqi,lolo,din,epen,shi,auni,chepot dll maaf di semester last ni aku tak dapat memberi peluang kerja untuk kalian. mintak maaf kalau aku ada buat salah sepenjang aku menguruskan korang. Tapi korang memang terbaek la walau ada yang datang lambat.hehe. Untuk chepot. dulu kita tak berapa kenal pun. tapi keslumberan kita membuatkan kita mampu bersama.bermula dengan gelaran ustaz bertukar kepada YB yg hg panggil aku. Semua ni akan tetapku kenang. Untuk Alex. tak sangka kini kita mampu bergelak bersama. Teringat masa hg nasihat budak kat cathering suruh jaga solat. memang respek la dengan keterbukaan hg..Pau waqi dan lolo selaku orang kuat Zaaba. korang memang ada sikap tolong menolong dalam menandakan attendance sesama korang.hehe

Untuk dol n hassan. mungkin korang ingat lagi time 1st sem korang selalu bersama. Aku join gak kadang. pergi library time tu. mamat skema yang telah matang sekarang sehingga sangat jarang aku menjejak kaki kat library tu.hehe. Untuk Dol mungkin dah tiba masanya hg accept request aku kat Fb tu kut.hehe. Untuk Hassan tolong lah like status aku lagi lepas ni..hehe

Untuk yazid, khai, syafiq, kita dulu tak rapat sangat pun. Tapi semakin lama kita bersama semakin rapat dan kini kita mampu bergurau bersama. Si tinggi2 sekalian semoga menjadi orang yang tinggi kelak..Yazid dengan gurauan tahap palapesnya, Khai selaku salah seorang JARAK. Syafiq dengan amoi2nya..semuanya menjadi kenangan..

untuk ese dan nippon, teringat time amali mineral dan batuan dulu kita merupakan dua golongan yang sama2 bising dan akhirnya kita bergabung dan menghingarbingarkan kelas bersama kak marilah time tu.seronoknya pengalaman pertama lab bersama korang.

Untuk jimi selaku orang yang aku semakin respek. Tahniah sebab hg berjaya berubah dan pergi jauh dah ke depan berbanding aku. Best sangat2 kenangan masa 2nd year ngan group kita. Buat report sampai ke pagi. Kenangan kesusahan pergi balik ke taman pantun akan menjadi kenangan kita.

Untuk Madey. kita jarang bersembang. Tapi kalau sembang dengan hg mesti ada je benda yang hg boleh keluarkan untuk bersembang. nanti dah kerja dengan gaji mahal tu support la aku kawen ye?hehe

Salehud dan Josh lagi golongan karkun kat dalam geologist. terima kasih kepada geng2 karkun termasuk samhan,aril n jimi yang sentiasa mengingatkan teman2 lain untuk solat diawal waktu. Semoga kalian kekal di jalan ini..

Untuk din seorang. kita berkenalan di gelanggang futsal dan aku rasa hg berjaya menjadi ajk futsal yang berjaya untuk batch kita. Hampir keseluruhan budak lelaki batch kita hg berjaya kumpulkan. amat3x seronok bermain dengan batch kita. Dalam main ada gurauan. Itu yang akan paling aku kenang..

Kepada Azfar selaku captain bahtera batch kita aku amat2 berterima kasih kepada hg sebab banyak yang hang dah buat untuk batch kita. satu persatu program yang hg rangka untuk menyatukan batch kita. Oh captain yang akan ku kenang.

Kepada Chee meng yang sangat2 spoting maaf andai gurauan aku terlebih kat hg. seronok ada teman berbangsa lain macam kamu. seorang yang spoting. Mampu menyelit di celahan bangsa lain. tabik la kat u Chee Meng.

Mungkin ramai yang dah tahu aku sangat mudah mengalirkan air mata kerana nilai persahabatan dan hari ni mengalir air mata aku mengenangkan kenangan bersama kalian. 3 tahun yang penuh erti. Indahnya 3 tahun ni. Lepas ni masing2 akan membawa haluan masing2. Tiada lagi gurauan bersama. Tiada lagi fieldwork bersama. Tiada lagi mandi laut bersama. Tiada lagi solat di Sg Mei bersama. Tiada lagi Lab bersama. Tiada lagi futsal bersama. Biarlah air mata mengalir d atas harga 3 tahun kebersamaan kita. Semoga kalian berjaya di jalan masing2.

Untuk gadis2 geologist. Maaf aku tak mampu mencoret khas untuk korang. Tapi korang memang terbaek. Mesti ada yang terasa dengan gurauan aku kan. So aki mintak maaf sangat2 kat gadis2 geologist ni. Terima kasih menganggap aku sebagai kawan korang..

Yang terakhirnya.. semoga kita berjumpa lagi oh geologistku sayang..

Jadilah seperti batu,
walau terus dihempas badai,
Namun tegar bicara kebenaran..

salam sayang untuk temanku..

sekian..

Wednesday, April 28, 2010

Yang terbunuh pastikan tidak dibunuh (updated)

KUALA LUMPUR 28 April - Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis kini dalam proses melengkapkan keterangan saksi bagi membolehkan kertas siasatan berhubung remaja mati tertembak oleh polis Isnin lalu, dihantar kepada pendakwa raya selewat-lewatnya Jumaat ini.

Beliau berkata, polis akan memanggil semula rakan allahyarham Amirulrasyid Amzah hari ini bagi mendapatkan keterangan penuh.

"Kita berharap dapat melengkapkan siasatan sebelum hujung minggu ini untuk kita hantar kepada pendakwa raya bagi membincangkan hasil laporan siasatan yang diperolehi,” katanya.

Beliau berkata, keterangan remaja tersebut telah diambil sebelum ini, namun masih terdapat maklumat-maklumat yang tidak jelas dan lengkap yang mungkin akan diperolehi pada hari ini bagi melengkapkan siasatan tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi di Seksyen 11, Shah Alam, Isnin lalu, Amirulrasyid Amzah meninggal dunia selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri dalam satu sekatan polis.- Bernama

komen aku : amenda la polis sekarang ni. Ni memang satu kes yang sangat2 akan mencalarkan imej PDRM kita yang kononnya sangat2 bagus dan telus tu. Maaf aku cakap aku sendiri tak berapa nak menghormati diorang. Tapi apakan daya diorang yang berkuasa. Bukan semua polis yang teruk tapi bak kata pepatah aku untuk polis ni "memang kompom rosak susu setitik disebabkan nila sebelanga". Yang kat atas ni pulak kata polis yang akan siasat. Telus ke kalau polis siasat polis? apa kata tubuh jawatankuasa khas ke. baru la nampak diorang ni telus sikit walaupun hakikatnya memang tak telus pun.huhu.apa pulak kata anda?? Jom tengok pulak peranan media yang hanya menjaga nama diorang..Ni petikan dari UTUSAN MALAYSIA..

SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu kereta Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara rakannya berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, dua anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, kedua- duanya kemudian diarahkan anggota polis supaya memberhentikan kereta namun mereka enggan, sebaliknya memecut laju.

Katanya, ekoran itu, dua anggota polis terbabit bertindak mengejar mereka dengan bantuan sebuah lagi kereta peronda yang dinaiki dua anggota.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis itu telah melepaskan tembakan ke arah tayar kereta remaja tersebut bagi memaksa mereka berhenti. Kereta itu kemudian terbabas ke bahu jalan.


"Selepas terbabas, rakan remaja itu membuka pintu kereta lalu melarikan diri dan dikejar dua anggota polis peronda," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khalid berkata, dua lagi anggota polis peronda kemudian memeriksa keadaan remaja itu tetapi terkejut apabila suspek tiba- tiba mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis berkenaan.

"Terkejut dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, anggota polis berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di dalam kereta," katanya.

Bandingkan dengan laporan polis oleh kawan si mangsa..

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...





wallahualam..

Monday, April 26, 2010

Burung murai

1979

Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?

PELEMPANGGGGGGGGGGGGGGGG!!!! (Sibapak tampor)

Anak : HuaaaaaaHuaaaaaaaHuaaaaaaa!! (meleleh air mata)
Bapak : Besok kalu Tuhan kasi betul-betul telinga kau tuli baru kau tahu! Udah!!! Jgn permainkan orang tua-tua... tak baik!!!!

......................................................

2007

Bapak : Burung aper?
Anak : Burung Murai
Bapak : Aa aa yer burung Murai
Anak : Eh!!Kenaper abah tak ulang-ulang tanyer? Masih power telinga abah ni yer.
Bapak : Yer! Masa dulu kalu arwah datuk kamu panggil abah suruh ke kedai ke aper, sekali panggil jer abah dah menyahut. Abah tak berani nak buat pura-pura pekak macam ngko selalu buat masa kecik-kecik. Barangkali itulah yang jadi barakahnyer, jadi telinga abah ni Allah Taala kasi clear sampai sekarang!

Sunday, April 25, 2010

Oh Yeah!! Hulu Selangor

Kejap lagi nak ke bagan lalang bersama2 teman geologist.mungkin ini event terakhir kami bersama2..mesti nanti diorang semua rundu kat aku.haha. Tapi sebelum pergi aku nak mencoret sikit tentang PRK Hulu Selangor. Walaupun coretan ni tak memberi efek pun kepada undi kat sana hari ni. Tapi nak story gak.sikit pun jadi la..hehe

Kelmarin aku sempat rush ke sana. Niat di hati nak membantu gerak kerja kat sana. Tapi apakan daya tugas2 telah dibereskan oleh petugas2 pakatan rakyat yang berkampung kat sana. So kami ni just jalan2 je la.

Sepanjang perjalanan aku cuba meletakkan diri aku sebagai orang atas pagar walaupun agak sukar. Bantai je la gak.huhu. Memang sepanjang jalan banyak poster dan banner oleh Barisan Nasional dengan lebih banyak gambar Najib berbanding calonnya.Entah pape je diorang tu. Tapi sejujurnya kalau aku orang diatas pagar sememangnya akan mudah swing undi kepada mereka dengan kempen2 yang dilaksanakan. Macam2 la yang dikempenkan. "BN boleh berubah" "kekalkan keamanan negara" "jangan msnahkan masa depan mereka" " Kerajaan yang mementingkan pendidikan" macama2 lagi la.

Tapi bila dah masuk waktu malam. Ternyata banner n poster semua tu gagal menutup nilai sebenar diorang. Sangat aku tak sangka. Time orang duk sibuk berkempen dan berjuang diorang boleh pulak buat perkhemahan BN. Masa tu aku baru lepas balik dari ceramah Tuan Guru Nik Aziz.memang sangat TERBAEK la smbutannya. Balik tu lalu depan tapak perkhemahan diorang. Dengan melalak karaoknya campur laki pompuannya melepak la..Ini yang diajar kepada anak muda?? siap ada tapak main paint ball lagi. Mane dapat duit entah. adui pelik aku dengan golongan ni. So bila melihat semua tu aku yang cuba menjadi orang atas pagar tadi PASTI memilih untuk undi pakatan rakyat.

semalam pulak ada event last kat KKB. Aku tak pergi la. Aku share gambar je la ek.ambil kat blogger2 pas. Saksikan kebangkitan suara rakyat..









sumber gambar :http://politikbanjar.blogspot.com/
http://perisik-rakyat.com/

Friday, April 23, 2010

Aku pun bantah..Temen bebenor kome ni ek??!!!!

Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) membantah sekeras-kerasnya kehadiran Perdana Menteri Britain, Tony Blair ke Malaysia.Menurut sumber, sebuah syarikat Success Resources yang berpengkalan di Singapura dan juga beroperasi di Malaysia akan menjemput bekas Perdana Menteri Britain , Tony Blair untuk menyampaikan ceramah di National Achieves Congress 2010 Pada 24 hb April 2010 .

Menurut Presiden GAMIS, saudara Mohd Idris Mohd Yussoff, penghormatan terhadap Blair sebagai ............................

bacaan lanjut di : http://mygamis.blogspot.com/2010/04/gamis-bantah-kedatangan-blair-ke.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang