Alhamdulillah hari ini adalah hari yg di tunggu bagi semua calon SPM tahun 2011. Ada yang dikategorikan Berjaya dari sudut A nya. Tidak kurang juga yang dikategorikan tidak Berjaya dari sudut A nya. Ada yang dikatakan inilah kebanggaan ibu bapanya nya. Ada pula yang dikatakan tidak membanggakan ibu bapanya. Apa jua keputusannya hakikatnya telah tertulis di lembaran slip result masing2..
Bagaimana kita mengukur kejayaan seseorang itu menerusi kuantiti A nya? Adakah dengan banyaknya A secara mutlaknya beliau telah berjaya? Di sana masih ada orang yang mendapat 7A namun masih belum di katakana berjaya. Ada jua yang hanya mendapat 2 A namun sudah cukup membanggakan buat diri dan kedua ibu bapanya.
Bagi aku kejayaan sebenar adalah apabila seseorang itu berjaya menghadirkan rasa syukur di dalam diri dengan apa yang dikecapi. Bukankah mereka semua sudah melakukan sedaya mungkun untuk mencapai yang terbaik? Apakah factor insan yang mendapat 7A itu merasakan dia belum berjaya? Apa pula resepi insan yang mendapat 2A itu rasa sudah berjaya. Semuanya kerana syukur. Redha dengan ketentuan yang telah tertulis.
Sedikit kisah ingin aku sampaikan. Aku mempunyai rakan di matrikulasi yang hanya mendapat 2A ketika SPMnya.Jika ingin disbanding dengan rakan2 sematrikulasi beliau adalah orang yang paling sedikit bilangan A nya. Namun end up beliau tetap berjaya menyambung pelajaran di jurusan kedoktoran berbekalkan keputusan 4.0 yang dikecapinya.
Ada juga rakan yang begitu gah dengan keputusan SPM nya. Bangga dan lupa diri barangkali. Terus hanyut dengan perasan diri itu sudah bagus. Sudah cukup bijak. Maka lalai dan kecundang di peringkat pembelajaran yang berikutnya.
Oleh itu kepada adik2 sekalian. Siapa kita untuk argue apa yang telah ditetapkan untuk kita oleh yang Maha Esa? Hadirkan rasa syukur kepada Allah swt. Segalanya disirati al hikmah. Mungkin sahaja jika anda mendapat lebih banyak A anda akan menjadi lalai seperti kisah di atas. Maka Allah mengganjarkan anda sedikitnya kuantiti A untuk meningkatkan KUALITI syukur anda.
Sebelum berakhir ingin aku rakamankan sekalung ucapan tahniah khas buat adik2 junior SMKA Kerian yang sempat berprogram bersama batch aku tahun lalu. Ingatlah Allah mengetahui apa yang terbaik buat kalian. Cadang nak sertakan gambar. Internet slow lak.. nanti2 la...
Wallahulam…
4 comments:
tq abg qur . ayat lebih kurang ap yg ayah sy ckp je . hehe . . seyez ckp . . . lebih kurang same . . .
arrayah.info - Keputusan Peperiksaan SPM 2012, Kejayaan Bukan Muktamad, Kegagalan Bukan Penamat
betul tu Zul...^^,
azureen : ye ke?sama?nampak sgt abg ni sematang ayah azuuren kan??haha
Abu idris : Thanks share!
Lini : sama2 betoi ^^
Post a Comment