Alhamdulillah setelah agak lama tidak menulis di blog ini akhirnya hari ini aku diberi kekuatan untuk mencoret sedikit apa yang telah lama ingin aku coretkan. Pergaulan aku dengan golongan yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak membuatkan aku semakin lama semakin terfikir akan betapa “obses”nya ibu bapa untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada anak masing2.
Apa sahaja untuk pendidikan anak
Bermula dengan kisah bro2 yang aku kenal. Al kisahnya bersungguhnya ingin menghantar anak belajar hingga sanggup membuat pinjaman peribadi dan mengeluarkan wang EPF untuk di jadikan bahan yang dikorban untuk menyempurnakan pendidikan anak beliau. Namun aku sedikit terkilan apabila brader tersebut menceritakan tentang anaknya walaupun wang PTPTN sudahpun masuk tetapi anaknya masih meminta wang saku daripada ayahnya atas alasan wang PTPTN masih belum masuk. Padahal apabila telefon pihak pengurusan mereka menyatakan wang PTPTN telah pun masuk. Rasa terkilan aku semakin bertambah apabila mungkin dalam 1 sem masuk ke sana tiba2 merasakan tidak dapat meneruskan pengajian. Maka pulanglah si anak dan masuk pula ke IPTS yang lain. Buat macam keluar tandas je kan. Mudahnya si anak bertukar selera pusat pengajian. Beribu riban duit ayah nya mengalir tak difikirkan.
Seterusnya kisah adik kepada seorang abang ni. Keluarganya memang miskin. Apabila keluar result SPM yang tidak melayakkannya untuk sambung pengajian ke institusi kerajaan maka si ibu (ayah sudah meninggal) dan abang2nya berusaha untuk menghantarnya belajar ke IPTS. Maka berhabislah wang beribu ringgit untuk melengkapkan pengajian si anak/adik itu.
Teliti pula pendidikan kanak2 di usia sekolah rendah. Aku merasakan sangat berbeza yang aku dapati dengan apa yang tersedia untuk mereka kini. Kelas tambahan. Buku latihan tambahan. Alat tulis. Kelengkapan sekolah. Semuanya lengkap!! Wang saku pula mencecah 5 ringgit sehari. Serba lengkap. Tapi dalam pemerhatian aku merasakan masih belum cukup dengan apa yang terhasil dari anak2 tersebut. Ahhh cakap banyak pun tak guna. Diorang masih belum mengerti apa2 persis seperti aku juga satu masa dahulu.
Aku anak kampung
Mungkin perlaburan untuk pendidikan seperti ini adalah biasa bagi orang bandar. Tapi bagi anak kampung seperti aku, aku mengerti bagaimana sukarnya untuk mendapatkan wang untuk mebesarkan anak dengan pendidikan yang lengkap. Alhamdulillah walaupun kami mempunyai adik beradik yang ramai namun ayahku yang hanya bekerja kampung ini mampu membesarkan kami 12 beradik hingga menjadi “orang”. Sayu juga hati apabila mendengar kisah mak aku menggadaikan barang kemas untuk menghantar abang aku belajar di kedah satu ketika dahulu. Bukan sekali di gadaikan. Berkali2… Kisah ayahku hampir menjual kereta. Kisah membanting tulang berniaga dari pagi hingga ke malam. Banyak lagi kisah2 lain yang turut terkesan di hati. (Pergh..rasa nak nangis pun ada L)
Apa pula yang kita beri?
Apa sahaja yang kita beri aku kira masih belum mampu untuk membalas jasa mereka. Aku tahu ramai dari pembaca aku terdiri daripada golongan pelajar. Salah satu perkara yang membahagiakan mereka adalah keputusan exam kita. Maka belajar lah bersunguh2. Teringat aku ketika keluar result semester 2 di UKM. Keputusan itu aku check pakai handphone. Duduk di sebelah emak aku. Alangkah bersalah dan sedihnya apabila result yang terkeluar adalah di bawah 3.0. Mengalir air mata aku memohon maaf kepada mak aku time tu. Itu lah dalam sejarah yang aku rasa result aku agak mengecewakan mereka.
Suka aku mengingatkan di sini. Zaman belajar ini adalah zaman emas untuk korang. Semua orang memandang apa yang terhasil dari pembelajaran korang selama ini. Apa yang terhasil daripada pengorbanan ibu dan ayah saban hari. Andai hanya melahirkan result yang layak di”bakul sampah”kan maka perlulah sedikit penyesalan di situ. Bebaloikah sudah pengorbanan yang dilakukan mereka dengan apa yang kita berikan??
Namun selain kejayaan tersurat yang diidamkan. Aku yakin setiap ibu bapa mengidamkan mempunyai anak yang berakhlak islami. Anak yang soleh dan solehah ini lah yang mejadi pusaka warisan mereka kelak apabila di “sana” kelak. Maka cerminkan diri kita sendiri. Sudahlah tidak mampu memberi mereka dari sudut keduniaan. Bertambah malang andai kita tidak mampu memberi mereka dari sudut perkara yang hakiki.
Penutup
Kesimpulannya tugas kita adalah memberikan segala yang termampu untuk mereka. Coretan di sini hanyalah untuk mengingatkan diri aku dan juga kamu bahawa besarnya pengorbanan mereka untuk melengkapkan pendidikan kita. Persoalannya adakah kita sudah menjadi seorang ANAK yang terdidik??
Selamat mendidik diri!!
2 comments:
mak aku pun gadaikan barang kemas sebab nak anta anak belajar.
ayah aku lak jual lembu sebab anak2 nak masuk u..
3 ekor lembu.. 3 org anak masuk u.. huhu..
kalau kita ni belaja main2. tak hargai pengorbanan diorang, memang anak tak kenang budi la.huhu
Betoi tu.moga untuk muhasabah bersama..
btw patut la tgk hg rajin je belajor kat UKM dulu :-)
Post a Comment