PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Saturday, January 8, 2011

"BICARA" dalam DIAM

Terlalu banyak yang terjadi di tahun baru ni.. Berkaitan dalam kehidupan harian aku lah boleh di katakan. Dari masuk rumah baru kat Kg Malaysia Tambahan bersama Alexster dan Hafiz selaku rakan segeologist. Sebelumvtu, memutar jam ke detik  saat pertama 2011 aku sebenarnya sedang menerima briefing daripada wakil GAMIS untuk XPDC Dakwah yang di buat di KLCC tempoh hari. Kembali ke cerita rumah sewa baru aku. Aku tersangat bersyukur sebab aku di tempatkan oleh Allah kat pangsapuri yang begitu menyelesakan. Selesa di sini adalah aku maksudkan dari segi untuk beribadah. Aku tinggal di aras 7 dan surau adalah di aras 3.. Bukankah sangat selesa di situ??

Selain itu banyak lagi benda2 baru dalam hidup aku. Dari hujung tahun lepas sampai kini terlalu banyak yang aku merasakan seperti DIA sedang berbicara dengan aku. Terasa tersangat adil dan begitu cantik perancangan yang Maha Merancang itu. tak tahu nak menggambarkan macam mana. tapi semuanya berlaku dalama jujukan yang tersangat cantik bagi aku. Namun masih belumkah diriku bersyukur setelah perancangan2 yang baik ini??

Kat sini lah aku terfikir untuk mencoretkan bahawa sesungguhnya ALLAH sedang "BERBICARA DENGAN KITA" Dalam tak sedar setiap apa yang kita lalui dan alami adalah sebenarnya ALLAH menginginkan kita berfikir apa hikmah di sebaliknya. terlalu banyak hikmah yang kita akan dapat andai kita bersangka baik dengan apa yang ALLAH tetapkan. Namun alangkah malangnya kerana kita selalu menyalahkan takdir andai kita tak dapat itu dan ini. Bertambah malang lagi apabila kita tak langsung tak terfikir nak bersyukur bila kita dapat itu dan ini.

Yang sebenarnya kenapa anda terus ingin membaca artikel aku ini juga adalah salah satu dialog dari ALLAH untuk anda. jika anda tidak meneruskan pembacaan artikel ini pun sebenarnya adalah dialog dari ALLAH. kerana apa yang berlaku itu adalah pasti dan pasti ada sebab dan akibatnya. Andai kita telusuri sejarah apakah yang menyebabkan Saidina Umar memeluk islam?Selepas dia membaca ayat al quran yang di baca oleh adik perempuannya kan?kenapa Saidina Umar dijadikan dengan sifat yang bengis dan garang? Bukankah dengan sifat itu yang membuatkan dia ingin memarahi adik perempuannya? Bukankah dengan sifat itu yang menguatkan ISLAM? nah..dengan sikap itu yang membuatkan dia menjadi begitu hebat!!

Sudah melihat pula kepada diri anda?? apa yang terjadi kepada anda sekarang?apa kaitan dengan yang berlaku semalam?apa kaitan dengan apa yang berlaku kelmarin? apa kaitan dengan apa yang berlaku kelmarin dulu? bukankah itu adalah saling mengait? Anda jauh dari ISLAM?apa kaitan dengan semalam?apa kaitan dengan kelmarin? apa kaitan dengan kelmarin dulu? Namun cuba timbulkan persoalan apa pula kaitan dengan hari esok? adakah ingin terus sama dengan hari ini ataupun "INILAH HIKMAHNYA ANDA MEMBACA ARTIKEL INI" Sesungguhnya ALLAH sedang berbicara dengan kita.

Result anda sem lepas sangat teruk? Anda sudah tiada ayah dan ibu? Anda masih menganggur? Anda baru lepas putus cinta? Anda baru selesai membuat maksiat? Anda masih belum bersolat? Anda adalah seorang yang miskin? Anda mendapat roomate yang pendiam? Anda berada di UKM? Anda extend? Anda dimarahi oleh bos? Anda itu itu itu itu dan ini....."Sesungguhnya ALLLAH sedang berbicara dengan kita..

Tapi bila masa pulak kita berbicara dengan dia???

wallahualam..

2 comments:

K2r~90 said...

Allah suke menguji umatnya dengan pelbagai cara demi menguji keikhlasan dan iman kite..

tapi seramai manekah y tahu akan kebenaran ini?

nice entry membuka pemikiran ku teatang something =)

Zulgeologist said...

k2r : tu la..berapa kerat antara kita yang bersyukur d atas musibah yg menimpa..hanya tahu mengeluh..membuka pemikiran bersama..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang