PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Friday, January 27, 2012

Kawanku... Aku juga manusia....


Bismillahirrahmanirrahim…

Saban hari berlalu. Tahun demi tahun di sambut. Tahun 2012 ini membawa maksud sudah hampir 24 tahun  aku hidup bernamakan Ahmad Zulqurnain Bin Ghazalli di dunia ini. Peningkatan umur juga bermakna meningkatlah juga orang yang aku kenali dan yang mengenali aku. Semakin meningkat kenalan maka semakin bertambahlah peluang untuk aku mengguriskan hati kenalan aku itu.

Buat orang yang mengenali aku di alam nyata pasti sudah mengetahui bahawa aku bukanlah jenis yang pandai menjaga hati orang lain. Aku jenis yang suka bergurau dan mengenakan orang. Ada saja point aku untuk membahan seorang demi seorang kawan aku itu. Gurauan yang mungkin dirasakan ingin mengeratkan hubungan sebenarnya dalam tidak sedar menjadi jarum yang menjadi racun dalam satu perhubungan.

Ah.. poyo je Zul ni kan??

Ni mimpi apa zul ni. Tetibe je..

Eh buang tabiat pulak Zul ni.

Entah.. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi aku kadang2 risau jika ada kawan aku yang tidak senang dengan tindak tanduk aku. Ya. Tidak mungkin aku mampu memuaskan hati semua orang. Aku juga manusia biasa. Yang sentiasa melakukan khilaf dalam perhubungan. Yang pasti mesti ada yang tak suka dengan apa yang aku lakukan.

Jika korang adalah golongan yang tergolong dalam kawan aku yang tidak senang dengan tindakan aku selama ini. Mahupun golongan yang pernah aku sakitkan hati dan terasa dengan tindak tanduk aku. Aku bermohon dengan sangat untuk korang memaafkan kawan korang ni.


Untuk Kawan-Kawanku Sekalian…

Inniuhibbukumfillah…..

“ Tidak sempurna iman seseorang kamu itu, sehinggalah ia mengasihi saudaranya sama seperti dia mengasihi dirinya sendiri.”

( Al-Bukhari dan Muslim)

Rakan 3rd Generation SMKA Kerian
 
Rakan PLKN Kem Segari Lumut

Sebahagian Rakan Kolej Ibu Zain
 
Rakan Geology UKM

Sebahagian Rakan G&P Geotechnics Sdn Bhd


p/s :  Maaf kepada Rakan SKLLK, ISIUKM, GMUKM dll yang tiada di gambar. Tak simpan gambar ramai2..

Kisah mengenai Maafkan KAWAN. Jemput membaca di entry aku yang INI


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang