PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Tuesday, May 10, 2011

SMKAK : Hangpa wajib baca ini



Mereka kata...

Kita ni pelajar  Sekolah Agama

Kita ni mejaga solat



Kita ni boleh menjadi imam

Kita ni tak kan mengumpat


Kita ni calon suami yang soleh

Kita ni calon isteri yang solehah

Kita ni mathurat dijadikan amalan harian

Kita ni mengamalkan sunnah


Kita ni menutup aurat


Kita ni qiamullail dijadikan makanan mingguan


 Kita ni kuat bersedekah



 Kita ni menjaga batasan pergaulan

Kita ni banyak menghafaz Al Quran

Kita ni sedap mata memandang


Kita ni membaca Al Quran dijadikan kelaziman

 Kita ni penuh ilmu agama di dada


Tapi Kita...

Semakin malu mengaku hakikat itu

Solat subuh tadi pun dah terlajak.Zohor nanti?

Menjadi makmum pun belum tentu boleh lagi

Pantang ada geng. Pasti bergosip

Layak ke gelaran soleh tu untuk kita?

Layak ke gelaran solehah tu untuk kita?

Mathurat tu pun kita dah tak ingat apa dia


Pekara yang wajib pun diabaikan

Mempersembahkan aurat menjadi kebanggan

Last buat pun time berimamkan Ustaz Ramli dulu

Merasakan rugi megeluarkan harta kerana ALLAH

Bertepuk tampar dengan ajnabi menjadi kebiasaan

As Sajdah masa exam PQS
dulu pun entah ke mana

Muka pun dah hilang nur dek kerana jarang berwudu’

Agak2 berapa kali seminggu kita baca?ke setahun skali sahaja?

Sekarang kita bukan belajar agama dah. Tak perlu belajar agama


Di atas ni sedikit fenomena biasa dalam kalangan produk pelajar sekola agama. Sebaik sahaja melangkah keluar dari Sekolah yang dikatakan Agama yang dikurung  SMK(A) Kerian maka sejajar dengan itu segala tarbiyah dan didikan dari Ustaz dan Ustazah kita abaikan. Kita tergolong dalam bekas pelajar yang ada sedikit fikrah agama. Tapi ada kalangan kita yang mencemarkan agama. Tak malukah kita melihat bekas pelajar sains, bekas pelajar sekolah harian biasa malahan bekas pelajar King Edward dan Methodist pun lebih menghayati agama dari kta yang bertitle “Budak sekolah agama”. Oh terlupa pula, kita hanya bekas sekolah agama. Tak perlu lagi menonjolkan ciri-ciri murni Islam dalam diri. Tapi ingatlah teman sekalian. sememangnya kita adalah bekas sekolah agama. Tapi kita bukan bekas beragama Islam. Kita masih beragama islam. 

Tidak berdesing kah telinga kita mendengar “Ala..budak sekolah agama pun buat begitu dan begini” atau lebih menyakitkan apabila non muslim bercakap “I tengok budak sekolah agama pun macam tu. Patut la Islam ni teruk..”Nah.. tahniah untuk kita semua yang berjaya menimbulkan fitnah besar kepada agama yang kita cintai ini. Islam yang tersebar dengan lelah dan keringat umat terdahulu kita cemarkan dengan akhlak “budak sekolah agama” kita tu. 

Ingin atau tidak kita sememangnya memegang title tersebut. Bukan kita sahaja. Ramai lagi kawan2 kita dari aliran yang sama BERUNTUNG dengan adanya title tersebut. Kita telah dijinakkan satu ketika dahulu dengan tarbiyah SMKA. Kenapa tidak sekarang kita kembali kepada kita yang dahulu? Jadikan title “budak sekolah agama” itu sebagai wasilah untuk kita memperbaiki diri kita yang dipenuhi dengan lumpur noda ini. 

Artikel ini bukanlah dihadirkan atas dasar ingin mengumpat ataupun mengata. Tetapi cuma ingin memperkatakan apa yang harus dikata. Bukan juga niat untuk menyatakan SEMUA produk SMKA itu tidak bagus. Hakikatnya sememangnya ada yang hebat di medan dakwah dan tarbiyah. Sekadar peringatan untuk diri ini dan rakan2 lain yang sudi untuk diperingatkan.

Bukan mengatakan untuk kita menjadi alim seperti ulama’ hebat, Bukan ingin mengatakan kita  taat seperti malaikat. Tapi cukup lah menjadi umat sebenar-benar  umat. Ingat kata2 ini “Andai tak mampu buat semua jangan tinggal semua” dan jangan sampai “MEREKA KATA kita adalah harapan agama TAPI KITA sebenarnya adalah sampah agama”

 "Istiqamah Cemerlang Sekolah Gemilang" 
Istiqamahlah dalam tarbiyah diberi nescaya kegemilangan menanti




Salam ukhwah untuk kalian semua. Inniuhibbukumfillah..wallahualam..

Saturday, May 7, 2011

Hari Ibu : Saya Anak Manja

Tika ku sedih dikau disisi,
Agar anakmu tegar berdiri,
Hospital Desa Changkat Melintang menjadi saksi,
Bersabung nyawa untukku di tanggal 21 Februari.

Setiap Pagi rambutku disisir tepi,
Tampak skema namun tetap digilai,
Siapa yang menyisir usah dipersoalkan lagi,
Kompom la Bonda ku yang kusayangi.

Ikan Keli masak pedas menu setiap hari,
Kalau balik kampung mesti tu yang aku cari,
Walau mak sendiri tak makan ikan keli,
Demi anak-anak diri mak terus di gagahi.

Dah 23 tahun usia diri ini,
Tak tahu le ape yang anak mak ni dah bagi,
kasih sayang? memang tak dapat nak tandingi,
Setakat degree je lah yang terbaik setakat ni.

Ops dah cukup dah aku ngarut2 kat atas ni. Bersempena dengan hari ibu esok. Aku dengan ini mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Ibu2 yang berada di seluruh dunia tak termasuk Ibu Ayam dan Ibu mee..haha. Terutama kepada bondaku Pn Habesah Bt Chu Mat Ali yang berada nun jauh di kampung Paloh Layang-Layang Kiri Parit Perak. Walaupun aku tahu mak aku memang takkan baca punya. Aku post je kat sini.hehe. Walaupun baru tak sampai seminggu aku di peluk cium oleh mak aku tapi hakikatnya aku kangen baangat sama ibu aku.hehe. Ni la akibatnya banyak baca artikel tentang Hari Ibu.

Okeh. Setakat itu je. karutan aku kali ini. Kepada adik beradikku yang lain. Jangan jeles tengok gambar ni.hehe.. 



Friday, May 6, 2011

Osama bukan Osman Kering!!!!


Osman Kering : Aku bukan Osama la.

Obama : Ye. Ko bukan Osama. Kami tau tu.

Osman Kering : Hoi!! Aku Bukan Osama lah!!!

Obama : Ape ke begik bebeno mamat ni. Teman tau le mike tu bukan Osama. Deme2 pun tau. Ce kamu senyap kejap. Osama dah mati lah woi. Teman udoh bunuh die doh. Aje nye handal tentere keme ni. ( Nada Bongkak)

Mark Zuckenberg : Betoi ke gambaq yang hangpa duk sebaq kat Facebook aku tu Osama Laden? Aku tengok cam hangpa dok superimpose ja?

Obama : As i already said before.  It is totally not superimposed. We already killed Osama. All American celeberated it!! Yeah!! So to all American dont forget to vote me for the next election..(senyum sambil mengangkat tangan)

Donald Trumph : Ceh. Cakap saja lebey mamat ni. Hei rakyat amerika. Gua selaku orang kaya di negara ni merangkap Bapak Apprentice dunia  menyarankan Luorang semua jangan undi dia dah lepas ni. Kerakyatan pun tak tahu sahih ke tak. Ada hati nak orang vote dia lagi. Boleh blah la wei..

Halim Othman : Senyap la weh. Aku lagi la tak bersalah. Aku jadi deejay je pun. Jangan kaitkan aku lak. (Tiba2 je)

Osman buncit : Aku pun sama!!! (Ni lagi interframe). Tapi aku ada baca kat blog ni http://takusahrisau.wordpress.com/2011/05/03/osman-adalah-agen-cia-paling-berjaya-dalam-sejarah-cia/. Entah sape lak Tim Osman ni? Kompius2..Wujud ke nama Osama ni? Ngape tetibe je name die muncul lepas kes 11 september tu??!! Anyone can answer me?

Obama : (Dalam Hati) Adeh. Ni kerja bush la ni. Tak pandai cover line.Cap Ayam betoi la dia ni.

Najib Razak : Entah lah. Tak kesah la dia ni wujud ke tak. Yang penting dengan kematian dia ni membolehkan Dunia ni semakin Aman.Alhamdulillah..

Obama : Aku sokong najib. Terima kasih di atas sokongan ikhlas anda yang tanpa belah bahagi kepada kami. Kami janji akan menjaga keamanan dunia.

Nik Aziz : Ambo dok tahu nok ghoyak gapo. Tapi kalu betoi la Osama tu mati dale isle. Ambo doakan segalo doso2 dio tuhe Ampunke.

Seluruh Umat Islam : Yeah!!! Keme sokong je. Keme Sokong. Keme sokong.

Sesungguhnya hanya Allah sahaja mengetahui rahsia di sebalik semua konspirasi dan kekalutan ini.

Wallahualam...




Wednesday, May 4, 2011

Allah sedang berbicara

Hanya mampu tersenyum pada mulanya sambil memikirkan tentang percaturan Allah ini.

Tu yang aku dapat gambarkan tentang reaksi aku ketika mendapati cermin keretaku dipecah dan mengesan kehilangan kamera milik ofis. Melihat kepada cermin kereta yang berkecai membuatkan aku buntu sebentar. Apa tindakan aku selepas ini. Kalau ikutkan perancangan aku ingin menumpang menginap di rumah kawan aku Ammar kat Taman Daya J.B selama beberapa hari aku beroutstation di J.B ni. Tapi perancangan tinggal perancangan kerana ada yang lebih Maha Merancang.

Aku memandu kereta terus ke Pekan Permas Jaya untuk mencari kedai untuk membaiki cermin kerea myvi aku tu. Banyak benda yang aku fikirkan dalam perjalanan itu. Antaranya tentang duit. ianya tentang rezeki. Terngiang2 kata2 Ustaz Zul di Baitul Qura' hampir setahun yang lepas. "Rezeki telah disukat" Andai kata Allah telah menetapkan rezeki MILIK aku sementara pada bulan ini adalah RM1000 maka ianya tetap akan jadi RM1000 walaupun gaji lebih dari itu. Segalanya tentang "Rezeki itu telah di sukat"

Perkara kedua yang berlegar difikiran ialah tentang Allah sedang berbicara dengan hambanya. Pasti ada satu perkara yang menjadi pemangkin Allah mengaturkan sebegini. Ianya tetap menjadi perancangan terbaik dari Allah yang Maha merancang. Mungkin aku tidak suka akan perkara ini tapi terlebih mungkin bahwa perkara yang aku tidak suka inilah yang terbaik untuk diri aku. Siapa tahu andai aku menginap di rumah Ammar pada malam ni rupanya kereta aku akan di curi bukan hanya sekadar kamera dan beg pakaian semata2? Mungkin juga ianya bersangkutan dengan dosa2 yang telah aku lakukan sebelum ini. Segalanya kuserahkan kepada tentuan Allah swt.

Aku nak sambung cerita tadi sebenarnya. Tapi seperti tak bermanfaat lak.haha. Takpe lah. Aku ringkaskan cerita. Aku pergi kedai kereta apek tu cakap esok baru boleh ambil (time ni baru aku sedar beg pakaian pun xde.down sekejap). So aku terpaksa tinggal di hotel lagi malam ni selepas membuat report polis tadi. Sekarang aku di hotel dan sedang menaip entry di blog sesudah aku meletakkan status di FB dan mendapat reaksi dari teman2ku di status itu, di FB chatting, di Inbox FB mahupun di YM. Terima kasih kepada semua yang memberi nasihat dan kata2 semangat kepada ku.

Kawan A : Allah sedang bicara denganmu ttg kesabaran..

Kawan B : ade hikmah kot
 “Wahai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan melalui Sabar dan Shalat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Dan benar-benar akan Kami uji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan buah-buahan, dan berilah kabar gembira bagi orang-orang yang sabar, (yaitu) yang apabila mereka tertimpa musibah mereka mengatakan “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali” (Q.S. Al-Baqarah: 155-156)

Kawan C : salam. takziah la zul. moga Allah gantikan dgn sesuatu yg lebih baek. :-)
                  Perancangan Dia Maha Hebat kan, tp jgn risaw, sbb Dia xbiarkn hmbaNya sndirian.

Kawan D : takpa zul..doakan ja orang yg pecahkan cermin kreta tu dibukakan hati...:)

Kawan E : mengadu la kat Allah

Kawan F : takziah moga2 ada hikmah

Kawan G : .semua ada hikmah...Allah tau apa yang Dia aturkan...

Kawan H : syukur

Ni antara yang memberikan kata semangat. Ada juga yang bertanya keadaan aku dan barang2 yang hilang. Seronok ada kawan2 yang caring ni.hehe. Tq2!!

Ok. setakat itu kisah Ujian yang Allah bagi kat Hambanya ini. Yakinlah wahai diri..

Allah sedang berbicara dengan mu!!!!

wallahualam..     
:-)

Tuesday, May 3, 2011

Osama : Antara 2 pemimpin

KUALA LUMPUR, 3 Mei: “Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) dalam satu kenyataan.


Tambahnya, itulah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.
Menurutnya, sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.

Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang