PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Wednesday, March 28, 2012

JOZAN di dua alam

Johan : Zizan.. Ana risau lah tengok displin budak2 sekolah kita sekarang. Makin menjadi2 pulak diorang ni. Depan ana ni diorang merokok!!

Zizan : Betul tu Johan. Kalau dengan anta yang pengerusi BADAR ni pun diorang tak hormat. Apa tah lagi ana . Exco biasa je. Ni kita belum kira lagi masalah couple yang makin membarah ni.

Johan  : Entah lah Zizan. Ana pun tak faham apa yang diorang ni cari dalam kehidupan. Nak kata didikan agama tak cukup. Hari- hari kita ada kuliah dan tadarus Al Quran.

Zizan : Tu la. Diorang ni jenis yang tak takut azab api neraka kut. Berbuih dah mulut kita  ni cakap. Tapi tak nampak pun kesannya.

Johan  : Biar lah diorang. Kadang2 ana ni dah naik bosan tengok kerenah diorang ni. Tak sabar rasanya nak tunggu tempoh tamat pegang jawatan ni. Baru la lega sikit rasanya.

Zizan  : Sama lah kita. Baru tenang sikit kepala ni. Tak la serabut sangat…



-------------10 tahun kemudian-------------

Zizan : Oit!! Lama tak jumpa..Apa ko  buat kat mid valley ni??

Johan : La.. Zizan.. Ko rupanya. Takde apa2. Aku teman awek aku ni nak window shopping.

Zizan : Amboi ko… Bukan main lagi sekarang. Asyik berkepit je dengan awek..

Johan : Biasa la bro. Isi masa lapang hujung2 minggu ni. Haha. Eh ko nak pergi mana ni?

Zizan : Aku dari tadi melilau cari kedai nak beli rokok. Tak jumpa2..

Johan : La.. jalan terus je ni. Lepas tu belok kiri. Ada 7E dekat sebalah kanan ko..

Zizan : Oh..Ok.Thanks weh.. Nanti roger la aku kalau nak lepak kat downtown ke.

Johan : Okeh… Takde hal…


-------------End-------------

Kesimpulan :

Kita tidak tahu siapa kita esok. Kita tidak tahu siapa kita tahun depan. Kta tidak tahu siapa kita 10 tahun lagi. Kita tidak tahu siapa kita di penghujung hayat.

Jika hari ini kita berasa tingginya iman. Kita berasa tingginya akhlak. Kita berasa banyaknya amal. Hati2 kerana di hari muka kita belum tahu siapa kita.

Wahai Tuhan yang membolak balikkan  hati…

Kekalkanlah hati kami dalam agamamu dan mentaatimu…

 

P/S : Mendoakan Zizan akan terus mesra dengan ulama' dan Johan akan menuruti langkahnya.. Btw I'm one of their fan..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang