PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Monday, January 24, 2011

Belajar Dari Kerbau


Setelah sekian lama tidak memBEDAL maka hari ini aku mencuba untuk kembali memBEDAL untuk penghayatan bersama. Hari ini aku ingin membawa kalian semua untuk belajar dari haiwan yang bernama “KERBAU”

Kerbau merupakan haiwan yang sangat biasa boleh kita jumpai terutamanya di kampung2. Tapi kalau kat KLCC tu sukar la nak jumpa. pemBEDALan hari ini ingin aku bawakan hakikat hubungan kerbau dengan tuannya. Harap2 kalau kalian terjumpa kerbau lepas ni akan membuatkan korang teringat akan peringatan dalam entry ni.

Untuk memastikan agar sang kerbau itu dapat menjalankan tugas dengan baik maka tuannya akan memberikan kemudahan kepada sang kerbau tersebut termasuk penginapan, belanja makan dan juga penjagaan kesihatan tubuh badan. Semuannya telah difasilitikan oleh tuan tersebut. Tapi pasti terkadang sang tuan tersebut akan terlupa untuk memberi lembunya makan, membaiki kandang yang semakin usang, merawat lembu yang ditimpa cirit birit.

Mari kita comparekan dengan kehidupan kita. Bukankah TUAN kita telah pun memberi rezeki kepada kita? Bukankah TUAN  kita telah memberi kita kesihatan tubuh badan? Bukankah TUAN kita telah memberi rumah untuk kita berteduh? Pernahkah TUAN kita tu melupakan kita walaupun sedetik? Bahkan degup jantung kita pun sentiasa lancar andai belum sampai masa untuk berhenti. Namun sejauh mana kita menyatakan ucapan terima kasih kita dalam bentuk perbuatan???

Kita lihat kepada kerbau yang menyatakan ucapan terima kasihnya dengan membajak di sawah di bawah terik mentari sepanjang hari, dengan menggalas beban2 yang membebankan. Kerbau2 itu akan dikerahkan untuk bekerja untuk kepentingan siapa? Tak lain dan tak bukan adalah semata2 untuk memberi keuntungan kepada tuannya.Kita melihat pula perasaan tuan dia andai kerbau tersebut  malas menjalankan tugas yang tuan dia telah arahkan? Pasti dan pasti tuannya akan naik berang dan lambat laun akan menjual KERBAU tersebut andai sudah tiada gunanya.

Mari kita berjalan terus menyelinap dalam kehidupan kita sekarang. Tugas kita telah pun TUAN kita tetapkan seperti yang aku huraikan dalam entry aku sebelum ni. Namun kita terlalu ego dengan tuan kita sendiri. Bahkan untuk melaksanakan tugas utama 5 kali sehari yang hanya mengambil masa dalam setengah jam dan di bawah bumbung2 banggunan pun kita tidak mampu. Tapi untuk siapakah kita berbuat semua itu?  TUAN kita itu langsung tak berharap kepada kita pun. DIA langsung tak mendapat keuntungan dari apa yang kita lakukan. Sedarlah kita bahawa kita yang mengharap dan kita jua yang telah dijanjikan keuntungan untuk apa yang kita lakukan itu. Andai kita tak melaksanakan tugas kita tu sememangnya TUAN kita itu akan murka tapi percayalah bahawa TUAN kita itu tidak pernah sama sekali melupakan kita dan sentiasa bersedia untuk menerima taubat kita.

Cukuplah beberapa situasi yang aku bawakan. Wahai aku dan kamu!! Marilah kita
belajar daripada kerbau ini tentang erti ketaatan kepada perintah TUAN kita. Kita ada akal fikiran untuk menjalankan tugas kita yang telahpun ditetapkan. Bukankah kita ni bukannya kerbau yang tiada akal fikiran tapi tetap melakukan apa yang diarahkan? Atau adakah kita hanya seperti kerbau atau lebih teruk lagi kita seperti kerbau berotak lembu? Lantas apakah lagi alasan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kita? Buktikan kita  adalah INSAN bukannya KERBAU!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang