PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Tuesday, July 27, 2010

PAS perlu mengikut UMNO jika....

Setelah sedikit reda isu ni baru la aku nak memberi sedikit komen walaupun aku tau takkan ada orang nak ambil port pun dengan apa yang aku nak tulis ni. Tapi disebabkan anda dah terbuka blog aku ni maka apa kata kalau anda sambung je baca. Buat2 ikhlas dah la..hehe

Isu ni isu yang pernah panas dulu dan kini mula panas balik. Isu yang berkitar tentang perpaduan bangsa melayu yang teramat dekat relatifnya dengan agama ISLAM. Aku pada asalnya takde la ambil port sangat sebab aku tau isu ni lama2 akan senyap juga nanti. Tapi tak salah kut kalau aku nak memberi sedikit pandangan memandangkan aku dah pun boleh mengundi nanti..hehe.

Aku rasa elok kita mengambil ayat Al Quran ni yang menyentuh bab perpaduan ni..

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.

(Al Imran :103)

Berdasarkan ayat di atas, kita membaca berpegang teguh lah dengan tali allah yang di takrifkan sebaga Al Quran dan Sunnah baru di ikuti dengan janganlah kamu berpecah belah. Maka apabila ingin berbicara tentang kesatuan sebagai seorang muslim tidak dapat tidak ianya perlu didasarkan kepada tali allah ini. Setelah berpegang teguh dengan Al Quran dan As Sunnah maka dengan secara automatiknya perpaduan umat Islam itu akan terjalin.

Timbul persoalan andai berlaku perpaduan antara PAS dan UMNO maka yang siapa yang harus ikut siapa. Andai anda merasakan anda ingin memandang sebagai seorang musim maka jawapan ditangan anda. Tapi andai anda ingin memandang sebagai seorang Melayu maka jawapannya juga ada ditangan anda. Semuanya berlandaskan dari sudut pandang sebagai apa yang akan membawa keputusan diri anda sendiri. Aku sebagai seorang Muslim dan Melayu aku merasakan UMNO yang patut mengubah dasar kebangsaan mereka kepada dasar kepada islam. Kenapa perlu beria sangat nak menyelamatkan bangsa sedangkan agama tidak terbela?

Sejarah telah cukup mengajar kita bahawa perjuangan untuk bangsa semata2 tidak bawa kemana. paling tinggi pun bawa setakat nak dapat kesenangan kat dunia je untuk kaum sendiri. Lihat saja kabilah arab yang terlampau kuat semangat bangsa mereka hingga berlaku permusuhan. Lihat saja bangsa israel yang terlampau kuat sangat semangat bangsa diorang sampai menganjingkan bangsa lain di dunia. Bagaimana pula ketika nur ISLAM menyinar dahulu yang tidak memandang bangsa sebagi perkara pokok tetapi ketauhidan itu yang menjadi agenda utama?bukankah keharmonian masyarakat itu dapat tercapai?Jadinye satu2nya parti politik yang menjadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai rujukan di dalam perlembagaannya adalah PAS dan kalau ingin berpadu aku merasakan kini sudah ada jawapannya. Ingat lah Islam tak semestinya selamat andai Melayu selamat. Tapi Melayu, Cina India dll PASTI selamat andai Islam terselamat.

Mungkin ada yang tergelak2 memikirkan yang PAS sanggup berkerjasama dengan PKR dan DAP tapi tidak dengan UMNO mahupun BN. Macam ni la. Untuk menjawabnya sila baca cerita di bawah yang bermula dengan kenapa aku memilih PAS bukan UMNO, PKR dll walaupun aku bukan ahli PAS pun lagi.huhu.

Aku rasa macam nak kahwin. So kena la memilih isteri. Tapi aku ada beberapa gadis pilihan iaitu terdiri dari berbagai bangsa dan agama. Pertama semestinya aku memlih yang Islam dan ternyata ada 3 yang Islam iaitu Nurul PAS, Siti Umno dan Intan PKR. Tapi dalam 3 ni aku mesti nak memilih yang terbaik untuk agama aku dan ternyata Nurul PAS yang menjadi pilihan sebab dia yang lebih mengamalkan kehidupan beragama. Tapi harus diingatkan Nurul PAS bukan nabi mahupun malaikat maka pasti akan ada cacat celanya. Cuma mungkin ini yang paling minimum cacat celanya.

Aku dan Nurul PAS duduk kat satu taman dan kami ingin ajak beberapa keluarga untuk menubuhkan AJK taman kami untuk memastikan taman kami ni maju, makmur dan boleh menghidupkan aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan. Kami ada beberapa pilihan yang terdiri daripada semua bangsa. Bemula untuk jadi AJK Melayu kami ada keluarga Pak UMNO dan Pak PKR. Diorang ni lebih kurang je. Tapi melihat gaya dan keterampilan ternyata keluarga Pak PKR ni takde la kejam sangat. Bukan keluarga yang kuat makan rasuah dan bukan juga keluarga yang banyak kroni2. Maka aku dengan isteri aku memilih untuk bersama dengan keluarga Pak PKR. Lagipun keluarga ni ada macam2 bangsa. Ok la juga berbanding keluarga Pak UMNO yang terlalu kuat semangat bangsa nya.

Beralih pulak kepada bangsa lain. Kami ada Uncle MCA dan Unce DAP. Dua2 ni bangsa cina. Tapi yang Uncle DAP ni memang satu kepala dengan kami dan keluarga Pak PKR la. sama2 tak suka kekejaman dan kekayaan puak atasan je. So kami pun bersama juga. Walupun kadang2 terdapat sedikit perselisihan antara kami dengan Uncle DAP tapi alhamdulillah terasa banyak manfaat bersama dengan Uncle DAP berbanding dengan Uncle MCA.

Tapi kan, ada juga penduduk taman kami yang muslim kecoh cakap kenapa aku dan isteri aku ni memilih nak bersama dengan Uncle DAP berbanding dengan Pak UMNO. Jawapannya mudah je. lebih baik bersama dengan orang bukan islam yang memang tak faham sangat islam tapi mampu menyumbang untuk islam berbanding dengan orang islam yang tak nak faham islam dan mengkebelakangkan Al Quran dan As Sunnah.

Muncul pulak isu yang keluarga aku dengan keluarga Pak UMNO nak duduk serumah. Aku on je asalkan keluarga Pak UMNO ni kembali kepada kehidupan beragama. kalu tak, nanti susah la duduk serumah. Suruh solat taknak, puasa malas. Mengaji pun tak nak. Undang2 Islam taknak buat kat dalam rumah. Siap bawak botol arak sambil bermain mahjung lagi. Aurat ahli keluarga sendiri yang islam tu sengaja didedahkan. Kalau masih macam tu susah la rumah aku nanti. Kut kena bala pulak ke. Mau roboh macam kes kat Bukit Antarabangsa pulak nanti.

Pengakhiran cerita ni pun aku tak tahu lagi. harap2 AJK taman yang kami nak buat tu menjadi la. Semoga niat kami suami isteri untuk mengembangkan syiar islam tu di permudahkan dan diberkati Allah. kawan2 semua doakan kejayaan kami ye. Eh silap. kejayan KITA bersama kerana kawan2 pun islam kan semuanya? semoga islam tertegak di bumi ini..

wallahualam...

p/s : untuk tajuk kat atas tu sambungannya ...jika UMNO meletakkan ISLAM sebagai dasarnya.. tapi kini ternyata tidak..sorry ye UMNO...sila follow PAS...

6 comments:

K2r~90 said...

politik kdg2 sukar difahmi...
pe2 pon thumb up, mnyampaikan cerita dlm perspektif y lebih mudah utk difahami. syukran=)

Zulgeologist said...

memang sukar pun..terlalu rencam..tapi politik itu perlu juga..so layan kan je la..huhu

jr batu said...

terbaik~

Zulgeologist said...

wah batu pun ada junior jugak ek?layankan je la...tq2..

azureenblinkblink said...

tumpang copy paste eh . . . printscreen dll .. TQ

Zulgeologist said...

bereh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang